MELANCONG KE KOTA BANDUNG | for everyone |
5 February lepas pergi ke Bandung tapi risau gek 2- 3 hari sebelum kesana berita kota Jakarta
di landa banjir agak teruk. Tapi risik dalam Internet Kota Bandung tak
terlibat. Flight Air Asia jam 7.30 pagi. Emm cuaca mendung jer. Memang
betul lah kata orang naik Air Asia ni bila langgar awan jer kapal pun
bergoyang. Tapi yang penting sekali Murah…pergi balik tambang hanya
RM230.00 ajer. Pergi 7 orang, kesian kat si Lin tak dapat pergi koz
passport dia dah tamat tempoh. Penat jerlah dia usung beg kat airport
pagi2 buta tu. Aku,
Liza (bini dah) anak aku Puteri, dang geng Pa&Ma, Azah, Intan ngan
mak dia. Bandung dilanda rebut, kapal terbang terpaksa mendarat kat
Lapangan Terbang Soekarno Hatta Jakarta duduk rilex jer dalam kapal,
lebih kurang satu jam baru berlepas semula ke Bandung. Jam 10.00 pg
selamat mendarat kat Airport Husen Sastera Negara Bandung. Baru jer lepas hujan. Waktu dibandung lewat sejam di Malaysia.
HARI PERTAMA
Kesemua kami ni pertama kali jejak kan kaki kat bandung keluar jer Airport
tak tau nak naik apa dan hotel mana nak di tuju. Aku pun tanya teksi
dan hendak ke Hotel yang berdekatan dengan Pasar Baru. Kami dibawa ke
Hotel Guntur di Jalan Otto Iskandardinata. Tambang teksi Rp 35.000
(Rm14.00) Kelas 1 Bintang. Hanya 10 minit jer dari airport Murah jer
bilik dengan extra bed Rp 175.000 termasuk sarapan pagi untuk 3 orang,
kalau duit Malaysia
sekitar RM 70.00 jer. Bilik oklah tak der aircon sebab cuaca agak sejuk
diwaktu malam. Kami memang tak nak menginap di Hotel mahal. Sbab hanya
untuk tidur jer. Letak jer bag dalam bilik tak sabar sabar diorang nak
abis kan duit yang dah siap ditukar dari Kuala Lumpur lagi. Kami terus ke Kompleks Pasar Baru. Jalan kaki lebih kurang 5 minit.
Masuk
jer dalam komplek tu…apa lagi, Bini aku and the geng tak tentu arah
mana nak mulakan dulu atas ke bawah dulu. Dimulakan di tingkat 4, pusing
le kita orang. Aku jer lelaki dalam group ni. Jadi body guard diorang,
tukang angkat bag pun ia jugek. Kesemuanya 8 tingkat. Diluar bangunan
belah belakang pasar basah. Didalam kompleks Pakaian, Langsir, Kain,
Bag, Kasut … macam2 lah ada…
Barangan
yang dijual memang murah. Kalau pandai tawar menawar dapat lagi murah.
Tergelak aku tengok gelagat bini & the gang bershoping… RAMBANG…mata
diorang….Aku ngan puteri relax jer…kul 2.00ptg gi makan kat tingkat 5.
Food Court. Tak sempat duduk lagi menderu pekerja2 kios serbu kami.
Dekat 10 orang ada. Semua cakap tentang Menu mereka. Kami hanya
memandang antara satu sama lain. Pening…pening…pusing kepala gue… nasib
baik lah datang supervisor kompleks meleraikan mereka yang mengerumuni
kami. Akhir nya kami memilih Masakan Sunda. Untuk 4 orang makan, Nasi,
Sekor Ayam Goreng, Ulam-ulaman dan sambal belacan, murah
dan meyelerakan. Hanya Rp 35.000 (Rm14.00). Lepas makan diorang sambung
lagi..shopppiiinnggg aku lepak kat surau tingkat 8. (Surau di gelar
Musolah) Surau nya besar dan selesa boleh muat sekitar 50 orang satu masa.. Jam
dah kul 4.30 petang. Fuhhh tak abis lagi diorang tu… dari kul 10.40
pagi sampai laa ni tak abis lagi. Sampai dah nak tutup kedai. Komplek
Pasar Baru tutup jam 5.00 ptg. Kalau tutup kul 10.00 mlm sampai kul
10.00 mlm lah aku tunggu diorang…..Aku lah jadi mangsa tukang angkat
barangan…no hal..punya...
Lepas
solat Maghrib kami naik “Angkut” ke Factory Outlet “R&R” di Kebun
Kawung. Tambang Rp 1000.00 seorang.
Kira-kiranya dalam 5 minit dari
Hotel. Tak berapa ramai sangat orang tapi pakaian, seluar dan kasut agak
mahal sikit dari Pasar Baru. Tapi ada kualiti. Mcam biasa diorang jelah
yang membeli bayar. Sebelum ke Bandung, aku memang dah siapkan dan
berikan sorang satu senarai tukaran matawang Rupiah ke Rm, so senang lah
diorang nak nilaikan barangan yang hendak diorang beli.
Kul 8.45mlm kami naik “Angkut” ke Elizebeth bag maker. Produk kulit kasut dan bag, Ada
klass dan murah jugek. Jam 10.00 mlm sampai di Hotel terus makan malam
dan tidur sebab esok diorang nak serang lagi…..emmmm…. Cuaca sepanjang
hari mendung dan hujan renyai sekejap waktu malam. Udara Nyaman
disekitar Hotel. Waktu malam di kawasan Hotel agak sunyi. Aku duduk
berborak ngan sekuriti guard yang ramah mesra. Nama dia aku lupa.
Rancangan Tv di Indonesia menarik kebanyakan rancangan dana salurannya berbahasa Melayu Indonesia takde pun bahasa China walaupun bangsa China ramai juga di Indonesia tu. …Kalau kat Malaysia bila tengok Tv dah macam duduk kat Hong Kong jer…
HARI KEDUA
Lepas solat suboh lepak tengok tv kat reception, Sronok tengok brita tv Indonesia..kes
curi mickrofon kat surau pun diorang tunjuk. Lagi satu muka pesalah
pencuri atau perogol, perasuah dan sebagainya takder censord …tunjuk
clear….
Lepas
tu lepak kat pondok guard saja sembang2 siap minum jamu dengan telur
ayam kampong lagi..aku belanja pak guard seramai 4 orang…emm baru 20,000
rph. Sementara nak tunggu diorang bangun. Hari ni sarapan nasi goreng
ngan teh o. Kul 9.00 gerak ke Jalan Cihampelas. Sepanjang jalan dipenuhi
FO. Macam biasalah turun jer van kita di serang penjual2 jalanan. Hasil
interview aku diorang bukan orang bandung tapi dari daerah Garut. Garut agak 2 jam perjalanan dari kota Bandung
dan kalau nak beli barangan kulit inilah tempatnya. Macam biasalah
diorang jer yang sakan dari satu outlet ke satu outlet aku lepak beberok
ngan penjaja jalanan. Pagi ni hujan renyai tapi tak lama. Kebanyakan outlet ni dihiasai replika yang agak besar juga. Spiderman, Batman, Catwoman. Hero2 kartun. Rasanya
aku lebih selesa kat FO yang besar dibandingkan ngan kat jalan
Cihampelas. Dan kat sini juga ada kawasan baru yang dinamakan Cihampelas
Walk. Harga lebih kurang jer. Jeans berjenama tak der dan tak leh tawar
menawar sebab harga tetap. Aku hanya beli seluar jeans sehelai. Rasanya
kalau ke Bandung lagi aku tak datang kesini lagi….tak best..
Jam 1.00 paktua, pemandu van dah sampai kami terus balik ke Hotel..koz diorang nak ke Pasar Baru tak puas satu hari semalam kat sana.
Letak jer barang kat bilik Hotel …terus diorang pergi…aku ngan anak aku
rilex jerk kat bilik tengok tv. Kul 2.00 aku ngan puteri ke Pasar Baru
dan tunggu diorang kat tingkat 5 tempat makan. Aku order 2 set Nasi
Sunda dan 1 set Ikan Bakar. Macam biasalah kul 5 baru diorang habis
shoping sebab dah nak tutup. Rancangan aku nak ke Tangkuban Perahu lebih
awal tergendala. Kul 6.30 baru gerak dah nak gelap tak dapat lah nak
tengok pemandangan di puncak gunung dan Ladang teh. Perjalanan mengambil
masa 1jam 30mnt. Tangkuban Perahu adalah Gunung Berapi yang masih aktif
tutup jam 4.30 ptg. Emmm…Lalu jerlah…Kita pergi
Sari Ater Resort dibuka 24 jam nak masuk jerk kat pintu gerbang kena
bayar 25.000 rph seorang. Nak masuk ke kolam air panas 20.000 seorang
yang mana kolam renang besar disediakan dan kami memilih kolam peribadi
25.000rph seorang yang boleh memuakan 2 orang dewasa. keluasan nya 5kaki
X 3kaki. Aku sekeluarga satu bilik. Menjerit kepanasan lah anak
aku…tapi dah berendam tak terasa panasnya lagi.
9.00 malam bertolak keluar dan singgah di restoran padang.
Agak mahal juga kami 7 orang makan lebih kurang 600,000 rph (rm200
lebih) Dinasihatkan jangan lah makan kat sini lagi kalau nak makan
tunggu jerlah bila sampai di Kota Bandung. Sampai jer Hotel semua keletihan. Tidur……….
HARI KETIGA
Segar
bangun pagi ni sebab semalam dah berendam dalam kolam air panas gunung
berapi....4.00 pagi dah bangun koz subuh masuk kul 4 pg. Lepas solat
lepak tengok tv berita. Kul 5.30 aku merayap sorang2 pergi pasar basah
nak tengok keadan mereka dipasar. Macam biasalah sama macam pasar2 kat
Malaysia. Tapi yang perhatikan banyak ulaman yang dijual dan
tahu...tempe tetap..dah memang makan asas bagi mereka. Dah puas ronda
balik lepak ngan pak gat macam-macam cerita lah seperti biasa jam 8.30
pagi awek jamu datang, semua yang ada kat situ aku belanja jamu. aku
minum jamu pasak bumi campur telur ayam kampung...peh...kow... wa cakap
lu..pak gat lah yang rekeman....
9.30
semua dah siap minum pagi, macam biasa nasi goreng mata kerbau...anak
aku si puteri suka...sedap kata dia...rancangan kita pagi ni nak ke
Jalan Martadinata ke kompleks Heritage dan aku pun dah tak ingat banyak
sangat gedung kat jalan tu....kat sini barangan berjenama dan harga nya
pun murah tapi macam biasalah aku hanya jadi bodyguard dan tukang angkat
barang jer...pas tu gi pulak kat jalan Setia Budi Komplek Rumah
Mode...emmm agak menarik tempat ni udara agak sejuk koz terletak diatas
bukit dan landskapnya menarik ala2 kat negeri china jer dan barang
jualannya jugak banyak dari China.
Dah puas merayap dalam kul 12.30 tgh
kita orang pergi pulak Jalan Cibaduyut....Sini lah tempatnya yang aku
nanti2kan...sebab disinilah disepanjang jalan, kedai menjual barangan
kulit. Yang pertama sekali aku cari ialah jaket kulit...dari pangkal
sampai lah kehulu aku jalan dok servey jaket kulit, penat gak ler...dan
aku pun terkenan ler jaket kulit kambing biri-biri warna coklat cair
lagi...harganya mahal gak 750,000 rph tawar menawar aku dapat 600.000
rph. lebih kurang rm250.00. dan aku beli 2 bag galas satu puteri punya
dan satu lagi aku punya. puas hati aku....Bini aku emm kasut jer 5
pasang dia beli.... heran tul aku ngan pompuan ni...nak beli bag tangan
dia tak sempat...sebab dia dok rambang ngan kasut.....punya lah leka dah
petang rupanya...tak ingat nak makan tghari...gila betul..5.00 ptg..
ajak diorang balik kalau tak panggil memang kena tunggu kedai semua
tutup lah baru diorang nak balik....itupun ada yang nak singgah pasar
baru lagi ni...aku kata lain kali jerlah koz memang komplek tu dah tutup
kul 5.00ptg ... Jalan Cibaduyut adalah dibahagian selatan Bandung, agak
jauh dari Hotel. Kami singgah di Pasir Kelili memang semuanya dah
kebulur...Makan di restoran Sunda...murah...semuanya murah kat sini.
Sampai
Hotel dah pukul 8.30mlm....penuh tangan dengan barangan ....macam-macam
ada...malam ni acara mengemas barang. Masa datang ada satu bag jer
...nak balik ada 5 bag....tak kira bag plastik lagi....
gila...sakan...
HARI KEEMPAT
Lepas
sarapan bergegas lah ke airport. Kapal terbang kul 8.30 pagi. Sebelum tu
kita bagi tips kat pekerja2 kat hotel tu. Pak tua aku bagi duit
Malaysia. Suka diorang... Tax 60.000 seorang...barangan tak kena cukai..
Alhamdulilah
Kapal terbang selamat mendarat di Lapangan Terbang Murah KL jam 11
tengahari. Kat Kastam KL pun tak kena cukai.......
Abang wahab ambil kita orang...sebab dia yang hantar masa nak pergi tu ari...
Seronok dan pasti akan kembali lagi.......
Rancangan seterusnya...19/8/07 ke Jakarta 5 hari....emmm.....dan Beijing bulan 12 nanti....Insyallah....
Tags: bandung
Prev: ZULflyhttp://zulfly.multiply.com
iDAN:
Catatan ini kisah lima tahun lalu tapi tak jauh bedanya dengan kini; Aku dan keluarga baru balik dari Bandung nanti kelapangan aku akan berkongsi pengalaman melancong ke sini. Jika ada duit nak pergi lagi ke Indon tapi aku masih rindukan Medan bukan Bandung yang pernah aku pergi sekitar tahun 88 dah sekitar 24 tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan