Gambar 4
betapa dunia ini amat kejap kusinggahi
sesungguhnya aku tak mahu sesat dalam igauan dugaan-Mu.
betapa dunia ini amat kejap kusinggahi
sesungguhnya aku tak mahu sesat dalam igauan dugaan-Mu.
Gambar 5
singgahsana ini bagaikan menggamit damai
aku amat perlukan pertunjuk & bimbingan-Mu Ilahi.
Keterangan Gambar
Gambar 1 & 2 masjid di Iran
Gambar 3 (Badashi Mosque, Lahore)
Gambar 4 (The Sultan Qaboos Grand Mosque, Oman)
Gambar 5 (Casablanca Morocco)
(Selalunya rekabentuk masjid di Turki & Iran amat mengagumkan; mereka begitu teliti dalam mengukir keindahan senibina masjid. Bangunan KLIA jua tak terkecuali terlibat dengan jurubina dari Turki. Amat sayang jika hasil binaan ini musnah lantaran perang & pelbagai mala petaka. Siapakah yang tak damai berada di rumah Allah SWT, amat damai.)

8 ulasan:
Salam,
Indah dan tenang...
Terasa ingin berada di sana, andai sdr tahu tempatnya, boleh kongsi tak? Mana tahu...panjang umur, sempat singgah seketika
Sdr Anyss;
Gambar 1...Masjid di Iran... Nasir al-Mulk Mosque (Masjid Nasir ol molk) mosque Shiraz, Shiraz Iran;
Memang cantik ukirannya;
Masjid adalah tempat paling tenang & damai.
Salam Abang Idan,
Ibarat Syurga Dunia, cantik sangat dan menenangkan
Salam Dan
Banyaknya tiang tiang dalam masjid. Harap harap Biarlah jemaah berlebih lebih banyaknya daripada tiang tiang yg setia didlm mana mana masjid.
Sdr YB
Aku sengaja mahu menunjukkan suasana kosong di ruang masjid; berbeda di Mekkah kan?... sentiasa ramai yang syolat & berdoa di sana.
Ada juga di dalam gambar ini aku sunting guna Adobe, buang gambar orang sekadar berdiri melawat masjid.
Antara petanda akhir zaman & kiamat makin dekat memang masjid hanya jadi bangunan hiasan & kebanggaan pengunjungnya semakin sedikit & sunyi!.
Ibunya Aran,
Apabila kita rasa damai di masjid maknanya hati kita memang dekat dengan-Nya.
Paling damai ketika masjid ini tidak sesak dengan lautan manusia & suara hingar kanak-kanak. Sujud di marmar atau jubin masjid amatlah sayu & tenangnya jiwa.
Kita beruntung punyai masjid yang cantik di mana jua.
Moga Allah memberi hidayah-Nya dan memilih kita sebagai tetamu-Nya
Sdr Atoi
Kita memang hamba ciptaan-Nya, di bumi ini kita diuji di akhirat nanti kita akan ditempatkan mengikut keakuan kita nanti.
Amat kejap kita menjadi tetamu-Nya di dunia ini. Esok lusa kita mungkin tak bersapa lagi.
Catat Ulasan