iDAN

09 Februari 2010

Alam Buana (Delima Merkah)

Usia semakin senja takkan menjanjikan apa-apa.
Camar rinduku terbang tak menentu.
Pelepak kasih semakin kaku dibelai bayu.
Aku tak mahu sesat di karang janjimu.

8 ulasan:

azieazah berkata...

sungguh bermakna setiap gambar dan captionnya...

saya turut terpesona...

ZooL Hilmi berkata...

saya suka gambar2 macam ni...mmm

iDAN berkata...

Dik Azah,

Sejak berzaman, saya amat meminati dalam bidang fotograpi. Dulu saya ada kamera & rajin juga mengambil gambar. Tapi kamera itu tersimpan begitu sahaja. Tak pasti okey atau dah rosak.

Kosnya agak mahal nak cetak semua gambar yg dirakam itu.

Hingga kini tak punya digital kamera & mengidam memilikinya. Yang murah pun tak kisah. Namun melalui laman sesawang kita boleh mengutip sebanyak mana pun gambar yang kita sukai.

iDAN berkata...

Menyintai keindahan alam itu membuatkan kita tenang.

Sdr ZooL Hilmi pastinya seorang yang sentimental sebab tertarik dengan kecantikan dunia sekeliling kita ini.

azieazah berkata...

Bang IDAN.. saya pun suka ambil gambar. Jika buat artikel seboleh2 saya suka guna gambar sendiri, tapi keupayaan kita ni terhad...

Kamera pun gadget yang sangat laju bergerak... Saya masih ada kamera yg guna filem, tapi dah tak boleh guna sbb kedai untuk cuci filem pun susah nak cari sekarang..

semua dah guna digital camera...

kelompen berkata...

IDAN
terlalu indah ciptaanNya
terlalu indah juga ayat penulisnya
pada suatu gambaran dan helaian patah perkataan, tersurat makna amat dalam, nilailah dengan rasa dan jiwa..

iDAN berkata...

Dik Azah, jika kita punyai bakat merakam sesuatu imej sungguhnya ianya amat berharga.

Imej boleh menceriterakan 1001 rahsia alam. Saya (saya lagi selesa tulis abg nanti Kak Mila baca... emmm!) juga kalau boleh mahu buat seperti Dik Azah lakukan.

Digital Kamera pun semakin murah. Terkilan bebaru ini Afiz baru beli Digital Kamera hilang di Pustakaan Seremban. Saya pun tak sempat nak godek.

Kos kamera filem memang mahal. Lagi pun tak boleh padam jika silap klik.

Saya baca blog Dik Azah... perasan banyak gambar yang milik peribadi & menarik untuk tatapan.

iDAN berkata...

Sdr Kelompen,

Impian semua penyair agar tulisannya dapat mencuit hati pembacanya. Tulisan saya amat payah terbit di akhbar atau media massa mungkin lantaran kualitinya tak sehebat penulis mapan.

Blog@jurnal begini sahaja yang bebas kita dapat menulis. InsyaAllah saya akan terus menulis jika ilham masih ada.

Saya pun nampaknya akan sampai ke sempadan nyanyuk!. Kian ke hujung usia. Jangan nanti satu hari saya menulis pelik tak ada siapa pun teruja membacanya!.

Terima kasih saya perasan Sdr Kelompen makin menyukai tulisan saya.

Saya sedih geng seofis saya yang ratusan jumlahnya entah ke mana!.

Kawan berkerja ini terkadang hanya duniawi semata. Bila semua makin kaya raya taubat lahom takkan sudi mendengar rintihan kita.