khemerosly@yahoo.com
Foto oleh Astro
KUALA LUMPUR, 23 OKT 2012: Dengan kejayaan yang luar biasa diterima pada Maharaja Lawak Mega siri pertama tahun lalu, Astro khususnya Astrio Warna meneruskan misi sama, menaikkan taraf para pelawak tempatan.
Pentas Maharaja Lawak Mega 2012 bakal dimeriahkan dengan 11 kumpulan yang telah tercalon dalam memastikan kejuaraan mereka di dalam gelanggang tersebut. Mereka adalah Pi Mai (Imuda dan Mat Over), Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil), Jozan (Johan dan Zizan), Sabon (Abon dan Sathia), Jambu (Taukeh dan Yus), R2 (Rahim dan Wan Lopez) dan Shiro (Shahrol dan Ajak).
Manakala The Bandung Jokers (Dodon, Amin dan Aman), Saywho (Eko, Bocil dan Vicha) dan Dadidu (Bobo, AR Badul dan Arif Sudin) tersenarai sebagai pelawak jemputan sebagai tanda hubungan diantara kedua negara Singapura dan Indonesia dengan Malaysia yang pernah terjalin melalui pentas ini.
Namun, sebelum Pentas Maharaja Lawak 2012 berlangsung secara rasmi bermula 16 November 2012 di Dewan MBSA Shah Alam Selangor, tiga lagi kumpulan iaitu Mamu, Kecik dan Balas terpaksa bersaing menerusi pemilihan Kerusi Panas MLM yang akan berlangsung pada 14 November ini. Salah seorang daripada mereka ini akan dipilih untuk melengkapkan senarai 11 kumpulan yang akan bertanding di dalam Pentas Maharaja Lawak 2012.
Menjawab pertanyaan mengenai penyertaan yang berdasarkan kumpulan dan bukan lagi solo, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani berkata itu bukan merupakan format baru yang ditetapkan mereka, sebaliknya itu adalah pilihan peserta sendiri.
"Perkara ini tidak melibatkan sebarang ketetapan mahupun format baru bagi Maharaja Lawak Mega 2012. Semua ini adalah suara daripada peserta, solo khususnya, yang tahu kesukaran yang bakal dialami jika berada seorang diri di atas pentas.
"Malah mereka yang tersenarai ini bukan calang-calang pelawak. Kami yakin para peserta ini bukan mengejar hadiah semata-mata. Ia lebih kepada rasa perlu mereka mengetengahkan mesej dan pengajaran melalui saluran yang kami sediakan ini,"jelasnya.
Antara yang mencuri perhatian adalah penyertaan Sabon iaitu diantara Sathiya dan Abon. Jika tahun lalu gelaran Maharaja Lawak Mega telah disandang oleh Osbon setelah mengelahkan Boboi, adakah tahun ini Sabon dapat mengungguli kehebatan Osbon seperti apa yang diucapkan oleh Abon, bekas ahli Osbon.
Lain pula dengan Boboi yang memperkasakan kumpulan duo mereka menjadi trio, setelah Nabil memilih untuk bergabung bersama Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik bagi merebut takhta gelaran yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 500,000 tersebut.
Maharaja Lawak Mega 2012 akan diadili oleh empat orang juri tetap yang terdiri daripada 2 juri daripada Malaysia dan setiap satu wakil daripada Indonesia dan Singapura.
Juri tetap ini adalah terdiri daripada mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia komedi dan menyumbang kepada 70 peratus daripada markah dan selebihnya menerusi undian oleh para penonton.
Program yang ditunggu-tunggu ini akan dikendalikan pengacara yang sama seperti musim sebelumnya, Dato' Ac Mizal. Maharaja Lawak Mega 2012 akan bersiaran secara langsung di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula 16 November ini.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.maharajalawakmega.com.my atau layari laman Facebook rasmi di www.facebook.com/maharajalawak .
Komen iDAN:
BOBOI
Memang kumpulan ini antara terhebat pasti menyaingi otai si Jozan, Jambu, Shiro yang telah ramai peminatnya. Agar format pertandingan diubah menjadi tambah mantap. Terutama elok ditambah sedikit waktu agar sampai segala lawak jenaka. Berdua pasti dapat menampilkan ketrampilan tapi jika bertiga jadi amat singkat aksinya.
Pelawak dari negara Jiran jangan diperkecilkan; mereka juga ada aura tersendiri. Pasti mereka akan mendapat lebih banyak idea sebab sentiasa terdedah dengan lawak dua negara. Saya suka dengan Say Who dari Seberang yang begitu unik sebab ada si kecil.
Perlu diingat Maharaja Lawak lain dengan Maharaja Lawak Mega yang melibat pelawak 3 negara. Tahun lalu Osbon menjadi juara. Bagi saya setelah menjadi juara eloklah tidak bertanding. Nanti jika kalah orang akan kata lawaknya semakin dingin dan tak kelakar. Sebaiknya itu menjadi syarat; selain memberikan laluan pelawak lain menjadi juara syarat begini juga tidak menjadi isu jika tiap tahun kumpulan yang sama menang.
Cuma satu yang saya nasihatkan buat Penerbit & juga Pelawak; eloklah kita kenakan syarat agar pelawak lelaki tidak memakai pakaian perempuan pun begitu juga sebaliknya. Berlawak sebenarnya ada batasnya tanpa batasnya pasti ianya akan mematikan hati.
SayWho: Pelawaknya Eko, Bocil
dan Vicha
Osbon Juara Maharaja Lawak Mega 2011 | |||||||||||||||||||||||
|
SEPAH untuk bergelar juara Maharaja Lawak 2011.
JUARA – SEPAH
NAIB JUARA – JOZAN
KETIGA – NABIL
KEEMPAT – JAMBU
iDAN:
Malam tadi aku tenguk Maharaja Lawak 2012, nampak hanya Jozan yang memberikan persembahan yang menarik. Yang lain seperi Jambu, Boboi dan ada beberapa kumpulan dapat menyaingi Jozan. Tapi yang amat sedih kumpulan yang memang tiga terakhir hancur malahan ada yang masih lawak versi lama berunsur lucah dan ada dua maksud tersirat. Sebenarnya penonton tak semua suka lawak begini. Sebab masa menonton tu bersama dengan anak-anak & keluarga.
Dulu pun Jozan macam kini; asyik di tangga teratas tapi tak lagi dapat menjadi Juara. Bagaimana tahun ini? kita tunggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan