iDAN
17 November 2011
TMnet: telah lebih dari Setengah Tahun Talian masih terganggu & Naikkan bayaran perkhidmatan 6% perlu dikaji semula.
TMnet: telah lebih dari Setengah Tahun Talian masih terganggu & Naikkan bayaran perkhidmatan 6% perlu dikaji semula.
1. Sepanjang tempoh lebih enam bulan hampir setiap bulan talian 03 87371884 terus berdengung sampai tak boleh bercakap.
Dengungan di telefon amat kuat sehingga menyakitkan telinga. Yang menerima panggilan jua tidak tahan mendengar dengungan tersebut & suara komunikasi amat perlahan.
2. Dalam masa yang sama talian Streamyx (Pakej RM66) asyik terputus-putus amat tidak stabil.
3. Bila dibuat laporan kerosakan, talian telefon kembali jelas tiada dengungan & talian Streamyx lancar tetapi tak sampai seminggu kembali ke masalah asal.
4. Biasanya setiap kali kerosakan dibaiki hanya melibatkan talian di luar rumah (Perkakasan di luar rumah). Talian atau alatan dari kotak tiang belakang rumah (Tak pasti nama teknikalnya apakah Kotak DB; mungkin saya boleh panggil Kotak Agihan Talian) & ke ibusawat yang mendatangkan masalah.
5. Pernah tiga bulan lalu (Ogos 2011) seorang Juruteknik masuk ke rumah; memotongkan kabel dalam rumah & membuat "pendawaian pintas" Alat Anti Kilat (tanpa izin saya) yang dipasang juruteknik sebelumnya. Berharga RM80. Setelah dibuat pendawaian pintas Juruteknik ini hanya memintal dengan jari talian telefon di dalam rumah tanpa menggunakan alat penyambung.
Dia mengakui talian di dalam rumah kami TIADA sebarang masalah; masalah dikesan berpunca dari Kotak Agihan Talian di tiang belakang rumah ke ibusawat. Bila talian telah okey, melalui telefon saya bertanya kenapa tak buat sambungan yang betul kemas & apa jadi Alat Anti Kilat yang dipantas (tidak berfungsi lagi) Juruteknik ini boleh jawab. Awak sambunglah sendiri bukannya ada kejutan elektrik pun. Bagi yang mahir dengan kerja teknikal memang tak jadi masalah. Isunya kalau namanya Juruteknik kenalah mahir, kerja tu biarlahlah kemas. Kami pelanggan manalah tahu 100% akan perkakasan TMnet.
6. Bermaksud dari dua orang Juruteknik yang masuk ke rumah dalam tempoh beberapa bulan mengatakan masalah berpunca dari talian luar rumah. Tidak pernah melibatkan alatan ganti dalam rumah. Kemuncak dari masalah dengungan ini; nada dering untuk talian masuk hanya berdering sesaat dua & senyap. Ini dapat kami kesan setelah berbalah sesama keluarga mengatakan orang di rumah tak pernah mahu angkat telefon. Bila kami dail melalui telefon luar barulah perasan selama ini banyak talian masuk tidak dapat kami kesan sementelah kerosakan perkakasan TMnet yang berulang-ulang ini.
7. Sepanjang (Oktober 2011) talian telefon sentiasa berdengung & talian Streamyx terusan asyik terputus. Biar pun pada sekitar pada 18hb Oktober 2011 saya ada membuat aduan & hanya dibetulkan dengan bantuan saya sendiri melalui gagang telefon rumah ke ibusawat TMnet (tanpa seorang juruteknik pun masuk ke rumah). Talian berjaya dipulihkan kembali dengan pengakuan pegawai yang bertugas di ibusawat dia tukarkan ke port lain (talian lain). Tetapi masalah masih berulang seperti kira-kira 6 bulan sebelumnya masalahnya masih tetap seperti perkara 3. (Sampai Bila?)
8. Aduan terbaru yang saya buat pada 6 November Nombor Aduan 1-1760085300; telah merumitkan keadaan. Dari talian telefon berdengung & Streamyx yang terputus-putus tetiba pada 10 November 2011 lalu; langsung TIADA talian, tiada nada dering (seolah-olah kabel tidak disambung) tiada talian Streamyx. Bila saya bertanya ke talian 1300 tentang masalah telefon rumah & Streamyx; melalui petugas talian 1300 Juruteknik yang bertugas membuat laporan berpunca dari masalah talian dalam rumah kami!. Tanpa dia masuk ke rumah; tanpa BUKTI masalah ini berpunca dari talian di rumah kami.
9. Saya tak berpuas hati sebab telah lebih seminggu kami tak dapat sebarang khidmat dari TMnet hanya menerima@percaya "alasan" Jurutekniknya yang amat meragukan apatah lagi tidak langsung memberikan maklumat terkini bagi kami pelanggan TMnet.
Pada 16 November 2011 barulah datang pegawai TMnet dari ibusawat seorang diri. Bila beliau dengar talian telefon rumah saya kosong; beliau memanjat tiang belakang rumah tanpa tangga. Pengakuan beliau Kotak Agihan Talian di tiang tersebut tak dapat digunakan lagi; ketika itu hari mula hujan & langit gelap, guruh serta kilat merisaukan. Saya berlari ke stor mengambil tangga & meminta beliau turun dari tiang agar sambung kerja esok. Sebaiknya saya syorkan datang sebelah pagi hari kuatir akan kilat & hujan asyik turun sebelah petang.
10. 17 November 2011 saya yang sampai habis kredit asyik nak call talian 1300 yang laju gila menghabiskan duit telefon bimbit saya 016 9094343. Temujanji & kerja tak diselesaikan. Sebelah petang saya meminta isteri saya telefon dari ofisnya talian 100 sebab di telefon awam Jenaris 5 buah telefon talian 100 tak dapat digunakan. Isteri saya mendapat jawapan dari TMnet tentang aduan kami macam ceritera 1001 malam. Pihak TMnet berdolak-dalik & sengaja mereka-reka cerita dongeng yang menyakitkan hati.
RUMUSAN
Isunya sekarang; bukan saya seisi keluarga sahaja mendapat layanan yang amat melampau atau curi tulang dari segelintir pegawai & kontraktor TMnet. Ramai rakan saya mendapat layanan yang sama. Dengan kemampuan yang kami ada cuma kadar Streamyx yang murah itu sahaja yang kami mampu untuk mencelikkan anak-anak kami ke dunia ICT.
Kenapa tak boleh dikesan masalah ini dalam tempoh yang pantas & tidak sampai kami pelanggan TMnet menghadapi masalah yang sama berulang-ulang pun terasa tertipu dengan layanan yang buruk lagi khidmat yang amat naif dari TMnet.
Perlu diingat walaupan pakej yang kami sewa itu termurah bagi orang berduit; tapi bagi kami golongan marhaen ianya masih amat mahal bayangkan tiap bulan sewa sahaja RM66 campur pakej RM10 untuk suara; RM76 sewa bulanan; campur panggilan kecemasan bulanan memang tak lari sekitar RM100 setiap bulan kami membantu membangunkan TMnet. (Tahun depan daillah 100 telah diuar-uarkan nak naik 6% cukai perkhidmatan; pastinya akan tambah membebankan golongan marhaen jika melibat talian rumah perseorangan)
(Jika tiap bulan sewa tetap kena bayar PENUH tetapi tak lari 2 minggu sifar@lembab perkhidmatan TMnet : bermakna sekitar RM30 kami kerugian; bayangkan kalau RM30 kami beli garam; boleh mandi garam abang oii!)
Buktinya lebih 6 (enam) bulan saya diberikan Streamyx yang terlalu lembab & terputus-putus. Sila semak keseluruhan aduan saya sejak kebelakang ini di data server TMnet. Seolah-olah DHCP yang tepu, server TMnet tak reti lagi mengagihkan nombor IP.
Apakah maknanya Broadbank yang mahu dibanggakan.
Dengan khidmat telefon yang berdengung merosakkan gendang telinga saya pun Streamyx yang lembab & terputus-putus apa nilai sewa bulanan yang ditagih dari kami, nak naikkan cukai pula lagi. Kadar Unifi termurah RM149 sebulan yang ditawarkan apakah mampu kami rakyat marhaen nak melanggannya. Kos tersebut melebih 3 bulan harga beras yang kami makan sekeluarga seramai 7 orang.
Di mana kami nak mengadu hal begini?. Cer beri cadangan?.
Nota: Sekalung tahniah & penghargaan buat Pegawai Kontraktor TMnet terakhir datang pada 16 November 2011 & 18 November 2011 dapat mengesan kerosakan di Kotak Agihan Talian di tiang belakang rumah saya. Beliau mengakui Kotak Agihan Talian di tiang belakang rumah blok kami amat uzur & ianya tidak banyak lagi diguna pakai. Sebab itu sebahagian dari portnya tidak lagi berfungsi. Sekitar jam 10:45 pagi 18 November 2011 talian kami kembali berfungsi dengan baik.
Selagi Kotak Agihan Talian ini tidak ditukar yang baru; besar kemungkinan masalah gangguan talian telefon & Streamyx kami di Jalan Jenaris 3, Desa Sri Jenaris Kajang pasti berulang lagi. Sekali lagi saya ingatkan bukan masalah perkakasan atau talian dalam rumah; antara anggota rumah kami ada yang mahir bab perkakasan pun masalah talian serta konfigur internet. Ini adalah masalah TMnet yang tak prihatin akan masalah pelanggannya.
Penyair iDANRADZi
(Dalam e-mel terkini dari TMnet mereka memohon maaf & meminta kami membetulkan kerosakan ini dalam kadar segera. Terkadang aku terfikir apakah pelanggan seperti aku mendesak mereka. Bersabar dari bulan ke bulan membuat aduan sampai rasa Tebal Muka lantaran tak tahan asyik bergaduh dengan keluarga sebab aku memang banyak bergantung dengan talian telefon rumah. Pernah Anif balik sekolah jalan kaki dalam hujan ribut sebab tak dapat kontak ayahnya sebab percaya talian TMnet; pernah orang BPA mengadu talian kami sukar dihubungi sebab percayakan khidmat TMnet; bergaduh dengan Mila itu biasa katanya aku ini malas angkat telefon. Isunya manalah kami sedar top-top talian kami rosak tanpa pun kami sedar. Berbulan-bulan perkara yang sama terus berulang. Alahai)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Terkini Kotak DB telah ditukar baru... Terima kasih TMnet hatta pertama kali kami sekeluarga mendapat talian internet yang laju & lancar sejak menyewa Streamyx sejak berzaman...
Tetapi telefon rumah kembali terputus; jika anda dail 0387371884 talian macam disambung tapi telefon rumah kami senyap... kami nak dail ke luar pun tak boleh. Huh!
Sekitar awal bulan November lebih seminggu tiada talian telefon; tiada internet; setelah lebih seminggu buat aduan barulah dua-duan talian dibaiki. Tetapi talian Streamyx amat naif hanya talian telefon rumah lancar & terang tanpa dengungan.
Bila sekitar 3 hari lalu KOtak DB ditukar baru...terbalik pula talian telefon tiada hanya Streamyx pula laju amat... macam-macam hallah TMnet ni!.
Catat Ulasan