iDAN

27 Mei 2013



VAN AWAM
Hujan tak ada teksi nak singgah
banjir tak ada saliran nan mengalir
aku & Azim basah tempias di hentian
pemandu teksi tak pandai toleh iksan
lambaianku hanya hilang di titis hujan
55 tahun lebih merdekanya negaraku
beginilah nasib bila tiada kereta sendiri
peliknya mana perginya bas awam kini
JUSCO dah jadi AEON sesaknya seragam
di Jepun tukar nama sejak tahun 1989
mungkin tak mahu keliru dengan TESCO
pernah aku janji ketemu dengan rakan
aku tunggu di JUSCO dia tunggu di TESCO
penat eh... sebab sebutannya seakan sama
hujan lebat di AEON aku terkurung resah
kasihan Dzuan datang dalam hujan kilat
dia sakit tetap mahu jemput aku & Azim
tentunya hutang budi sebegini tak terbalas
akan pasti dibawa ke mati niat yang ikhlas
kerajaan kena pantau pengangkutan awam
di Cheras Selatan sebab amat naif
sepanjang hari aku menunggu teksi
tak nampak pun sebuah bas awam
kenapa tak ikut cara Siam & Indon
tak perlulah bas cantik atau teksi antik
van bas mini MPV kan amat sesuai
keluarkan saja lesen untuk pribumi
agar kemakmuran bersama dinikmati



iDANRADZi
Balakong
27.5.13


Panas! Peminat Pertikai Majlis Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus

Dibawah ini adalah soalan dari peminat Ustaz Azhar Idrus yang di printscreen di wall facebook beliau. Jika dilihat dari soalan yang dikemukakan, menunjukkan si tukang tanya soalan adalah peminat tegar ceramah Ustaz Azhar Idrus.


Harap Ustaz Azhar Idrus dapat menjawab soalan dari peminat beliau agar beliau tidak digelar "Ustaz Cakap Tak Serupa Bikin". [Sumber]


Ustaz Azhar Idrus pernah sebut dalam suatu ceramah, perkahwinan tak perlu membazir, jamuan-jamuan tak perlu. Islam itu sederhana dan membazir itu amalan syaitan. Tapi dia kahwin bini nombor tiga siap ada istiadat makan pengantin yang lebih dari membazir.

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab ALLAH, tidakkah kamu berakal?”(Surah al-Baqarah, 2:44)

ALLAH Ta`ala berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi ALLAH – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”(Surah as-Saf, 61:2-3)

Serta hadis nabi Dari Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Harithah radhiAllahu `anhuma berkata, saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:”

يُؤتى بالرجل يومَ القيامةِ . فيُلقى في النارِ . فتندلِقَ أقتابُ بطنِه . فيدورُ بها كما يدورُ الحمارُ بالرَّحى . فيجتمع إليه أهلُ النارِ . فيقولون : يا فلانُ ! مالَكَ ؟ ألم تكن تأمرُ بالمعروفِ وتنهى عن المنكرِ ؟ فيقول : بلى . قد كنتُ آمُرُ بالمعروفِ ولا آتِيه ، وأنهى عن المنكرِ وآتِيه ““

Didatangkan seorang lelaki pada Hari Kiamat, lalu dicampakkan dia ke dalam Api Neraka. Maka terkeluarlah usus dari perutnya. Lalu dia berputar-putar dengannya sebagaimana berputarnya seekor keldai di dalam penggiling. Lantas penghuni neraka berkumpul dan bertanya:

“Wahai fulan, kenapa kamu begini? Bukankah kamu dulu menyuruh kepada kebaikan dan menegah kemungkaran?”

Maka lelaki itu menjawab: “Ya, bahkan benar. Saya dulu menyuruh kepada kebaikan tetapi saya sendiri tidak melakukannya. Dan saya menegah kemungkaran tetapi saya sendiri melakukannya.” (HR al-Bukhari & Muslim)

Sama-samalah kita insafi dan berwaspada akan diri kita sendiri. Marilah kita muhasabah banyak manakah seruan-seruan dan nasihat-nasihat yang telah keluar dari mulut kita dan ditulis dek tangan kita yang kita tujukan kepada orang lain sedangkan diri kita belum lagi melaksanakannya? 

Inilah masanya untuk kita renungi diri sebelum Malakul Maut datang menyebabkan mati, dan nasib di Akhirat memasrah diri.
 
iDAN:
 
Tak baik kita pertikai masalah makan beradap atau majlis perkahwinan. Perlu diingat sudah pasti Ustaz kita ni tak mahu semua majlis sebegini tetapi perlu diingat pihak perempuan biasanya mahukan anak mereka dibuat kahwin mengikut adat kita. Takkan pihak lelaki menolak jika semuanya telah diatur oleh pihak perempuan.

Perlulah kita ingat jangan kita sering membandingkan apa yang dicakap seseorang dengan apa yang dilakukan. Jika satu yang baik lahir dari pesanan seseorang apa salahnya  kita turuti. Jika beliau tak buat apa dia cakap tak ada kena mengena dengan kita. Yang baik itu tetap baik. Jika makan beradap ini dapat mengembirakan pihak perempuan mampu tidak membazir apa isunya.

Tanda-tanda Dan Penyebab GearBox Kereta Anda Mula Rosak

Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri. Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.


Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.

Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-
  1. Lambat menukar minyak gear
  2. Tidak pernah tukar filter auto
  3. Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
  4. Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
  5. Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
  6. Tidak pernah menambah minyak gear

Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto. Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku. Tanda-tanda seperti:-
  1. Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
  2. Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
  3. Terdapat 'freeplay' (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4.
  4. Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
  5. Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
  6. Berbunyi hentakan seperti 'DUK' setiap kali gear auto bertukar
  7. Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.

Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.

Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah? Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut:-
  1. Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
  2. Tukar minyak auto
  3. Tukar mounting gearbox
  4. Tukar pin pada panel gear
  5. Tukar kedua-dua oil seal gearbox

Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear. Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE.

Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.

Ep90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi. Untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan.

Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer. Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.

iDAN:

Aku baru balik dari buat pertukaran gear box/kotak gear Avanza (A) 1.3  milik Mila; kos sekitar RM2600. Jika siapa ada masalah kotak gear maragam perlu ditukar sila kontak aku. Nampaknya kerja mekanik ni teliti & cepat; bayang sekitar 5 ke 6 jam siap segalanya.

21.12.2015 cer congak tak sampai tiga tahun gear box Avanza milik mila kembali rosak. Nak buat macam ini kira rezeki masing-masing. Masa aku ambil dari bengkel selang beberapa bulan memang macam ada tak kena. Tapi masih boleh bergerak lancar. Jadi bagaimana nak klim gerenti.

Kini Avanza Mila sangkut di Skudai. Tak pasti berapa kos tukar yang potong atau recon di Johor sana.

26 Mei 2013

Penyu Menangis

Penyu Menangis
 
penyu terus menangis
menolak kelodak sesak
fitnah nan bertaburan di pantai negara
memisahkan akar penaga laut
menindih rakyat jelata berpaut
penyu terus menangis
menolak ombak resah
desah angin jadi penyata belanjawan
tikar kasih bertaburan di anjung zaman
sepinya villasetia di ujung pantaileka
penyu terus menangis
kekitaan semakin berseloka sumbang
mencari arah ke puncak gemilang
namun gelombang masih belum tenang
penyu terus menangis
tumpah air matanya ke akuku ini
bagaimana mahu kulapi air matamu!!!
sebak rebah tak sudah.

iDANRADZi
 Jenaris/UPM
Rabu, 05 Mei 1999 17:27:56

Harajuku Tokyo
1988


Tweet iDANRADZi

Aku jarang buka Twitter; sebab rasa bosan sebab macam cakap sorang. Jika blog biarpun cakap sorang tetap boleh semak di kaunter berapa orang masuk ke blog kita. Paling tidak memberi semangat untuk kita menulis. Rasanya ramai suka FB sebab cepat dapat respon. Cuma aku perhatikan hanya sekitar rakan rapat sahaja yang rajin kasi respon.

Selebihnya hanya pelayar senyap. Ada ketika buat kita rasa hilang idea menulis; mana tidaknya tulis panjang atau pendek sama saja. Entahkan orang suka isu yang kita kemukakan entahkan menyampah.

  1. awak jadi bulan besar aku pula jadi bumi renek bagaikan tak larat lagi memajak cintamu
  2. tarianmu amat mengasyikkan namun aku tak setanding menari denganmu aku keliru mahu bersama berpesta atau aku hanya duduk diam...
  3. usia aku makin tinggal sedikit hatta aku tak boleh bertangguh untuk mencapai impianku...
  4. siapa sekitar Batu Gajah Gopeng Kampar atau Ipoh tahu kompeni kontena yang boleh buat pondok kediaman sila kasi tahu
  5. dalam tak mampu lagi aku masih cuba kuatkan diri agar ada pertunjuk yang bakal membantu aku
  6. Sering dalam hidup ini, bila masalah itu datang akan ada saja masalah lain yang akan bertindih; memang ujian Ilahi ini amat getir...tabahlah
  7. Kami beli Avanza (A) 1.3 tahun 2005 sekitar RM58,400... alahai ada lojikkah gear box RM20K... sekitar satu pertiga harga kereta.
  8. Pesanan untuk mereka pakai Avanza; pastikan minyak gear auto anda ditukar SEBELUM 20,000 km... harga gear box baru RM20K di Toyota

25 Mei 2013

Kenderaan Keluarga

Masalah pengangkutan/kenderaan keluarga ini menjadi isu besar selain rumah kediaman. Tanpa kenderaan yang selesa memang kehidupan kita jadi huru-hara. sampai bila nak bergantung dengan bas atau pengangkutan awam. Semua tahu pengangkutan awam di Malaysia menjadi amat meresahkan. Tak ada sistem terbaik; lembab & amat naif.

2. Aku pernah baru ni nak naik bas awam dari Kajang ke Jenaris; ianya mengabil masa sekitar dua jam. Melampau betul. Ketika tengah hari mungkin masalah bas rosak atau pemandunya singgah makan. Tak banyak bas masuk ke Jenaris atau sekitar Sungai Kantan. Penumpang pun tak ramai sebab masing-masing pasti serik nak naik bas.

3. Masalah ini tak selesai sejak 55 tahun lalu. Dari Kajang ke KL banyak pilihan, ada komuter, bas & teksi. Sebut teksi semua orang pasti ragu-ragu nak naik sebab tambangnya pasti berganda atau sila-silap kena cekik darah. Aku teringat masa pergi ke Kuching Sarawak di sana aku akui memang amat lancar & murah tambang teksinya.

5. Sebaiknya kerajaan memikirkan masalah harga kenderaan ini sejak lama. Bukan menjadi kempen parti. Jika sekadar turun 20% ianya tak akan membantu rakyat; sebab barangan gantian, minyak tol segalanya amat mahal. Jika pemerintah terut mengambil keuntungan dalam masalah kenderaan keluarga ini, natijahnya sampai KIAMAT anak cucu kita akan terus berhutang. Tak mungkin dapat hidup dengan selesa.

6. Sebaiknya dunia terbuka luas, siapa tak teringin menikmati kecanggihan teknologi automobil terkini. Takkan selamanya rakyat Malaysia pandu kereta tempatan yang selalunya masalah enjin atau keunggulan kereta terkini dunia tidak dapat dinikmati. Malaysia menuju ke negara maju; cubalah bertanya atau memantau harga kereta di negara maju. Kereta Malaysia yang dijual di sana jauh lebih murah dari negara kita sebab saingan pengeluaran keret terbuka di sana.

7. Jangan pula kata tak mampu nak pakai kereta canggih luar negara jangan banyak cakap atau nak murah harga kereta pergilah ke negara tersebut. Jika ini penerimaan pemerintah atau kerajaan pastinya rakyat Malaysia terdera & terus dianiaya. Sebab apa. Nikmat kemajuan atau kemakmuran negara terpaksa dibeli terlalu mahal. Bayangkan ada kenderaan luar negara dicukai sampai 100% atau sekali ganda. Bukakan ini bagi aku satu peras ugut secara halus. Menyekat minda manusia agar jangan melayan nafsu kemewahan. Sedangkan rakyat di negara maju dapat segala memandu kecanggih kereta seantero dunia. Murah amat. JANGAN  kerana rakyat terpaksa pakai kereta menjadi target kerajaan dapat LABA. Semua rakyat dikerah mencari duit terus berkerja sampai usia 60 tahun tanpa rehat. Kenderaan keluarga terus dijadikan sebagai batu loncatan untuk kerajaan mengambil keuntungan berganda.
Isu lapik kaki Toyota

http://idanradzi.blogspot.com/2013/05/kereta-mahal-kerajaan-perlu-segera_25.html

KERETA MAHAL kerajaan perlu segera turunkan harga ii

"Use Toyota Original Equipped Floor Mat"


Merujuk dari perkara  5 catatan ini; baru siang tadi takdir Tuhan aku dapat berbual dengan adik Pomen Di Raja yang lama berkhidmat dengan Toyota bahagian Mekanik. Angkuhnya telah berlaku kejadian kemalangan tragis di mana tetiba enjin kereta Toyota yang jenama mewah tetiba meraung. Yang memandu pastinya cedera parah & membuat tuntutan insuran kepada pihak Toyota.

2. Apabila disiasat punca kemalangan adalah lapik kaki yang ditindih di atas lapik kaki asal keluaran Toyota di bahagian memandu. Ianya terlipat & tertindih ke padel minyak. Hatta Toyota menolak tuntutan yang dibuat. Kekukuhan ceritera ini bagi aku tetap meragukan. Sebab tak semua lapik kaki boleh terlipat atau menghalang padel minyak tetapi biasalah bebenda remeh begini boleh djadikan punca kemalangan pun isu ditolak tuntutan insuran.

3. Jika perniagaan Toyota ini mesra pelanggan notisnya tidak begitu. Kena ada opsyen bagi pemilik Toyota untuk memakai lapak kaki di pasaran yang cantik juga selamat. Ianya hanya untuk bahagian lantai pemandu.  Jadi tak timbul pelbagai andaian atau menampakkan Toyota ni tak mahu berlebih kurang. Kereta Toyota nak barangan tambahan keluaran Toyota juga.

4. Jika isu ini diutarakan aku juga sering buat banyak kesilapan; sebab aku memang tak pandai memandu pakai selipar.  Kasut pun tenguk jika tapaknya tinggi atak bergerigi kasar memang aku rasa tak selamat. Bayangkan jika perempuan memandu pakai kasut tumit tinggi. Perkara ini semua orang arif & sedia maklum. Terbaik memang pakai kasut kung fu ketika memandu; atau kasut sukan tanpa tali. Kita tak pernah fikirkan masalah ini. Jika pakai selipar memang menggangu buka selipar pula di mana diletakkan pastikan jangan terselit di celah brek.

5. Kesimpulannya teguran atau ingatan Toyota berniat baik cuma cara teguran itu macam barangannya saja terbaik untuk kereta Toyota. Sedangkan pasti banyak pilihan lapik kaki di pasaran yang cantik pun selamat. Sedangkan kasut pun boleh menjadi punca kemalangan.  Ibarat ada orang cadangkan mesti taruh cili padi  sebab ianya sangat pedas barulah resipi itu menjadi enak. Tak salah jika kita nak tukarkan kepada cili besar jika memang tak suka pedasnya cili padi asalkan tak lari dari resipi yang mahu dihidangkan, selamat dimakan.

23 Mei 2013

Kisah Al-Yasa'

Al-Yasa (Arab:اليسع, Al Kitab: Elisa, Eliseus) (sekitar 885-795 M)[1][2] adalah seorang Nabi yang tertera dalam Qur'an dan juga dianggap nabi oleh umat Yahudi dan Kristen. Ia diangkat menjadi nabi pada tahun 830 SM dan ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan orang-orang Amoria di Panyas, Syam. Ia wafat di Palestina dan namanya disebutkan sebanyak 2 kali didalam Al-Qur'an, yaitu pada surah al-An'am dan surah Shaad.
...dan Ismail, Al-Yasa', Yunus dan Luth. Masing-masing Kami lebihkan derajatnya di atas umat (di masanya), (Al-An'am 6:86)
...dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa' dan Zulkifli. Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik. (Shaad 38:48)

Al-Yasa' adalah Nabi selanjutnya untuk bangsa Israel. Dia menghadapi sikap penyangkalan Raja dan Ratu Israel terhadap agama sepeninggal Ilyas. Al-Yasa' menunjukkan banyak mukjizat untuk menunjukkan kekuasaan Allah, tapi mereka malah menyebutnya tukang sihir, sama seperti ketika mereka menyebut Nabi Ilyas sebelumnya. Mereka terus membangkang sepanjang hidup Al-Yasa'. Setelah beberapa lama, bangsa Israel ditaklukkan oleh Bangsa Assyria. Bangsa Assyria menghancurkan Kuil Gunung dan menyebabkan kerusakan parah di Israel.

Nama Al-Yasa disebut dalam kisah Nabi Ilyas, saat rasul itu dikejar-kejar oleh kaumnya dan bersembunyi di rumah Al-Yasa. Maka besar kemungkinan Al-Yasa juga tinggal di seputar lembah sungai Jordan.

Ketika Ilyas bersembunyi di rumahnya, Al-Yasa masih seorang belia. Saat itu ia tengah menderita sakit kemudian Ilyas membantu menyembuhkan penyakitnya. Setelah sembuh, Al-Yasa pun menjadi anak angkat Ilyas yang selalu mendampingi untuk menyeru ke jalan kebaikan. Al-Yasa melanjutkan tugas kenabian tersebut begitu Ilyas meninggal. Al-Yasa melanjutkan misi ayah angkatnya, agar kaumnya kembali taat kepada ajaran Allah.

Al-Yasa' kemudian mendapati bahwa manusia ternyata begitu mudah kembali ke jalan sesat. Itu terjadi tak lama setelah Ilyas wafat. Padahal masyarakat lembah sungai Yordania itu sempat mengikuti seruan Ilyas agar meninggalkan pemujaannya pada berhala. Pada kalangan itulah Ilyasa tak lelah menyeru ke jalan kebaikan. Dikisahkan bahwa mereka tetap tak mau mendengar seruan Al-Yasa', dan mereka kembali menanggung bencana kekeringan yang luar biasa.

KERETA MAHAL kerajaan perlu segera turunkan harga.

23 May 2013, 09:56 PM

1. Hanya bertahan sekitar 7 tahun sahaja gear auto Avanza kami... akhirnya meragam kini... perlu ingat betul-betul jangan lebih dari 20,000km atau setahun (mana satu yang lebih awal) mesti tukar minyak gear auto ini; Kes Avanza milik keluarga kami dirujuk:

i. Sy tak pasti bila perlu ditukar sebab pihak Toyota tak kasi tahu atau letak sticker ingatan buat kami; Apatah lagi jika yang punya Avanza ini adalah seorang isteri yang hanya KOSONG pengetahuan tentang masalah teknikal sebuah kereta. Sedangkan sejak beli kami tak pernah tukar minyak gear auto di luar sentiasa di Pusat Servis Toyota Balakong Selangor... nak jadi kes. Kegagalan pihak Pusat Servis Toyota memantau perkara ini secara bersungguh-sungguh berlakulah jangka hayatnya terhenti. Kos untuk menukar baru gear auto kereta Avanza 1.3 ini amat MAHAL sampaikan RM20K.

ii. Bila SUDAH hampir tak berfungsi; meragam sy beli minyak gear auto keluaran Toyota buatan Japan... pertama kali tukar dengan pomen sendiri bukan Pusar Servis Toyota. Mak Datok  keadaaan minyak teramat kotor seperti telah bertahun-tahun tidak ditukar. Sy memang percaya dengan khidmat Pusat Servis Toyota di Balakong di mana isteri sy yang sentiasa menghantar di sana. Tapi melihat kedaaan minyak sebegini nampak sangat ada sikap tak prihatin pihak Toyota dalam memantau kesempurnaan Avanza 1.3 kami.

ii. Di label tin minyak yang sy beli; Siap tertulis Type T-IV hanya untuk kenderaan Toyota; sy baru pakai sehari kebarangkalian masih tak stabil (atau memang mekanikal di dalam gear auto telah bermasalah) ; kami terpaksa berkejar ke Balakong sebab kenderaan Toyota menggunakan sensor elekronik dengan komputer yang canggih tak selasai di buat di luar tanpa alat radas komputer.  Apa yang berlaku si Andy Lau Pit Then: Service Advisor berbincang dengan isteri saya; katanya minyak yang kami guna tak sesuai ... kononnya yang sesuai hanya DX3 milik mereka tiada tin seperti sy beli (kod spare part sama 08886 dengan minyak T-IV)  Pihak Toyota buang minyak yang sy beli (sekitar RM100) baru pakai sehari tanpa izin isteri sy. Sikap TAMAK dan tidak mahu memberikan peluang pihak lain mencari rezeki dengan kenderaan Toyota ini bagi saya adalah sikap peniaga RASIS; samseng, tak bertemadun atau BACUL. kenapa sy kata begini sila rujuk perkara di 5 (lima).

ii. Pemilik Toyota TIDAK BOLEH menukar minyak gear auto yang remeh sebegini di luar pusat servis Toyota. Bagi sy cara begini memang tiada tolak ansur dan berbudi bicara. Sebaiknya bertanya dahulu dengan empunya kereta bukan main buang sahaja; takkan tak perasan minyak tersebut baru sehari diguna perlu dibuang ikut suka hati; (Minyak baru masih cantik warna sirap) yang lagi sedih minyak tersebut memang keluaran Toyota buatan Japan. Ingat beli minyak tersebut dengan duit kulit kerangkah?. Isteri sy memang telah memberi tahu minyak tersebut baru sehari dipakai; ada tin berbaki sekitar satu liter di dalam Avanza kami.

2. Sikap tak beretika dengan pelanggan wanita sebegini oleh mereka di Pusat Servis Toyota Balakong pastinya akan membuat pengguna kenderaan Toyota menyampah untuk berurusan dengan Pusat Servis Toyota. Kecuali kereta Toyota milik syarikat yang boleh buat penolakan Cukai Pendapatan Syarikat yang merugikan kerajaan tentunya. Semua orang tahu Pusat Servis Toyota menggenakan bayaran servis amat mahal; bayang Long Life coolant RM29.90 sebotol; perlu ditukar 3 botol tiap kali buat servis di pusat servis mereka; tanpa berunding dengan pelanggan untuk coolant ini; main taruh saja.  Pengguna kereta Toyota perlu berbelanja RM73.83 untuk coolant sahaja. Jika tidak pasti enjin Toyota akan berasap terbakar. Bagi sy ini bisnes menganiaya pihak perempuan yang buta bab senggara kereta. Isteri sy manalah tahu bab coolant ini. Jika sy berurusan dengan Toyota memang sy tolak coolant harga orang kaya ini. Hebat sangatkah coolant yang pihat Toyota bekalkan. Ada banyak lagi barangan alat ganti lain jika sy semak amat meragukan harganya.

hahaha Masalah masih tidak berubah biarpun ditukar dengan dengan minyak gear auto DX3 yang konon minyak PALING sesuai untuk Avanza 1.3 kami. Ada ketika sangkut di gear rendah masih mengaum. (kami telah berbelanja dalam tempoh dua hari sekitar RM200 untuk minyak gear auto sahaja) Katanya gerigi di dalam gear auto sudah makan. Pengguna perlukan RM20K untuk membeli gear auto yang baru di Pusat Servis Toyota seantero negara. Tiada pilihan lain. Nahas.

3. Adakah kita tahu apa ke bendanya minyak gear auto Toyota Type T-VI yang ditawarkan penjual alat ganti. Benarkah minyak ini konon kata Pusat Servis Toyota hanya sesuai untuk Vios dan kereta jenis lain tak sesuai untuk Avanza; sedangkan di tin yang saya beli sesuai semua gear auto semua kereta Toyota. Kod alat ganti pun sama 08886 di tin minyak gear auto sy beli pun di resit invoice pihak Toyota bekalkan 08886DX3 yang isteri sy perlu bayar. Jika benarlah telahan silap sy beli minyak gear auto ini seharusnya pihak jurujual juga pengeluaran minyak gear auto perlu menulis jenama/jenis Toyota di tin mereka agar pengguna tidak tertipu. Tulis di resit invoice 4 liters mana lagi sekitar 1 liters yang harganya sekitar RM20 seliter. Sy beli tin 4 liters jika taruh dalam gear auto; pasti melimpah atau gilerrr namanya. Hanya sekitar 3 liters sahaja perlu diisi terbukti di batang skala.

4. Sy temui URL Toyota Avanza di Indonesia juga blog tempatan kebanyakan pomen tempatan mengguna Type T-VI keluaran Toyota untuk minyak gear auto Avanza seperti saya beli. Perlu diketahui kebanyakan barangan gantian di Toyota Balakong Selangor buatan Thailand. Kilang barangan gantian Toyota kini dibuka di Thailand bukan di negara Malaysia. Dalam masa yang sama jika kita membeli alat gantian di kedai pasar terbuka; masih terdapat barangan tulen/ori dari Japan tapi agak mahal.

Barangan dari Thailand yang pihak Toyota bekalkan bukan saya nak komdem tetapi musibahnya Avanza kami jangan termasuk lubang sikit. Pasti berdengunglah tayar kereta kami. Tak seperti bearing asal kami beli; bertahun-tahun lamanya ianya masih hebat. Ini berlaku banyak kali terkadang setahun sampai dua tiga kali terpaksa tukar. Hatta kos yang mahal sy tukar sendiri di pomen luar bukan Pusat Servis Toyota; hampir separuh kali ganda murahnya. Malahan sy ADA banyak pilihan nak pilih buatan Thailand atau Japan atau bersepah barangan buat Taiwan atau Balakong mari... di pasaran terbuka.

Takutnya minyak gear auto ini pun buatan Thailand. (Bukan menuduh)

5. Perkara yang seakan sama berlaku sekitar tahun lalu di mana bateri yang baru kami dipakai sehari senang-senang ditukar dengan bateri baru oleh mekanik di Pusar Servis Toyota Balakong ini. Tak pernah tenguk jenama bateri macam itu. Maklumlah mereka berurusan dengan isteri saya yang kosong masalah bateri. Terima saja cadangan mereka. Macam bateri itu tak ada gerenti. Bayangkan jika kereta Toyota anda sangkut jauh di kampung halaman; takkan nak bergegas ke Pusat Servis Toyota sekadar nak tukar bateri. Dalam masa yang sama bila nak buat senggara sehari kemudian di Pusat Servis Toyota dikatakan bateri yang baru sehari beli itu bermasalah. Agaknya jika ada kabel getah lain yang lekat di Avanza kami pun mekanik mereka mahu buang. Satu hari nanti tayar pun kena beli kat Toyota. Gila ke apa cara Toyota ni buat bisnes.

Seperti notis untuk lapik kaki kami; "Use Toyota Original Equipped Floor Mat" sy lapik dengan getah lain pun mereka kasi amaran bahaya. Sebab lapik kaki milik mereka 7 tahun sy pakai nampak baru. Sy lapik lapik kaki lain di atas semua lapik kaki ori. (lapik kaki di bahagian pemandu ini tak pun menghalang brek atau sebagainya apa isu bahayanya)

BIADAP cara Toyota di Balakong ini berniaga. Takkan pihak Toyota tak kasi peluang penggguna kenderaan mereka bertukar ke alat ganti lain; seperti bateri yang lain ketika terdesak. Apakah hanya pihak Toyota yang HEBAT buat bateri kereta orang lain tak RETI. Lapik kaki mereka sahaja yang selamat lapik kaki orang lain akan kena cekam atau gout. Perkara sebegini kerajaan kena pantau dan mesti dihentikan. Jangan ada peniaga berniaga cara BACUL begini terutama terhadap pelanggan wanita yang buta bab kereta; tahu pakai sahaj. Takkan perkara remeh begini sy terpaksa buat repot balai polis. Berapa ramai kaum wanita di luar sana jadi makanan pihak Toyota Balakong ini.

Ini baru kes Avanza kereta murah belum kereta mewah; secara lojik pun jika beli RM58K kenapa pihak Toyota perlukan RM20K untuk ganti seketul gear auto mereka.  Pihak kerajaan perlu memantau perkara ini agar tiada berlaku perniagaan yang licik lagi bacul sebegini. Kasihan rakyat Malaysia eh. Barangan alat ganti Toyota apakah kerajaan kita cukai sampai 300%.

Nak beli MPV buatan tempatan cer semak berapa harganya?. Kena saingan Toyota. Kualitinya yang utama masalah kereta sebegini sering dipertikaikan oleh pengguna. Sy dah pakai dua buah kenderaan tempatan pun memang ada masalahnya tersendiri tapi barangan ganti memang murah. Di sudut keselesaan agak kurang. Bila nak frasa pakai kereta buat luar negara Toyota pula kenderaan mereka hebat dan jimat minyaknya sebab enjin mereka memang kelas; tetapi teruk khidmat selepas belian; servis meracau pun alat gantinya melampau mahal. Takkan kami tiada hak untuk hidup bahagia dengan kenderaan yang melampau mahal di Malaysia ini.

Message: ** Record updated ... Complaint No. : A138818  Sila klik CETAK untuk cetakan tiket aduan.  BPA Jabatan Perdana Menteri

Toyota
Wing Hin Automobile Sdn. Bhd
Lot 963, Jalan Balakong, Balakong, Selangor 43300.


bersambung ...

13 Mei 2013

KISAH NABI KHIDIR a.s.

KISAH NABI KHIDIR a.s.
Salah satu kisah Al-Quran yang sangat mengagumkan dan dipenuhi dengan misteri adalah, kisah seseorang hamba yang Allah s.w.t memberinya rahmat dari sisi-Nya dan mengajarinya ilmu. Kisah tersebut terdapat dalam surah al-Kahfi di mana ayat-ayatnya dimulai dengan cerita Nabi Musa, yaitu:

"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: 'Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan-jalan sampai bertahun-tahun." (QS. al-Kahfi: 60)

Kalimat yang samar menunjukkan bahawa Musa telah bertekad untuk meneruskan perjalanan selama waktu yang cukup lama kecuali jika beliau mampu mencapai majma' al-Bahrain (pertemuan dua buah lautan). Di sana terdapat suatu perjanjian penting yang dinanti-nanti oleh Musa ketika beliau sampai di majma' al-Bahrain. Anda dapat merenungkan betapa tempat itu sangat misteri dan samar. Para musafir telah merasakan keletihan dalam waktu yang lama untuk mengetahui hakikat tempat ini. Ada yang mengatakan bahawa tempat itu adalah laut Persia dan Romawi. Ada yang mengatakan lagi bahawa itu adalah laut Jordania atau Kulzum. Ada yang mengatakan juga bahawa itu berada di Thanjah. Ada yang berpendapat, itu terletak di Afrika. Ada lagi yang mengatakan bahawa itu adalah laut Andalus. Tetapi mereka tidak dapat menunjukkan bukti yang kuat dari tempat-tempat itu.

Seandainya tempat itu harus disebutkan nescaya Allah s.w.t akan rnenyebutkannya. Namun al-Quran al-Karim sengaja menyembunyikan tempat itu, sebagaimana al-Quran tidak menyebutkan kapan itu terjadi. Begitu juga, al-Quran tidak menyebutkan nama-nama orang-orang yang terdapat dalam kisah itu kerana adanya hikmah yang tinggi yang kita tidak mengetahuinya. Kisah tersebut berhubungan dengan suatu ilmu yang tidak kita miliki, kerana biasanya ilmu yang kita kuasai berkaitan dengan sebab-sebab tertentu. Dan tidak juga ia berkaitan dengan ilmu para nabi kerana biasanya ilmu para nabi berdasarkan wahyu. Kita sekarang berhadapan dengan suatu ilmu dari suatu hakikat yang samar; ilmu yang berkaitan dengan takdir yang sangat tinggi; ilmu yang dipenuhi dengan rangkaian tabir yang tebal.

Di samping itu, tempat pertemuan dan waktunya antara hamba yang mulia ini dan Musa juga tidak kita ketahui. Demikianlah kisah itu terjadi tanpa memberitahumu kapan terjadi dan di tempat mana. Al-Quran sengaja menyembunyikan hal itu, bahkan al-Quran sengaja menyembunyikan pahlawan dari kisah ini. Allah s.w.t mengisyaratkan hal tersebut dalam firman-Nya:

"Seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami." (QS. al-Kahfi: 65)

Al-Quran al-Karim tidak menyebutkan siapa nama hamba yang dimaksud, yaitu seorang hamba yang dicari oleh Musa agar ia dapat belajar darinya. Nabi Musa adalah seseorang yang diajak berbicara langsung oleh Allah s.w.t dan ia salah seorang ulul azmi dari para rasul. Beliau adalah pemilik mukjizat tongkat dan tangan yang bercahaya dan seorang Nabi yang Taurat diturunkan kepadanya tanpa melalui perantara. Namun dalam kisah ini, beliau menjadi seorang pencari ilmu yang sederhana yang harus belajar kepada gurunya dan menahan penderitaan di tengah-tengah belajarnya itu. Lalu, siapakah gurunya atau pengajarnya? Pengajarnya adalah seorang hamba yang tidak disebutkan namanya dalam Al-Quran meskipun dalam hadis yang suci disebutkan bahawa ia adalah Khidir as.

Musa berjalan bersama hamba yang menerima ilmunya dari Allah s.w.t tanpa sebab-sebab penerimaan ilmu yang biasa kita ketahui. Mula-mula Khidir menolak ditemani oleh Musa. Khidir memberitahu Musa bahawa ia tidak akan mampu bersabar bersamanya. Akhirnya, Khidir mahu ditemani oleh Musa tapi dengan syarat, hendaklah ia tidak bertanya tentang apa yang dilakukan Khidir sehingga Khidir menceritakan kepadanya. Khidir merupakan simbol ketenangan dan diam; ia tidak berbicara dan gerak- gerinya menimbulkan kegelisahan dan kebingungan dalam diri Musa. Sebahagian tindakan yang dilakukan oleh Khidir jelas-jelas dianggap sebagai kejahatan di mata Musa; sebahagian tindakan Khidir yang lain dianggap Musa sebagai hal yang tidak memiliki erti apa pun; dan tindakan yang lain justru membuat Musa bingung dan membuatnya menentang. Meskipun Musa memiliki ilmu yang tinggi dan kedudukan yang luar biasa namun beliau mendapati dirinya dalam keadaan kebingungan melihat perilaku hamba yang mendapatkan kurnia ilmunya dari sisi Allah s.w.t.

Ilmu Musa yang berlandaskan syariat menjadi bingung ketika menghadapi ilmu hamba ini yang berlandaskan hakikat. Syariat merupakan bahagian dari hakikat. Terkadang hakikat menjadi hal yang sangat samar sehingga para nabi pun sulit memahaminya. Awan tebal yang menyelimuti kisah ini dalam Al-Quran telah menurunkan hujan lebat yang darinya mazhab- mazhab sufi di dalam Islam menjadi segar dan tumbuh. Bahkan terdapat keyakinan yang menyatakan adanya hamba-hamba Allah s.w.t yang bukan termasuk nabi dan syuhada namun para nabi dan para syuhada "cemburu" dengan ilmu mereka. Keyakinan demikian ini timbul kerana pengaruh kisah ini.

Para ulama berbeza pendapat berkenaan dengan Khidir. Sebahagian mereka mengatakan bahawa ia seorang wali dari wali-wali Allah s.w.t. Sebahagian lagi mengatakan bahawa ia seorang nabi. Terdapat banyak cerita bohong tentang kehidupan Khidir dan bagaimana keadaannya. Ada yang mengatakan bahawa dia akan hidup sampai hari kiamat. Yang jelas, kisah Khidir tidak dapat dijabarkan melalui nas-nas atau hadis-hadis yang dapat dipegang (otentik). Tetapi kami sendiri berpendapat bahawa beliau meninggal sebagaimana meninggalnya hamba-hamba Allah s.w.t yang lain. Sekarang, kita tinggal membahas kewaliannya dan kenabiannya. Tentu termasuk masalah yang sangat rumit atau membingungkan. Kami akan menyampaikan kisahnya dari awal sebagaimana yang dikemukakan dalam Al-Quran.

Nabi Musa as berbicara di tengah-tengah Bani Israil. Ia mengajak mereka untuk menyembah Allah s.w.t dan menceritakan kepada mereka tentang kebenaran. Pembicaraan Nabi Musa sangat komprehensif dan tepat. Setelah beliau menyampaikan pembicaraannya, salah seorang Bani Israil bertanya: "Apakah ada di muka bumi seseorang yang lebih alim darimu wahai Nabi Allah?" Dengan nada emosi, Musa menjawab: "Tidak ada."

Allah s.w.t tidak setuju dengan jawapan Musa. Lalu Allah s.w.t mengutus Jibril untuk bertanya kepadanya: "Wahai Musa, tidakkah engkau mengetahui di mana Allah s.w.t meletakkan ilmu-Nya?" Musa mengetahui bahawa ia terburu-buru mengambil suatu keputusan. Jibril kembali berkata kepadanya: "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai seorang hamba yang berada di majma' al-Bahrain yang ia lebih alim daripada kamu." Jiwa Nabi Musa yang mulia rindu untuk menambah ilmu, lalu timbullah keinginan dalam dirinya untuk pergi dan menemui hamba yang alim ini. Musa bertanya bagaimana ia dapat menemui orang alim itu. Kemudian ia mendapatkan perintah untuk pergi dan membawa ikan di keranjang. Ketika ikan itu hidup dan melompat ke lautan maka di tempat itulah Musa akan menemui hamba yang alim.

Akhirnya, Musa pergi guna mencari ilmu dan beliau ditemani oleh seorang pembantunya yang masih muda. Pemuda itu membawa ikan di keranjang. Kemudian mereka berdua pergi untuk mencari hamba yang alim dan soleh. Tempat yang mereka cari adalah tempat yang sangat samar dan masalah ini berkaitan dengan hidupnya ikan di keranjang dan kemudian ikan itu akan melompat ke laut. Namun Musa berkeinginan kuat untuk menemukan hamba yang alim ini walaupun beliau harus berjalan sangat jauh dan menempuh waktu yang lama.

Musa berkata kepada pembantunya: "Aku tidak memberimu tugas apa pun kecuali engkau memberitahuku di mana ikan itu akan berpisah denganmu." Pemuda atau pembantunya berkata: "Sungguh engkau hanya memberi aku tugas yang tidak terlalu berat." Kedua orang itu sampai di suatu batu di sisi laut. Musa tidak kuat lagi menahan rasa kantuk sedangkan pembantunya masih bergadang. Angin bergerak ke tepi lautan sehingga ikan itu bergerak dan hidup lalu melompat ke laut. Melompatnya ikan itu ke laut sebagai tanda yang diberitahukan Allah s.w.t kepada Musa tentang tempat pertemuannya dengan seseorang yang bijaksana yang mana Musa datang untuk belajar kepadanya. Musa bangkit dari tidurnya dan tidak mengetahui bahawa ikan yang dibawanya telah melompat ke laut sedangkan pembantunya lupa untuk menceritakan peristiwa yang terjadi. Lalu Musa bersama pemuda itu melanjutkan perjalanan dan mereka lupa terhadap ikan yang dibawanya. Kemudian Musa ingat pada makanannya dan ia telah merasakan keletihan. Ia berkata kepada pembantunya: "Cuba bawalah kepada kami makanan siang kami, sungguh kami telah merasakan keletihan akibat dari perjalanan ini."

Pembantunya mulai ingat tentang apa yang terjadi. Ia pun mengingat bagaimana ikan itu melompat ke lautan. Ia segera menceritakan hal itu kepada Nabi Musa. Ia meminta maaf kepada Nabi Musa kerana lupa menceritakan hal itu. Syaitan telah melupakannya. Keanehan apa pun yang menyertai peristiwa itu, yang jelas ikan itu memang benar-benar berjalan dan bergerak di lautan dengan suatu cara yang mengagumkan. Nabi Musa merasa gembira melihat ikan itu hidup kembali di lautan dan ia berkata: "Demikianlah yang kita inginkan." Melompatnya ikan itu ke lautan adalah sebagai tanda bahawa di tempat itulah mereka akan bertemu dengan seseorang lelaki yang alim. Nabi Musa dan pembantunya kembali dan menyelusuri tempat yang dilaluinya sampai ke tempat yang di situ ikan yang dibawanya bergerak dan menuju ke lautan.

Perhatikanlah permulaan kisah: bagaimana Anda berhadapan dengan suatu kesamaran dan tabir yang tebal di mana ketika Anda menjumpai suatu tabir di depan Anda terpampang maka sebelum tabir itu tersingkap Anda harus berhadapan dengan tabir-tabir yang lain. Akhirnya, Musa sampai di tempat di mana ikan itu melompat. Mereka berdua sampai di batu di mana keduanya tidur di dekat situ, lalu ikan yang mereka bawa keluar menuju laut. Di sanalah mereka mendapatkan seorang lelaki. Kami tidak mengetahui namanya, dan bagaimana bentuknya, dan bagaimana bajunya; kami pun tidak mengetahui usianya. Yang kita ketahui hanyalah gambaran dalam yang dijelaskan oleh Al-Quran: "Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahrnat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. "

Inilah aspek yang penting dalam kisah itu. Kisah itu terfokus pada sesuatu yang ada di dalam jiwa, bukan tertuju pada hal-hal yang bersifat fizik atau lahiriah. Allah s.w.t berfirman:

"Maka tatkala mereka berjalan sampai ke pertemuan dua buah laut itu, maka mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu. Tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya: 'Bawalah ke mari makanan kita; sesungguhnya kita merasa letih kerana perjalanan kita ini.' Muridnya menjawab: 'Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali.' Musa berkata: 'Itulah (tempat) yang kita cari; lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. " (QS. al-Kahfi: 61-65)

Bukhari mengatakan bahawa Musa dan pembantunya menemukan Khidir di atas sejadah hijau di tengah-tengah lautan. Ketika Musa melihatnya, ia menyampaikan salam kepadanya. Khidir berkata: "Apakah di bumimu ada salam? Siapa kamu?" Musa menjawab: "Aku adalah Musa." Khidir berkata: "Bukankah engkau Musa dari Bani Israil. Bagimu salam wahai Nabi dari Bani Israil." Musa berkata: "Dari mana kamu mengenal saya?" Khidir menjawab: "Sesungguhnya yang mengenalkan kamu kepadaku adalah juga yang memberitahu aku siapa kamu. Lalu, apa yang engkau inginkan wahai Musa?" Musa berkata dengan penuh kelembutan dan kesopanan: "Apakah aku dapat mengikutimu agar engkau dapat mengajariku sesuatu yang engkau telah memperoleh kurnia dari-Nya." Khidir berkata: "Tidakkah cukup di tanganmu Taurat dan bukankah engkau telah mendapatkan wahyu. Sungguh wahai Musa, jika engkau ingin mengikutiku engkau tidak akan mampu bersabar bersamaku."

Kita ingin memperhatikan sejenak perbezaan antara pertanyaan Musa yang penuh dengan kesopanan dan kelembutan dan jawapan Khidir yang tegas di mana ia memberitahu Musa bahawa ilmunya tidak harus diketahui oleh Musa, sebagaimana ilmu Musa tidak diketahui oleh Khidir. Para ahli tafsir mengemukakan bahawa Khidir berkata kepada Musa: "Ilmuku tidak akan engkau ketahui dan engkau tidak akan mampu sabar untuk menanggung derita dalam memperoleh ilmu itu. Aspek-aspek lahiriah yang engkau kuasai tidak dapat menjadi landasan dan ukuran untuk menilai ilmuku. Barangkali engkau akan melihat dalam tindakan-tindakanku yang tidak engkau fahami sebab-sebabnya. Oleh kerana itu, wahai Musa, engkau tidak akan mampu bersabar ketika ingin mendapatkan ilmuku." Musa mendapatkan suatu pernyataan yang tegas dari Khidir namun beliau kembali mengharapnya untuk mengizinkannya menyertainya untuk belajar darinya. Musa berkata kepadanya bahawa insya-Allah ia akan mendapatinya sebagai orang yang sabar dan tidak akan menentang sedikit pun.

Perhatikanlah bagaimana Musa, seorang Nabi yang berdialog dengan Allah s.w.t, merendah di hadapan hamba ini dan ia menegaskan bahawa ia tidak akan menentang perintahnya. Hamba Allah s.w.t yang namanya tidak disebutkan dalam Al-Quran menyatakan bahawa di sana terdapat syarat yang harus dipenuhi Musa jika ia bersikeras ingin menyertainya dan belajar darinya. Musa bertanya tentang syarat ini, lalu hamba yang soleh ini menentukan agar Musa tidak bertanya sesuatu pun sehingga pada saatnya nanti ia akan mengetahuinya atau hamba yang soleh itu akan memberitahunya. Musa sepakat atas syarat tersebut dan kemudian mereka pun pergi. Perhatikanlah firman Allah s.w.t dalam surah al-Kahfi:

"Musa berkata kepadanya: 'Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu ?' Dia menjawab: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?' Musa berkata: 'Insya-Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.' Dia berkata: 'Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.'" (QS. al-Kahfi: 66-70)

Musa pergi bersama Khidir. Mereka berjalan di tepi laut. Kemudian terdapat perahu yang berlayar lalu mereka berbicara dengan orang-orang yang ada di sana agar mahu mengangkut mereka. Para pemilik perahu mengenal Khidir. Lalu mereka pun membawanya berserta Musa, tanpa meminta upah sedikit pun kepadanya. Ini sebagai bentuk penghormatan kepada Khidir. Namun Musa dibuat terkejut ketika perahu itu berlabuh dan ditinggalkan oleh para pemiliknya, Khidir melubangi perahu itu. Ia mencabut papan demi papan dari perahu itu, lalu ia melemparkannya ke laut sehingga papan-papan itu dibawa ombak ke tempat yang jauh.

Musa menyertai Khidir dan melihat tindakannya dan kemudian ia berfikir. Musa berkata kepada dirinya sendiri: "Apa yang aku lakukan di sini, mengapa aku berada di tempat ini dan menemani laki-laki ini? Mengapa aku tidak tinggal bersama Bani Israil dan membacakan Kitab Allah s.w.t sehingga mereka taat kepadaku? Sungguh Para pemilik perahu ini telah mengangkut kami tanpa meminta upah. Mereka pun memuliakan kami tetapi guruku justru merosak perahu itu dan melubanginya." Tindakan Khidir di mata Musa adalah tindakan yang tercela. Kemudian bangkitlah emosi Musa sebagai bentuk kecemburuannya kepada kebenaran. Ia terdorong untuk bertanya kepada gurunya dan ia lupa tentang syarat yang telah diajukannya, agar ia tidak bertanya apa pun yang terjadi. Musa berkata: "Apakah engkau melubanginya agar para penumpangnya tenggelam? Sungguh engkau telah melakukan sesuatu yang tercela." Mendengar pertanyaan lugas Musa, hamba Allah s.w.t itu menoleh kepadanya dan menunjukkan bahawa usaha Musa untuk belajar darinya menjadi sia-sia kerana Musa tidak mampu lagi bersabar. Musa meminta maaf kepada Khidir kerana ia lupa dan mengharap kepadanya agar tidak menghukumnya.

Kemudian mereka berdua berjalan melewati suatu kebun yang dijadikan tempat bermain oleh anak-anak kecil. Ketika anak-anak kecil itu sudah letih bermain, salah seorang mereka tampak bersandar di suatu pohon dan rasa kantuk telah menguasainya. Tiba-tiba, Musa dibuat terkejut ketika melihat hamba Allah s.w.t ini membunuh anak kecil itu. Musa dengan lantang bertanya kepadanya tentang kejahatan yang baru saja dilakukannya, yaitu membunuh anak laki-laki yang tidak berdosa. Hamba Allah s.w.t itu kembali mengingatkan Musa bahawa ia tidak akan mampu bersabar bersamanya. Musa meminta maaf kepadanya kerana lagi-lagi ia lupa. Musa berjanji tidak akan bertanya lagi. Musa berkata ini adalah kesempatan terakhirku untuk menemanimu. Mereka pun pergi dan meneruskan perjalanan. Mereka memasuki suatu desa yang sangat bakhil. Musa tidak mengetahui mengapa mereka berdua pergi ke desa itu dan mengapa tinggal dan bermalam di sana. Makanan yang mereka bawa habis, lalu mereka meminta makanan kepada penduduk desa itu, tetapi penduduk itu tidak mahu memberi dan tidak mahu menjamu mereka.

Kemudian datanglah waktu petang. Kedua orang itu ingin beristirahat di sebelah dinding yang hampir roboh. Musa dibuat terkejut ketika melihat hamba itu berusaha membangun dinding yang nyaris roboh itu. Bahkan ia menghabiskan waktu malam untuk memperbaiki dinding itu dan membangunnya seperti baru. Musa sangat hairan melihat tindakan gurunya. Bagi Musa, desa yang bakhil itu seharusnya tidak layak untuk mendapatkan pekerjaan yang gratis ini. Musa berkata: "Seandainya engkau mau, engkau bisa mendapat upah atas pembangunan tembok itu." Mendengar perkataan Musa itu, hamba Allah s.w.t itu berkata kepadanya: "Ini adalah batas perpisahan antara dirimu dan diriku." Hamba Allah s.w.t itu mengingatkan Musa tentang pertanyaan yang seharusnya tidak dilontarkan dan ia mengingatkannya bahawa pertanyaan yang ketiga adalah akhir dari pertemuan.

Kemudian hamba Allah s.w.t itu menceritakan kepada Musa dan membongkar kesamaran dan kebingungan yang dihadapi Musa. Setiap tindakan hamba yang soleh itu—yang membuat Musa bingung—bukanlah hasil dari rekayasanya atau dari inisiatif sendiri, ia hanya sekadar menjadi jambatan yang digerakkan oleh kehendak Yang Maha Tingi di mana kehendak yang tinggi ini menyiratkan suatu hikmah yang tersembunyi. Tindakan-tindakan yang secara lahiriah tampak keras namun pada hakikatnya justru menyembunyikan rahmat dan kasih sayang. Demikianlah bahawa aspek lahiriah bertentangan dengan aspek batiniah. Hal inilah yang tidak diketahui oleh Musa. Meskipun Musa memiliki ilmu yang sangat luas tetapi ilmunya tidak sebanding dengan hamba ini. Ilmu Musa laksana setitis air dibandingkan dengan ilmu hamba itu, sedangkan hamba Allah s.w.t itu hanya memperoleh ilmu dari Allah s.w.t sedikit, sebesar air yang terdapat pada paruh burung yang mengambil dari lautan. Allah s.w.t berfirman:

"Maka berjalanlah heduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidir melubanginya. Musa berkata: 'Mengapa kamu melubangi perahu itu yang akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar.' Dia (Khidir) berkata: 'Bukankah aku telah berkata: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku.' Musa berkata: 'Janganlah kamu menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku.' Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya. Musa berkata: 'Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih itu, bukan kerana dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar.' Khidir berkata: 'Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya kamu tidak akan sabar bersamaku?' Musa berkata: 'Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka janganlah engkau memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur kepadaku.' Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding itu. Musa berkata: 'Jikalau kamu mau, nescaya kamu mengambil upah untuk itu.' Khidir berkata: 'Inilah perpisahan antara aku dengan kamu. Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya. Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merosakkan bahtera itu, kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera. Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin dan kami khawatir bahawa dia akan mendorong orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. Dan kami menghendaki supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam dari kasih sayangnya (kepada ibu dan bapaknya). Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya seseorang yang soleh, maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.'" (QS. al-Kahfi: 71-82)

Hamba soleh itu menyingkapkan dua hal pada Musa: ia memberitahunya bahawa ilmunya, yakni ilmu Musa sangat terbatas, kemudian ia memberitahunya bahawa banyak dari musibah yang terjadi di bumi justru di balik itu terdapat rahmat yang besar. Pemilik perahu itu akan menganggap bahawa usaha melubangi perahu mereka merupakan suatu bencana bagi mereka tetapi sebenarnya di balik itu terdapat kenikmatan, yaitu kenikmatan yang tidak dapat diketahui kecuali setelah terjadinya peperangan di mana raja akan memerintahkan untuk merampas perahu- perahu yang ada. Lalu raja itu akan membiarkan perahu-perahu yang rosak. Dengan demikian, sumber rezeki keluarga-keluarga mereka akan tetap terjaga dan mereka tidak akan mati kelaparan. Demikian juga orang tua anak kecil yang terbunuh itu akan menganggap bahawa terbunuhnya anak kecil itu sebagai musibah, namun kematiannya justru membawa rahmat yang besar bagi mereka kerana Allah s.w.t akan memberi mereka—sebagai ganti darinya—anak yang baik yang dapat menjaga mereka dan melindungi mereka pada saat mereka menginjak masa tua dan mereka tidak akan menampakkan kelaliman dan kekufuran seperti anak yang terbunuh. Demikianlah bahawa nikmat terkadang membawa sesuatu bencana dan sebaliknya, suatu bencana terkadang membawa nikmat. Banyak hal yang lahirnya baik ternyata justru di balik itu terdapat keburukan.

Mula-mula Nabi Allah s.w.t Musa menentang dan mempersoalkan tindakan hamba Allah s.w.t tersebut, kemudian ia menjadi mengerti ketika hamba Allah s.w.t itu menyingkapkan kepadanya maksud dari tindakannya dan rahmat Allah s.w.t yang besar yang tersembunyi dari peristiwa-peristiwa yang terjadi.

Selanjutnya, Musa kembali menemui pembantunya dan menemaninya untuk kembali ke Bani Israil. Sekarang, Musa mendapatkan keyakinan yang luar biasa. Musa telah belajar dari mereka dua hal: yaitu ia tidak merasa bangga dengan ilmunya dalam syariat kerana di sana terdapat ilmu hakikat, dan ia tidak mempersoalkan musibah-musibah yang dialami oleh manusia kerana di balik itu terdapat rahmat Allah s.w.t yang tersembunyi yang berupa kelembutan-Nya dan kasih sayang-Nya. Itulah pelajaran yang diperoleh Nabi Musa as dari hamba ini. Nabi Musa mengetahui bahawa ia berhadapan dengan lautan ilmu yang baru di mana ia bukanlah lautan syariat yang diminum oleh para nabi. Kita berhadapan dengan lautan hakikat, di hadapan ilmu takdir yang tertinggi; ilmu yang tidak dapat kita jangkau dengan akal kita sebagai manusia biasa atau dapat kita cerna dengan logik biasa. Ini bukanlah ilmu eksperimental yang kita ketahui atau yang biasa terjadi di atas bumi, dan ia pun bukan ilmu para nabi yang Allah s.w.t wahyukan kepada mereka.

Kita sekarang sedang membahas ilmu yang baru. Lalu siapakah pemilik ilmu ini? Apakah ia seorang wali atau seorang nabi? Majoriti kaum sufi berpendapat bahawa hamba Allah s.w.t ini dari wali-wali Allah s.w.t. Allah s.w.t telah memberinya sebahagian ilmu laduni kepadanya tanpa sebab-sebab tertentu. Sebahagian ulama berpendapat bahawa hamba soleh ini adalah seorang nabi. Untuk mendukung penyataannya ulama- ulama tersebut menyampaikan beberapa argumentasi melalui ayat al- Quran yang menunjukkan kenabiannya.

Pertama, firman-Nya:

"Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami."

Kedua, perkataan Musa kepadanya:

"Musa berkata kepadanya: 'Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?' Dia menjawab: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu ?' Musa berkata: 'lnsya-Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.' Dia berkata: 'Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu,'" (QS. al-Kahfi: 66-70)

Seandainya ia seorang wali dan bukan seorang nabi maka Musa tidak akan berdialog atau berbicara dengannya dengan cara yang demikian dan ia tidak akan menjawab kepada Musa dengan jawapan yang demikian. Bila ia bukan seorang nabi maka bererti ia tidak maksum sehingga Musa tidak harus memperoleh ilmu dari seseorang wali yang tidak maksum.

Ketiga, Khidir menunjukkan keberaniannya untuk membunuh anak kecil itu melalui wahyu dari Allah s.w.t dan perintah dari-Nya. Ini adalah dalil tersendiri yang menunjukkan kenabiannya dan bukti kuat yang menunjukkan kemaksumannya. Sebab, seorang wali tidak boleh membunuh jiwa yang tidak berdosa dengan hanya berdasarkan kepada keyakinannya dan hatinya. Boleh jadi apa yang terlintas dalam hatinya tidak selalu maksum kerana terkadang ia membuat kesalahan. Jadi, keberanian Khidir untuk membunuh anak kecil itu sebagai bukti kenabiannya.

Keempat, perkataan Khidir kepada Musa:

"Sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri. " (QS. al-Kahfi: 82)

Yakni, apa yang aku lakukan bukan dari doronganku sendiri namun ia merupakan perintah dari Allah s.w.t dan wahyu dari-Nya. Demikianlah pendapat para ulama dan para ahli zuhud. Para ulama berpendapat bahawa Khidir adalah seorang Nabi sedangkan para ahli zuhud dan para tokoh sufi berpendapat bahawa Khidir adalah seorang wali dari wali-wali Allah s.w.t.

Salah satu pernyataan Khidir yang sering dikemukakan oleh tokoh sufi adalah perkataan Wahab bin Munabeh, Khidir berkata: "Wahai Musa, manusia akan diseksa di dunia sesuai dengan kadar kecintaan mereka atau kecenderungan mereka terhadapnya (dunia)." Sedangkan Bisyir bin Harits al-Hafi berkata: "Musa berkata kepada Khidir: "Berilah aku nasihat." Khidir menjawab: "Mudah-mudahan Allah s.w.t memudahkan kamu untuk taat kepada-Nya." Para ulama dan para ahli zuhud berselisih pendapat tentang Khidir dan setiap mereka mengklaim kebenaran pendapatnya. Perbezaan pendapat ini berhujung pangkal kepada anggapan para ulama bahawa mereka adalah sebagai pewaris para nabi, sedangkan kaum sufi menganggap diri mereka sebagai ahli hakikat yang mana salah satu tokoh terkemuka dari ahli hakikat itu adalah Khidir. Kami sendiri cenderung untuk menganggap Khidir sebagai seorang nabi kerana beliau menerima ilmu laduni. Yang jelas, kita tidak mendapati nas yang jelas dalam konteks al-Quran yang menunjukkan kenabiannya dan kita juga tidak menemukan nas yang gamblang yang dapat kita jadikan sandaran untuk menganggapnya sebagai seorang wali yang diberi oleh Allah s.w.t sebahagian ilmu laduni.

Barangkali kesamaran seputar peribadi yang mulia ini memang disengaja agar orang yang mengikuti kisah tersebut mendapatkan tujuan utama dari inti cerita. Hendaklah kita berada di batas yang benar dan tidak terlalu jauh mempersoalkan kenabiannya atau kewaliannya. Yang jelas, ketika kami memasukkannya dalam jajaran para nabi kerana ia adalah seorang guru dari Musa dan seorang ustaz baginya untuk beberapa waktu.