Semalam ketika aku ke PKupm; setelah doktor tidak puas hati akan sakit kronikku & mahu aku merujuk ke
pakar jantung Klinik Kardio Hospital Serdang; Khabar sedih aku terima. Amar rakan karibku kemalangan di dalam kampus UPM ketika bertugas; cedera parah di kepala. Tengkuknya patah. Allahyarham Amar meninggal di Hospital Serdang sekitar jam 9:00 pagi. Dia meninggal seorang isteri & seorang cahayamata. Khabarnya ada seorang lagi yang dikandung tak pasti berapa bulan. Di FB Amar menggunakan nama Dato' Kelana. al-Fatihah untuk Amar; agar rohnya sentiasa di sisi mereka yang beriman.
Ini aku kutip beberapa catatan Allahyarham di FBnya.
Dato' Kelana
Hari yg cukup bernasib baik..
Syukur kepada Allah kerana memanjangkan umurku..
Walaupun dapat eksiden kecil....
(^_^)
·
Dato' Kelana hahaha...
bukan malas,tp kalu wat pon bahaya...
keselamatan diri penting tau...
bru jaga keselamatan org lain...
·
Dato' Kelana
hahaha...
hatiku rase berbunga....
dapat sesuatu yang tidak disangka....
thanks my dear.....
(^_^)
·
Dato' Kelana
beraya seorang diri....
anak dan isteri berada di kampung...
huhuhu...
:(
·
Dato' Kelana
Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu'min akan melihat perkerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberikan-Nya kepada kamu apa yang kamu kerjakan". (QS. 9:105)
Sekitar jam 1:30 pagi baru aku balik dari urusan menziarahi jenazah Allahyarham di Parit 21, Hutan Melintang. Perak. Terkadang aku terfikir; doktorku yang amat risau akan keadaan kesihatanku; aku pula rasa bagaikan mula hilang semangat tanpa pun sokongan moral dari keluarga buat aku merentas kesakitan ini. Top-top rakan baikku yang pergi satu demi satu meninggalkan aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan