iDAN

02 Disember 2011

Hati Penyair iDANRADZi membengkak

Jarang orang tua sepertiku kena marah. Baru kejap tadi Dr Suhyna marah tanpa memandang wajah machoku. Sungguh marah. Sungguh beradang. Kamarnya No. 4 bagaikan bergegar. Aku jadi manusia panik. Jarang kena marah maka tergamam amat.

"Dah lama tak makan ubat ni, berapa hari ni?" dia menyergahku sambil membelik-belik data di komputer.

"Ubat lama masih banyak berbaki! saya makan ubat lama sahaja" jawaban aku mesti tambah meradangkan dia.

"Ini nampak ni dua tahun lalu hati awak membengkak, sakit kronik awak bukannya boleh dipandang mudah. Ini kolestrol ini tinggi; glukos sampai bacaan 11, yang ini bulan 3 ujian terapi darah awak; masih tak jauh bedanya kurang sedikit sahaja!"

Muka aku berubah, doktor yang lain tak katakan pun demikian. Marah & meradang Dr Suhyna tanda dia doktor yang amat prihatin. Amat risau akan perkembangan kesihatanku.

"Nampak ni kolestrol masih tinggi...!" memang benar aku perasan masalah itu, tapi fikirku kes lama.

Dalam hatiku berkata, siapa tak mahu sakit ini pulih segera, siapa tak mahu jadi orang normal semula.

"Ubat yang awak makan sekadar dapat menghalang implikasi sakit awak tu tak merebah, jika bacaan ujian darah sebegini; jantung awak akan menjadi kesan. buah pinggang awak boleh rosak!"

"Saya boleh kasi awak ubat untuk sebulan sahaja, bulan hadapan awak kena datang buat ujian darah"

Bila aku lihat dia mula reda marahnya. Aku mula beranikan diri untuk mengulas segala. Bukan aku sengaja datang hari Sabtu. Salah satu sebab remeh adalah kenderaan. Kapcai meragam tapi masalah ini boleh jika minta tolong Mila hantar atau dia menumpang kawan. Aku boleh guna Avanza; atau pun boleh suruh Afiz hantarkan ke klinik. Rasanya lebih kepada rasa bagaikan terpinggir setelah tiada perhatian serius doktor. Ada ketikanya ketemu untuk buat ujian terapi darah tapi doktornya asyik sibuk & terpaksa bertukar lain.

Sejak kebelakang ini telah pelbagai doktor yang merawat aku. Buku rawatan pun tak diconteng untuk menetapkan temujanjiku. Bab temujanji aku tak kisah sangat; aku sendiri boleh tetapkan agar te[at waktunya aku boleh mengadap doktor. Tapi ubat yang aku makan, tak menyelesaikan masalah. Lagi ku makan lagi sakitku melanda sampaikan aku tak cergasa bangun pagi. Sampai segala sendiku ditariknya. Sebab itu aku beralih kepada ubatan herba; lebih ringan rasa badanku.

Buktinya aku kurangkan makan ubatan yang diberikan aku lebih makan pelbagai ramuan herba; nah tenguk tekanan darahku masih bagai setahun dua dulu. Bermakna ubatan yang diberikan sekadar menahan sakit tidak meredakan sakit. Ramuan herba pun dapat mengimbangi sakit ini.

"Kenapa ubat ini kena makan sampai dua kali; sekali makan sampai 3 biji" tetiba doktor terkejut tenguk rekod ubatan yang aku makan. Aku diam saja.

"Saya hentikan makan ubat ini; makan 4 jenis ubat sahaja" pesakit seperti aku menurut sahaja.

Sebenarnya aku memang perasan lagi aku makan ubat yang doktor persoalkan memang aku rasa tak kena. Rasa haus & rasa tambah berat nak bangun pagi. Rasanya telah lebih dari 3 bulan aku makan ubat itu. Cumanya hatiku memang waswas & kekadang aku tak makan nak tenguk kesannya. Memang terbukti aku telah diberikan ubat yang salah dosnya.

Beginilah nasib pesakit kronik; aku masih berhutang budi kepada Dr Imah; dialah doktor paling bagus & sentiasa prihatin.

"Tak apalah lain kali awak pilih doktor mana satu yanag awak suka; saya atau Dr Dr. Faridah atau Dr Dr. Aditya Adawiah" ada beberapa kata-kata Dr Suhyna yang terpaksa aku rahsiakan demi menjaga reputasi PKupm.

Kini telah masuk tahun ke lima aku menjadi pesakit kronik; Sejak tahun 2006 lagi aku keluar masuk Wad Kecemasan. Aku tak pernah putus asa dalam mengharungi kesakitan ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa derita seorang pesakit sepertiku. Banyak aku terpaksa rahsiakan dari keluarga yang tidak pernah pun tahu erti sokongan serta memberikan kekuatan semangat; malahan aku yang cuba melarikan diri dari stres nampaknya terusan berhadapan dengan stres yang berpanjangan. Aku terpaksa memujuk hati sendiri agar berjiwa cekal & tabah. Ajal & maut aku yakin di tangan tuhan, aku telah berusaha sebaiknya agar diri ini tidak cepat tewas. Esok bagiku tak pernah menjanjikan apa-apa sementelah usia aku pun semakin senja.

2 ulasan:

leeya abdul berkata...

Kuatkan semangat. Redha dgn ujian Allah swt. Biarkan sakit itu saje yg menebus dosa didunia semoga dikurangi balasan diakhirat kelak. Sokongan keluarga amatlah penting. Semoga cepat sembuh..

iDAN berkata...

Terima kasih Ieeya... telah lama diserang sakit ini; rasanya badan kian kuat menerima. Sejak kebelakangan ini biar pun terasa semakin berat badan lantaran kurang bersenam tetapi segalanya insyaAllah terkawal.

Rasanya tak mahu menyusahkan keluarga maka itu bulan lalu lewat ke klinik maka hak doktor nak marah atau sebagainya. Doktor pun buat silap memberikan dos ubat yang melampau; tapi Tuhan itu sentiasa tahu & menguji akan hambanya. Tabahkan saja.