BIRO PENGADUAN AWAM
Biro Pengaduan Awam
Jabatan Perdana Menteri,
Peti Surat 9000,
Kuala Lumpur.
JABATAN PERDANA MENTERI
ARAS 6, BLOK B1, KOMPLEKS JPM
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62502 PUTRAJAYA
: www.pcb.gov.my
Ruj. Kami: BPA.600-2/3/106990
Tarikh: 15/01/2013
Encik Haridan bin Mohd Rodzi
65. Jalan Jenaris 3,
Desa Sri Jenarais
Sungai Kantan
43000 Kajang
Hulu Langat.Selangor.
Tuan,
KES A131622: PELAN PRABAYAR (SILA TUTUP KES NO. ADUAN : A131342)
Saya dengan hormatnya diarah merujuk kepada aduan tuan/puan di atas.
2. Biro Pengaduan Awam (BPA) merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan/puan atas kepercayaan kepada kami dalam mengendalikan aduan ini. Setelah disemak dan diteliti, isu yang dikemukakan adalah melibatkan sektor swasta jesterus itu, tuan dinasihatkan untuk berhubung terus dengan agensi atau Kementerian yang mengawalselia agensi tersebut.
3. Untuk makluman tuan, adua-aduan yang melibatkan Jawatankuasa Kira-Kira Awam, Agensi/Sektor Swasta, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Bantuan Guaman, Urusan kenaikan pangkat perkara-perkara berkenaan dasar kerajaan yang telah ditetapkan, masalah keluarga atau peribadi yang melibatkan perilaku sosial individu, masalah dalaman pengurusan organisasi/agensi dan tuntutan berbentuk 'Civil' antara individu/syarikat adalah di luar bidang kuasa Biro Pengaduan Awam.
.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
b.p. Ketua Pengarah
Biro Pengaduan Awam
Jabatan Perdana Menteri
Respon iDAN
Bila Pengarah telah bertukar semakin kecil bidang kuasa. BPA; sedangkan Aduan aku terhadap Syarikat Telekomunikasi ini ada masalah semasa pun melibatkan semua orang. Aku sekadar meceriterakan pengalaman aku sendiri dengan agensi kerjaan pun swasta. Individu itu sendri adalah salah seorang kompenan/watak/makhluk Allah SWT yang bila digabungkan menjadi rakyat. RAKYAT tidak ujud tanpa individu.
Fahaman aku begini bila sebut JABATAN Perdana Menteri (JPM) ianya adalah satu kementerian yang paling teratas & berHAK menegur mana-mana kementerian; dah namanya pun Perdana Menteri ada di sana biar pun tidak boleh merubah tetapi kena ambil tahu perkembangan semasa. Malahan ianya sebaiknya menjadi orang tengah.dalam banyak isu.
Cer baca Aduan aku tentang betapa MAHALnya rakyat marhaen perlu membayar khidmat Prabayar:. Pertama bayaran perkhidmatan RM1 SEHARI ini elok dikaji semula rasanya mahal amat jika kita congak pasti RM365 untuk setahun.
Kedua jika duit masih berbaki di akaun Prabayar biarlah perkhidmatan itu TETAP dilanjutkan; pelanggan tak perlulah tambah nilai sampai habis duitnya digunapakai. Secara lojik jika memang baki dalam akaun Prabayar ada sebanyak RM50 kenapa tidak boleh tambah nilai dengan duit tersebut. (Bukan diperam selama 30 hari & boleh HANGUS duit terkumpul mengikut sytar/pelan yang perlu dikaji semula)
Jawapan yang diberikan BPA suruh ke Peguam sebab duit RM50 amat mendukacitakan. Bukan Bidang kuasa BPA seperti surat di atas bagi saya amatlah tersasar perkataan AWAM itu digunapakai. Jika BPA berkerja jujur lagi bersungguh cukuplah majukan e-mel atau aduan KAMI ini ke agensi berkaitan.
Aku rasa telah terlalu ramai rakyat marhaen terjemak dengan dasar perniagaan yang nampak canggih di era ICT tapi menyedut duit individu juga rakyat miskin. Jika Jawatankuasa Kira-Kira Awam pun tak boleh BIRO PENGADUAN AWAM (BPA) berhubung rapat; baik gugurkan saja perkataan AWAM dalam mengelabui yang JPM sentiasa membantu kami.
Saya telah lama baca Takrif Aduan ini:
Takrif Aduan di BPA: | |||||||||||||||||||
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan