iDAN

22 Julai 2012

Dilema Anif 9

http://www.youtube.com/watch?v=-f3P9bl_Kl0
 
 
Aku hanya menonton filem sendirian sbb masa ini mila tinggalkan aku terpinggir di jenaris dia bergumbira di vietnam; filem ini sebaiknya aku menonton dengan Anif atau azim yg masih tak terima ayahnya; kasihnya ibu membawa ke syurga kasihnya ayah sanggup berkorban nyawa... bayangkan bagaimana seorang ayahnya sanggup mencuri ferrari (mencuri tak sengaja) demi mahu melihat anaknya berjaya; begitu juga kasih seorang atok sanggup merayu kepada rakannya yg kini melupakannya setelah aniaya dirinya semi kasih terhadap cucunya...
· · · · 10 minit yang lalu ·


  • Anda suka ini

    • Penyair Idanradzi Hari ini sepanjang perjalanan aku cuba menceriterakan kasih seorang ayah terhadap anaknya melalui filem ini kepada Anif; tapi sepanjang perjalanan dari jenaris ke STTJ Seremban Anif tak pun mahu senyum; Sungguh bukan niat hati ayah Anif nak tinggalkan Anif di asrama yang Anif tak suka tapi ayah Anif mahu melihat Anif berjaya.

      Pun ini satu cabaran memang Cikgu Kaunselor Anif berpura-pura depan Pengetua. Malahan semua e-mel ayah berkaitan masalah Anif mereka tak baca; tak apa Anif ini ceritera dunia nanti di sana mereka terpaksa menjawabnya.. Bukan niat ayah nak cari salah orang tetapi cara mereka memegang amanah ibu ayah murid memang tak bertanggungjawab.


       Syukur Pengetau STTJ punya Pengetua yang amat amanah tanpa tak Tuhan memandu kemelut Anif inip pasti Anif telah bertukar ke sekolah asalnya. Sekalung penghargaan buat Pengetua STTJ yang buat keputusan baik. Tidak menandatangani borang pertukaran Anif. Anif jangan kecewa bukan niat ayah nak jauhkan Anif dalam hidup ayah. Lagi Anif jauh lagi ingatan ayah amat rapat dengan Anif.

      Agar Anif dapat buktikan Anif bukan murid bermasalah atau manja tapi persekitaran di asrama kena diperbaiki. Ayah harap jadikan ini satu cabaran yang Anif adalah pelajar cemerlang kepada Cikgu yang tidak prihatin ini. Suka ambil jalan pintas & muda. Jika Aziq abg Anif boleh jadi CGPA terbaik di sekolahnya kenapa Anif tak boleh. Tak jadi pelajar secemerlang abg Anif. Paling tidak jadi pelajar baik dan dihormati.

      Begitulah Anif jika seorang guru yang dimanjakan kerajaan bergaji lumayan atau staf BPA yang dimanjakan gaji yang besar; mereka bagaikan telah berada di puncak kemewahan. Bila kita orang susah mengadu mana dapat rasa kepayahan kita; nilai jam murah yang kita beli. Merekan tak rasa pun keperitan orang susah bagai kita meniti hidup. Mereka senang-senang kata ini masalah peribadi. Sedangkan anak ayah di bawah jagaan mereka. Tanpa mereka mengerti apa peranan seorang Guru Kauselor jika tidak menepati saranan dan pesan ibu ayah murid yang mahukan bantuan mereka memujuk Anif bersabar dan tabah berdikari di asrama; ambil jalan mudah suruh anak kembali ke sekolah asal. Baik jangan ambil gaji dan amanah rakyat.


      (Aku terfikir cer cuba ceriterakan apa masalah di dunia ini yang bukan berpunca dari peribadi; Perompak sebagai contoh; yang merompak adalah perompak bukan pokok atau busut yang merompak, bermula dari sikap atau peribadi yang rosak si perompak merompak akan melibatkan orang yang kena rompak; dua-dua manusia yang asalnya masalah peribadi; kes Anif ini kami yang menghantarnya di asrama kemudian asrama sana memang ada masalah MORAL; baru seminggu Anif tinggal di sana jam kesayangnya kena curi. Apakah masalah moral ini dinamakan peribadi)

      Sampai rakanku di FB mengadu pelajar perempuan di asrama anaknya kena ROGOL, Betaoa risaunya hati seorang ibu melepaskan anak perempuannya ke asrama. Apakah BPA akan kata ini juga masalah peribadi. Pun Guru Kaunselor yang uruskan masalah kerunsingan Anif tentang kecurian sanggup menyarankan dia kembali ke sekolah asal.Tak kiralah ianya berkait dengan soal remeh atau perkara jahanam seperti ROGOL ini; ianya berkait dengan moral & keselamatan. Aku BENCI kepada BPA yang sengaja anggap perkara ini perkara remeh atau masalah peribadl. Jika kena kepada anak sendiri baru mereka dapat rasa bahangnya bagaimana. Huh!.

Tiada ulasan: