iDAN

01 Oktober 2012

SENDIRI


Amat sukar untuk mengekalkan hubungan yang intim sesama kita. Apatah lagi diri ini bukan orang hebat yang boleh dibanggakan oleh seseorang itu untuk menjadi teman rapatnya. Berbeda jika awak tu orang tersohor. Bila saja berada di tempat awam semua mengenali awak. Semua lagak & ketrampilan awak akan diikuti oleh peminat.

2. Pernah seseorang berjanji mahu ketemu aku jika aku akan berada di sekitar tempat tinggalnya. Aku siap uar-uarkan talian telefon bimbitku sentiasa akan dibuka sepanjang hari aku di sana. Nak jadi ceritera pengecas tertinggal hanya bergantung kepada pengecas kereta. Pun telefon bimbit cap ayam ku tak berfungsi tika berada di daerah orang. Teringatlah aku akan janji-janji pertemuan. Huh igauan semata.

3. Sekadar teringat; tapi hati tentunya berbunga nak bertemu rakan yang tak pernah ditemui atau rakan lama yang jauh dari mata. Bila aku balik ke rumah & dapat menghidupkan kembali telefon bimbitku tak ada pun sebarang SMS atau notis panggilan tidak diterima.

4. Aku perasan juga ada rakan yang begitu intim sering membuka Muka Buku (FB) ini dapat dikesan melalui dinding FBnya. Sesekali tertera namanya dalam sinarai rakan yang klik FB aku; dia langsung tidak klik SUKA atau petanda mahu menghubungiku; sekadar klik tak pasti baca atau tidak catatanku. Mungkin menunggu aku MATI atau nazak baru mahu bertanya khabar (dah tak kuat diri cam mana nak klik FB)

5. Tak perlulah berharap orang menyukai diri. Disukai atau dibenci bukan urusan yang boleh dipaksa. Berkawan biarpun seribu yang benar-benar prihatin kepada kita tak siapa pasti. Semua itu adalah hak masing-masing yang penting aku terpaksa meneruskan hidup ini. Biar apa cara pun; lagipun akhirnya kita akan sendiri terkurung dalam alam barzakh dengan 1001 teka-teki bagaimanakah suasana di alam sana. Menunggu hari kiamat.

- bersambung

Tiada ulasan: