Pelan Prabayar 3
Biar bagaimana canggih mana pun server atau pembangunan ICT
direkabentuk pasti si Penggodam akan mencari jalan menunjukkan kehebatan
untuk melumpuhkan sistem maklumat yang ada.
Samalah mengikut
rakanku yang berada di kumpulan jurutera yang memantau server
telekomunikasi terkini mereka sering melihat kerja Penggodam memasuki
server mereka & cuba melumpuhkan kelancaran server.
Dulu Telekom Malaysia adalah badan kerajaan sekarang telah diswastakan.
Sebaiknya kerajaan tidak melepaskan terus syarikat swasta ini tanpa ada
keahlian yang pakar memantau perniagaan mereka. Sebab ICT adalah
keperluan asas bagi individu & perjalanan sektor swasta serta
kerajaan.
Jangan TIRU macam Tenaga Nasional tak pernah untung
tetapi rakyat nampaknya setiap bulan membayar bil yang tinggi. Ke mana
perginya duit sewa yang BESAR jumlahnya ini. Jika syarikat swasta yang
visi utamanya membekal memudahan asas bagi orang awam itu BANKRAP (awam
itu termasuk individu) biasanya kerajaan terpaksa mengambil alih. Ini
memang berlaku di seluruh dunia tak kira negara membangun atau negara
maju.
Hatta kementerian yang terlibat dengan perjalanan
perniagaan berkait dengan ICT, telefon, & telekomunikasi semua ini
perlulah sentiasa peka akan keseimbangan sewa yang terpaksa ditanggung
oleh semua warga di negara ini. Kerajaan perlu tahu secara TEPAT skala
atau statistik keuntungan atau kerugian syarikat ini.
JPM:
Jangan mudah lepas tangan dengan berdalih ini bukan tanggungjawab kami.
Kebajikan seluruh rakyat adalah tanggungjawab bersama sebab semua cukai
dibayar oleh setiap orang; kutipan cukai semuanya berlonggok di tangan
kerajaan. Keuntungan syarikat terkadang milik oleh luar; kerajaan
mendapat seciput cukai tauke syarikat bila dah kaya nampaknya bukan
melabur di negara sendiri tetapi lari ke negara luar demi menjimatkan
kos pengurusan. Air Asia sebagai contoh.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telekom_Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan