iDAN

11 April 2010

KC 14 ♥ Saminya (Singgahsana)


"Haridansan yang ini pangkat Pakcik kita Akirasan, dia tak tinggal sama kita, rumahnya tak jauh dari ofis ini!" lihat wajah Akira teringat akan arwah Apak, senyumannya manis pakai kacamata ala orang dahulu. Nampak amat wajah seorang ayah yang bertanggungjawab umurnya aku agak pasti telah 40an. Hujung. Kulitnya biasalah terbakar, semua pakai pakaian seragam rona coklat cerah.

"Itu meja awak sebelah SuminyaSan anak dara bujang lagi!" Tanaka bergurau, aku nampak Suminya tersenyum ala Jepun, rambutnya bercekak & sebahagian jatuh ke dahinya, Suminya tak juga putih mana, kulitnya macam kulit orang Melayu, tak tinggi, tak seseksi Hoshino di Tokyo. Tapi matanya mata Jepun.


Aku lihat ada seorang lagi perempuan 30an sedang mengemas meja & menyapu sampah di ofis ini. Namanya Mayumi. Aku agak dia telah berkahwin, nampak rajin & tak banyak cakap. Memang perangai orang Jepun begitu, bila berkerja memang tak hiraukan siapa pun. Jarang amat aku perhatikan mereka berbual kosong ketika berkerja. Tiga bulan di Tokyo memang itu yang aku pasti. Mayumi pekerja seperti Suminya juga, buat kerja pejabat menguruskan pembelian & kelengkapan pejabat.

"Kejap lagi kita berkumpul di bawah kita kena kerja di luar sampai tengah hari, petang ikut jadual; kalau perlu kita kena kerja luar juga!" Tanaka ambil alih kerja bos baruku Matsusaki.

"Selalunya sebelah petang ada perjumpaan dengan semua staf kita, orang kerajaan & pemaju!"

Katsura, Takashi, Eisaku & Tanaka telah siap dengan topi keselamatan rona putih. Tanaka ke stor bawah menghulurkan aku topi keselamatan rona topi yang sama. Ada tiga buah jip di ruang parkir. Aku mengikut mereka ke bawah, kami berbaris di depan, termasuk Pakcik kami Akira; hanya Suminya & Mayumi tinggal di ofis.

Kami berbaris beriring lurus mengadap Tanaka. Tanaka memberi taklimat kerja yang perlu dilakukan hari ini. Aku & Eisaku kena buat ukur aras tapak binaan empangan. Katsura & Takashi kena masuk terowong bawah tanah bersama kontraktor pemaju & staf kerajaan. Akira buat kerja di ofis. Setelah mendapat tugasan ada ikrar yang dilafazkan. Aku diam sahaja tak faham sangat apa yang diikrarkan; siap dengan laungan semangat tanda bersatu & sedia dengan tugasan. Hebat orang Jepun membangunkan semangat kerja.

Aku, Eisaku & Tanaka nak satu jip. Aku memang telah lama kenal dengan alatan aras ukur. Lebih lima tahun aku berkerja di makmal kajiukur memang telah memahirkan aku dalam menggunakan alatan ini. Untuk mengaraskan tripod, cara pegang kayu pengukur aras, semua itu telah mahir kulakukan. Maka tak jadi masalah berkerja dengan pasukan Jepun ini.


Tiang aras zaman dedulu (leveling staff)

Jauh juga kami mendaki bukit di mana empangan Juo Machi akan didirikan. Musim luruh amat damai & sejuk di lereng gunung. Pokok keliling mulai menguning. Dalam perjalanan Tanaka menunjukkan aku di mana aku boleh beli makanan. Ahad tiada makanan di asrama, maka aku kena makan di luar.

Perkampungan Juo Machi ini kecil sahaja, kampung di lereng gunung; penduduknya pun tak ramai. Semuanya aku lihat bersawah padi & berkebun sayur. Tenang amat kampung ini tak banyak kenderaan.

"Ini sungai punca air minuman yang kita akan buat empangan; "Tanaka menunjukkan padaku anak sungai, kecil sahaja; sekitar dua depa sahaja lebarnya. Airnya jernih amat.

"Apa nama sungai ini?"

"Sungai Juo" Sempena nama daerah ini. Machi itu maksudnya daerah.

Sekitar setengah jam sampailah kami di tapak binaan. Tak nampak ramai pekerja; semua guna mesin. Bentuk empangan belum nampak sangat. Cuma ada ruang takungan & sebuah terowong. Baru bermula dan dijangka lagi dua tahun baru siap.

"Jom! kita mulakan kerja" Tanaka mengarahkan kami; masing-masing membawa apa yang patut. Orang Jepun kerja berkumpulan tak tahu siapa bos siapa kuli. Berebut nak bawa barangan.

Bunga liar kuning ini bertaburan di bumi Jepun

Aku menegakkan tripod alat aras di kayu yang t elah ditandakan. Mereka terkejut tenguk aku mahir amat melaraskan alat aras agar seimbang. Cara memijak kaki tripod di setiap tiga tiang pun mereka dah agak aku memang lama buat kerja ini.

"Berapa lama buat kerja ini di Malaysia?" Eisaku bertanya padaku.

"Lima tahun, tapi sekarang dah malas nak buat saya lebih ke kajidaya tanah!"

"Untunglah kami nanti tiap stesen Haridansan yang pasang alat aras!"

"Tak jadi masalah!, tapi bacaan ini saya tak berapa faham!, biar saya bawa tiang aras sahaja!" Aku tak pandai guna alatan canggih yang guna digital. Di Malaysia aku guna alatan purbakala; baca secara manual. Di Jepun main tembak sahaja sudah dapat bacaan. Tanaka nampak gembira dengan kehadiran aku dalam pasukannya. Banyak aku memudahkan kerja mereka. Dia sekadar senyum-senyum dengan pelan di tangannya.

Sambil bawa tiang aras yang ada palang petak empat segi aku ke arah lereng bukit yang arahkan Eisaku. Cuaca dingin musim luruh buat aku amat selesa berkerja. Berpeluh pun bila angin bertiup terasa nyamannya Juo machi. Satu yang menarik banyak bunga liar di bukit ini tak pernah aku nampak di Malaysia. Tak banyak pokok besar di bukit ini sekadar tanah lapang & pokok renek.

Kejap sahaja buat ukur tanah telah tangah hari. Sekitar jam 1:00 tengahhari kami balik ke asrama untuk makan. Sedapnya makan ketika penat berkerja. Sashimi yang Okaasan sediakan memang menyelerakan. Siap ada ulaman & sup dari sayuran. Nasi Jepun yang melekat bagai pulut memang menyelerakan. Tanaka asyik bercerita dengan kekawannya tentang kemahiranku buat kerja ukur. Rasa berbaloi aku pindah kerja di sini. Biar pun tiada si Kaito rakan baikku di Tokyo tetapi aku telah ada Tanaka yang amat mengambil berat tentangku.

Aku teringat akan Mila, harapanku esok lusa adalah suratnya. Aku telah poskan poskad untuk dia; seharusnya dalam minggu ini pasti ada surat dia. Aku juga ada memberikan dia nombor telefon ofis. Di kamar tiada telefon. Aku menunggu khabarnya. Rinduku amatku amat membekam hati.

Aku masih teringat akan Rahayu, wajah suaminya Kimura masih jelas dalam kotak ingatanku. Aku tak dapat kontak dia. Aku tak ada nombor telefon dia; Okaasanku di Sagamihara pasti tak tahu nombor telefon di sini. Dia hanya tahu nombor ofisku di Harajuku Tokyo. Pasti kami akan terpisah jauh di bumi orang. Aku mendoakan Ayu dapat membimbing Kimura. Agar rumah tangga mereka kembali normal. Aku masih ingat ketika aku makan malam dengan Ayu. Betapa stresnya dia ketika itu. Namun aku masih rasakan dia amat asing lantaran baru kukenali.

Berkali-kali aku mengingatkan dia banyak bersabar, minta doa banyak-banyak & biarlah Kimura dalam pertunjuk-Nya & ke arah Islam sebenar. Aku nampak akan fikiran stres makin mematahkan hatinya jelas terbit di wajah Ayu; sampaikan dia tak mahu pulang rumah ketika itu. Kejutan ketemu orang Malaysia di bumi orang pastinya dia perlukan perlindungan.

Aku nampak wajah cemburu Kimura ketika aku meninggalkan rumah sewa Ayu. Huh! Tuhan menentukan aku jauh ke sini. Mungkin ada rahsia di sebaliknya. Bila aku fikirkan bebanan Ayu aku jadi tambah keliru lantaran aku pun amat perit dibekam rindu.

Sendirian di Juo Machi tanpa sapaan seorang kekasih.

- bersambung

8 ulasan:

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Membaca kisah di Jepun seolah2 tempat2 yang disebut tu pernah singgah walhal inilah kali pertama tau nama bandar2 di Jepun.

Tentu seronok kalau berpeluang ke Jepun tapi kalau betul2 banyak duit la... Jepun matawang jauh lebih tinggi... nak bershopping pun kena fikir 10 kali.

iDAN berkata...

Tahun 90an semasa saya di Jepun Diana duit kita sekadar separuh nilainya.

Ada juga barangan yang murah di sana. Cumanya kalau makan janganlah bandingkan duit mereka dgn kita. Sarapan sekitar RM20 itu biasa. Dulu manggis di sana sekitar RM7 sebiji. Sekarang tak pasti berapa.

Ringgit seharusnya dinaikkan nilainya sebab amat payah untuk kita jika mahu melancong ke dunia barat sana termasuk Jepun. Kita terpaksa melancong ke negara yg nilai matawang rendah dari kita.

China antara negara yg terbaik untuk melancong buat masa ini.

YB berkata...

Salam Dan

Ogenkidesu ka?

Ima kara anata nihon ni omoi ite imasu. Watashi, nihon no toki taksun wasuremashita. Demo, sono toki wa totemo sukideshita. Nihon go mo, dan dan wasuremasu.

Sayonara

iDAN berkata...

YBsan,

Genkidesu!,

Watashino nihongo.. Nihon go dan dan wasuremasu. Watashino tomodachi nihon go o wakarimashen. Mainichi melayu o hanashimasu dan dan nihon go wasurenai.

Raji and Yeen berkata...

wah2 bestnyer dlu pnh koje jepun ker?

ima wa doko ni aruno?

iDAN berkata...

Sdr Fakhrur,

Dah lama ke Jepun tu, jadi KM saya olah ketika sekitar awal 90an; saya berada di Jepun di tahun 88.. belajar Bahasa Jepun di ITM, sekarang UiTM tahun 87. Kira dah lama banget!

Bahasa Jepunnya hancur dah banyak tak ingat.

Ima watashino uchiwa Jenaris desu. Kajang no soba ni.

Kalau ada rakan cakap Jepun pun lambat nangkapnya, kalau ada yg rajin berbual balik mungkin timbul sikit-sikit!.

iDAN berkata...

YB & Fakhrur;

syok juga masuk kelas bahasa jepun ni...

bayangkan masa di ITM dulu nak ingat semua huruf dalam tempoh 24 jam...

a i u e o.. ka ki ku ke ko ma mi mu me mo... dua karektor pula tu, hiragana & katakana. Dengan tulisan & sebutan sekali, ada rakan yang tak sanggup separuh jalan sahaja terus jem terpaksa batalkan impian ke jepun;

Bila sebut koibito semua suka..

Anatano koibitowa dare desu ka?...

Emmm bukan tanya anak dara!
maksudnya siapakah kekasih anda...

koibito tu maksudnya kekasih!, dare tu siapa... sayang Bahasa Jepun ini hilang di kotak ingatan!.

Raji and Yeen berkata...

woahahaha omoshiroiii~
;D ye2 btol tringat mse awal2 msuk orentasi dlu.. XD
nk nyer denwa bangou pun kne tulis satu2 tuk translate
=D hohoho