iDAN

22 Mac 2008

ANiF di Kem Ibadah (Singgahsana)




"La.. roboh khemah tu Azim"

"Bukan robohlah ayah, memang dibuka agaknya... Azim nampak sejak tadi"

Aku nampak Anif & kekawannya sedang syolat berjemaah di ruang legar. Ada khemah di padang sekolah & Ruang Perbarisan. Sekolah Keb. Sungai Kantan, Kajang. Sejak semalam hari asyik hujan, pasti tidak mengembirakan pihak pengurusan sekolah. Pun kekawan Anif.

Aku dengan Azim sekadar mengintip Anif dengan Avanza Mila.

Dua hari dua malam di Kem Ibadah, agar ada sesuatu yang dapat dimanfaatkan. Agar ada pengajaran & pengalaman yang dapat dijadikan panduan. Aku teringat semasa ke Gerak Putra. Semalaman tidur di hutan. Hutan Simpanan Puchong. Cantik rupanya suasana malam di hutan. Ketika kami tidur di hutan kebetulan waktu bulan mengambang. Cahaya bulan yang jatuh di daunan memang nampak cantik. Selerak dedaun kering di hutan rupanya mengeluarkan cahaya. Bagai kerdipan bintang-bintang yang tidak dapat dilukiskan.

Memang rasa tidak mahu keluar dari hutan. Cumanya takut dengan binatang buas, pun takut ada ular yang bisa, kala jengking. Selebihnya memang bermalam di hutan amat damai & nyamannya. Meredah hutan juga satu pengalaman yang mencabar. Kumpulan kami sesat. Kuyup dalam hujan lebat. Terpaksa mengarusi anak sungai. Jernihnya air sungai yang masih tidak diterokai. Lumut-lumut hijau yang tidak terusik, anak ikan berlarian & paku-pakis yang sukar kita temui di persekitaran bandar.

Sayang amat Hutan Simpanan Puchong banyak yang telah dinodai pembangunan. Usia hutan yang ratusan tahun kian pupus ditelan kemajuan. Jika tidak dimajukan sebagai pusat bandar & kawasan perumahan; Sering ditebang digantikan dengan ladang kelapa sawit. Apa sangatlah hasil kelapa sawit, mungkin minyak, sabun, biodisel & sekadar beberapa bahan makanan lain. Hutan yang asli menghasilkan jauh lebih lumayan. Ubat-ubatan herba, pewangi, ulam-ulaman, kayu kayan, balak, menyimpan flora berzaman, binatang yang kian pupus, fauna yang liar & perbagai lagi kazanah alam.

Kenapa kita tidak sayang dengan hutan?.

Bayangkan jika Anif boleh berkhemah di hutan simpan, di tepi desiran air terjun. Didirikan dewan yang serba lengkap tanpa mengganggu alam semulajadi. Bayangkan lepas dengar ceramah boleh mandi di sejuknya air terjun. Malamnya dengan unggun api, memanggang ikan, ayam & bebola ikan. Waktu terluang boleh memancing ikan. Paling asyiknya dengan deringan reriang & cengkerik garau di malam hari. Larian monyet di pohon mempoyan & cenderai.

Bandar amat panas & menuntut segala keegoan. Terlampau kasar & ganas dengan pembunuhan & penculikan. Rasanya jika berkampung di hutan yang jauh dari kesesakan kota tentunya amat indah hidup ini. Petai tak payah dibeli. Ingin makan sentul cari saja di belakang rumah. Ingin cicah remenia dengan kicap, gula, cili & belacan; kutip saja di alur. Seronoknya!.

1 ulasan:

snm | snm berkata...

salam..cik idan..
dlm Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong tu, ada air terjun yang sangat cantik.agak bahaya mandi di situ sebab kawasan air terjun tu jarang orang datang, lumut penuh, licin..tapi air yang turun dari atas bukit tu memang sejuk & fresh..spjg saya belajar di Fakulti Hutan, hanya sekali saya dapat jejak di air terjun tu (maybe the first & the last moment i've ever had)..banyak kenangan saya dengan HSAH tu..tp sayang, dek arus pemodenan, keadaan di sekeliling HSAH, semakin penuh dgn kawasan perumahan baru..rasanya, binatang liar pun x berani nak keluar cari makanan sebab HSAH makin mengecil. cik idan jgn risau, insyaAllah tiada binatang buas yg mganggu..hanya ada binatang halus mulus yang akan keluar terutamanya ketika hari hujan & sekeliling lecak..pacat!!!