iDAN

27 Ogos 2011

Geran yang tertera G.B.P dibongkar!



Geran Besar Pechahan - G.B.P.

Jika Geran Besar Pecahan pastinya bukan pajakan; selalunya pajakan akan ditulis PN atau sebagainya.

Itu yang dapat aku bongkar dari pengertian Tanah Pusaka Md Sesh yang hilang. Ianya masih menjadi tanda tanya sebab tahun 1974 (Bukan 1971 pada jangkaan awal aku) tidaklah selama mana. Kenapa mesti sampai aku dewasa masih disebut-sebut orang.

"iDAN tanah apak kamu di Air Hangat kini telah diteroka orang" ayat ini keluar setelah apak meninggal. Aku memang mencari-cari Surat Lelongan atau sebagainya dar PDT Kampar atau Batu Gajah.

Aku bertanya Kak Nomie, dia pun ragu-ragu.

"Memang ada apak jual tanah tapi tak tahu mana satu!" kata Kak Nomie, setahu aku cuma sebahagian tanah di Tukang Sidin sahaja yang apa jual. Tak pernah terdengar Tanah Air Hangat ini dijualnya.

Kini tanah Lot 6336 ini telah sah menjadi milik Puan Hamidah Saad, satu hari aku kena jumpa dia nak tahu bagaimana dia dapat nak ini; sebab Bil Cukai Tanah yang ada di simpanan aku pada tahun 1974, apak masih membayarnya.

Tulisan tagan apak di belakang bil tertera pemiliknya seramai empat orang, aku tak pasti siapa Alang , Sam & Mk (tak pasti ejaannya) tapi Z itu memang tanda tangan ringkas apak.

Jika sampai 4 pemiliknya bagaimana ianya mudah dijual, setahu aku apak memang sayang tanah di bumi Mukim Teja, dia tahu ada bijih timah yang berharga di bawahnya. Sama sekali tak satu pun tanah miliknya dijual.

Jika cukainya sampai RM72.50 setahun aku pasti ianya melebihi lima ekar.



Ini bukti Lot 6336 yang sama telah bertindih; tulisan ini dari Pegawai Pemungut Cukai Tanah di Batu Gajah pada 4.1.2008 tenguk kadar cukainya telah bertambah, saya dapat tenguk geran di tangan suaminya Puan Hamidah Saad ini; memang bentuknya atau keluasannya telah berubah. Sekarang Mukim Teja telah dijajah oleh PDT Kampar.

Atau masih adakah geran lain di Air Hangat yang memang milik arwah apak yang kami tak tahu. Jika tidak bagaimana timbul suara atau kata-kata apak & warisnya ada tanah di Air Hangat itu.

Tiada ulasan: