Hutan sebenarnya banyak menyimpan rahsia.
(Klik imej untuk saiz yang lebih jelas)
(Klik imej untuk saiz yang lebih jelas)
Aku hairan ramai kalangan rakanku mengatakan jika bersara mereka mahu tinggal di bandar sahaja. Alasannya anak-anak semua di bandar. Tak ramai berminat tinggal di kampung alasannya di kampung tak ada apa, rakan lama pun semua tiada. Orang muda di kampung sudah tak kenal kita.
Aku rasakan anggapan begini akan membuatkan kampung halaman akan terbiar; rumah pusaka akan roboh. Aku sering juga ke perkampungan Melayu kita, baik di Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan mahupun Perak negeriku, yang jauh di perdalaman; Banyak rumah tinggal. Mungkin penghuninya hanya pulang sesekali dalam sebulan. Banyak kebun semakin semak; ramai anak kampung berdagang atau merantau jauh ke bandar.
Bila telah tua bangka... sikap menyayangi bandar melebihi kampung halaman sendiri rasanya satu kenyataan yang silap. Bayangkan semua ibu ayah atau orang tua-tua telah tiada, apakah kita mahu terus duduk dengan kesesakan kota. Terhimpit dengan hutan batu & manusia yang semakin mengejar kebendaan. Bayangkan ketika Hari Raya lagu Balik Kampung Sudirman mahupun P. Ramlee Dendang Perantau tak diputarkan lagi. Tak ada siapa pun balik kampung, sebab semua tanah di kampung telah rampas penyagak & perasuah di Pejabat Tanah.
Duduklah kita di habuk, asap beracun & hutan batu yang bukan pun milik kita ini.
Duduklah kita di habuk, asap beracun & hutan batu yang bukan pun milik kita ini.
Kampung sekadar tinggal lukisan dalam kartun.
23 ulasan:
Salam Dan
Biasanya org berpenyakit suka duduk bandar sebab mudah dapat bantuan hospital. kalau duduk kg silap silap habis tengah jalan.
Salam...tajuk menarik...saya sebenarnya dh bercita2 nk menghabiskan masa tua diluar bandaraya Kuala Lumpur...kalau tk kampung pun...mungkin bandar kecil yg kekampungan suasananya... seumur hidup saya tinggal di KL ni, dgn perkembangan terkini...rasanya tk sesuai dgn gaya hidup tua saya nnti..selain dr pergi ke masjid, nk juga ada aktiviti berkebun ke, dll..lg pula tanah kubur pun dh kurang kt KL ni..
Sahabatku YB,
Tergelak besar aku baca ayat YB ni!; emmm! ada benarnya; tapi rasanya kg aku tu tak jauh sangat dengan hospital Diraja Batu Gajah tu!; ubat sakit kronik aku ini pun 2 bulan sekali ambik di UPM.
Keretapi dah tambah laju, kampung pun dah banyak kemudahan sebenarnya. Tiap minggu boleh pergi pasar Ahad di Batu Gajah; yang penting tanah aku tu luas Sin oii kut! harimau beranak pinak tak kenal aku nanti di hutan simpan itu.
Ingat nak teroka tanah tu.
Sahabat,
Sebab itu bila ada kampung Melayu tak berubah/membangun, jangan kata orang Melayu malas, tak progresif.
Melayu sangat akrab hubungannya dengan tanah, kebun dan laman/kediaman.
Mereka mahu kemajuan, tapi bukan di laman kehidupan.
Hari ini, bila nilai hijau cukup tinggi, kita patut sedar, betapa futuristiknya orang Melayu.
Sdr Raziff,
Wsalam, rumah saya ni dulunya kira di dalam hutan terpencil, tak banyak kenderaan tetapi telah 20 tahun berlalu rasa rimas sangat; banyak sangat kenderaan nak keluar rumah pun ada saja kenderaan yang menghalang.
Mana selesanya di bandar ini.
Jauh sekali nak berkebun sebab laman rumah yang kecil ini sesuai tanam bunga sahaja.
Kalau saya mati nanti pasti dikuburkan bersebelahan Mona Fendi & banduan lain. Kubur Sungai Kantan adalah kubur bagi jenazah banduan yang tak dituntut.
Satu hari nanti pasti kita akan tiru Singapura, katanya kubur di sana terpaksa bertingkat; satu liang lahat ramai yang akan dikebumikan.
Tak pasti kubur di Mekah sana, katanya seliang lahat dikuburkan beramai-ramai juga. Bagaimana nanti ketika raya nak ziarahi kubur waris kita yang telah tiada?.
Aduhhh.... saya belum pencen pun sudah tak sabar-sabar nak duk kampung semula.
rindukan laman leluhur bukan kepalang.. apakan daya sudah tercampak di kota besar..
tapi belum menipis harapan saya agar, suatu hari nak pulihkan rumah kampung, dan tinggal di sana..
best kan duk kampung? ohh tak sabarrrr... seronokkk!
Ruginyer kalau takde kampung..susah nak berkampung bersama keluarga..sukanyer kalau dapat tempat tinggal yang tenang dan damai..
Sahabatku Zainal,
Jiwa kita terkadang terkeliru, bayangkan kita sanggup beli rumah mahal di bandar; mana ada rumah yang selesa sekitar RM100,000 lagi di bandar ini.
Sekitar Jenaris ini telah berharga RM200,000 ke atas itu teres, yang kembar dua tu telah jadi sampai setengah juta RM. Kita sanggup beli!.
Apa salahnya kita imbangi; jika banyak duit, beli rumah di kota tapi jaga & baikilah rumah pusaka di kampung. Jangan abaikan tanah & harta pusaka.
Ini amat penting, Tanah Rizab Melayu yang banyak hilang & bertukar tangan selalunya salah kita. Kita mengabaikan tanah milik nenek moyang kita.
Contoh terdekat tanah pusaka keluarga saya pun lebih dari 10 ekar tak tahu lagi statusnya sebahagian telah bertukar hak milik.
Dalam kalangan pewaris kami ada org berpengaruh katanya jutawan ada gelaran Dato' lagi. Pun tak ingat saudara mara. Tak sayang pun harta pusaka di kampung sebab telah mewah & jadi hartawan di bandar.
Saya pula tak berduit, bagaimana mahu menebus semua tanah pusaka ini. Ini masalah paling rumit. Tiada muafakat dalam keluarga.
Pesan-pesanlah kepada anak cucu kita agar menyayangi kampung halaman sebabnya harta di bandar terlalu mahal, yang pegang ekonomi pun bukan orang kita Melayu. Bangsa asing yang punyai bangunan besar pun kilang yang besar.
Kenapa orang kita Melayu elite sanggup buka ladang di luar negara bukan nak bangunkan kampung sendiri.
Jual kampung itu ramai!.
Sdrku Anuar,
Jodoh terkadang memainkan peranan juga, isteri saya kira orang kampung dulunya. Siapa tak tahu Bukit Kapar Meru Klang. Zaman dulu saya nak beraya di rumah Mila itu pun nyaris tak kena pukul. Orang Meru tak boleh kacau anak daranya. Kira hulu sangat Bukit Kapar itu.
Sekarang pergi ke Bukit Kapar Meru tu!, Adoi! nak melintas jalan pun takut terlanggar lori. Sesak gila.
Isu besarnya org rumah tak mahu jadi orang kampung. Kampung saya memang hulu. Namanya pun Changkat Tualang, Kota Bharu Perak. Tualang adalah pokok zaman dulu; masa saya kecil sempat tenguk tunggulnya sahaja. Besar amat pokok tualang ini.
Sebut Kota Bharu Perak pun semua org melopong. Tapi siapa peminat LAT pasti perasan. Dia org Kota Bharu Perak.
Terbaru saya balik kampung, rasa sedih sangat; org kampung dah jual kampung; keliling tanah kampung saya semua dibolot oleh VVIP dari luar.
Krisis tanah di Mukim Teja, Perak memang teruk. Saya dapat selamatkan sekitar 20 ekar tanah di sana. banyak ekar tanah pusaka kami tak tahu apa statusnya. Itu yang saya berangan nak balik ke kampung. Modal tak cukup lagi!.
Org rumah pula lebih minat nak ngumpul harta di kota. Anak-anak pun nak ikut emaknya. Suka duduk sesak di bandar. Pening!.
Saya teringin sangat nak selamatkan kampung saya itu. Agar pokok bakung jangan dibuang, agar ikan puyu bertambah biak.
Dik Azah,
Tak ramai jiwa kekawan abg seperti Dik Azah, rasa sayang kampung, rasa nak balik ke kampung ketika pencen. Semuanya dah kena angin kota, dah mahu mati di kota ini.
Termasuklah Kak Mila & anak-anak. Tak nampak seorang pun mahu tinggal di kampung. Sedangkan jiwa ayahnya telah jauh di kampung.
Cumanya kalau nak tinggal di kampung tu takkan sorang-sorang, itulah isunya. Kampung abg agak terpencil, Kota Bharu telah jadi pekan koboi sekitar 3km. Pekan yang agak maju Batu Gajah sekitar 13km.
Kampung abg banyak tapak lombong, kolam teratai, dusun masih ada & makin giat membangun.
Harap-harap Dik Azah jagalah rumah pusaka yang tepi bendang itu, masih dapat bayangkan bagaimana rumah itu masih cantik.
Terbaik Dik Azah cari jodoh org sekitar sana. Pasti impian ketika bersara kembali ke kampung akan tercapai. Macam mana!?
kampung adalah nostalgia. aku masih di kampung, tepi sg pahang
damai yang tenang
Blogwalking greetings from INDONESIA to your side of world! Take care!
FOLLOW my blog
FOLLOW my blog
FOLLOW my blog
okay ;)
salam iDan,
saya jenis yang suka kan kedamaian..tgk gambar no. 2 cukup teruja..sejuk mata memandang.
Sdr Kelompen;
Sekitar bulan 12 tahun lalu saya baru sahaja menemani teman saya ke Kuala Kangsar. Rasanya Sungai Perak & Sungai Pahang persekitarannya tidak jauh beda.
Memancing di tebing Sungai Perak memang seronok & mendamaikan.
Saya akan kembali ke kampung jika mendapat sokongan dari isteri & keluarga.
Mana mungkin kita boleh melupakan kampung halaman.
Sdr Siti Murni,
Kenapa sekeliling saya ini ramai sangat kian mabuk kota; saya ditertawakan bilamana berangan mahu kembali ke kampung.
Jiwa ini sebenar telah lekat di paya sana, mengintai puyu, bunga teratai, orkid liar dicelahan bakung, belikis menangkap ikan. Memasang bubu atau menunggu durian berbunga!
mana2 lokasi yg sejahtera..
tanpa hingar bangar..
salam iDAN..
pemandangan yang indah! sejuuk mata memandang..moga kalian sukses:-)
Sdr Zeq;
Memang ada di pinggir bandar lokasi damai, mungkin di atas bukit agak jauh dari bangunan rumah teres yang sesak. Mungkin tanah-tanah lot & banglow mewah;
Orang macam kita tak termampu memilikinya. Kawasan perumahan begini amat mahal buat kita miliki.
Sdr AHMAD IRHAM,
Ada kalangan pelancong datang jauh dari kota; semata-mata ingin melihat suasana damai di hutan. Mereka amat teruja dengan perkampungan kita. Apatah lagi jika dapat memetik buah-buahan tempatan.
Kita pula makin mabuk di kota. Mabuk dengan pelbagai budaya kota yang terkadang amat bercanggah dengan kehidupan asal kita.
Kadang-kadang urusan kerja menuntut kita tinggal di kota.
Macam di Batu Pahat, walaupun bandar kecil tetapi sesak seperti bandar besar.
Kekadang terasa adakah saya tinggal di bumi Malaysia ataupun Indonesia/Myanmar/Bangladesh?
Kerana pendatangnya bukan main ramai.
Miss Marquis,
Rata-rata kita begitulah, lantaran berkerjaya kita terpaksa berhijrah ke kota.
Cumanya jika kita telah bersara nanti harap-harapnya kita masih ada kampung halaman untuk dikenang.
Saya jarang sangat ke Batu Pahat, anak saudara saya cuma ada di Muar, begitu juga abg tiri pun di sana.
Selain itu tak ada saudara mara di Johor.
Tadi saya baru makan di kedai Pakcik yg jarang saya singgah. Ceritanya sama ada Bangla berkerja dengan Pakcik yang buat gerai. Buat air tak menjadi; tak tentu rasa.
PATI ini di mana-mana pun ramai. Tak larat lagi kita melahat gelagat mereka.
Bang IDAN.... jodoh saya dgn orang N9 tapi kami sudah menetap di KL lebih 20 tahun..
memang berhasrat untuk balik ke kampung jua, tapi masih memikirkan pekerjaan pula..
jika anak-anak sanggup hantar elaun tetap tiap bulan, boleh lah duduk kampung macam bercuti.. hehehehe..
Lor!, abg mati-matilah mengatakan Dik Azah ini masih bujang. Nasib tak merisik; kan patah hati jadinya.
InsyaAllah nanti pasti anak-anaknya akan membantu kalau memang ibunya bercita-cita nak pulang ke kampung!.
Masalahnya kalau memang tak teringat pun akan kampung!. Emmm! tu yang kampung jadi terbiar.
Catat Ulasan