iDAN

03 Mei 2010

Pakar jantung iDAN sentiasa berubah (Singgahsana)

Tak pasti apa sebenarnya pandangan doktor pakar jantung Klinik Kardio Hospital Serdang tentang sakit aku. Hari ini kali kedua aku terpaksa menjalani Ujian Stres. Kekuatan lutut aku ini masih terasa bagi dulu. Punca utama aku gagal menghabiskan Ujian Stres Disember tahun lalu adalah berpunca dari berat badan. Itu jelas.

Aku bukan lagi aku dulu, berkurung dalam penghawa dingin. Kekinian saban hari aku bersauna dalam kereta tanpa penghawa dingin, saban hari aku menjadi sura rumah yang banyak mengeluarkan peluh. Berkejar ke sana sini semata-mata mahukan anak-anakku selesa & Mila tak lagi fikir soal serabut di rumah.

Hari ini aku akan membuat Ujian Stres kali kedua, tak pasti doktor akan buat berapa kali lagi Ujian Stres. Sekarang pun telah masuk tahun kedua aku sentiasa dalam kawalan pakar jantung di Klinik Kardio Hospital Serdang pun ujian terapi di PKupm. Rumusan sakit jantung aku masih samar-samar.

Dua minggu lalu Ujian DSE terpaksa ditangguhkan lantaran darah & glukos aku tetiba naik menggila. Pecah sejarah ketinggian melampau gula di dalam badanku. Tekanan darah rasanya tidaklah kritikal sebab tak sampai 180/120. Aku pernah cecah ke aras itu tingginya, hingga terpaksa diusung dengan ambulan ke wad kecemasan.

Tak siapa berminat dengan sebarang ujian rawatan rapi, apatah lagi ianya melibatkan berita sedih. Tak siapa suka jantungnya dibedah, jika pembedahan moden secara laser atau sekadar menggunakan kebal kira okey; bagaimana jika rawatan terpaksa belah tulang kerangka dada, ambil urat dari kaki untuk menggantikan injap jantung yang tersumbat!. Tak siapa suka sakit kronik begini; pun samalah tak siapa suka mati awal. Semua orang takut mati. Maka itulah namanya berubat!. Terpaksa berubat biar pun dibedah pelbagai.

Cumanya amat berat & malasnya merempuh sakit ini sendirian; tiada siapa menemani aku ke hospital satu hal. Paling benci bila apa yang doktor jangka tak dapat badan ini memberikan jaminan. Yang jadi mangsa adalah darah, asyik kena suntik, kena sedut, kena masuk makmal semata-mata mancari jalan ketentuan. Maka itu aku tak hairan ada ketika pesakit jatuh putus asa; tak sanggup menunggu begitu lama tanpa pun rawatan susulan yang terbaik asyik telan ubat yang penuh bahan kimia sampai bagaikan penagih yang kalau tak makan ubat doktor dalam dua tiga hari jadi tak normal lagi.

Aku bukan jenis manusia begitu, ke liang lahat pun seorang diri, di dunia ini pun aku akan menyusuri keperitan ini sendiri. Memang itu hakikatnya, hidup sebenarnya satu perjuangan. Bagaimana kita melalui perjuangan ini memang amat berbeda antara seorang & seorang yang lain.

Trauma & rasa fobia akan kemalangan ngeri aku & keluarga semalam masih berbekam dalam dada ini. Aku begitu yakin kadar darah tinggi aku sukar akan turun jika ujian & cabaran Ilahi ini terusan amat getir & sekontras semalam itu. Terima kasih pada yang sentiasa memberikan semangat dari jauh!. Aku dapat bayangkan wajah-wajah yang masih mahukan aku berada di sisi mereka di dunia. Tetapi satu yang harus kita ingat mana mungkin kita melengahkan tempuh atau & maut itu. Jodoh pertemuan, ajal & maut semuanya di tangan Tuhan. Aku tak lebih dari aku apatah lai, faktor usia & sakit yang kronik ini kian hampir membujurkakukan jasadku.

... dah lambat ni... moh! mengadap doktor lagi.

Nanti aku nulis lagi kisah kemalangan misteri semalam.

8 ulasan:

azieazah berkata...

Boleh rasa, betapa peritnya melalui keadaan sebegitu kan?

Hanya kekuatan hati, semangat kental boleh membantu selain rawatan.

Moga segera sembuh.

*Kita memang akan semakin tua...

anyss berkata...

Salam,
sdr. iDan,
Dalam situasi sebegini, saya lebih suka harunginya seorang. Tak beritahu sesiapa @ keluarga sebab saya tak nak terlalu menyentuh emosi mereka. Kalau boleh, saya tak nak pun mereka tahu apa-apa kesukaran yang saya alami. Biarlah mereka tahu masa saya dah tak ada. Hingga kini, mereka masih belum tahu.
Mungkin cara kita berbeza. Saya tak tahu macam mana nak berdepan dengan mereka kalau mereka tahu saya tengah susah, tengah sakit atau apa-apa sahaja kesukaran yang saya alami. Saya tak nak susahkan mereka, sedihkan hati mereka atau tengok wajah mendung mereka. Kalau mereka nak sedih, menangis hatta meraung sekalipun, biarlah bukan di hadapan saya. Saya kuat berhadapan dengan musibah, sakit atau masalah bila mereka tiada di hadapan. Saya akan lemah dan tak kuat bila mereka ada.
Apapun, saya masih lagi boleh menjadi sandaran untuk menguatkan orang lain. Jadinya, dari jauhpun saya sudi menjadi telinga untuk mendengar luahan hati orang lain kalaupun upaya diri dari sudut fizikal dan material dah tak ada.
Setiap orang ada cara tersendiri untuk mendapat kekuatan. kalau saya boleh beri kekuatan untuk sdr, saya sangat berbangga untuk itu

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Abang iDAN,

Biar beribu orang berputus asa sekalipun, jangan abg iDAN pula yang putus asa. Mcm abg iDAN cakap, bayangkan wajah2 yang masih mendambakan kasih sayang "ayah", "suami", "rakan seperjuangan". Oleh itu harus tabah - kerana orang yang tabah dan sabar aje yang layak beroleh kemenangan.

Allgreen berkata...

Semoga lebih tabah dan sentiasa ingat Allah swt

iDAN berkata...

Dik Azah,

Dalam satu sudut aku macam jua Ayss rasakan. Tak mahu menyusahkan sesiapa. Jika boleh sakit ini mahu dirahsiakan sahaja.

Yang dapat mebantu kita bukannya siapa, hanya diri sendiri.

Tetapi dalm menguatkan semangat meredah sakit ini ada ketika memang amat perlukan pertolongan seseorang.

Ibarat orang bercinta, untuk mendapat matlamat bercinta tersebut; bukan membiarkan saja rasa cinta itu tetapi perlu dipupuk.

*Tua ini buat hati kita jadi bayi semula...

iDAN berkata...

Sdr Anyss,

Hakikatnya begitu, nampaknya keluarga saya memang tak tahu pun risiko diri saya kini.

Bayangkan masa kemalangan ngeri sinihari senin lalu; nampak sangat mereka begitu yakin saya ini masih seorang ketua yang gagah; sebenarnya saya makin hilang dahan ingatan. Tumpuan memandu kenderaan saya nampaknya makin kurang apatah lagi jika letih.

Sering kita dengar orang tua tak ingat jalan balik ke rumah terlajak dari simpang rumah ketika malam hari.

Terima kasih lantaran rajin memberikan saya kata semangat, hidup kita memang begini. Maka itu ada ketikanya memang amat baik kita pergi tanpa terlalu lama menghadapi tekanan sakit kronik begini. Itu sebaiknya.

Bagaimana pun telah lebih dari 3 tahun saya merempuh kesakitan ini tanpa siapa pun sentiasa mengiring atau sama berduka tiap kali saya mengadap doktor; rasanya ianya amat baik & saya reda belaka.

iDAN berkata...

Sdr Diana;

Okey!, kita hidup memang perlu sentiasa berjuang; biar orang kata ke titisan darah terakhir; saya tak pernah ari dari jadual yang doktor sarankan.

InsyaAllah ada sesuatu kerahmatan yang Tuhan ingin berikan. Kesakitan sebenarnya bukanlan penderaan tetapi ianya satu arah membersihkan dosa-dosa kita.

iDAN berkata...

Sdr Allgreen;

Sukar saya terima rasa simpati & kata rangsangan dari orang jauh begini.

Pastinya Allgreen ada pengikut saya secara senyap!. Okey! biar pun doktor di sana asyik memberikan jadual yang panjang; saya akan lalu dengan jalan nan tabah. InsyaAllah.