iDAN

28 Jun 2009

Diari Hari Minggu (Singgahsana)

Pagi :

Hatiku teringin nak makan juadah kenduri di Meru. Kenduri masyarakat Jawa pasti menjanjikan makanan yang telah sebati dengan darah dagingku. Gulai bagai sambal lodeh, siap ada soun & tempe pasti ada. Paling aku suka jika ada keli bakar makan dengan santan daun cekur. Sedapnya. Nak buat macam mana, Anif memang ada kelas Tae Kwon Do: habis kelasnya jam 1:00 tengah hari.

Aku jenis tak tahan stres, nak berkejar-kejar dengan agenda yang tak kurang dua majlis rasanya tak akan sempat. Kalau dah jam 5:00 petang baru sampai, ikutlah kalau masakan juadah itu sendiri memang orang Jawa ini mewah dengan juadahnya; perbagai menu, kalau catering nasiblah.

Maka Mila pergilah dengan Azim, Anif pun tak mahu pergi. Afiz kerja di KFC tempat lamanya di TESCO Kajang. Jam 10:00 pagi Mila dah bising kejutkan dia. Jam 11:00 pagi kena masuk kerja. Sudah hampir sebulan dia kerja di sana. Sementara Poli cuti selama dua bulan, rajin betul si Afiz ini pantang ada cuti panjang mesti dia mahu kerja. Kerja di KFC bukannya menentu, terkadang masa cuti rehatnya pun kena panggilan segera berkerja sebab rakannya asyik memonteng. Semalam dia mengadu sakit bahu tak larat berkerja. Aku bising juga dia buat tak endah sahaja untuk ke klinik. Mana ada majikan suka anak buahnya minta cuti kecemasan tanpa buti surat sakitnya.

Sejak pencen aku tak layak lagi ke doktor panel UPM, jika masalah sakit kena pergi ke kinik kerajaan. Jadi terbaik klinik yang aku rasanya patut berubat ialah di PKupm. Sabtu & Ahad rasanya hanya buka separuh hari. Jadi Mila terpaksa ambil alih, kompeninya tak kisah klinik mana pun mahu mendapat rawatan. Guna duit sendiri dulu kemudian buat tuntutan. Jadinya aku menyuruh emaknya bawa si Afiz ke Klinik di Jenaris sahaja. Azim yang deman sejak dua tiga minggu lalu masih tak kebahnya. Ambil ubat sekali lagi. Sekarang bukankah wabak Selesema Babi H1N1 jadi jika tak sihat jangan berlengah ke klinik.

11:00 pagi bertalu-talu panggilan dari Meru datang, biasalah Mila dengan adik beradik memang rapat. Mahu ke majlis bersama. Minta tunggu di sekitar Meru Klang. Sekitar 12:15 tengah hari Mila keluar rumah dengan Azim, aku tenguk TV kisah ikan keli gergasi.

12:45 Naik kapcai jemput si Anif, kereta perang meragam telah dua hari di bengkel Haji Mela. Masalah baterinya kondem, mungkin autorater atau masalah penyambungan kabel, litar pintas tak pasti. Dua tiga hari sudah kereta perang itu menyakat aku; terbaru tersadai betul-betul di lampu isyarat nak pergi ke Sungai Long. Panik habis aku, nasiblah ada bateri yang memang aku sediakan dalam kereta sebagai alat ganti & kabel pintas. Aku bilang dengan Solihin buat yang terbaik mungkin, Senin atau Selasa aku telefon. Sebelah malam baru boleh ambil. Mila selalu balik kerja sekitar jam 7:00 malam, maknanya jam 8:00 barulah okey! ... kot boleh tiba di bengkelnya, jika tidak terpaksa meminta bantuan Afiz.

Tengah hari:

Bolehkan aku terlelap. Sedar-sedar dah pun petang. Mungkin terlebih makan, Mila masak sedap hari ini, ikan sadin siap sambal ikan bilis, tempoyak ulaman, macam juadah berkelah. Ada durian lagi, lenyek-lenyek dengan nasi, ada sayur KFC lagi Afiz yang bawa, selalunya jika bos dia baik dia kasi bawa balik jika bosnya berlagak otai tak tentu pasal dibuangnya habis.

Biasalah penyakit Penyair iDANRADZi kalau dah kekenyangan pasti tertidur. Sedar-sedar si Tipeng mengeow kelaparan. Memang handal si Topeng, pintu berkunci pun dia dah pandai buka dengan tangannya. Sian tenguk bulu di tengkuknya berlubang macam kena api rokok. Ini mesti angkara jiran gelandangan ini. Cis!.

4:00 petang terbangun kejap. Tenguk si Anif masih leka dengan komputernya. Merajuk agaknya aku tak kasi dia nak naik bas ke Kajang, nak main bowling. Aku tak suka nak hantar dia dengan kapcai. Entah kenapa aku rasa tak yakin bawa pembonceng dengan kapcai. Rasa tak selesa, rasa cemas sahaja dengan kapcai bila ada orang di belakang. Kalau seorang tak kisah sangat, mencilok kalahkan Mat Rempit.

4:45 petang nampak Afiz tengah lepak baca komik di kamar panjang. Aku bangun sambung makan lagi. Nak tenguk HBO cerita yang sama nak tenguk Saluran 707 nampak tak menarik. Ceritera fesyen. Klik komputer. Afiz berpesan kejutkan dia jam 5:30 petang. Emmm! silap-silap jam 12:00 tengah malam lah baru dia balik dari KFC. Bos dia dah perasan, Afiz ini jenis kemas orangnya, asyik dia yang kena tutup KFC. Bukan mudah kerja penutupan KFC tu. Ada seorang pengurus Madam apa entah namanya siap guna lampu suluh, nak pastikan tak ada habuk sikit pun di lantai. Afiz jenis tak kisah, buat sahaja selagi orang tak puas. Bab tak kisah ini yang aku teringat cuma Kak Gayah suka mengamalkannya. Ayat yang selalu lahir dari mulutnya sering amat ... ayat ini.

"Kak Gayah tak kisah!.."

Kerinduan aku kepada Kak Gayah terubat juga, semalam dapat senyum darinya masa majlis kenduri anak Abg Rahman Rembau. Namoak Kak Gajah berwajah pucat, tak sihat lantaran diabetesnya. Mai ada bersamanya, tapi aku tak sempat pun berbual. Ramai sangat orang nak cari meja makan, meriah amat majlis Abg Rahman. Dapat menantu yang ke dua. Anak terunanya kacak & machoo amat sepadan dengan pasangannya. Pengantin Remaja.



Malam :

Telefon Solihin... adiknya yang menyambut panggilan; masih mencari masalah litar pintasan. Tak siap lagilah itu. Aku teringat akan Ijam, teringin amat nak jumpa dia, nak ajak dia makan di "Restoran Rahsia" kami. Aku baru sahaja pergi dengan Afiz & Azim, menarik amat restorannya. Kami yang beri nama itu, sebab berahsia dari ibunya ketika pergi ke restoran tersebut. Takut dia masak di rumah kami sudah kekenyangan. Pasti dia mengamuk jika tak usik makanan di rumah. Mila ini tak menentu, kadang dia masak kadang di tidur di Gua Hiraknya.

Di restoran ini kita rasa makan bagai di pondok-pondok, harganya pun sederhana; sedap lagi. Aku labelkan restoran ini kelas pertama dalam sudut penyediaan menunya; semua ada... setaraf dengan Restoran Gear Box Bangi. Sup campurnya memang sedap. Tapi dalam sudut persekitarannya, di sini restoran rahsia kami ini amat romantis, boleh makan bersila di meja ala Jepun. Siap boleh ke ruang nyorok-nyorok lagi. Cahaya suram. Ada pohon rambutan yang besar amat di tengah-tengahnya. Siap karangan lampu yang indah di pepohonan. Huh!. Sesiapa sekitar Kajang; Moh! jika nak ikut kami... nak rasa suasana baru mengadap juadah makan malam. Siang restoran ini tutup. Kontaklah aku!.

Tiada ulasan: