Anugerah Industri Muzik sudah berlalu minggu lepas. Dalam ramai orang di Stadium Bukit Jalil tu, Joyah hadirkan diri juga sebab nak tengoklah hebat ke tak acara tu.
Tetapi malangnya Joyah dikecewakan oleh salah seorang artis yang lahir daripada pertandingan Maharaja Lawak, si Sabri.
Dia ni jadi pelawak yang muncul hanya pada waktu iklan di tv, sebab tu orang di rumah tidak tahu kewujudan dia pun.
Masalahnya, Sabri ni sudah melebih-lebih pula. Bagi Joyah apa yang dia buat bukan lagi satu lawak, sebaliknya penghinaan kepada golongan artis sendiri bila cuba memperlekeh dan mempersendakan penyanyi Zaiton Sameon dalam majlis tu.
Sudahlah muncul dengan pakaian ala-ala Zaiton di zaman muda, bercakap pula macam orang hilang ingatan, merapu meraban.
Siap bagi tahu lagi dialog yang kata Kak Eton nak kena makan ubat sebab ingat-ingat lupa. Kak Eton sudah tidak dipanggil untuk buat persembahan jadi perlu 'merembat' hadiah yang sepatutnya diberikan kepada peminat dan lain-lain lagi dialog yang memang 'kurang asam' sangat.
Ini buat Joyah tertanya-tanya, dia ni faham tak antara buat lawak dan menghina? Kalau tak faham, sila pergi sekolah baliklah, masuk kelas sivik ke, kelas fardu kifayah ke, eloklah sikit perangai tu.
Zaiton Sameon masih hidup dan dia masih naik turun pentas, kenapa hendak menghina dia? Takkan kemampuan artis Maharaja Lawak, sebegitu teruk?
Nasib baik Joyah tengok ramai artis yang dalam dewan tu langsung tak ketawa sepanjang si Sabri ni buat lawak. Agaknya, dia orang pun sama berfikiran macam Joyah, lawak bodoh tak sesuai diberi perhatian. Kalau ada yang ketawa tu, memang tak ada hati perut punya manusia. Nasib balik penonton tak baling kerusi je ke muka dia, kalau tak bersepai gigi semua.
"Gunakan orang yang tak berapa sihat untuk buat lawak, tu memang 'kurang ajar' namanya," beritahu seorang artis muda kepada kawan Joyah yang turut membuat liputan di majlis itu.
Beberapa artis lain juga dilihat menggeleng-geleng kepala kerana tidak tahan dengan gurauan kasar dan menghina Si Sabri tu.
Acara mengangkat artis, ironinya dalam waktu yang sama, menghina seorang artis lain yang sedang berada dalam keadaan begitu daif dan perlu dibantu. Apa ni?
iDAN:
Ini bab hina rakan; bagaimana pula ramai artis lelaki pakai pakaian perempuan pun sebaliknya semata-mata nak ajak penonton ketawa... cer cerita apakah ini disarankan agama. Berhibur tak salah tapi biarlah ada batasnya.
8 ulasan:
Assalamualaikum,
dah kurang idea artis kita, tak pun...ilmu tak berapa nak cukup.
itu bezanya antara lawak kini dengan lawak p.ramlee yang boleh dipakai sepanjang zaman.
itu namanya lawak bodoh..
haah, ketandusan idea..
adeke duk kutuk sesama sendiri..
apadaaa!
Dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM)pun sering kita perhatikan peserta menghina pelawak lain; mengajuk lain menghina lain... benar kata ♥Leily|Ummi Alya Husna♥.
Jika rajin meniru cara lawak P Ramlee pasti dunia komidi ini akan terus ceria. Mmg payah nak cari bakat yang sebenar bak seperti Mr Os, Baby Face, Kumpulan Boboi MLM, Zizan & beberapa lagi pelawak yang dekat di hati kita.
x penah kenal pon si sobri ni. start MLM bru tau kewujudan die. tp jumaat lepas best gak persembahan die. mesti last minit punya idea tu sbb Bob Kuman xdpt dtg wat persembahan mlm tu kan..
sobri ni ada potensi ganti din beramboi in future kerana hati kering
MLM pusingan 4 sy perhatikan okey jer si Sobri ni; mmg dia suka kutuk orang tapi dia juga merendah diri; kan dia kata sy ni peminat Kak Eton Samion sy ni malaon ... malaon tu maksudnya org tak betui... tu tanda si sobri ni sedar dia suka merapu...
Mula2 tgk sobri masa cerita Dakolin Dakosi lakonan AC dan Adlin kat astro Ria kot..memang lawak dan siapa yang tak biasa dengar lawak dia memang akan kata dia mengarut..tetapi memang begitu lawak dia sejak dahulu..
die kate kt diri die malaon bkn zaiton tu pn. mmg sobri character lwk die agk ksr ckit. mcm wartawan pyh nk cr yg lmbut. perangai je lembut tp ble komen sume ksr.
pernah tengok orang putih melawak? inilah masalah orang malaysia; otak sempit, minda tertutup. kalau di UK, tahap melawak menggunakan imej 'queen elizabeth' pun takde masalah besar. joke is joke. kita sendiri kenal siapa subjek yg disebut2 dalam dunia realiti. buka minda, jika tidak, kita akan terperangkap ditakuk lama.
selidik dulu apa yang terjadi di belakang tabir baru beri komen. cepat betul melenting.... cuba tengok betul2 apa si sobri tu cakap
Catat Ulasan