iDAN

30 September 2012

NEGARA TERINDAH DI DUNIA

Di manakah negara yang terindah di dunia ini. Jika tenguk dalam TV banyak negara Eropah sana cantik & luas ladangnya. Selalunya filem hindustan kerap memaparkan keindahan di sana.

2. Dari pengalaman aku tempat paling damai adalah di Madinah tak tahu kenapa. Suasana di sana amat santai dan tak rasa takut untuk merayap baik siang atau malam. Beribadah pun amat tenang biarpun ketika aku ke sana masjidnya penuh habuk sebab sedang diubahsuai.

3. Negara kedua aku suka ialah Jepun. Di Tokyo biarpun padat penduduknya tapi ada 1001 ceritera menarik di sana. Keadaan di sana sama rasanya di Madinah, aman selamat dan tak rasa gusar biarpun pulang larut malam. Aku juga lama di tengah kampung/bendang Jepun; masyarakat di sana menerima aku dengan baik. Ketika di sana musim luruh; amat nyaman & damai dengan padi yang mula nak menguning.

4. Indon, China, Siam (Thailand) & UK aku rasa ketakutan di sana; banyak amat kontras & orangnya terlalu ghairah nak jadi kaya sampai sanggup menipu, peras ugut & pelbagai jenayah yang tidak baik.

5. Malaysia apa jadi, aku lihat masyarakat kita makin kebendaan; kereta semakin padat. Senyum semakin kurang, beralah tak mahu. Boleh kata tiap kali di jalan raya pasti berjumpa samseng jalanan; bila kita beralah akan ada yang ambil kesempatan. Bawa kenderaan macam dikejar harimau bagai awak sorang yang bayar cukai jalan. Jika aku bawa stembroll pasti ramai yang lenyek sebab panas amat hati di dalam. (ish siapa yang samseng ni)
 
- Terlalu banyak negara aku tak punya kesempatan (bajet) pergi. Tapi aku suka tenguk Saluran Astro 707 memang ada negara yang amat indah dan aman. Alangkah baiknya jika aku dapat sampai ke sana.

Tiada ulasan: