"Boleh lajukah ayah komputer lama ni!" Anif macam tak percaya.
"Ayah bukankah pakar! dekat 15 tahun ayah hidup dengan komputer tak kan tak boleh lajukan komputer ini!"
Anif tak sabar mahu melihat komputernya beroperasi. Kasihan juga dengan anak-anakku ada tak kurang lima komputer yang beroperasi di rumah ini, cuma dua buah Pentium IV yang lain tu sekadar boleh klik e-mel & menaip sahaja. Komputer bimbit Afiz selalu jadi mangsa sampai dinihari tak berhenti digodam.
Baru sahaja aku ke Metro Point Kajang. Lihat harga komputer peribadi. Rata-rata berharga RM3,00o ke atas. Telah tiada kumputer murah sebab teknologinya semakin pantas & tinggi. Entah Pentium apatah aku tak tahu. Intel Core 2 Quad. Cakera kerasnya pun dah ratusan GB, ingatan capaian rawaknya pun tak ada lagi DDR2. Jangan cerita bab Unit pemprosesan pusat tak reti nak menyebutnya. Quad. Jika mahukan harga komputer yang murah kena beli di Plaza Low Yat KL tiada jalan lain. Masih ada komputer peribadi sekitar RM700 tapi kira cap ayamlah tanpa monitor. LCD monitor telah turun harga sekitar RM500 telah dapat yang cantik-cantik.
Maka aku jadinya bukan pakar lagi, bagi membaiki komputer terkini.
Gambar Sekadar Hiasan
Aku berjaya memasang semula komputer peribadi lama ini tetapi Windowsnya semakin payah untuk digunakan. Kebanyakan komputer sekarang menggunakan Windows 7, bila aku mahu gunakan WindowsXp makin payah untuk aku mendapatkan lesennya. Lesen yang aku guna banyak yang telah disekat. Biar pun sebahagian lesen memang tulen di mana aku ambil lesennya dari komputer jabatan semasa aku berkerja tempoh hari.Bila aku ke laman sesewang Plaza Low Yat; Ingatan capaian rawak pun nampaknya kembali naik harga. Mungkin ianya mengikut harga pasaran emas. 1GB DDR1 kini berharga RM159.00, barangan lama mahal; macam barangan antik; 1GB DDR2 separuh hargai RM83.00.
Zaman sekarang jika mahu selesa melayari dunia maya terpaksa guna Ingatan capaian rawak sekitar 2GB ke atas. Aku cuba cari Ingatan capaian rawak yang ada aku simpan kebanyakannya 256MB. Papan induk cuma boleh dilekatkan dua Ingatan capaian rawak sahaja.
Nampaknya kenalah cari duit lebih untuk menjadikan komputer peribadi Anif ini laju. Belum lagi Kad Videonya.
Aku teringat ada satu hari itu seseorang telefon aku, aku pun tak pasti siapa; dia sebut namanya aku tak kenal rapat. Dia mahukan aku membuang birus di komputer riba rumahnya. Masalahnya aku guna Antivirus BDC, jika buang birus selalunya kalau tenat sangat Windowsnya pasti akan mamai, terpaksa dilaraskan semula. Masalah aku sekarang ini tak punyai perisian yang terkini. Belum pun sempat nak godek Windows Vista, sudah keluar Windows 7 pula. Orang kita pula tak mahu mahirkan Linux. Ramai kalangan kita tak simpan pun perisian yang penting ini. Peranti untuk Kad Audio sering bermasalah. Sebab itu jika dihantar ke kedai membaiki komputer tak masuk akal mahal banget dikenakan upahnya. Bukan senang mahu mencari perantinya di alam maya.
17 ulasan:
tak reti .. tapi teringin nak belajar ..
Salam Bang IDAN... saya antara orang yg jahil pasal komputer..
Jika nak beli or tukar apa2 mesti nak bawa kawan sbb takut kena tipu.
Di ofis saya guna Apple Mac G5 dan internet thru Safari. Ada IT Department jaga jika ada masalah. Tapi di rumah setakat ni lum ada kerosakan.. Laptop Acer.
agaknya bila rosak, saya pun mesti beli baru. Nak repair, memang tak tau apa yang nak direpair nanti...
Salam singgah..
lama tak bkunjung ke sini.. Moga abg iDAN sihat2 slalu & dlm keadaan yg baik & ceria
Oh ya baru dpt tau hari ni hari lahir abg iDAN.. Selamat hari lahir.. Semoga diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki serta sentiasa dirahmati & diberkatiNya di dunia & akhirat :)
Sdr Jijah,
Tak sepayah nak repair kereta, kerjanya ringan sahaja nak repair komputer ini janji rajin mencuba.
Paling penat jika mencari device. Maka itu kalau beli komputer jangan tak simpan setiap driver atau CD yang dikasi.
Perkakasan komputer tak banyak mana; kena hati-hati ketika memasangnya. Yang penting mata tak serabun saya kini.
Dik Azah,
Apple Mac bukankah mahal, tenguk bentuknya pun dah teruja. Tak pernahpakai apple.
Komputer ni banyak perkakasannya main kad sahaja, kalau rosak tak siapa antai repair, tukar kadnya sahaja.
Kalau guna windows taip di run ti dxdiag
Akan tertera semua hardware dalam komputer tu, takkan tertipu jika pandai mengesan isiannya.
Dik Ieja;
Lama sangat blognya tak di update, mana perginya merajuk panjang!.
Emmm! pepagi lagi abg dah nanyikan lagu hari jadi untuk diri sendiri!
Di Ieja orang pertama yang mengucap Selamat Hari Lahir! terima kasihlah!. Teringin nak makan makanan Jepun tak siapa nak belanja; itu yang sedih, beli di TESCO tak kenyang pun. Teringat Okasan di Jepun.
Yang penting Dik Ieja tu yang kena banyakkan bersabar & pulihkan kegusaran di hati itu. Abg dah lali dengan semua keresahan ini.
tgk jela dari jawoh
abg iDAN,
saya dah lama pulih (rasa2nya lah hehe) tp masa pulak tak mengizinkan nak update blog. nanti klu dah punya kelapangan kembali pasti belantara jiwa kan hijau semula.. :)
hah abg iDAN pun suka makanan jepun rupanya! saya suka sgt makan sushi. slalu beli kat carrefour sbb lebih enak. pernah jugak tgk2 yg tesco & jj/metrojaya punya tp x semenarik yg carrefour punya :)
syg skali saya ada di KT, klu ada di sekitar bangi, saya tentu akan belanja abg!
Birthday iDAN rupanya. Selamat hari lahir. Moga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, dikelilingi keluarga yang menyayangi dan dilimpah ruahkan rezeki dan kebahagian...
Amin.....
Dik Ieja,
Abg dah ngintai harga di Metro Plaza, teringin nak makan shasimi. Satu hidangan menu RM22. Setakat rasa bolehlah kenyang tu tak mungkin. Mahal banget makanan Jepun ini.
Kalau McD makan tengah hari kira okey ada potongan; dekat rumah abg dah buka Mc D 24jam. Nanti nak jumpa abg itu tempat paling sesuai. 12:00 tgh hari sampai jam 3:00 ptg kalau tak silap tawaran murahnya. Kalau tak mahal juga.
Memang betul di carrefour banyak pilihan & menarik makanan Jepun ini. Tapi abg jauh dari carrefour paling dekat pun di Alamanda.
TESCO tu rajin juga abg beli; kerap juga ada tawaran. Anak abg si Anif tu suka sangat makan sushi tu.
Kat manalah nak jumpa cilinya tu... wasabi.
Abg cadang nak ke Kuala Terengganu bulan empat nanti. KT tu bukan Kota Tinggi kan?
Sdr Diana,
Diana org kedua ucapkan Selamat hari lahir buat abg; kemudian Nurul anak angkat abg telefon dari Shah Alam. Biasalah telefon rumah sahaja yang boleh kontak abg. Barulah Kak Mila & Azim dah penghujungnya dekat maghrib cadangnya nak keluar makan malam. Abg pula tak selera makan sebab jadual makan berubah. Kenyang amat.
Tetiba ada khabar gembira sangat; sampai tak larat makan. Jam 12:00 malam barulah keroncong betul perut ni. Keluar makan sorang-sorang. Banyak kedai makan buka 24 jam sekitar Jenaris ini.
1:00 pagi baru balik rumah!.
Siapa sangka abg sudah pun melewati lebih dari satu abad. Mana nak cari Mesin Waktu macam filem Love Story 1050 tu!.
Abg iDAN,
Alamak.. klu nak ke jenaris tu mungkin jugak saya boleh sesat. klu sekitar bandar baru bangi, kompleks pkns bangi, the mines & alamanda stakat ni lepas laa & belum sesat lagi hehe atau McD 24 jam yg abg maksudkan tu yg dekat dgn kompleks pkns bangi?
oh klu kat carrefour tu wasabi & kicapnye ada dijual tp saya tak gemar pun. berdesing pijar/pedasnya! sekali cuba lepas tu tak mahu lagi hehe makanan jepun yg saya pernah makan: sushi, onigiri & takoyaki. sashimi pulak tak pernah cuba lagi.
KT yg saya maksudkan mmg Kuala Terengganu. oo abg nak balik kampung ke bulan 4 tu nanti?
Sdr Comel,
Terima kasihlah sudi mengintai kami dari jauh!, semalam tak sempat nak klik blog kononnya nak baiki komputer si Anif tu; nak jadikan terpower di dunia, sepanjang hari buang masa tak jadi pun!.
Penat sangat cari peranti!.
Dik Ieja;
Jenaris tu kecik amat, tak mungkin sesat. Bandar Baru Bangi tu boleh sesat keliru & banyak amat bulatan.
Kat Jenaris, Prima Saujana telah ada McD baru buka; kecik sahaja tapi buka 24 jam.
Shasimi tu yang sedap jika buat dari ikan tuna; itu sebab mahal; kalau tak ada wasabi yang berdesing pedasnya dengan kicap tak rasalah sedapnya. Masa di Jepun Shasimi menjadi makanan kesukaan abg.
Kampung abg di Kota Bharu Perak ramai yang keliru; Perak juga ada Kota Bharu; tapi di Kota Bharu Kelantan adik abg lain emak satu apak ada di sana. Anak buah pun kahwin dengan orang Kota Bharu Kelantan.
Kuala Terengganu tu pergi candat sotonglah!... apa lagi moh! turun laut!.
Ag iDAN,
Ke Jenaris mungkin tak sesat kot.. Yg cuaknya takut tak jumpa cari jalan pulang nak ke rumah kakak semula hehe
Pernah sekali drp KL ikut MRR2 nak ke Bangi, skali terlepas pandang susur ke Sg Besi. Sudahnya smpi ke Puchong sana haha Tau sesat tu sbb lalu kat Tol Awan Besar sdgkan sblm ni tak pernah2 pun lalu tol tu :D
Wah nak pergi candat sotong rupanya! Pernah juga teringin nak ikut org mencandat tapi tiada teman2 yg mahu ikut skali. Takkan diizinnya saya pergi sorg2 klu tiada teman2 menemani.
Bulan 4 tu tak tahulah masih ada di KT atau dah pulang ke kampung..
Catat Ulasan