"Weh!!! bangun bersahur bersahur Weh!!!!" jauh kedengaran dalam mimpiku suara Abg Razak pelat Paritnya begitu pekat. Bau bunga kemboja putih begitu harum merembas dari langsir kayu Asrama Putra. Aku amat malas mahu mencelikkan mata. Baru sekitar 5 jam tidur tentu amat penat. Waktu belajar malam tak boleh tidur kut diherdik dek Cikgu Aziz yang garau suaranya. Seriau eh.
Seimbas dari celah langsir aku dapat melihat banyak syaitan diikat di pokok kemboja putih; syaitan tak pernah tidur asyik senyum menyeringai mengintai aku tidur. Apatah lagi asrama aku bersempadan dengan jirat cina. Nampak banyak hantu cina pun kena ikat; tapi mereka bersembang nampak sangat nak lepas kan diri ganggu kami.
Bilik air terpaksa kongsi beramai; susah jika nak buang air; lewat bangun nanti asrama Jalan watson akan kosong. Tinggal seorang di kamat verenda ini memang amat menakutkan; aku memang memilih tinggal sendirian di luar kamar; tak suka dengan sesak rakan kamar dan katil dua tingkat; di verenda yang berdinding kawat dawai dan langsir kayu ini lebih santai ketika siang; malam yang memang banyak masalah. Seyogia memang ini pilihanku.
Ini buah penaga laut; keras tak boleh makan.
Aku sekadar sempat ke bilik air basuh muka; Nafie menanti aku dia mungkin perasan aku ketinggalan sendirian; dia macam aku juga pasti takut nak rentas pokok penaga laut yang lagi besar banding pokok kemboja, ada amat banyak jin kafir kena ikat. Huh giler memang rumah lama yang dijadikan asrama Rancangan Khas (RK) ini banyak hantu; teramat banyak hantu. Sekitar 100 meter dari asrama Jalan Watson letaknya dewan makan. Dewan makan ini adalah rumah banglow pegawai kerajaan dua tingkat yang usang; di kelilingi banyak pokok tua yang dah berusia separuh abad.
Kadang-kadang jika dinihari hujan; satu masalah besar nak bersahur; dalam lampu samar meresah hujan bukan ada soyok pun nak ke banglow 65 Jalan Tambun. Masalah yang sama bagi rakan asramaku di 73 Jalan Tambun. Pandai-pandailah nak redah hujan. Jika malas nak ke Dewan Makan berlaparlah puasa siang nanti.
Hantu sering bergayutan di pokok ini.
Abg Razak dan Montak telah siapkan semua hidangan; semua sudah ditaruh lengkap; bukan layan diri tapi telah ditaruh dalam pinggan ayan lauk sayur pelbagai. Kecuali kuah kut ada yg tak mahu makan berkuah; ianya diasingkan, air teh o dah suam. Nak teh tambahan tenguklah kut ada dalam cerek. Jika habis minuman taram air paip sahaja. Tak ada penapis air atau air kosong disediakan. Ada sekitar 150 pelajar; dari 3 sekolah; yang ramai adalah dari St Michael's Institusion ada sekitar 20 orang dari Sekolah Andeson & beberapa orang dari Sekolah Raja Chulan.
Ketika konyah ikan kembong goreng aku anak bungsu kesayangan Md Sesh terkenang akan emak di Desa Tualang; sebak rasa dada bila terkenang masakan emak; bersahur begini emak selalu masakkan aku gulai lemak pisang abu sebagai pembuka selera; ikan masin dah pasti, air minuman boleh tambah; di asrama telan sajalah apa jua juadah yang ada. Memang dah ralik dengan cabaran.
- bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan