iDAN
04 September 2011
2/3 Kota Bharu.
"Pernahkah awak rasanya ikatan kasih sayang itu boleh mengeratkan talian yang selama ini tak pernah ujud"
"Aku tak pernah merasakan!"
"Habis tu takkan pernah awak merasa perasaan dilamun cinta?"
"Cinta?, aku tak pernah pun bercinta, jika ada pun rasa cinta aku telah letakkan kepada orang yang salah!"
"Orang yang salah?... bagaimana itu?..."
"Orang yang tak sepatutnya aku cintai, orang yang lebih layak dipanggil waris..."
"Emm! memang cinta itu tak pernah mengenal siapa tetapi ada dua ketentuan cinta, pertama cinta yang memang tepat pada orangnya, suci, bersih, setia tanpa bercampur noda, kedua cinta yang songsang penuh noda, cela pun kepalsuan.."
"(diam)" aku malas nak korek perkara lama; lagi pun dalam syarat bercinta jangan mengungkit kisah silam; titik.
Aku mencongak bajet untuk ke Kota Bharu Kelantan, belanja aqiqat untuk Qasrina telah pun disediakan, sebahagian dari duit sumbangan Majlis Persandingan Afiz pada Januari lalu. Aku dengan Afiz telah pun memasukkan duit ke akaun waris Husna (Husna aku panggil Mie). Ayah Mie Pak Lotepi@besanku tak punyai akaun; maka terpaksa guna akaun warisnya.
Jangkaan awal kos untuk kambing sahaja mesti sekitar RM700 lebih. Mahal harga kambing kini. Sekitar dua tiga minggu sebelum merancang buat kenduri aqiqah ini aku sempat telefon besanku ini. Pak Lotepi kata dia hanya terjumpa kambing kampung yang harganya sekitar RM750. Dia lebih berminat nak buat aqiqah cucu sulung kami pada Hari Raya Haji nanti. Kongsi daging lembu kurban satu bahagian; jimatnya banyak. Aku pula berpendapat jika tunggu Hari Raya Haji sudah terlalu lewat; ikut hukum hakam kita lebih afdal buat aqiqah sekitar dua minggu selepas bersalin. Lagi pun bajetnya ada lebih meriah buat segera.
"Mila kita buat di Machang saja aqiqah untuk cucu kita!, lagi pun tiap kali nak buat kenduri mesti di Meru, anak kita semua buat aqiqah atau apa juga kenduri di Meru!; orang sebelah ayah, orang Machang nak rasa juga kenduri kita!"
"Dahlah tak mahu nak komen fasal kenduri-kendara ni..!" Berbual dengan Mila biasalah begitu. Positif bagaimana pun jadi negatif.
Kebetulan empunya anak; ayahnya Afiz memang setuju buat di Machang.
Aku Google di internet; mencari laman sesawang Kambing untuk aqiqah di sekitar Kota Bharu Kelantan; ada banyak juga yang aku temui pembekal kambing aqiqah ini; kambing kampung lain harganya; kambing biri-biri lagi murah; Besar lagi. Kebanyakannya kambing biri-biri berharga sekitar Rm500 ke RM800. Maknanya memang benarlah apa yang besanku nyatakan. Jika seekor kambing kampung berharga RM750 memang kena beli juga; sudah memang harganya begitu. Jika dapat anak lelaki kena dua ekor bayangkan betapa nilai duit zaman kini; aqiqah hanya sunat; lambat laun pasti orang kita akan lupa apa aqiqah jika kita tak mampu.
Rezeki Qasrina memang murah, selang beberapa hari kami masukkan duit untuk Pak Lotepi mencari kambing; dia telefon Mie, katanya dapat kambing biri-biri berharga RM600. Orang Kelantan kata; Molek sangat!.
-bersambung
Takrif
Besan: /bésan/ 1 hubungan kekeluargaan yg terjalin antara ibu serta bapa mentua seseorang dgn ibu bapa sendiri: Pak Mat dgn Pak Ali itu bukan adik-beradik tetapi ~. 2 ibu bapa kpd menantu. berbesan berhubungan sbg besan: Tak mungkin dia mahu ~ dgn saya kerana saya orang hina lagi miskin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan