iDAN

27 Ogos 2011

29 hari berpuasa 1432 H

1. Minggu lalu Mila & Anif (anak ke 3) telah pun membeli-belah untuk hari raya. Sekitar Kajang sahaja. Biasalah anak remaja zaman kini tengah asyik dengan K-Popnya jadi fesyen baju sudah kembali ala zaman pop yeh-yeh. Ketat & nampak ranggi. Rona pilihan anak remaja kini adalah hitam & putih. Teringat arwah Abg Sudir yang suka rona ini.

2. Tadi kami berbelanja sekitar rumah sahaja. Azim (anak ke 4 bungsu) dapatlah sehelai baju tambahan, aku ada belikan sehelai kemeja pun sehelai bagu-T minggu lalu. Songkoknya baru beli tetapi asyik bertukar dengan orang kampung. Nampaknya kena tulis nama agar tak bertukar lagi.

3. Aziq (anak ke 2) aku pun tak tahu bagaimana baju rayanya. Semalam tetiba dia balik sendiri dengan barangan beratnya. Rancangan nak menonton filem Cowboys And Aliens pun nampaknya terbantut sebab Aziq tak minat nak pergi. Dia mahu habiskan terawih di surau tak mahu solat sendiri. Filem terbaru Hrithik Roshan Zindagi Na Milegi Dobara pun nampaknya terbabas lantaran tak ada rakan yang dapat menemaniku.

4. Tadarus Mila & anak-anak pun nampaknya masih belum selesai. Malam tadi Afiz (anak sulung) kena hujan semasa pulang kerja langsung demam. Selalunya mereka berempat bertadarus selepas solat terawih.

5. Qasrina katanya telah banyak baju raya; opahnya pun ada belikan; atuknya sekadar baju basahan. Ayahnya Afiz mesti telah belikan Qasrina baju. Ini pertama kali Afiz bayar zakat fitrah. Terasa mahal dah zakat sekarang ini; dari RM2.00 telah ke RM7.00. Pencen buruh seperti aku pastinya terasa mahalnya; tidak bagi mereka yang berstatus. Bila pencen begini lagilah duit itu makin amat berharga nilainya. Zakat itu wajib setahun sekali sahaja. Gaji atau ganjaran siapa yang empunya tanggungjawab mengimbanginya?.

6. Semalam paling banyak aku berbelanja untuk berbuka. Husna tak ada ide nak masak, gerai makanan yang biasa aku beli untuk berbuka telah tutup. Memang banyak gerai makanan telah tutup mulai semalam. Hari ini katanya lagilah banyak gerai akan ditutup. Masing-masing nak kemas rumah atau ada yang mula bergerak balik ke kampung. Raya dah semakin dekat.

7. Bila raya iyer, benarkah kalau hari Selasa kita cuma puasa 29 hari. Hari ini baru 27 Ramadan. Jangan terjadi bagaimana di Perak & Johor satu ketika dahulu, negeri lain beraya lewat sehari hanya Perak & Johor beraya awal. Ramai yang berbuka siang hari di atas bas bilamana naik bas tenguk orang semua sembahyang raya. (Haram hukumnya puasa 1 Syawal)

Aku perasan juga masa 15 Ramadan, aku dongak ke langit macam bulan tu telah sepak sikit. Tak mungkin raya jatuh pada hari Rabu jika dilihat dengan mata kasar. Aku pun tak pasti apakah memang kita lewat sehari berpuasa atau dalam bulan Islam memang ada 29 & 30 hari.

Petikan Akhbar Seberang

Yogyakarta
- Pimpinan Pusat (PP) Muhammadiyah telah menetapkan awal Ramadan atau 1 Ramadan 1432 H jatuh Senin Legi, 1 Ogos 2011. Sedangkan 1 Syawal 1432 H akan jatuh pada hari Selasa Kliwon 30 Ogos 2011. Dengan demikian puasa yang akan dijalankan warga Muhammadiyah hanya 29 hari.

Hal itu diungkapkan Ketua PP Muhammadiyah, Yunahar Ilyas kepada wartawan di kantor di Jl Cik Ditiro Yogyakarta, Kamis (14/7/2011).

"Dari hasil hisab Pimpinan Pusat Muhammadiyah menetapkan 1 Ramadan 1432 H jatuh Senin Legi 1 Ogos 2011," kata Yunahar.

Berdasarkan hitungan hasil hisab hakiki Ramadan, syawal dan dzulhijah oleh Majelis Tarjih dan Tajdid PP Muhammadiyah lanjut Yunahar, puasa tahun ini selama 29 hari. Dengan demikian 1 Syawal 1432 H jatuh pada hari Selasa Kliwon 30 Ogos 2011. Sedangkan 1 Dzulhijah 1432 H jatu pada hari Jumat Wage 28 Oktober 2011.

"Hari Arafah 9 Dzulhijah jatuh hari sabtu Pahing 5 November 2011 dan Idul Adha 10 Dzulhijah jatuh Ahad Pon 6 November 2011. Semua telah dihitung oleh tim ahli hisab Muhammadiyah," kata Yunahar didampingi Ketua Majelis Tarjih dan Tajdid, Oman Fathurahman.

Oman mengatakan Ijtimak menjelang Ramadan 1432 H terjadi pada hari Ahad Kliwon 31 Juli 2011 pukul 01:41:00 WIB. Tinggi hilal pada saat matahari terbenam di Yogyakarta minus 7 derajat. Dengan demikian berarti hilal sudah wujud dan di seluruh Indonesia pada saat matahari terbenam hilal sudah di atas ufuk.

"Saya kira untuk awal puasa atau 1 Ramadan sampai saat ini tidak ada perbedaan yakni Senin 1 Ogos. Sedangkan hitungan 1 Syawal dan 1 Dzulhijah, Muhammadiyah sudah menetapkan semuanya," kata Oman.

Yunahar menambahkan PP Muhammadiyah meminta kepada seluruh warga Muhammadiyah di seluruh Indonesia untuk tetap berpegang teguh sesuai hasil hisab majelis tarjih dan tajdid PP Muhammadiyah. Saat ini PP Muhammadiyah juga sudah memberitahukan hasil hisab awal Ramadan itu kepada seluruh Pengurus Daerah (PD) dan Pengurus Wilayah (PW) Muhammadiyah seluruh Indonesia.

"Untuk tempat salat Idul Fitri dan Idu Adha yang akan digunakan hendaknya yang representatif dan sudah biasa digunakan serta memberitahukan kepada pemerintah/instansi setempat," imbau Yunahar.

Mengenai adanya sweeping yang akan dilakukan oleh kelompok atau ormas Islam lainnya. Yunahar mengatakan Muhammadiyah menghormati orang yang sedang menjalankan puasa dan menghormati orang yang tidak sedang berpuasa. Muhammadiyah juga menyadari hidup di masyarakat yang majemuk sehingga tidak bisa memaksakan kehendak kepada orang lain.

"Kami hanya mengimbau agar orang yang tidak berpuasa untuk tidak provokatif atau demontratif sehingga dapat mengundang atau menimbulkan hal-hal yang tidak kita inginkan," pungkas dia.

(bgs/ndr)


Tiada ulasan: