iDAN

16 Disember 2011

Pelakon Hisham Ahmad Tajudin

Lakonan
2009
:
Santau - (Pelakon Pembantu)
2009
:
Syurga Cinta - (Pelakon Pembantu)
2008
:
Selamat Pagi Cinta - (Pelakon Pembantu)
2007
:
Qabil Khushry Qabil Igam - (Pelakon Pembantu)
2005
:
Kemarau Cinta - (Pelakon Pembantu)
2003
:
Black Maria - (Pelakon Tambahan)
2001
:
Sara - (Pelakon Pembantu)
1995
:
Putera - (Pelakon Pembantu)
1992
:
Interlud - (Pelakon Pembantu)
1992
:
Interlud - (Pelakon Tambahan)
1987
:
Wira Angkasa - (Pelakon Pembantu)
1986
:
Seman - (Pelakon Utama)
1981
:
Tsu Feh Sofiah - (Pelakon Pembantu)
Abg Hisham ini adalah rakan teater saya sekitar tahun 79, 80, 81 & 82. Saya berhenti berlakon teater tahun 82 lantaran mengambil keputusan berumah tangga. Sejak itu kami terputus hubungan. Paling akhir saya & Abg Hisham berlatih berlakon teater Mimpi Hayati dengan Mior, tak tahu apakah teater tersebut sempat dipentaskan. Noraini Hashim sinonim watak ibu mithali 20/07/2005 BELASUNGKAWA SEMALAM dunia lakonan kehilangan seorang pelakon yang amat sinonim dalam melakonkan watak ibu menerusi drama televisyen (TV), radio dan filem. Noraini Hashim, nama yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan tempatan itu meninggal dunia pada usia 70 tahun di kediamannya di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor pada pukul 9.30 pagi semalam kerana menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Pemergian Allahyarham ke rahmatullah disifatkan sebagai satu kehilangan besar dan sukar dicari ganti dalam dunia lakonan tempatan. Ini kerana, sepanjang pembabitan Allahyarham dalam bidang lakonan, beliau sering menjadi pilihan ramai penerbit serta pengarah terutamanya bagi melakonkan watak-watak seorang ibu yang memiliki sifat-sifat keibuan dan penyayang. Kelebihan Allahyarham itu diakui sendiri oleh pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam apabila beliau sering mengundang Allahyarham berlakon menerusi drama-drama dan filem-filem arahannya. ``Saya dapati, Allahyarham memang sesuai melakonkan watak seorang ibu sama ada dalam drama mahupun filem. Beliau mempunyai karisma yang tinggi untuk melakonkan watak sebagai ibu. ``Saya lihat pada wajah Allahyarham terserlah sifat-sifat keibuan. Bagi saya, beliau memiliki simbol seorang pelakon yang mampu melakonkan watak sebagai seorang ibu mithali,'' kata Yusof sewaktu ditemui di kediaman Allahyarham semalam. Yusof pernah menawarkan Allahyarham berlakon beberapa buah filem di bawah arahannya, antaranya Sembilu (1997), Maria Mariana (1996) dan Maria Mariana 2 (1998). Selain filem, Allahyarham juga pernah berlakon drama TV arahan Yusof antaranya Maria Mariana sebanyak 28 episod yang disiarkan melalui TV3 pada tahun 2001. Bagaimanapun, sejak lima tahun kebelakangan ini Allahyarham tidak mampu lagi untuk berlakon kerana uzur dan masalah penyakit yang dideritainya itu. Yusof yang juga Pengarah Urusan Skop Production Sdn. Bhd., mula mengenali Allahyarham sewaktu sama-sama berlakon beberapa drama terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1970-an. ``Saya pertama kali berlakon dengan Allahyarham pada tahun 1970-an menerusi program Drama Minggu Ini terbitan RTM berjudul Potret Pekerti. ``Dalam drama itu, saya melakonkan watak sebagai anak Allahyarham. Pengalaman itu memang sukar untuk saya lupakan. ``Ini kerana, ketika itu saya hanya seorang pelakon dan belum terbabit dalam dunia pengarahan filem ataupun drama,'' katanya. Jelas Yusof, beliau amat mengagumi sikap dan disiplin Allahyarham sepanjang berlakon di bawah drama-drama dan filem-filem arahannya. ``Saya dapati Allahyarham adalah pelakon yang paling berdisiplin di lokasi penggambaran,'' ujar Yusof lagi. Sementara itu, pelakon drama TV popular, Hisham Ahmad Tajuddin ketika ditemui merasa terkejut dan amat sedih dengan pemergian Allahyarham ke rahmatullah. Menurut pelakon berusia 69 tahun ini, dia amat rapat dengan Allahyarham sehingga menganggap Allahyarham sebagai kakaknya sendiri. ``Allahyarham amat rapat dengan saya. Saya mula mengenali Allahyarham sejak kira-kira 20 tahun lalu. ``Selama ini, kalau saya dan Allahyarham berlakon drama bersama, biasanya saya akan jemput dan hantar Allahyarham dari rumahnya ke lokasi penggambaran,'' jelasnya dalam nada terharu. Tambah Hisham, dia mula berlakon bersama-sama Allahyarham sejak lebih 15 tahun lalu dan tidak menyangka pertemuannya Rabu lalu adalah kali yang terakhir. Hisham dan Allahyarham misalnya pernah berlakon bersama pada tahun 1990 menerusi drama berjudul Zuriat Zulhijjah yang diarahkan oleh Mior Hashim Manap dan skripnya pula tulisan Datuk Rahim Razali. ``Kali terakhir saya bertemu Allahyarham pada hari Rabu lalu. Saya berjumpa Allahyarham kerana menyampaikan salam sahabat karibnya, pelakon Adibah Amin (pelakon filem Adik Manja). ``Kebetulan ketika itu saya dan Adibah sedang menjalani penggambaran drama berjudul Rahim Tidak Bersalah terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd., di Johor,'' kata Hisham. Seorang lagi pelakon yang juga kenalan rapat Allahyarham iaitu Helmy Salleh, 70, juga sukar melupakan nostalgia sewaktu sama-sama berlakon drama TV RTM pada tahun 1970-an. ``Saya masih ingat lagi, saya dan Allahyarham pernah berlakon bersama sebagai suami isteri dalam drama TV bersiri berjudul Keluarga Bahagia pada tahun 1973 sebanyak 10 episod. ``Aida Rahim turut berlakon dalam drama itu sebagai anak kami,'' ujar Helmy mengimbas kenangan silamnya bersama Allahyarham. Allahyarham Noraini Hashim atau nama sebenarnya Khairani Md. Nor meninggalkan suaminya, Hashim Amir Hamzah, 79, dan lima anak lelakinya iaitu Husni Amir, 49, Mohd. Hatta, 47, Mohd. Hasnul, 46, Mohd. Hashmy, 45, dan Mohd. Halim, 31. Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 11, Shah Alam, Selangor pada kira-kira pukul 2 petang semalam.

2 ulasan:

azieazah berkata...

Dua orang pelakun lama yang lemah lembut dan selalu bawa watak ibu ayah yang penyayang.

Paling ingat arwah Noraini dlm Maria Mariana.

iDAN berkata...

melihat watak ibu yg penyayang pasti sy teringat arwah emak yang tak pernah pandai memarahi anaknya...