Blog ini kebelakangan ini kurang dikemaskini lantaran masalah akses internet yang amat meraban; ianya teruk meruncing sejak awal bulan November 20011. Kira-kira jam 4:30 petang 29.11.11 barulah pihak TMnet & Kontraktor luar dapat menyelesaikan kemelut Streamy & talian telafon di rumah saya. Kekinian talian internet kami menjadi amat lancar dalam SEJARAH itu setelah campur tangan pihak BPA Putrajaya.
Filem Hindi Rock Star
Selalunya sebelum aku menonton wayang akan pasti tenguk bagaimana undian Pengulas Filem di alam maya. Ada dua URL aku selalu buka satu tempatan http://www.cinema.com.my/default.aspx satu lagi antarabangsa http://www.imdb.com/. Saman sesawang tempatan menggunakan kiraan 5 bintang dan antarabangsa guna 10 bintang.
Jika tak dapat mengatasi 50% dari bintang tersebut pasti aku tak akan menonton filem tersebut.
"Azim mohlah temankan ayah tenguk wayang!" Mila sedang menonton Astro. Anif leka melihat rancangan kegemaran mereka. Aku perhatikan mereka seri pertandingan masakan tempatan. Entah kenapa aku kurang berminat siri masakan ini biar pun pengadil rancangan yang berjambang itu abang rakan seasramaku; Abg si Syukri.
"Ayah nak tenguk filem apa?, mana ada filem sedap... kalau nak tenguk filem hindustan Azim tak mahu temankan!" dah agak ayat begitu akan timbul.
"Ayah ajaklah ibu sama pergi menonton!" Anif mencelah.
Huh aku kecut perut (bukan takut bini eh!)... tapi aku telah pasti akan terbit ayat yang amat bercakaran dalam hatiku jika Mila dengar bab menonton wayang ini. Seingat akulah Mila agaknya dah bertahun-tahun tak jejak kaki ke panggung wayang. Biar pun kami sering sekeluarga menonton hanya dia yang tak mahu pergi bersama. Tak mahulah aku catat ayat bercakaran yang terbit dari mulut Mila merondok masuk ke dalam hati ini. Nanti bikin keliru & kena rujuk nun jauh fatwa pujangga & Majlis Fatwa Kebangsaan. Lor! sampai ke situ...
"Filem ini baguslah Azim dapat 4/5 bintang bukankah Azim suka lagu rock"
"Mana ada... rock hindi tak mainlah ayah" Azim ni kalau dah cakap begitu selalunya boleh dipujuk lagi; tapi jatuh kasihan pula asyik dia jadi mangsa untuk menemani ayahnya.
Avanza Mila yang mula jatuh bumper depan telah dilekat pelekat P. Aziq dah lulus lesen kereta & moto. Gian stereng kereta dah merasuk dia. Jadi aku kasi can dia memandu untuk pulang ke Kolejnya di Puncak Alam (PALAM). Aku congak-congak kami akan ikut lebuh raya; tak banyak jalan negeri. Masa balik kampung Sabtu lalu kasihan dia cuma dapat memandu kejap saja di jalam kampung. Mak datuk masa pergi punyalah banyak kereta, berderet tak putus-putus. Majoriti orang kita Melayu yang banyak guna lebuh raya; bila berhenti di Hentian Rehat & Rawat boleh kata 90% orang kita Melayu yang sarat.
"Ayah ingat nak tenguk seorang diri Rock Star nanti, filem ni dapat undian 4/5 bintang, mesti bagus!" aku lihat Azim ikut cakapnya; jalan basah dia memandu sekitar 80kmj sahaja.
"Hah! ayah nak tenguk sorang?"
"Habis tu nak buat macam mana dah adiknya tak mahu temankan ayah!" kami menuju Palam melalui Lebuh Raya SKVE. " Lagi pun baru ni filem Ra.One pun ayah tenguk seorang diri, bagus amat filem Ra.One, patutnya untuk golongan kanak-kanak atau remaja macam angah yang tenguk filem ni"
Aziq kami panggil Angah di rumah memang kurang berbual dengan ayahnya. Kalau kami keluar bersama dia sentiasa dengan SMSnya 25jam tak lepas dari tangan. Kalau 24 kira dahsyat amat ini 25jam terlebih dahsyat.
"...Tapi ayah tak tahu nak ikut jalan mana nanti; bukan tak reti jalan KL tu; kalau ikut jalan Lebuhraya Persekutuan kereta amat banyak rasa rimas amat memandu" Lebuhraya Persekutuan adalah jalan yang amat disukai Milajika balik ke Meru. Aku pula amat rimas nak ikut situ. Jika boleh nak mengelak lebuh raya itu.
"...ingat ayah nal ikut lebuh raya KESAS, dari lebuh raya ELITE rasanya ada beluk ke KESAS arah ke Cheras"
"Haa ahh! angah perasan ada susur ke Cheras tu!" baru Aziq bersuara setelah lama aku bercakap sendiri.
bersambung!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan