iDAN

07 Februari 2010

Unggas & Laut (Delima Merkah)

Beburung rindu terbang bebas meniti waktu.
Sepi pantai hati menantimu
Sendiri meredah ombak resah.
Kuntuman kasihku semakin terbiar.

6 ulasan:

kelompen berkata...

IDAN
kata seorang kawan,
laut banyak memberi ilham ..
pasang dan surut sama nikmatnya
luasnya jadikan teladan.

Cetusan berkata...

terbang sambil pipiskan bebunga lalu menyelam ke laut masin

zainal mohd jais berkata...

Oh Tuhan !
Kembalikan aku ke laut-MU...

iDAN berkata...

Sdr Kelompen,

Saya suka sangat jika dapat turun ke lau memancing atau candat sotong, bulan 4 ini cadangnya mahu candat sotong di Kuala Terengganu.

Malam-malam tidur nyenyak di tengah laut amatlah indahnya apatah lagi tatkala itu cuaca cerah penuh taburan bintang.

iDAN berkata...

Zeq,

Tanpa laut bagaimana burung camar itu mahu hidup. camar yang asyik meniti ombak camar juga yang asyik menangkap anak ikan...

iDAN berkata...

Di bumi ternyata ada laut, di dunia sana Tuhan sering menyebut tentang sungai...

Mungkin ada laut yang lebih indah di sana nanti!... sengaja tidak disebut!

Laut Tuhan terlalu luasnya... bukan hanya di bumi sahaja tentunya!... tentunya ada laut nyata & laut tersembunyi.