iDAN

25 Julai 2012

Aziq sambung belajar di UTM

Aziq telah buat keputusan sambung belajar di UTM Skudai; Sebelum ini dia ambil Asasi UiTM di Puncak Alam. Kami akan ke sana pada 2 September nanti. Masih tak pasti mahu bertolak dari Jenaris awal pagi atau tidur di sana.

2. Biarpun aku lama berkerja sebagai kuli di UPM Serdang sebut UTM Skudai memang aku tak dapat gambaran. Blur, nak ke sana pun aku tak RETI; aku cuma selalu ke Tangkak & Muar sekitar itu.Aku kerja di Fak Kejut. Aziq juga akan ambil bidang yang sama. Kejuruteraan.

3. Cer kasi pandangan apa menariknya Skudai, ada tak hotel ekonomi kat sana ada beberapa orang cadangkan tidur saja di kolej UTM atau hotel di di Skudai. Katanya Johor Bahru (JB) ke Skudai sesak giler. Aku google cuma 8 km dari JB. Awal pagi kena mendaftar diri.

4. Ada waris baru tadi hantar kad nak kahwinkan anak di Perak 1 Septembar. Alahai larat ke badan nak bergerak ke utara tengah Malaya kemudian bergerak ke Selatan; Penat tu. Lama tak ke Johor Bahru. Apa tempat menarik kat sana pun makanan istimewanya pasti ada.
· · · 10 jam yang lalu ·
 

Tiada ulasan: