iDAN

15 April 2010

Sedih & Tangis (Delima Merkah)

Foto 1
Nampak sedih!


Foto 2
Jangan biarkan sayang ni!

Foto 3
Monyoknya!.

Foto 4
Sukar lelaki sedih begini

Foto 5
Menangis sungguh-sungguh

Foto 6
Merajuk lagilah ni!.

7 ulasan:

azieazah berkata...

Sekali sekala menangis dan merajuk, memang best....

iDAN berkata...

Sdr Azah,

Jika ada yang memujuk memanglah okey, jika terusan terbiar amat terasa resah & sepinya hidup ini.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Bila kita rasa terlalu tertekan dan sedih, nangislah sepuas2nya kerana itu akan melegakan. Tak banyak pun... sikit.

iDAN berkata...

Sdr VIC Diana,

Saya boleh menangis sungguh-sungguh kalau seorang diri menonton filem hindustan!. Salah satu filemnya PARDES; sampai sekarang saya amat suka moral filem ini.

Kalau depan orang tu malulah, kecualilah ada kematian. Pernah saya menangis di negara Jepun; masa itu emak meninggal saya terpaksa survival sendirian; bukan pandai nak naik kapal terbang sendirian pun. Dahlah kena naik keretapi laju jauh dari Tokyo. Narita Airport.

Sebaknya sudah pasti.. tak sempah lihat jenazah!, tak ada penerbangan malam tu!. Emak meninggal sebelah petang.

Lebih kurang sebulan sebelum itu arwah emak melawat Mila di rumah sewanya di Kampung Malaysia.

Mila boleh tanya nak cakap dengan mak tak?. Saya kata tak apalah ingatkan emaknya Mila, bukan emak sendiri. Tak ada apa pun nak tanya khabar Mak Mila dia memang sihat bugar masa tu; bil telefon pula sampai dekat RM1,000 sebulan. Kononnya malas nak buang duit!.

Patutnya itulah peluang terakhir dapat berbual dengan emak sendiri!. Sedih sesal sebak semua bercampur baur!.

Arwah Mak meninggal mengejut; mungkin masalah jantung!.

Memang saya menangis sepanjang perjalanan!.

asilahmuhajer berkata...

bila cerita pasal kematian, saya teringat masa ayah saya meninggal. masa tu saya bersiap2 nak gi sekolah. terperanjat sangat2 sebab hari sebelumnya nampak ayah minum kat kedai kopi dan nampak sihat je.tak sangka keesokan paginya dia dah takde!

iDAN berkata...

Cikgu amal maut jodoh pertemuan di tangan Tuhan; itu memang jelas.

Arwah Mak samalah Yaie atau Pak Mertua pergi cara tiba-tiba. Memang kita tidak menduga. Tak sakit tahu-tahu strok & tinggalkan kami.

Orang begini pastinya dosanya tak sebanyak kita yang terusan diuji dengan pelbagai pakej sakit ini.

Saya memang nampak ketika mereka masih ada, Arwah Mak memang tak pandai marah Arwah Yaie itu juga sentiasa memaafkan orang!.

iDAN berkata...

Cikgu;

Kita sekadar dapat mendoakan agar roh mereka itu sentiasa aman di sana.