iDAN

17 Januari 2010

Jambu (Delima Merkah)

Jambu Mawar
Jambu Batu
Jambu Bol orang Perak panggil Jambu Kepal
Jambu madu Ada banyak lagi jenis Jambu yang pelbagai rona. Ada yang rona hijau manis & tak kelat. Jika dulu jambu sekadar dikutip tak pun dijual tetapi Jambu Madu semakin tinggi permintaannya. Jambu selalunya berulat jika tidak dibalut, agak susah menjaganya pembesaran buahnya. Selain Jambu Madu, Jambu Batu juga mendapat pasaran meluas termasuk jusnya yang semakin banyak dijual di tepi-tepi jalan. Aku suka Jambu Kepal ini, buahnya memang besar jika benar-benar masak amat manis & rasanya pun agak klasik berbanding Jambu Madu. Tak ramai tahu Jambu Kepal ini sebab pokoknya cuma terdapat di kampung tradisional masih tak dibuat ladang secara meluas. Jambu Keling nama lain Jamblang atau Duwet banyak terdapat di Indon.

12 ulasan:

asilahmuhajer berkata...

hmmm..sedapnya jambu kepal tu. memang susah nak jumpa sekarang. kalau ada pun, susah nak jumpa yang tak berulat.

teringat masa mengandung dulu, teringin sangat nak mkn jambu kepal tu. masa tu susah jumpa yang elok. so, makan je la yang ada tu.

Ieza berkata...

terliur dibuatnya nmpak jambu madu yg 2 3 menjak ni ashik terbayang jer kt mata..ni nampak plak kt blog..ish..ish..nk kena cari ni..ada yg kempunan ti..ha..ha

YB berkata...

Salam

Yg atas sekali tu org kg aku panggil jambu air. Depan rumah aku kat bangi ada lagi pokok jambu ni. Jambu batu merah tu dah payah jumpa. Ada lagi jambu susu besar penumbuk budak, ada biji besar dlm nya.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Suka sangat jambu madu, tapi pernah terbeli jambu madu dekat RNR Ipoh, sedap2 makan sambil cicah kuah rojak sekali nampak ulat besar dalam jambu. Terus, Melompat + muntah + baling jambu + menggigil kegelian = fobia makan jambu madu selama setahun. Tapi skang dah habis fobia... dah leh makan semula.

iDAN berkata...

Di kampung-kampung tradisional seperti daerah Parit, Kuala Kangsar masih banyak pokok jambu kepal ini.

Di kampung saya kat Kota Bharu tu Cikgu... rasanya tinggal beberapa pokok sahaja. Payah nak cari pokok jambu kepal ini. Selalunya jika berbuah banyak & tak berulat memang sedap bila benar-benar masak ranum.

Pucuk daunnya yang rona merah itu, pun saya suka buat ulam. Ingat nak cari benih jambu ini tanam di kampung saya di Perak tu!.

iDAN berkata...

Sdr Ieza,

Sebelah utara banyak jambu madu ini, jika singgah Hentian Tapah terkadang ada, ikut musim; ianya banyak ditanam di Siam sana, ada juga ditanam di tempatan.

Sekilo boleh tahan juga mahalnya. Lagi sedap kalau simpan sejuk di peti ais. Makan ketika sejuk buahnya memang sedap.

iDAN berkata...

Sahabatku YB;

Dulu di ladang UPM ada banyak pokok jambu susu ini, buahnya masak rona kuning keputihan; mungkin itu sebabnya dipanggil jambu susu. Masak rona susu.

Cumanya bijinya memang besar, tak puas makan isinya. Mungkin kalau dibuat kajian kahwinkan dengan jenis jambu lain kut! menjadi lebih tebal isinya.

Dulu pun tak popular jambu madu, tetiba ujud di pasaran.

Di internet banyak lagi jenis jambu; antara jambu keling, hitam macam keling ronanya.

iDAN berkata...

Sdr Diana;

Ulat buah boleh dimakan, cumanya kita yang terasa loya. Kalau tak sengaja dimakan apa salahnya.

Jambu memang sering dimakan ulat, maka itu kalau makan elok dibelah dulu; pastinya tak ada ulat. Emmm! sedap dicah dengan kuah rojak buah.

Saya teringin sangat nak makan ulat sagu!. Tapi YAKIM mengharamkannya!.

Tapi belalang memang saya suka sangat! Belalang buat rendang. Huh!

eelobor berkata...

ada jgk yg di panggil muka mcam "jambu"

iDAN berkata...

Sdr Eelobor,

Yup memang betul, jika tinggal di asrama awas lelaki yang muka jambu ini; asyik jadi bahan gossip.

Tak kira lelaki mahu pun perempuan memang ramai kalangan sahabat kita yang mukanya dipandang jambu.

Beruntung yang milik wajah jambu; pastinya ramai peminat!.

Anuar Abdul Aziz berkata...

buah jambu dengan muka jambu? yang mana cepat jemu..isssh lama tak makan jambu batu biji merah..

iDAN berkata...

Rasanya kedua-dua tak jemu; tenguk muka jambu sejuk hati; Tak jemu memandangnya. Buah jambu pula boleh dipelbagai; buat cicah pun okey, buat jus pun dapat hilangkan dahaga, ada juga org buat jeruk pun sedap juga. Masa kita kecik-kecik makan jambu dengan garam kasar pun sedapnya.

Payah nak jumpa yang jambu bijinya merah ini!. Terasa-rasa sedapnya. Kalau buat jus cantik rona airnya.

Maka itu jambu memang perkataan yang amat membahagiakan.