iDAN

28 Ogos 2011

Bagaimana orang kaya beraya


Baru dapat sehelai baju yang berkenan di hati tapi mahallah amat. Jarang aku beli baju semahal ini kut zaman dulu adalah sehelai dua. Zaman dedulu pernah dapat projek sehari boleh buat duit sampaikan RM200, tidaklah hari-hari.

Nak buat macam mana sudah begitu harga baju terkini. Mahukan sekitar RM50 ke atas barulah lawa. Itu pun di Kamdar bukan pasar raya yang lebih besar. Jangan mimpi nak beli baju cantik jika tiada tawaran dengan duit RM50 di JUSCO atau Parkson Grand.

Baju Melayu pun begitu, mana yang ada tenunan halus atau fesyen terkini mestilah harganya pun mahal. Jika stok lama memang terdapat potongan 50%. Atau pun jika rajin berjalan-jalan cari di kedai yang barangannya harga murah datang dari Tanah Besar China, memang banyak baju yang murah cuma fesyennya tak berapa kena. Itu pun ikut saiz badan, jika telah cecah boroi sepertiku mahukan baju saiz 2XL atau lebih besar memang tak banyak pilihan.

Kira okeylah tu, aku sedari awal telah beli baju melayu sepasang rona ungu lembut, dua helai seluar & sehelai kemeja rona hitam yang cantik. Beraya sakanlah kita. Songkok masih baru beli semasa Afiz kenduri kahwin tempoh hari. Husna pun nampaknya beli baju dengan Mila tadi. Cuma Aziq memang aku tak tahu. Dia macam tak minat nak beli baju raya. Bila ditanya dia kata tak payah.

Tadi aku lihat orang kaya berbelanja, sekali beli bayar aku lihat sekitar RM600 lebih, ada juga baju saiz aku 3XL mungkin untuk ayahnya atau ayah mertuanya tak termasuk baju kot yang pastinya sekitar RM100.

Teringat aku akan cerita Nordin, di mana adiknya kerja di Istana Sultan Brunei, katanya Sultan Brunei jarang pakai pakaiannya berulang kali baju yang sama, kecuali memang dia suka. Tiba satu ketika semua pakaiannya dia sedekahkan buat kerabat & rakan yang berkerja di istana. Adik Nordin pun dapatlah sehelai dua; jangan ceritalah bab jenama. Dah memang antara orang yang kaya raya di dunia. Tak tahu nak sebut jenama apa.

Sultan Brunei merupakan antara manusia yang terkaya di dunia dengan kekayaan bernilai £12 bilion (RM69.15 bilion) , kita ni nak tenguk duit sejuta selonggok pun entah bila.

Orang terkaya di Malaysia.
  1. Robert Kuok Hock Nien-RM 50.04 bilion
  2. T. Ananda Krishnan-RM 45.78 bilion
  3. Tan Sri Teh Hong Piow-RM 12.77 bilion
  4. Tan Sri Lee Shin Cheng-RM 12.73 bilion
  5. Tan Sri Lim Kok Thay-RM 10.89 bilion
  6. Tan Sri Quek Leng Chan-RM 10.75 bilion
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary-RM 8.84 bilion
  8. Puan Sri Lee Kim Hua-RM 7.42 bilion
  9. Tan Sri Tiong Hiew King-RM 4.772 bilion
  10. Ong Beng Sheng-RM 3.987 bilion
Di dunia pula antara harta orang kaya di dunia.

  1. Raja Bhumibol Adulyade (Thailand) – US$30 bilion
  2. Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Brunei) – US$20 bilion
  3. Raja Abdullah bin Abdul Aziz (Arab Saudi) – US$18 bilion
  4. Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan (UAE) – US$15 bilion
  5. Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum (Dubai) – US$4.5 bilion
  6. Putera Hans-Adam II (Liechtenstein) – US$3.5 bilion
  7. Raja Mohammed IV (Maghribi) – US$2.5 bilion
  8. Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani (Qatar) – US$2.4 bilion
  9. Putera Albert II (Monaco) – US$1 bilion
  10. Putera Karim Al Hussein Aga Lhan – US$800 juta

Cubalah kita bandingkan jika kita seharian nak pakai baju berjenama yang harganya ratusan RM. Saling bertukar mampukah kita.

Lihatlah kemewahan Sultan Brunei.

Tahukah anda Sultan Brunei adalah antara Raja yang terkaya di dunia ini? Baginda memiliki 7000 koleksi kereta mewah pelbagai jenama antaranya ialah Ferrari, Lamborgini, Mercedes, Bentleys, Rolls Royces dan BMW.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh dailymail pada 30 Jun 2010 Sultan Brunei mempunyai 604 Rolls Royces, 574 Mercedes-Benzes, 452 Ferraris, 382 Bentleys, 209 BMWs, 179 Jaguars, 134 Koenigseggs, 21 Lamborghinis, 11 Aston Martins, dan 1 SSC dalam koleksinya. Ini hanya sebahagian belum cukup 7000.

Tahukah anda bahawa Sultan Brunei sebenarnya bukanlah kaya? Betul, Sultan Brunei tidak kaya tetapi terlalu kaya kerana kesemua 7000 kereta mewah Baginda dengan anggaran nilai $5,000,000,000 atau $5 Billion. Itu hanya sekadar kereta tidak termasuk dengan kekayaan lain lagi kan? Rumah? Istana? Tidak terkira kekayaan Sultan Brunei ini.

Hari-hari hidup mereka adalah hari raya; maka mungkin tak rasa sangat suasana hari raya mereka.

"Walaupun Jutawan Irfan Hidup Sederhana"

Ramai yang cemburukannya, apatah lagi bila melihat kehidupannya yang dilimpahi wang ringgit. Jika ditanya, siapa akan menolak untuk menjadi Irfan Khairi, 32, jutawan internet yang berjaya menggapai impiannya untuk bergelar jutawan sewaktu berusia 25 tahun!

"Saya akui kini wang bukanlah sasaran utama dalam kehidupan saya. Apa yang penting sekarang adalah mempertahankan apa yang sudah saya miliki berkat usaha saya selama ini selain tumpuan untuk keluarga dan memberi motivasi kepada masyarakat, " ujar Irfan.

Walaupun pendapatannya lima angka sebulan, namun bapa kepada tiga orang anak ini tidak mengamalkan gaya hidup mewah.

Sekalipun tinggal di rumah yang bernilai jutaan ringgit, segala urusan keluarga dilakukan sendiri oleh Irfan dan isterinya, Shazrina Mohd Yusof, 32. Tiada istilah orang gaji dalam kehidupan mereka.

"Walaupun ada duit, kami tidak suka nak berhabis tak tentu pasal. Segala perbelanjaan dirancang mengikut keperluan. Urusan anak-anak semuanya dilakukan oleh isteri seperti menghantar atau mengambil anak pulang sekolah. Begitu juga kerja-kerja rumahtangga. Kami lebih suka makan di rumah daripada makan di luar. Air tangan isteri lebih bermakna daripada berhabis makan di tempat mahal.

"Begitu juga soal membeli belah. Kami amat jarang bershopping kecuali bila perlu, contohnya tiba hari raya. Malah, saya lebih suka amalkan membeli sesuatu barangan seperti pakaian yang boleh dibeli dengan harga murah. Saya sendiri jika mahu membeli sehelai baju berharga RM100 pun, saya akan fakir dua tiga kali.

"Anak-anak juga saya ajar untuk tidak dimanjakan dengan wang. Jika mahu sesuatu permainan yang mereka sukai, mereka harus memberi nilai positif dalam sesuatu yang mereka lakukan. Ataupun apabila mereka mendapat wang contohnya duit raya, saya akan bawa mereka beli permainan mengikut nilai wang yang mereka miliki supaya mereka belajar menghargainya, " jelas Irfan yang kini mulai popular sebagai pakar motivasi dan sering diundang menjayakan program ceramah di televisyen.

Sebagai isteri, Shazrina juga sependapat dengan suaminya. Apatah lagi melihat kesungguhan si suami terbukti akhirnya membuahkan hasil.

Pasangan ini bertemu di United Kingdom sewaktu kedua-duanya menuntut di sana. Cinta akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin. Walaupun berpendidikan tinggi, namun Shazrina lebih suka menjadi suri rumahtangga dan membantu suaminya menjalankan perniagaan internet di rumah.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini diserikan dengan kehadiran Ilham Abadi, 6, Kasih Kamilia Abadi, 4, dan Ikhlas Abadi, 2.

"Mula-mula kahwin dulu, saya membantunya menguruskan bisnes internetnya seperti mengemaskini dan membungkus pesanan. Tapi sekarang tumpuan saya lebih kepada anak-anak. Saya Bantu juga mana yang patut tapi tidak seteruk dulu, tambahan pula suami sudah ada pekerja sendiri untuk melakukannya, " ujar Shazrina yang kini sedang hamil lima bulan.

Bercerita tentang suaminya yang kini semakin dikenali ramai. Shazrina hanya tersenyum apabila ditanya apakah tidak risau dengan keadaan itu. Maklumlah, seseorang lelaki yang bertaraf jutawan pula mempunyai rupa, ia mudah terdedah kepada pelbagai keadaan yang sering dirisaukan oleh seorang isteri. Contohnya risiko suami digoda atau tergoda pada wanita lain.

"Bukan sesuatu yang salah apabila seseorang wanita berperasaan begitu. Namun dalam kehidupan saya dengan Irfan, tidak pernah terlintas sedikit pun rasa cemburu atau syak wasangka terhadapnya. Saya percayakan suami saya.

"Irfan tidak pernah berubah sejak saya mula mengenalinya. Bagaimana sikapnya sebelum jadi jutawan dulu, begitulah juga sekarang. Malah, kasih sayangnya makin menebal dengan kehadiran anak-anak. Dia tidak boleh berjauhan dengan isteri dan anak-anak.

"Walaupun bergelar jutawan, namun kebanyakan waktu Irfan adalah bersama keluarga. Inilah kelebihan perniagaan internet. Ia boleh dilakukan di rumah yang membuat masa suami lebih banyak di rumah sekaligus sentiasa dekat dengan anak isteri.

"Jika dia terpaksa kerja luar, sama ada di dalam atau luar negara, Irfan pasti akan membawa kami sekeluarga. Kira bekerja sambil bercuti la, "cerita Shazrina tertawa.

Mengulas tentang sikap suaminya ini di rumah menurut Shazrina, Irfan seorang yang lembut dan tidak pernah meninggikan suara.

"Dia sentiasa lembut bila bercakap dan sukar untuk melihatnya bermasam muka. Dalam mendidik anak-anak pun begitu. Irfan tidak gunakan kemarahan untuk mendidik namun pendekatan psikologi lebih membantu. Kerana itu anak-anak mudah mendengar kata walaupun dia bukan jenis yang garang.

"Saya sendiri sebagai isteri pun kadangkala sukar untuk meneka perasaanya. Prinsip Irfan, apa pun yang berlaku dalam hidup kena berfikiran positif. Sebab itu wajahnya sentiasa nampak ceria, " jelas Shazrina.

Sedikit sebanyak tentang latar belakang Irfan, anak muda kelahiran Ipoh, Perak ini mula belajar berniaga sewaktu sekolah menengah. Ketika itu, dia membuat rekaan corak untuk T-shirt dan kad lalu dijual kepada kawan-kawannya.

Seterusnya menamatkan pelajaran di ITM, Irfan meneruskan pengajiann di sebuah universiti di United Kingdom dalam bidang multimedia pada tahun 1999. Ketika inilah Irfan mula belajar selok belok perniagaan Internet. Dia menjual pelbagai produk seperti peta Malaysia, buku perlancongan dan agama, khidmat grafik dan mencipta logo dan sebagainya hanya melalui internet.

Hasilnya, pada usia 25 tahun, impian Irfan bergelar jutawan menjadi kenyataan apabila profit hasil perniagaannya mencecah RM1 juta tanpa mempunyai pejabat atau pekerja sendiri. Semuanya dilakukan oleh Irfan hanya menggunakan sebuah komputer riba.

Tiada ulasan: