iDAN

10 Ogos 2009

Mayat pengganas bukan Noordin?


SEBUAH akhbar di Indonesia, semalam memaparkan berita muka depan bahawa jasad yang terbunuh 'Tidak Mirip Noordin'.

BEJI, Indonesia - Terdapat keraguan bahawa lelaki yang mati ditembak polis Indonesia di sebuah rumah di Dusun Beji, Temanggung, Jawa Tengah pada Sabtu lalu ialah pengganas paling dikehendaki di Asia iaitu Noordin Mohammad Top, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini, spekulasi tercetus bahawa lelaki yang mati ditembak di rumah itu ialah Noordin.

Spekulasi itu tercetus kerana setakat ini tiada pengesahan daripada polis Indonesia mengenai perkara tersebut.

Identiti mayat lelaki itu mungkin diketahui dalam tempoh dua minggu lagi selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.

Pada Jumaat lalu, sepasukan anggota polis mengepung dan melepaskan tembakan ke arah sebuah rumah yang didakwa menjadi tempat persembunyian Noordin di Temanggung dalam operasi yang berakhir kelmarin.

Ketika kejadian, Noordin, 40, dikatakan bertahan berseorangan daripada serangan polis dalam rumah itu.

Namun, akhbar Jawa Pos memetik beberapa sumber menyatakan keraguan bahawa jenazah yang ditemui dalam rumah itu ialah Noordin - seorang rakyat Malaysia yang dikehendaki kerana dipercayai terlibat dalam beberapa siri pengeboman di Indonesia.

Alasan yang dikemukakan bagi mewajarkan hujah itu ialah bentuk tubuh lelaki tersebut tidak sama seperti Noordin.

"Jasad itu lebih pendek daripada profil Noordin," kata sumber tersebut.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh polis berhubung fizikal Noordin, pengganas itu didapati kerap memakai kemeja lengan panjang untuk menutup kulit pada tubuhnya yang menyerupai kudis.

Kosmo!

Cap jari bukan Noordin Mat Top
Ogos 10, 09 3:22pm
Analisis cap jari menunjukkan lelaki yang dibunuh polis anti-keganasan Indonesia kelmarin bukan suspek pengganas rakyat Malaysia, Noordin Mat Top.

Bagaimanapun, ujian DNA masih lagi dijalankan.

Lelaki yang disyaki Noordin itu mati ditembak dalam 'Operasi Tiga Serangkai' di Jawa Tengah Sabtu lalu.

Bagaimanapun, polis anti-keganasan Indonesia berkata hanya ujian DNA dapat mengesahkan identiti mangsa.

Bagaimanapun, satu sumber memberitahu AFP bahawa Noordin masih bebas.

“Bukan dia. Kami tahu dari raut mukanya serta cap jarinya,” kata satu sumber polis yang tidak mahu namanya disebut.

"Kami masih meneruskan gerakan mengesannya," tambahnya.

Media tempatan melaporkan Noordin mati ditembak selepas polis menyerbu sebuah rumah di Jawa Tengah Sabtu lalu selepas mengepungnya selama 17 jam.

Pegawai kanan anti-keganasan, Ansyad Mbai enggan mengulas mengenai identiti mayat yang mati ditembak di rumah tersebut.

Menurutnya, ujian DNA akan mengesahkan sama ada dia Noordin atau orang lain.

"Lebih baik kita tunggu ujian DNA,” tambahnya.

MalaysiaKini




Minta tolong sebelum mati - Mayat lelaki dalam bilik air dipercayai Noordin


ANGGOTA pasukan anti pengganas Polis Indonesia memulakan serbuan ke atas rumah yang menjadi sarang persembunyian Noordin selepas 16 jam dikepung.


BEJI, Indonesia - "Nama saya Noordin M Top.''
Itulah suara terakhir seorang lelaki dipercayai ketua pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara, Noordin Mohammad Top dalam rumah yang menjadi tempat persembunyiannya di tengah sawah dekat Temanggung, Jawa Tengah sebelum ia dihujani peluru dalam serangan polis bermula 4.30 petang (5.30 petang waktu Malaysia) kelmarin.

Rumah itu terus dikepung dengan polis melepaskan tembakan serta diikuti letupan bom sehingga pukul 5 pagi semalam.

Pasukan antipengganas Densus 88 Indonesia yang dalam siri menjejaki rangkaian Jemaah Islamiyah (JI) diketuai Noordin, sudah mengesan lokasi suspek selepas menahan dua pembantunya yang juga adik-beradik, Aris dan Hendra di sebuah bengkel basikal dekat tempat kejadian.

Serentak dengan itu, seramai 50 anggota skuad elit itu mengepung rumah berkenaan selama 16 jam dengan dibantu kereta perisai.


MEREKA melepaskan tembakan menerusi tingkap bilik rumah yang menjadi persembunyian Noordin di Temanggung, Jawa Tengah.



DUA anggota polis berpakaian preman mengumpulkan bahan bukti dari rumah yang penuh dengan kesan tembakan dalam serangan yang mengorbankan Noordin semalam.



AZAHARI (kiri) dan Noordin.


Tiada ulasan: