Apakah gambar disunting atau memang buaya
50% 50%
Gempak!
Anak buaya sesat ditemui dalam longkang
KAJANG: Menggemparkan apabila sekumpulan murid yang menghadiri kelas tuisyen di Sekolah Kebangsaan Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, dekat sini terkejut selepas menemui seekor anak buaya sepanjang kira-kira satu meter di dalam longkang sekolah itu, petang semalam.
Menyedari kehadiran reptilia itu, pengawal keselamatan berusia 25 tahun yang bertugas ketika itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Putrajaya kerana bimbang keselamatan murid yang masih berada di sekolah itu.
Ketua Operasi JPAM Putrajaya, Koperal Hafizan Azmi berkata, anak buaya itu dipercayai tersesat dari Sungai Kuala Langat yang terletak berhampiran sekolah itu.
Menurutnya, sepasukan anggota jabatan itu yang bergegas ke tempat kejadian pada kira-kira jam 6.30 petang menghadapi kesukaran mengeluarkan reptilia itu dari dalam longkang.
Deretan pokok itu adalah longkang besar bak sungai yang bersatu
dengan Sungai Langat.
“Kami mengambil masa hampir empat jam untuk menjerut leher anak buaya itu berikutan keadaan longkang yang agak sempit,” katanya.
Hafizan berkata, salah seorang daripada anggotanya yang berbadan kecil terpaksa masuk ke dalam longkang itu untuk menjerut leher buaya berkenaan.
iDAN: Jika nun jauh dari Sungai Langat sah ada buaya; apatah lagi Kajang yang ada longkang besar sebelah Pasar Besar Kajang itu bertemu airnya yang hanyir sebelah Aked Mara Kajang; bagaimana nak sekat buaya ini mencari mangsa di bandar Kajang. Alahai boleh buat filem seram ni!.
Longkang besar ini akan bertemu Sungai Langat yang memang
banyak buaya.
Bayangkan semasa ini dia sempat memerangkap mangsanya. Mak Datok di darat pun tak selamat kini. Jika ada anak buaya mesti ada emak & apak bauaya.
Ini sejarah memancing di Sungai Langat..
Idan Radzi dulu paksu rajin menjala ikan pun memancing udang di Sungai Langat; mmg kalau sungai banyak udang selalunya ada buaya. Pernah sekali tu rakan abg lari lingtang pukang naik ke tebing sebab bolehkan terpijak buaya timbul, ingatkan ianya batang kayu hanyut...
Idan Radzi ( gambar atas sekali) ...yg ini mmg tak pasti buaya tapi bukan mustahil buaya ini akan sesat di bandar... dia datang sebab ada bau busuk dari pasar tu tentunya... gambar ini diambil jarak dari Pasar Besar Kajang tak sampai 100 meter...
Kalau banyak ini buaya menyerang Kajang; moh! kita perangkap boleh makan Sate Buayalah kita.
he3
Hai awak! Tgk berita tak td? Metro Kajang masuk berita wooo. Kenapa? Sbb banjir. Kajang mmg selalu la gak banjir, tp tkdela teruk mcm hari ni, sampai masuk ke dlm Metro Kajang semua. Tu yg ada sesetengah warga muda kat Kajang ni yg were like "o em ji kajang banjir! tak penah2 pun banjir" etc.
Kat Facebook mmg semua dok buat berita terkini sendiri la. Lepas sorang update pasal banjir, dtg lg yg lain update pasal banjir jugak. *cough* Aku pun tak terkecuali ye. Hmm, ada la bbrp kenalan aku yg terperangkap kat dlm Metro Kajang la, kat Pasar Kajang la. Dgr cerita ada buaya, tp tktau la betul ke tak.
Alhamdulillah, Saujana Impian tak banjir. Mama kata kalau SI banjir, habislah satu Kajang banjir. Sg. Kantan confirm tenggelam kalau mcm tu. Then kena tidur kat SMKSI LOL! Okay enough.
Nnt bila banjir dah surut, jom gi jalan2 gi Kajang. Barang2 mesti murah kan kan. Ooooh Cziplee bg diskaun tak?
Hahaha okay, anak2 muda Kajang ni mmg kecoh ye. Almaklumlah, bukan selalu boleh tgk kereta tenggelam. Siap ada yg naik sampan lg tu. Oh, excuse my excitement sbb bangga jd penduduk Kajang yg tiba2 famous hari ni. Siap duduk siap2 kat dpn tv nak tgk berita *tak penah2 ok*
That's all for now, babai awak!
ps : doa banjir cepat surut :)
Dari Blog: http://directorayesha.blogspot.com/
Saja nak puaskan hati selepas aku balik berjumpa Amid di Sungai Chua aku pusing-pusing Kajang... tenguk kawasan yang kena banjir staf McD maih mengemas testoran mereka; mesti air masuk ke restoran mereka; banyak kedai dah tutup dah jam 12:30 malam. Staf KFC pun sama sedang membersihkan restoran mereka.
Aku nak pastikan ada tak pengadang jalan tempat gambar diambil. Sah tak ada pengadang jalan dikatakan mungkin pengadang tu yang dianggap buaya; setahuku kawasan tu mana ada hutan yang menyimpan batang kayu sepanjang itu. Ku ianya hanyut takkan ianya boleh menentang arus.
Yang mengambil gambar ini mungkinkah tak sempat ambil dua tiga keping gambar, air keruh & buaya tu menyelam mungkin. Jika sempat ambil dua tiga gambar boleh juga kita sahkan ianya benar-benar buaya. Dalam siasatan aku melalui Adobe nampak macam gambar asli tak ada tanda contengan atau gambar bertindih.
1 ulasan:
Assalamualaikum,
rasanya saya pernah baca berita ni kat Ondscene lama dulu....tapi gambar tu tak pastilah pula real ke tambah sebab berita tu ditulis tanpa gambar
Catat Ulasan