iDAN

26 Januari 2010

♥ Hadiah hari lahir Paling bermakna (Singgahsana)

Tak sangka tetiba ada telefon berdering waktu malam, jarang ada panggilan malam untukku.

"Siapa telefon tu Azim, lelaki ke perempuan!"

"Entah tak kenal suara, perempuan!" sebut perempuan telefon malam-malam ini rasa risau juga. Sudah tua-tua pun Mila tu takut fikir yang bukan-bukan.

"Siapa ni?.."

"Linda..!"

"Linda mana pula ni?"

Tak ramai kenalanku yang namanya Linda, payah juga mengecam suara orang di telefon apatah lagi jarang berbual di telefon. Kalau Suara Fairuz yang rajin telefon aku di rumah, jangan nak cuba menyamar kenal sangat suaranya. Keintiman seseorang itu cepat sangat lekat di hati kita. Biar pun nada suaranya nun jauh dari kita.

"Paksu Dan takkan tak ingat... Linda ni! anak abgnya Abg Din!"

Baru aku dapat bayangkan wajah Linda, aku selalu panggil dia Lin. Namanya Haslinda. Bila dia membahasakan diri Linda maka terasa pula orang asing. Rupanya dia baru ditahan di wad; telefon dari wad. Hospital di Shah Alam. Rasanya mana ada hospital kerajaan di Shah Alam itu. Dia sakit jangkitan dalam tulang; doktor membenarkan dia pulang esok. Lama sangat dia tak pun telefon ke rumah. Salah seorang dari 21 orang anak arwah Abg Din. Linda telah berumah tangga & katanya beli rumah di Shah Alam. Tak pernah sampai pun lagi rumahnya.

Secara rasmi isteri Abg Din ada empat orang. Pertama arwah Kak Ha tinggal sekampung; punyai anak 3 orang. Linda adalah anak kedua arwah Kak Ha. Isteri kedua Kak Mazie orag Banting pun punyai anak 3 orang. Isteri ketiga Kak Kiah di Kuala Kangsar punyai anak 7 orang & isteri paling akhir yang bungsu; isteri keempat Kak Aishah, di Muar punyai anak 7 orang.


Selepas bernikah dengan Kak Mazie ada seorang isteri yang Abg Din nikah secara sulit. Tak ramai tahu pernikahan ini; Hanya orang terapat sahaja yang tahu. Kak Nomi pun Yot adik beradik aku pun tak tahu. Rasanya arwah apak & emak pun tak tahu. Punyai seorang anak. Jumlahnya 21 orang anak Abg Din dari 5 (lima) isterinya. Aku sering berpesan dengan Nasuha; anak arwah Abg Din yang sulung; cari adiknya yang ini takutnya ada adik beradik bercinta & nikah tak kenal bersaudara nanti.

Dalam bualan aku dengan Linda dia menyebut tentang anak Abg Din yang seorang ini. Dia pernah telefon & katanya tinggal sekitar Kajang. Sebelum Abg Din meninggal dunia dia pernah berceritera tentang isterinya yang ini. Anaknya perempuan. Dia berpisah lantaran tak diterima oleh keluarga perempuan. Dia dibelasah oleh keluarga perempuan, abg ipar & rakannya; katanya abg iparnya itu bekas komando. Sampai lembik tak boleh berjalan Abg Din dibelasah.

Bagi pihak keluarga perempuan tentunya tak beradat bernikah secara sembunyi; secara sulit. Masa itu isterinya tengah sarat mengandung anak sulung. Setahu aku Abg Din bernikah dengan isterinya memang kebanyakannya secara sulit. Lebih kurang perangai AC Mizal anak saudara tiriku itu. Keluarga emak ayah tak tahu pun tiap kalai bernikah.

Yang aku ingat betul-betul secara adat hanya dengan Kak Azie seorang. Pernah Abg Din kata dia bernikah salah seorang isterinya dengan seorang ustaz di Gopeng. Ustaz yang sama menikahkan pelakon Noorkumalasari yang pernah menjadi isu sensasi. Kononnya ustaz ini kira ustaz celup tak laku di Majlis Agama.

Aku bersangka baik sahaja tentang pernikahan Abg Din; orang kita pun ramai bernikah di Golok. Rakanku pun ada bernikah di Indon dengan adik angkatku orang Indon.

Wisma Abg Din dibelasah teruk di tempat kerja, dipapah baru boleh berjalan; Aib tentunya. Dia dipaksa menceraikan isterinya oleh Abg Iparnya sendiri. Mereka berpisah & tidak pernah berjumpa sejak tragedi itu. Abg Din terasa namanya tercemar amat & dia meninggalkan Kuala Lumpur gerladangan ini & tinggal kembali di kampung halaman Desa Tualang.

Abg Din mengambil alih perniagaan arwah apak; tetapi bangkrup kedai itu. Aku ingat mahu menyambung semula cerita kehidupan Abg Din yang banyak amat berselekuh & rumit amat perjalanan ceriteranya. Sebahagian ceritera Abg Din ini ada aku tulis di jurnalku yang lama di Easyjournal. Cuma dari jauh Abg Din dapat khabar anaknya dengan isteri yang dikahwini secara sulit ini adalah perempuan.

"Dia telah berumur 24 tahun lah Paksu Dan!" Linda menceritakan.

"Huh! dah besar!, dah boleh kahwin"

"Itulah pasal... dia mahu mencari walinya!" adoi! pening; aku rasa hanya emaknya sahaja yang tahu dalam bab wali ini. Kalau ada surat nikah di tangan emaknya memang tak jadi masalah.

Selepas berbual di telefon dengan Linda, aku berharap sangat dia datang menjenguk aku. banyak perkara yang aku ingin berbual terutama dengan Nasuha abang Linda yang sulung. Aku tak ingat rumah Nasuha, telefon mereka pula asyik berubah.

Aku baru berjumpa dengan Kak Kiah isteri ketiga Abg Din di Kuala Kangsar & dia menceritakan tentang anak Abg Din yang seorang ini. Aku tersenyum sahaja sebab aku tahu ceriteranya sejak dulu lagi. Mungkin Kak Kiah juga mengandaikan rahsia ini hanya dia yang menyimpan seorang. Abg Din pernah berceritera betapa Kak Kiah adalah isterinya yang paling dia sayang & hormati. maka itu mungkin semua rahsia diri tersimpan di diari Kak Kiah. Ada beberapa sebab kenapa arwah Abg Din sayang sangat Kak Kiah; aku rasa tak manis pula menceriterakan bebenda sulit ini.

Satu kejutan yang amat aku teruja. Tiba-tiba telefon berdering lagi. Linda rupanya kasi nombor telefonku pada anak arwah Abg Din yang tak pernah kutemui sejak 24 tahun. Yang aku sebut-sebut sejak lama dulu.

"Fatin ni..! dapat nombor dari Linda, Fatin anak Khairuddin!" (Fatin bukan nama sebenar)

"Baru sangat Linda telefon & sebut pasal... siapa ni namanya tadi?.."

"Fatin!.."

Dalam bualannya, Fatin tinggal dengan ibunya di Bangi Lama. Dia teringin sangat nak jumpa aku.

"Paksu boleh kita jumpa malam ini!" aku tergamam & teruja.

"Kita jumpa kat luar pun tak apa, sebab sudah malam!"

"Rasa tak sedap hati tak jumpa kat rumah, rumah Paksu pula punyalah bersepah ni!" Aku perasan sangat Mila memang pantang tetamu berkunjung ketika rumah berselerak. Aku pun satu hal jenis menyepahkan rumah.

"Fatin balik kerja jam 10:00 malam"

"Fatin ada kenderaan sendirikah? Tahu tak bagaimana nak ke Jenaris? "

"Adalah Paksu, Jenaris tu Fatin biasa...!"

Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna bagiku. Bukan mudah dapat mengikat kasih sayang yang terputus sejak berzaman. Rasanya Fatin pasti terkenang akan arwah ayahnya yang tak pernah dia jumpa pun. Aku meramalkan pasti dia datang dengan teman lelakinya. Dia sebut soal mencari wali, pasti namanya dibintikan nama arwah Abg Din. Jika sebaliknya pasti jadi rumit. Bagaimana penerimaan calon suaminya. Aku tak pasti bagaimana pernikahan anak-anak Abg Din yang lain.

Kira-kira jam 10:45 dapatlah ku lihat wajah anak saudaraku yang terpisah selama 24 tahun. Mirip arwah Abg Din. Fatin masih keliru tentang saudara mara ayahnya. Banyak sangat bualan kami tergantung. Fatin tak faham apa pun. Tak kenal siapa pun yang aku sebut!.

"Emak Fatin apa khabar?.. dia sudah kahwin lain tak?"

"Tak!, sejak berpisah dengan ayah sampai sekarang dia tak kahwin!"

"Berapa umur emaknya sekarang iyer?"

"44 tahun!" bermakna dia bersama dengan arwah Abg Din baru sekitar berusia 19 tahun.

Fatin bekas pelajar UiTM & kini membuka Salon Kecantikan di Bandar Baru Bangi. Dia datang bersama rakan kerjanya & seorang anak buah rakannya masih kecil.

"Bagaimana Fatin mengesan keluarga ayahnya ini?"

"Fatin ke JPN untuk mendapatkan maklumat terkini saudara mara arwah ayah!"

Pastinya dia ke Jabatan Pendaftaran Negara di bawah kementerian Jabatan Perdana Menteri. Di sana maklumat terperinci masih tersimpan. Lama juga katanya untuk mendapatkan maklumat terkini. Kena menunggu berminggu. Dia dapat alamat terakhir arwah Abg Din di Muar & telah jumpa dengan emak bungsunya Kak Aishah. Sampai ketika telah malam katanya, hari pula hujan tak sempat ke pusara arwah Abg Din; ayahnya di Muar. Dia ada membawa surat kematian arwah Abg Din yang diberikan oleh arwah Abg Din. Diam tak diam telah sembilan tahun rupanya Abg Din pergi.

Aku berharap sangat dapat mengenalkan Fatin dengan keluarga kami. Rasanya tak sabar mahu mendirikan semula rumah di kampung agar kami dapat mengembalikan nostalgia kami di sana. Terlalu kontras rasanya hidup di kota ini. Banyak sangat perkara yang tak masuk di akalku boleh berlaku. Berjumpa dengan anak saudara yang terpisah sejak 24 tahun lalu di gerai begini juga amat tak masuk akal. Aku terbayang wajah arwah Abg Din; Fatin membawa salinan xerox wajah arwah ayah ke mana-mana. Ayahnya yang tidak dikenali. Dia mengadu, emaknya tak boleh pun sebut nama Abg Din, ayahnya. tak mahu pun berceritera tentang siapa ayahnya.

"Abg Din amat menyayangi emak Fatin, dia sentiasa ingat emak Fatin; kalau tidak takkan dia cerita dengan Paksu tentang emak Fatin!"

"Fatin salahkan keluarga Fatin turut campur tangan masalah emak!"

Payah aku mentafsirkan ayat Fatin yang ini.

Sila klik sini secebis ceritera arwah Abg Din di bawah ini.

Siri Kemelut Madu

21 ulasan:

azieazah berkata...

Panjang sungguh episod kisah Abg DIN itu... sayu pula bila masa berlalu, anak-anak secara tak langsung menjadi mangsa keadaan..

Dan secara tiba-tiba dan sebak, saya teringat akan adik bongsu saya (lelaki) yang sudah lebih 10 tahun menghilang tidak dapat dikesan...

bukan merajuk tapi kunun merantau nak tengok negeri orang... akhirnya ilang begitu sahaja...

azieazah berkata...

Seronok campur sayu membaca kisah Kemelut Madu Abg Din...

dari kisah rumah hampir dibakar, dilokap, dibelasah hingga pergi membawa diri bersama anak2 yang ramai...

tumpang sedih segala batu2 cincin kesayangan Bang IDAN ilang...

dan baru tahu Bang IDAN ni bapa saudara pelakun AC MIZAL...

seronok pula baca salur galur keluarga Bang IDAN...

boleh buat novel...

azieazah berkata...

Makin banyak saya baca kisah Bang IDAN, makin kuat keinginan saya bersemuka..

berbual kisah lama dari orang kampung dengan orang kampung jua..

pasti seronok bercerita dan mendengar kisah lama, kisah insan kampung yang sering merindui laman leluhurnya...

sama seperti saya..!

Anuar Abdul Aziz berkata...

zaman skrg ni ada orang yang tak berminat nak kumpulkan atau kenal sedara mara,ada ibu bapa yang tak amik berat untuk kenalkan anak2 dengan sedara mara..akhirnya talian itu putus..Tak kenal sedara sendiri tapi saya kagum sangat kepada siapa saja yang rajin mencari sedara mara dan susur galur keluarga.

iDAN berkata...

Si AC tu pun ada tiga isteri, tak seorang mendapat restu keluarganya.
Masih ingat mak AC cakap!

"Nakkan anak teruna orang main ambik saja, tak minta izin pun dari emak ayahnya!"

Masa AC berumur sekitar 6 tahun, adiknya itu abg selalu dukung. AC ada tiga beradik sahaja AC, Zareen & Boboi.

AC tu pangkat anak saudara tiri

Dulu masa Opah Bi ada rajin juga ke rumah mereka. AC pun pernah bertandang ke rumah ini.

Kini keluarga AC telah jadi jutawan tak kenal pun abg ni lagi.

Banyak benda kenangan lalu ghaib, faham sahajalah jika benda berkunci habis dikopak. Payah nak cakap bab kekuasaan polis ini.

Memang hati ini kat kampung, tapi masalah Kak Mila tu tak minat duduk di kampung. Serba salah.

iDAN berkata...

Sdr Anuar,

Sebelah org rumah saya, orang jawa jati amat mementingkan hubungan persaudaraan. Saudara mara sentiasa dikunjungi. Maka itu kalau kenduri kendara tak pernah keluar modal malahan berlebihan dengan duit sumbangan.

Tidak dengan keluarga kami, jika kenduri kendara sejak dulu habis begitu sahaja. Arwah apak orang kaya di kampung jadi tetamu datang berkunjung sekadar menerima jemputan.

Ramai kalangan abg atau kakak saudara sudah tak kenal, sepupu semua itu tak lagi mesra. Semua mak saudara pak saudara telah tiada; baik sebelah apak begitu juga emak saya. Maka hanya golongan muda sahaja yang sepatutnya kunjungi yang tua. Kalau ingatlah. Kita telah tua ini tak larat sangat asyik nak berjalan jauh.

Saya jenis yang rajin menerima jemputan saudara mara; jika ada saudara mara mengundang ke majlis kahwin atau terdengar kematian. Sejauh mana pun saya akan cuba kunjungi.

Masalahnya jemputan pun tak ada; khabar berita tenggelam begitu sahaja.

Talian tetap telefon rumah ini telah lebih 20 tahun tak pernah diputuskan. Tak siapa nak telefon rumah itulah masalahnya.

cik.pija berkata...

sedih baca kisah abg din...

yeeeaza! berkata...

sambung lgc eritanya..d hlama tak baca citer2ca nie..

yeeeaza! berkata...

seronok bc cerita cam nie

iDAN berkata...

Dik Ejaa;

Kisah kehidupan arwah Abg Din penuh misteri; saya ingit mahu menulis tentangnya agar boleh disimpan sebagai kenangan buat keluarga kami.

Nantilah jika punyai waktu senggang saya akan menulis terperinci kisah kehidupan arwah Abg Din.

iDAN berkata...

Sdr Yeeeaza,

Ramai yang menyukai kisah tragis Arwah Nasha; itu kisah benar dah baca tak?. Dalam blog ini telah saya pindahkan kisah Arwah Nasha ada 17 siri jika tak silap.

Ruang kiri Menu... Label.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Tarik nafas panjang usai baca kisah Abg Din dan anaknya. Dalam hidup ini terlalu banyak kisah suka dan duka seseorang... banyak ragamnya.

Cetusan berkata...

Linda linda, mcm pernah dgr ..mana tau ..sama pelakun2 dlm sama kehidupan..

Cetusan berkata...

Sdr Idan oo idan, kenapa saya tak jumpa Blog U dulu2 lagi heee

iDAN berkata...

Sdr Diana,

Moralnya dari kes penangkapan keluarga abg Din adalah bagaimana seorang bergelar abg tiri tak pun mahu menolong adiknya semata-mata mahu menjaga status.

Ayah tiri yang berkorban segala sejak anak tiri ini berumur 3 bulan lagi berharap seorang abg dapat menolong adiknya biar pun bukan lahir dari rahim ibu yang sama.

Arwah Apak sanggup menghabiskan duit semata-mata mahu membuktikan anaknya tidak bersalah. Terpaksa pasang peguam agar tidak sampai rumah tangga anak & cucu diganggu lagi.

Dalam menggeledah rumah pula apakah semua anggota polis ini jujur, samalah keadaannya barangan rampasan oleh penguatkuasa; apakah semua selamat?

Syak tak semestinya sah seseorang itu penjenayah.

Hingga kini dengar khabarnya keluarga Yoep Zaini itu telah menjadi hartawan@jutawan. Kami tidak dikenali lagi; kahwin Zareen & Boboi pun kami tidak diundang.

iDAN berkata...

Sdr Zeq,

Sejak tahun 70an lagi saya minat menulis; sesekali keluar karya saya di radio & media massa. Tak sekerap mana maka taklah saya dikenali.

Cumanya saya terus menulis, siapa yang rapat dengan saya pasti tahu musibah apa yang saya tulisi amatlah bahaya & kontras. Pernah di tribunal oleh fakulti, pernah juga dipanggil mengadap di JPM di Biro Aduan Awam.

Ada tulisan yang menghasilkan sesuatu yang baik; ada juga menjadikan musuh & dendam bila tersilap tegur terusik hati orang.

Penerimaan orang memang berbeda; samalah tafsiran kita pula sering terkeliru. Masing-masing ada kelemahan maka ianya sebaiknya bersemuka dengan baik bukan menggodam.

Buat kata Sdr Abuyon yang saya kenali lama dulu di www.melayu.com.
Tentang Penulis atau Pemblog zaman kini.

"Kerana keajaiban teknologi tanpa wayar, yang murah, berkesan dan serasi. Kerana teknologi satu sentuhan dan di hujung jari.

Melalui blog, orang tak payah menghantar tulisan, ke syarikat penerbitan dan percetakan. Orang tak perlu menunggu-nunggu kelulusan, editor dan suntingan. Orang tak payah ada kemahiran, penulisan dan karangan.

Tulis saja dan klik butang, hasil tulisan sudah pun dapat diterbitkan. Tak perlu pun menunggu lama satu atau dua jam, sudah dapat dibaca dan dinikmati orang."

Maka itu saya mengambil peluang di sisa usia untuk giat menulis blog ketika masa senggang saya.

Terima kasihlah kerana Sdr Zeq sudi membaca apa yang tergerak di dalam hati ini.

Dulu saya menulis di Easyjournal tak ramai kenal server itu; bila ke blogspot ini terasa pula kita amat kecil di sini. Tenggelam dalam jutaan pemblog yang lain.

iDAN berkata...

Ingat nak sambung cerita arwah abg Din itu banyak sangat boleh menjadikan kita ini sedar betapa hidup ini amat kejap. Jodoh pertemuan itu di tangan Dia Nan Esa.

Kita amat kerdil di sisi-Dia.

Cubalah buat macam Fatin sanggup panjat tangga JPN semata-mata mahu mencari keluarga ayahnya.

Air yang dicincang tak akan putus.

iDAN berkata...

Dik Azah;

Cerita Kemelut Madu itu telah lama abg tulis. Ingat nak sambung semula jika masa terluang. Ada banyak kisah dalam blog lama tu tergantung sebab tak ada sangat respon.

Bukan untuk suka-suka tapi mungkin Fatin atau keluarga Abg Din dapat rasakan siapa sebenarnya Abg Din dari kacamata adiknya jika terbaca blog ini.

Rasanya dengan tulisan begini dapat menyimpan kisah lama.

iDAN berkata...

Dik Azah;

Cerita Kemelut Madu itu telah lama abg tulis. Ingat nak sambung semula jika masa terluang. Ada banyak kisah dalam blog lama tu tergantung sebab tak ada sangat respon.

Bukan untuk suka-suka tapi mungkin Fatin atau keluarga Abg Din dapat rasakan siapa sebenarnya Abg Din dari kacamata adiknya jika terbaca blog ini.

Rasanya dengan tulisan begini dapat menyimpan kisah lama.

iDAN berkata...

Sdr Yeeeaza,

Ramai yang tertarik kisah rumah tangga; sebenarnya banyak pengajaran yang boleh kita ambil dengan menghayati kisah hidup seseorang.

Mengembalikan kisah lama rasanya memerlukan waktu yang benar-benar damai. InsyaAllah jika ada penggemarnya kisah perjalanan kehidupan arwah Abg Din pasti akan saya tulis jika memang sempat menulisi.

Semalam saya jumpa anak arwah Abg Din; Fatin 24 tahun. Bagaikan bayangan yang terusan mengejar diri. Harap Fatin dapat membaca tulisan ini.

Saya pun tak sempat baca lagi tulisan saya di tahun 2006 itu. Doakan saya ada masa dalam menjadi sura rumah yang banget sibuk ini.

Emmm! pinggang mangkuk tak suci, pakaian tak bersidai lagi... kena titik menulis hari ini.

iDAN berkata...

Sdr Zeq,

Baik Linda atau Fatin boleh dikatakan semua anak arwah Abg Din memang cantik belaka. Kami ada campuran darah Arab maka itu kalau ke Kota Bharu Perak, bila jumpa nama Syed & Sharifah itu kebanyakannya adalah saudara mara kami.

Kami memang telah buang semua nama itu lantaran keluarga sebelah apak tak mahu sebut keturunan Syed itu atas sebab peribadi.