iDAN

16 Mei 2010

Penyair iDANRADZi ke Klinik Kardio lagi(Singgahsana)

Tengah bersiap nak ke Klinik Kardio Hospital Serdang lagi; minggu lalu semuanya kembali ke normal, amat mengejutkan gula@glukos kembali rendah ke 4++ setelah memecah rekod 10++. Kandungan glukos sebanyak 4++ memang agak memeningkan juga; terasa lesu badan ini. Mungkin faktor kegemukan; gula paling ideal bagi badan ini sekitar 5++. Apa yang banyak membantu aku; ada tiga makanan; Goji Kering, Petai & Jering. Dalam tempoh tiga minggu gula lebur begitu drastik tapi bersyarat kena berpeluh selalu.

Cumanya hati milikku makin banyak enzim atau bahan kimia bertoksik yang membuat sebahagian hatiku membengkak & mati. Doktor telah mengurangkan dos ubatan agar hati kembali normal. Maka itu pesakit kronik sepertiku kena sering mengadap doktor; tiap 3 bulan terpaksa diambil sampel darah untuk ujian terapi. Huh! memang penat!.


Badan sebenarnya masih penat setelah merisik di Kemayan, Triang. Agak penat lantaran penghawa dingin Avanza milik Mila meragam. Jalan dari Kuala Pilah ke Triang memang ngeri & berliku. Lori kelapa sawit orang Triang memang laju & sering makan jalan. Pemandu terpaksa mengalah jika berselisih dengan lor-lori ini. Ini tambah memenatkan. Triang biar pun bandar cina tetapi aku suka suasana Triang yang damai & tidak sibuk.

Siapa orang Machang di sini; aku akan ke Machang pada 10 & 11 Jun nanti pertunangan anak sulung & nikah gantung. Sekitar Disember tahun ini atau Jun tahun hadapan akan dibuat majlis kenduri di Machang sana. Di sekitar Jenaris masih tak pasti bila.

5 & 6 Jun & 12 &13 Jun jika kudratku kuat aku akan berada di Perak; sekitar Kampar, Sahom & Kota Bharu Perak. Ketat amat jadual perjalananku.

9 ulasan:

Cetusan berkata...

selamat dapat menantu, orang Machang Orang KB ..dekat saja..50KM..
..rumah di Taman apa? menantu?? ..

rumah tumpangan dan hotel rasanya tiada di Machang..tak ternampak..
yang ada di Tanah Merah atau K.Krai ,KB..Pasir Mas.dll.
Machang bandar pertengahan.
Tanah Merah lebih cepat membangun kerana persinggahan Jeli Grik.

YB berkata...

Salam Dan

Selamat bermenantu dan berbisan. Org kata dapat menantu pompuan ni seronok.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Amboi abg iDAN... izinkan Vic ucap lebih awal ye. Selamat mendapat menantu.

Ermm... kadar gula dalam vic pun 4 juga. 4 tu kurang gula ke? Kata adik... consider normal. Tapi petai jering mmg berkesan nak turunkan kadar gula. Tapi diakui... perlu diiringi senaman juga.

iDAN berkata...

Sdr Zeq

Terima kasih dengan maklumat, masih samar-samar nak menginap di mana. Nama kampung menantu pun masih tak tahu; nanti akan kasi tahu.

Apa kata Zeq menjadi pengiring kami; tak pasti berapa ramai yg akan pergi; sedih juga kalau saya sekeluarga sahaja. Payahlah nak pujuk saudara mara & kawan untuk menghantar sejauh itu.

Bayangkan saya kena kendung hantaran kiri & kanan dg perut boroinya!. His!

Nak sewa bas pun siapa akan pergi sebab kena cuti paling tidak Khamis & Jumaat. Majlis itu Jumaat sudah pasti selepas solat.

Rakan saya isterinya org Machang cadangkan saya ikut Grik, jalan Gua Musang saya memang tak pernah ikut!.

Tenguklah nanti kat mana dapat menginap!.

iDAN berkata...

Sahabatku YB

Aku tak punya anak perempuan tentulah tak sabar nak bermenantu. Sian tenguk kehidupan calon bisanku; memang org susah, masa jumpa ayahnya Mie (aku panggil Mie ayahnya panggil Ella) di Kemayan Triang sana nampak bagaimana sukar & jerihnya pekerja estet membesarkan anaknya tiga orang sendirian.

Isterinya calon bisanku itu berpisah sejak Mie itu berumur 4 tahun lagi.

Doakanlah agar kami menjadi bisan yang rapat & saling menghormati.

Calon bisanku yg kedua si Dik Azah itu pula nampak jauh lebih senang orangnya. Risau juga takut mahal amat belanja hangusnya.

:)

iDAN berkata...

Terima kasih Vic; sungguh rasa tak sabar nak terima menantu; harap-harap mereka cepat dapat anak sebab faham sajalah usia dah tua ini dengan sakit kroniknya pastilah tak sabar nak timang cucu.

Sedihnya mungkin majlis di pihak lelaki lambat lagi; sebabnya bajet nampaknya terpaksa ayahnya tanggung semua sebab Afiz tu masih belajar; orang sekarang faham sahajalah pasti belanja hangusnya sekitar RM7,000 belum hantaran serba satu & akak Mie tu tak kahwin lagi.

Yang penting biarlah di pihak perempuan buat semeriah mungkin!; Kak Mila itu nampaknya lebih pentingkan perlaburan dia.

Gula@glukos 4++ itu memang okey & normal; bawah dari itu mungkin akan lesu badan & boleh pitam.

Tapi ikut saiz badan; nampak badan segemuk saya ini Vic kurang sesuai dengan gula 4++. Terasa penat & lesu amat. Selesa dengan gula 5++ badan yang boroi begini.

Saya cari serata alam petai & jering bila Vic cadangkan tempoh hari. Memang mengejutkan boleh turun ke 4++ dalam tempoh dua minggu.

Sekarang doktor pula berbalah; doktor di Klinik Kardio H/Serdang mula tegur yg doktor di UPM risau tidak bersebab.

24 jam abg Vic ini ditendang dari perhatian Klinik Kardio H/Serdang setelah stres test tempoh hari dianggap berjaya & tiada kesan injap tersumbat!.

Saya lebih yakin dengan doa restu kekawan & amalan makan Goji Kering, petai & jering itu!. Sekarang saya bukan lagi menjadi bahan uji Klinik Kardio.

Cetusan berkata...

Rasanya Grik lagi senang sebab dari Tanah Merah terus ke Machang tak payah masuk bandar KB..

Maaf, Jun musim cuti sekolah, luar KL dan luar Kelantan...hee..

iDAN berkata...

Sdr Zeq;

Sudah peluang berdekatan tapi tidak pula dapat bersua; Hujung ini mungkin tak ada halangan kut!.

Telah buat keputusan akan ikut Grik; pertama kali memandu ke arah sana!; mengikut rakan yg memang orang Machang sekitar 6 ke 7 jam akan sampailah ke Machang.

InsyaAllah talian 016 909 4343 akan sentiasa dibuka pada 10 & 11 Jun nanti. Kami akan berkampung di

:: DESA PERMAI RESTHOUSE & RESTAURANT
Batu 24 1/2, Lorong Yamud,
18500 Machang, Kelantan
Tel : 09 - 975 1152

Sekitar petang 10hb & pagi 11hb.
Kampung calon bisan masih tak tahu!.

Jumpa di sana jika ada kenalan dari Machang & sekitarnya. Kami hanya dua keluarga sahaja dari KL. Alahai sedihnya! pujuk ramai org semua tak sudi memandu jauh. Nak sewa bas ini baru sekadar majlis kecil.

- just me - berkata...

Abg iDAN,

moga dipermudahkan segala urusan & selamat dlm perjalanan hendaknya