iDAN

17 Mei 2010

Sotong Kemaman terlena Penyair iDANRADZi nyaris maut 2(Singgahsana)

Lorong masuk ke Cherating BayView memangnya cantik. Ada banyak resort & chalet di sini. Ada Maznah Guest House, Matahari Chalet, Riverside Holiday Resort, Cherating Cottage, Payung Guest House, Cherating River, Coconut Inn, Tanjung Inn Villa & Fedelia, Sayang Beach, Cherating Palm, Penn Endurance & Equestrarian Club, Cherating Durung Kiri, DE Cherating Chalet, Cherating Inn Beach View , Cherating Palm Resort, Cherating Durung, Ranting Beach Resort serta banyak lagi rumah penginapan.

Jam 4:30 pagi masih meriah bagaikan tiada malam di sini. Harapan aku sempatlah aku tidur di Cherating BayView atau mandi di pantainya selepas mencandat sotong nanti.

"Moh!lah kita mencari Masjid Geliga, janjinya di sana kami berkumpul"

Selang beberapa minit kami menyusuri jalan ke Masjid Geliga Fairus telefon lagi. Dia & keluarganya tidur di rumah calon mertua Ijam sekitar Kampung Geliga. Dia mengarahkan kami berhenti di Gerai Sata yang banyak di perjalanan ke rumah calon mertua Ijam itu.

Bilamana aku sampai di depan Masjid Geliga aku cadangnya mahu belok ke kanan & menuju Kampung geliga; tetapi berdering lagi telefon; Ijam mengarahkan kami menunggu di situ sebab katanya kumpulan Fareez dari UKM telah sampai di jeti.

Jeti tempat kami berlabuh tak jauh dari Masjid Geliga; arah ke Kemaman sebelah kiri di belakang Pam minyak Petronas. Bermakna kami menyusuri anak sungai melintasi jalan raya di bawah jambatan Kemaman. Laut di sebelah kanan. Memang Kemaman bandar yang cantik sebab di tebing sungai atau kuala sungai bersebelahan Laut China Selatan. Bandar Kemaman sebuah bandar yang memanjang pantai dihiasi lampu cantik ketika malam.

Aku melalui simpang ke Impiana Resort Cherating; pernah menginap di sini. Resort yang memang cantik & pantainya putih menarik.

Pernah tidur di sini; Azim masa itu kecil lagi asyik jatuh katil!.

Aku berjumpa kumpulan Fareez dengan dua buah kenderaan telah menunggu di jeti. Memandangkan hampir subuh, kumpulan Fareez kembali ke Masjid Geliga untuk solat subuh. Kesempatan ini tentunya amat baik untuk aku berehat seketika dari perjalanan jauh. Bayangkan dari jam 11:00 malam dari Jenaris; sekitar lima ke enam memandu. Penat tentunya lantaran tanpa tidur sepanjang malam. Juga tentunya memudahkan Mila mengecam jalan. Rasanya ini pertama kali aku membiarkan Mila sendirian mencari resort, memandu di bumi orang sendirian bersama anak-anak.

Impiana Resort Cherating

Selepas kami solat subuh, aku, Mila, Anif & Azim menuju ke Jeti; hari terang-terang tanah. Cantik permandangan di kampung nelayan ini; dengan bot yang banyak tersadai; pelepah rembia & tenangnya Sungai Kemaman.

Bot milik Pak Dol memang besar (bukan nama sebenar) . Sama besar bot Pek Senon di Kuala Terengganu. Ianya di pandu oleh Ayah Ngah jenis pendiam tetapi Pak Dol nampak peramah. Ada dua lagi awak-awak. Seorang nampak sasa muda belia; Abg Segak, seorang lagi tinggi lampai Abg Long & seorang lain kanak-kanak anah buah Ayah Ngah.

Rakan Fareez ada empat orang. Merekalah penaja, si Zidin aku kenal masa bersama bot Pak Senon, Pakcik Seman, Jaja & Helmi (bukan nama sebenar).

Kumpulan kami pula, aku, Fairuz, Ijam, Pak Ya & Sulhan. Ini pertama kali kami berpecah dua kumpulan. Selalunya kalau aku memancing laut dalam kami sekumpulan & ikan serta tangkapan lain akan dibahagi sama rata. Bermakna kami seramai 14 orang menguji untung nasib di bawah pelayaran Tekong Pak Dol.


Hari semakin cerah, barangan telah di punggah ke bot. Aku menurun tali untuk naik ke bot; air ketika subuh nampaknya masih surut. Aku lihat Mila, Anif & Azim begitu ghairah mengambil gambar; bot mula menghidupkan enjinnya & kami meninggalkan jeti dengan lambaian Mila & anak-anak. Tiada orang lain di jeti ketika itu.


Cuaca amat baik & laut amat tenang; aku tidur-tidur ayam menuju ke injam pertama. Dari menyusur sungai yang keruh airnya sekarang kami telah berada di kebiruan air laut. Biru yang amat sukar ditafsirkan; Nampak banyak bot kecil nelayan menangkap ikan. Bot Pak Dol bergerak sasa.

- bersambung

7 ulasan:

anyss berkata...

Salam,
gambar2nya sangat cantik!

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Impiana memang cantik kan? Tenang je... pantainya pun tidak hiruk...

Ada plak fasiliti ala2 kem tentera yang disediakan pada waktu tu. Waduh... syok betul main lumba sampai dapat selesaikan semua halangan paling cepat. Heheh..

Lama betul tak pergi bercuti bersama keluarga..

kelompen berkata...

sepamjang jalan ke kemaman, aku senang singgah di kemasik abg idan..damai pantainya, tenang gelombang ombaknya, puith pasir pantai, daun nyiur melambai aduhai......

iDAN berkata...

Sdr Anyss;

Sejak berzaman saya memang suka mengambil gambar dari sudut & kacamata sendiri. Tetapi nampaknya minat ini terbantut lantaran Digital Kamera milik Afiz hilang di Library Seremban.

Jadi masa lapang saya suka mengumpul gambar di internet & menyuntingnya menggunakan Adobe. Ramai kalangan pelayar kita memang pakar dalam fotograpi ini.

iDAN berkata...

Sdr Vic;

Masa kami pergi; hari yg sama bangunan di New York itu lebur digodam pengganas; bayangkan tahun berapa itu. Lama sangat.

Abg akui pantai di Impiana memang cantik sebab ianya terasing jauh dari perkampungan Melayu pun kesesakan kota; sungguh menarik resortnya menggunakan konsep kampung siap ada kelambu.

Tak pasti apakah sekarang masih ada kelambu ini.

Cumanya kadar kos bayaran sewa agak mahal maklumlah ianya jika tak silap sekitar 3 bintang.

Superior Deluxe Seaview pun sekitar RM400. Abg pergi dulu ofis yang sponsor.

iDAN berkata...

Abg sudah sampai ke pantai Kemasik yang ada batu terbonjol itu... Kelompen.

Jauh juga dari Kemaman; tenguk di internet ianya memang cantik maka abg gagahkan jua untuk sampai ke sana; ketika itu memang badan penat & masih mabuk darat (bukan laut) tetapi mata tak mahu tidur!.

Akibatnya nyaris kami tak kemalangan tragis lantaran Avanza terbabas ke bahu jalan; itu amaran pertama. Selepas itu abg banyak singgah berehat bila rasa penat & mengantuk.

Isu besar yang abg dapat kepastian; pesakit kronik seperti abg ini perlukan tidur yg cukup. Pun ketika memandu jauh amat penting ada rakan berbual.

- just me - berkata...

Abg iDAN,

lama abg tinggalkan tergantung cerita abg yg nyaris maut ni. tau bias2 cerita je bdasarkan komen abg tu. apapun, moga abg selamat & dilindungiNya selalu