Akhirnya aku membuat tempahan di Berjaya Nilai Tiga; membeli Dulang Hantaran di ThankQ. Nilai 3. Jika anda berkira-kira mahu menjadi Pengantin Sehari datanglah membawa duit sebanyaknya & pergi ke Nilai 3. Pelbagai barangan pengantin ada. Dari semahal-mahal harga hinggalah harga sepatutnya.
Seperti harga Dulang Hantaran dari harga RM10 hinggalah harga ke RM100. Dari Plastik hinggalah ke batu marmar. Aku suka amat dulang dari marmar ini; harga biasa sekitar RM80, harga tawaran sekitar RM60. Cumanya barangan tembaga sukar dicari jika ada pun mungkin mahal tak semurah harga di Pantai Timur.
Bunga hiasan memang terlalu banyak; dari bahan telah siap hinggalah bahan ingin buat sendiri. Seperti bakul hantaran aku memilih bakul dari buluh & mengupah tauke kedai yang membuatnya. Jika ke kedai ThankQ memang agak mahal sekitar RM900 bagi satu set hantaran tetapi jika ke kedai kecil yang lain; akan dapat harga yang patut. Untuk beg kedai sebagai hadiah atau bekas bunga telur bersepahan hingga rambang mata untuk anda memilihnya.
Aku buat tempahan di Kedai Berjaya; Bakul Hantaran sebanyak 13 buah baru sekitar RM450; siap bunga hiasan cuma letak barangan atau cari lapik bawahnya sahaja. Dua jam boleh siap tapi aku mengambil keputusan datang sehari kemudian. Jika rajin buat sendiri sekitar RM25 sudah memang cantik. Rata-rata bakul rotan atau buluh sekitar RM15 sahaja; saiz besar boleh muat kasut sejadah atau barangan besar.
Lapik Dulang Hantaran yang cantik siap ada labuci pelbagai, baru sekitar RM10. Bunga telah siap pin sekadar RM5 hinggalah semahal-mahal harga. Tempat cincin hantaran kebanyakannya yang cantik sekitar RM40.
Jika anda mahu membeli belah eloknya elakkan hari cuti sekolah atau Sabtu & Ahad; penat berjalan dengan jarak kedai jauh & yang banyak pilihan; Jika hari biasa anda boleh parkir di depan kedai yang berkaitan barangan yang anda cari; untuk pilihan kedai pengantin tak kurang ada setengah dosen kedai besar tak termasuk kedai Berjaya di mana aku menempah Bakul Hantaran.
Apa lagi mohlah! ke Nilai 3; untuk memuaskan selera memilih anda!. Jumpa di sana; aku suka ikut Lebuh Raya LEKAS sebab tak jauh dari rumahku!.
3 ulasan:
Salam abg iDAN,
Wah untung laa empunya kedai2 yg abg sebutkan dlm entry abg ni, percuma je dpt promosi di blog abg hehe patut mereka kena bagi diskaun lebih pd abg dgn promosi percuma ni :D
Kalau di sebelah barat mungkin Nilai 3 pilihan utama. Tp kalau di sebelah pantai timur sana, dah tentu ke Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur yg ditujunya.
Tp rasanya skrg dah byk pilihan termasuklah di bandar2 besar nak2 pula di Mydin pun ada dijual barangan2 yg sesuai utk hantaran, bunga telur & lapik2 dulang. Harga berpatutan, kualiti agak kurang tp ok laa kalau nak guna cuma sekali.
Aduuuh mahalnya tepak sireh kat TESCO. Kalau kat pasar payang lepas ditawar2 baru rm80. jauh beza tu!
Tak dinafikan jika ke Nilai 3, kalau barangan pengantin satu gedung yang besar itu semua barangan pengantin tiada pun barangan lain;
Rambang mata nak pilih.
Rantau Panjang & Pengkalan Kubur rasanya pernah sampai tapi tak perasan sangat!
MyDin tak banyak sangat pilihan tapi memang barangannya agak murah!.
Sayang masa ke Pasar Payang tak teringat pun nak beli barangan begini!.
Di Kelantan ada ke barangan tembaga iyer Dik Ieja.
Salam,
Rabu lepas saya singgah nilai 3, cuci mata. Belum cuti sekolah lagi tu...di setiap kedai, pembantu bagai melompat datang mengalu-alukan kedatangan saya. maklumlah, tak ada orang.
Kalau hujung minggu, depa buat sombong sikit...hanya senyum je. Tapi kalau musim cuti, ada depa nak heran layan pelanggan?
Musim kenduri dan musim nak raya, atau nakmasuk rumah baru, agak ok juga ke nilai 3, banyak barang boleh borong kat satu tempat saja. Kalau takat nak jalan-jalan buang masa dengan duit yang nipis tu...bahang panasnya boleh buat migrin. Lagi migrin bila tak leh beli apa yang nak ....
Catat Ulasan