SUBUH
Satu Fardu ditinggalkan, akan dicampak orang itu kedalam neraka.
ZOHOR
Satu Fardu ditinggalkan, dosanya seperti membunuh 1,000 orang Islam.
ASAR
Satu Fardu ditinggalkan, dosanya seperti orang meruntuhkan Kaabah.
MAGHRIB
Satu Fardu ditinggalkan, dosanya seperti orang berzina dengan ibunya (jika lelaki) dan dengan bapanya (jika perempuan).
ISYAK
Satu Fardu ditinggalkan, Allah tidak akan reda akan hidupnya.
Wallahua'alam
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
Secara peribadi, mana mungkin kita manusia ini tak tinggal biar pun satu fardu, rasanya paling ramai tak solat adalah ketika subuh sebab waktunya pendek, pulak tu ketika itu sedang lena tidur. Sejuk lagi.
Maka jalan terbaik, kena ganti sembahyang tersebut, sembahyang juga biar pun kesiangan, jangan kena waktu haram pula. Sambil ganti boleh sembahyang sunat Duha. Penerimaan Allah SWT itu masalah lain, itu perkara ghaib yang hanya tahu ketika kita di kubur nanti. Jika langsung tak ambil tahu, sekadar bertaubat sahaja bagaimana?. Sedangkan kita banyak masa lain berleka dengan hiburan atau duniawi. Maka itu Islam mahukan kita kaum lelaki rajin berjemaah di masjid atau surau.
InsyaAllah para Malaikat yang sentiasa di sisi kita akan pasti bangunkan kita jika kita berniat baik ingin solat subuh.
Begitu juga zaman remaja kita yang asyik melepak tak menentu hala tuju, jika kelapangan gantilah setiap solat kita. Pun perbanyakkan solat sunat taubat, hajat, syukur dan yang lain-lain agar dapat menampung solat kita yang banyak terlopong!.
Sembahyang itu tiang agama, jagalah amanah Allah SWT tentabg solat yang wajib ini. Jangan diabaikan!.
2 ulasan:
Salam Dan,
Bagus ni utk muhasabah diri.
Bezanya kita dgn org kafir ialah kita solat, menyembah Allah. Kalau tak solat kita dah tak sembah Allah, dah macam kafir tu plak. Sedangkan kita berjanji hidup dan mati kita kerana Allah. Wallahuaklam.
Sdr YB,
Solat itu banyak memberi kesan pada diri & jiwa. Selain boleh menghapuskan dosa kecil solat dapat mencegah perbuatan keji & mungkar.
Para pakar kesihatan juga telah membuat kajian, tertib ketika solat itu juga boleh membantu kita menjaga kesihatan secara berterusan.
Bayangkan Selesema Babi pun sering mengingatkan kita agar sering menjaga kebersihan dengan membasuh tangan.
Basuh tangan itu sendiri adalah antara rukun kita untuk berwuduk.
Catat Ulasan