iDAN

18 Januari 2010

Ishaan nan Istimewa ( Hiburan & Singgahsana)

Sebut sahaja Amir Khan 45, yang lahir pada 14 Mac 1965 pasti kita teringat lakonannya sebagai Karan bersama Manisha Koirala sebagai Priya yang amat menyayat hati dalam filem Maan yang diterbitkan pada tahun 1999; Pengarah filem ini ialah Indra Kumar di mana skrip yang ditulis Aatish Kapadia terlalu kejam, menjadi watak Priya cacat anggota lantaran kemalangan ketika mahu menunaikan janji pertemuan antara sepasang kekasih. Lagu di filem ini sedap belaka. Tak puas mendengarnya hingga ke hari ini.

Sebenarnya banyak lagi filem Amir Khan dapat menambat hati peminat filem hindi antaranya, Yaadon Ki Baaraat, Raja Hindustani, Lagaan, Fanaa dan terkini filem komidi 3 Idiots yang mendapat sambutan seantero dunia. Maka itu tak hairanlah Amir Khan sering dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik & memenangi bukan sekali award tersebut.

Taare Zameen Par yang ditayangkan pada 21 Disember 2007; adalah filem arahan & terbitan Amir Khan yang menarik ditontoni. Pelakon kanak-kanak yang terserlah bakatnya Darsheel Safary memegang watak Ishaan Nandkishore Awasthi. Dia dapat menjiwai watak kanak-kanak istimewa yang mengalami kesukaran membaca & mengenal angka. Keliru menulis & membaca, agak lembab menerima arahan yang berulang kali; ianya dinamakan sakit dyslexic; Ishaan hanya dua beradik, ayahnya tidak dapat menerima kelemahan anaknya.

Sementelah abg Ishaan ia itu Yohaan adalah kanak-kanak pintar yang mana menjadi bahan bandingan ayahnya. Amir Khan memegang watak Ram Shankar Nikumbh ("Nikumbh Sir") seorang Guru Lukisan, dalam masa yang sama pakar dalam mendidik kanak-kanak istimewa.

Kemuncak filem ini adalah babak Ishaan enggan dihantar ke sekolah berasrama penuh setelah gagal bersekolah biasa. Guru Lukisannya Nikumbh yang dapat mengesan masalah Ishaan & membantu menjadikan dia pelajar cemerlang. Keistimewaan Ishaan amat terserlah dalam bidang melukis & punyai bakat tinggi lagi kreatif dalam banyak seni rekacipta juga animasi.

Filem ini telah galak kali ditayangkan di TV, pun Astro saluran ZEE malam tadi ianya ditayang semula. Pasti anda tak puas menonton sekali filem ini, apatah lagi filem ini banyak memenangi anugerah; termasuklah Pelakon kanak-Kanak Terbaik yang dinobatkan buat Darsheel Safary & banyak lagi anugerah yang diboloti.

Ada beberapa lagu yang menarik di filem ini yang pastinya dapat menjadi halua telinga anda. Antaranya ialah Taare Zameen Par, Bum Bum Bole, & Maa. Cuba hayati irama lagu Maa, ianya memang sayu meresap ke dasar hati, sedap diputarkan ketika larut malam.

Gigi Ishaan yang jonggang itu yang mahal!

4 ulasan:

iDAN berkata...

Tak ada ke peminat si Ishaan & Amir Khan ini;

Aku suka sangat filem ini banyak faktornya, antaranya jalinan animasi dalam cerita biar pun kebudak-budakan tetapi memberi kesan mendalam di hati. Begitu juga filem ini tak ada isu cinta tetapi kaya dengan jalinan keluarga, kasih sayang ibu & jalinan baik antara cikgu & anak muridnya.

Kena ikut dari awal ceritera barulah dapat intipati pengajaran di dalamnya. Macam moral filem PARDES yang amat kaya jika kita halusi.

ajiesam berkata...

Saya berpeluang menontonnya malam tadi melalui saluran 108...dan ternyata jalan ceritanya berjaya memaku saya didpn TV...Cerita ini lain dari filem hindi yg biasa di tonton kerana saya kategorikan cerita ini sebagai "intelligent"...terpaku sampai jam 12 lebih malam...

iDAN berkata...

Sdr Akufiqir,

Skrip filem ini memang menarik, apatah lagi dengan fakta yang kukuh.

Juga penyuntingan, arahan serta plotnya cantik & tak jemu ditonton. Sukar mendapat filem hindi sebaik Taare Zameen Par.

Rashid berkata...

Amir khan.. wahh! best tu..