Aku baru sahaja pulang dari Klinik Kardio Hospital Serdang, agak lambat aku sampai lantaran berpatah balik ke rumah sebab tertinggal Kad Perubatan. Maka ujian darah tidak dilakukan atas tiga faktor, pertamanya mungkin atas kelewatan keduanya pasti lantaran memang begitu kut! sekadar Ujian Stres tidak perlu ambil ujian darah & selebihnya terlepas pandang. Mana mungkin terlepas pandang. Lagipun berandaian ini bukan satu anggapan baik. Titik.
Agak lewat jua aku baru dipanggil oleh Pembantu Perubatan yang pakar dengan mesin Ujian Stres ini.
"Encik telah pernah buat kan Ujian Stres ini, kali berapa iyer!"
"Kali kedua... doktor mahu berapa kali agaknya untuk buat Ujian Stres ini"
"Saya tak pasti."
"Selalukah kes seperti saya ini!" dia tidak menjawab, wajah machonya nampak tenang sangat.
"Selalunya kes begini doktor tak yakin dengan keputusan lalu, maksudnya tak dapat keputusan diperlukan dari graf yang lalu!"
"Masalah saya bukan apa, ini telah masuk tahun kedua saya berulang alik ke sini, awal tahun lalu saya pertama kali ke sini bila terpaksa kembali buat Ujian Stres rasanya macam patah kembali ke belakang!." dia diam sahaja, sambil melihat bacaan Tekanan Darahku.
"Kenapa seawal pagi tadi tak dibuat Ujian Tekanan Darah iyer!" selalunya begitu, seawal pagi aku terpaksa masuk bilik saringan, jika Tekanan Darah aku tinggi mana mungkin boleh diteruskan Ujian Stres, paling aku risaukan gulaku masih ditahaf dua minggu lalu. 10.++!.
"Tak apa di sini pun boleh kita buat ujian Tekanan Darah, kalau nampak tinggi kita terpaksa batalkan sahaja Ujian Stres ini" dalam hatiku berkata memang aneh prosuder di wad ini, bukankah buang masa namanya jika seawal pagi Tekanan Darahku mendadah naik, baik pulang sahaja; menunggu sejam dua untuk masuk ke bilik rawatan ini bukankah buang masa. Jika gagal lagi buat sebarang ujian & membatalkan ujian DSE bagai dua minggu lalu baik seawal datang diarahkan pulang. Buat sahaja temujanji lain.
"Dua minggu lalu ujian DSE saya terpaksa dibatalkan, saya tak pasti kenapa; mengikut jururawat di depan sana, tak mungkin boleh buat DSE jika gula & Tekanan Darah saya tinggi. Apa iyer dik DSE ini"
Panjang pemuda macho ini berceritera@penjelasan perbedaan anatara DSE & Ujian Stres, matlamatnya sama. Untuk mengesan masalah jantung. Cumanya DSE lebih detail sebab data akan dapat dianalisa dua cara imej & graf. Fungsi & cara rawatannya sahaja berbeda. Ujian Stres memaksa jantung bergerak laju tanpa sebarang suntikan pelali seperti DSE; seperti secara praktikal. DSE pula mesin tersebut yang akan memaksa jantung kita bergerak laju.
Dalam gambaran aku, ibarat empangan air. Jantung itulah empangan yang mengawal darah kita; darah itu airnya. Jika air dilepaskan laju kita akan nampak saliran darah di bahagian mana yang tersumbat. Injap jantung tersumbat. Untuk memaksa darah itu laju bergerak memang terpaksa jantung itu dipam laju.
Bahayanya jika gula memang tinggi; pastinya akan melukakan saluran darah!. Itu yang boleh strok.
"Maknya DSE lagi detail, itu yang saya fikirkan selama ini, kenapa mesti saya ulangi perkara yang sama, saya telah tua memang jantung saya tak kuat lagi; cara DSE tersebut lagi selamat & mudah; kenapa pesakit yang ramai datang pakai kerusi roda sana tu tidak dipaksa juga buat Ujian Stres ini" jiwa memerontak aku sudah mula bergelora.
"Maaflah adik, saya membebel macam lebih pandai dari doktor; kita ikut sahajalah cakap doktor. Dia lebih arif dari kita!"
"Ada betulnya cakap encik, takkan nak paksa diri, nanti ada yang datang berjalan elok, balik kena berusung." jantung bukan boleh dipaksa; ramai pesakit kronik seperti aku yang memaksa diri tetiba boleh strok. Ibarat memang telah dilarang Pesakit Darah Tinggi atau jantung naik roller coasters. Tak pernah aku nampak ketika nak naik roller coasters terpaksa tunjuk surat pengesahan doktor yang seseorang itu sihat tiada masalah Tekanan Darah Tinggi atau masalah jantung. Pandai kaulah, kalau tak jujur nak menipu, nak naik juga siapa tak siapa hirau. Antara selamat atau tidak, kau nak pitam atau strok terpulanglah.
"Saya akan cuba buat ujian ini sampai habis ke taraf 3, dulu saya tak tahu doktor mahukan bacaan sampai ke tahaf 3... terbaiknya tahaf 4!, saya ini pesakit patuhkan sahaja apa cadangan doktor!." aku bersuara setelah nampak beberapa anggapan aku benar tentang DSE & Ujian Stres ini.
"Okey kita buat ujian sekarang, jika tak larat, kasi tahu saya untuk berhenti!."
Maka berserabutlah kabel dibadanku di lengan kiri diletakkan alatan tekanan darah pelbagai.
"Nak buka bajukah dik!?"
"Tak perlulah, nanti nampak tak manislah pulak; aku sekadar membuka butang bajuku" aku senyum memang buruk orang berperut boroi ini.
Ujian pun dijalankan, memang dulu aku tak tahu pun sampai ke tahaf mana doktor mahukan. Kali ini aku akan buktikan aku boleh, jantungku masih handal. Aku bukan lemah jantung. [Di ulangi Lemah Jantung.] Pertama & kedua tahaf ujian memang okey, setiap tahaf mengambil masa 3 minit. Siap aku boleh berceritera lagi.
"Doktor suruh saya kempiskan perut, buat senaman hari-hari. Rumah saya itu macam Sauna; bukan ada penghawa dingin pun, hari-hari kalau saya mahu berpeluh tidak ada hal..." aku berceritera dengan pemuda macho ini. Siap memberi tahu aku baru saja Ahad lalu pulang dari laut dalam; dua hari semalam di atas bot. Siapa pernah pergi memancing di laut dalam tahulah bagaimana lasaknya badan ketika memancing; jika tak tahan pasti mabuk laut. Terbungkanglah di bot.
Aku teringat Ulan berceritera dia baru balik mencandat sama hari dua hari sudah; di tepian pantai; tiga jam sahaja dia tahan. Sakit kepala katanya. Paling tak tahan menghidu asap bot.
"Encik tahan tak lagi ini, beri tahu saja jika tak larat kalau rasa tak boleh lagi jangan paksa, saya akan hentikan!" ketika itu aku telah sesak nafas, kaki lutut & betis memang terasa pedih. Sehingga aku bagaikan mahu berpaut pada pepalang mesin tersebut; peluh jantan telah memercik. Aku kuatkan semangat jatiku. Ahhh! tidak!.
"Okeylah saya mengalah!" betul-betul ketika dering minit kelapan. Maksudnya gagal bagai yang aku jangkakan. Seminit sahaja lagi. Orang tua beginilah. Semangat sahaja kuat. Sah jantung aku telah lemah.
"Saya tenguk encik memang tak larat lagi, takkan mahu sampai encik berpapah nanti!, tekanan darah encik naik ini... dari 140/90 naik ke 160/95 mmHg" bacaan atas itu memang stres kita.
"Terima kasihlah dik, saya gagal lagi nampaknya, insyaAllah kita akan jumpa lagi nanti!" dalam kepala otak aku; aku memang membenci cara paksaan doktor separa botak dua minggu lalu. Sah dia dia deraku. Aku yakin bukan begini caranya rawatan jantung sebenar. Orang tua buat cara orang tua; DSE rasanya lagi sesuai buat orang setua aku. Jika sepuluh kali pun doktor mahukan aku buat Ujian Stres okey! tak jadi masalah. Aku akan lakukan.
Aku bukannya menentang nasihat doktor. Cumanya aku memang terkilan bilamana aku telah pun berterus terang badan aku tak mampu buat Ujian Stres lagi. Jika doktor masih mahu, mencuba tak jadi masalah.
Kerja tak berfaedah jika asyik menentang arus; ikutkan sajalah. (Bisik hati baikku)
Aku kembali ke bulan Disembar tahun lalu, tak pasti apa sakit aku. Jantungkah atau organ lain, esok lusa aku pasti akan mencungap lagi. Aku berdoa agar doktor yang memaksa aku buat Ujian Stres yang berulang kali ini dapat melalui pengalaman aku; betapa takut dan sukarnya bernafas jika diserang tekanan jantung di dinihari.
Aku balik tanpa ketemu doktor!. 17 Mei nanti kena mengadap lagi. Huh!.
Sampai di rumah; aku penat sangat & terkapar sendirian di anjung rumah. Terlelap hingga ke maghrib. Memang teruji.
6 ulasan:
Salam,
Sdr iDan,
Sdr memang kuat. Ada masa macam paksa diri.
Tak siapa pun suka sakit atau nampak macam mudah mengalah, tapi, kalau memang jantung dah tak kuat, kekuatan tu boleh ditambah secara perlahan-lahan. Mungkin petang-petang atau pagi hari boleh berjalan sekitar rumah untuk barang sejam.
Lagi sakit bila terpaksa tunggu lama di hospital. Semua orang pernah alaminya kecualilah pergi ke hospital berbayar yang mahal.
Moga2 sdr mampu kawal stress tiap kali ke hospital. maklumlah, stress dengan perkhidmatan itu lebih tinggi dari stress sakit itu sendiri. Dah gabung keduanya, lagilah tambah stress...
Sdr Anyss,
Saya nampak halatuju hidup ini bukan di sini. Nun tanah dusun di kampung terbiar sejak 15 tahun lalu. Tujuan bersara awal pun niat hati mahu kembali ke sana. Tetapi biasalah halangan.
Saya lari dari stres kerja pun masalah duduk berkurung di kamar berhawa dingin lantaran telah nampak jantung akan tambah lemah dgn tanpa aktivi yang mencabar.
Impian sahaja tanpa ongkos yang stabil pastinya makin payah. Apatah lagi keluarga nampaknya masih mabuk dengan arus kota.
Kes Selasa lalu, rasanya pihak hospital telah membuat kesilapan; badan yang menanggung sakit dapat merasakan. Rasanya masalah glukos di badan ini masih tahap kritikal. Kenapa mereka tak pastikan gula di badan ini sebelum buat Ujian Stres itu.
Selepas membuat Ujian Stres itu hingga hari ini terasa lelahnya; bermakna gula yang tajam itu telah merosakkan banyak injap dalam badan.
Lagipun semuanya atas tindakan Pembantu Perubatan@pemuda macho; mana doktornya. Malahan pemuda macho Perubatan pun nampak keliru kenapa mesti diulangi Ujian Stres sedangkan nyata empunya diri tidak mampu. Banyak pilihan lain untuk mengesan sakit seperti saya ini.
Setiap temujanji akan mengambil masa yang panjang. Bulan ini sahaja terpaksa dua kali ke pakar jantung. Kerosakan organ dalam badan masih tak pasti.
Setahun lebih dengan pelbagai tanda tanya memang amat lemas & menyakitkan.
Salam,
Temujanji dr pakar memang ambil masa, paling cepat 3 bulan. Itupun kalau pergi pakai kot atau make up tebal segala. Kalau tak, boleh jadi 6 bulan ;)
Di Malaysia, doktor pakar tak nak dok di hospital kerajaan, gaji kecik. Kalau buka klinik sendiri, atau kerja swasta, mereka boleh dapat sekurang-kurangnya 4 kali ganda gaji. Jadinya, perlu juga tabik spring kepada doktor pakar yang betul-betul pakar tapi masih setia di hospital kerajaan walaupun sentiasa menerima offer lebih tinggi dari hospital swasta. Saya kenal seorang doktor sebegini, tetapi pakar sakit puan...bukan pakar jantung.
Kalau sdr nak jumpa doktor pakar jantung dari IJN yang bertugas di klinik swasta, bolehlah ke poliklinik Shamsiah di syeksen 9 bandar baru bangi. Suami dr Syamsiah bertugas pada malam hari (selepas jam 10 malam) dengan caj biasa sahaja (bukan pakar). Sebelum pergi, ada baiknya call klinik tersebut untuk pastikan dr tersebut bertugas ke tidak. Kalau tak, sia-sia juga pergi sebab doktor lain taklah pakar.
semoga en.iDAN tabah melalui semua ini. amin..
Lepas buat ujian stres ini Cikgu memang saya tumbang.
Jantung tu dah lemah; kena banyak bersenam. Jumaat 7Mei di PKupm lalu dah buat ujian darah, doktor tak percaya main tembah jari itu; dia ambil setiub darah. Okey nampaknya gula menurun mendadah. Padanlah rasa penat badan. sampai 4++. Gula kalau 3-- mahu kita ini pitam.
Cuma sekarang ini hati menerima kesan ubatan; maka ubat terpaksa diubah.
Pastinya atas doa kenalan & orang dari jauh serta dekat banyak membantu; kekinian keadaan glukos, kolestrol & darah tinggi kembali normal. Cuma hati terganggu lantaran kesan ubatan.
Masalah jantung masih menjadi teka-teki
Agar semuanya berurus baik. Terima kasih atas doa restu...!
Catat Ulasan