iDAN

11 Januari 2009

"Australia" Cinta seorang Janda & Duda (Singgahsana)

Bagus ceritera ini, maka itu ada yang memberikan ianya 5 bintang (5/5). Jika anda ke http://www.imdb.com/title/tt0455824/

Ceritera Australia ini mendapat 7.3. Memang payah mendapat raking sebaik ini. Ada kalangan penonton memberikan 9.0 di imdb. Jika aku menilai pastinya sama dengan penonton ini. 9.++. Memang menarik ceritera ini seperti juga aku menyukai ceritera Twilight.

Genre ceritera ini ialah Pengembaraan, Fantasi, Drama & Peperangan. Ianya juga terselit mitos cinta antara duda & janda. Kasih sayang antara kaum berlainan rona kulit. Aku menyukai watak kanak-kanak Nullah (Brandon Walker) & atoknya King George (David Gulpilil). Comel amat Nullah ini. Begitu juga Cik Bos (Nicole Kidman) yang agak ligat, sexy & menggoda.



Situs bagi filem ini ialah
http://www.australiamovie.com/

Jika sempat apa salahnya anda menonton filem ini bersama orang tersayang atau keluarga di pawagam. Filem ini dikategorikan untuk tontonan 13Tahun. Perlu diingat aku pernah kena tahan masuk ke pawagan di JUSCO Bukit Raja Klang; Malam raya Qurban baru ini, lantaran nak menonton filem 18 Tahun. Bawa si Aziq. Aziq memang nampak kecil macam kanak-kanak sekolah rendah. Masih tega beli tiket kanak-kanak. Tapi ketika itu aku beli ketiga-tiga tiket dewasa. Sudahlah menunggu tayangan berjam-jam sebab buat tempahan awal amat, kena tahan pula masuk panggung. Huh!.

"Kita bersama keluarga, apalah salahnya jika kami mahu menonton" Sungut sebuah keluarga Melayu turut kena tahan, mereka bersama-sama ibu, ayah, abgnya sudah 20an yang bungsu berumur 17 tahun. Yang bungsu itu yang jadi masalah. Kasihan.

"Kami tak berani kasi masuk, pernah kami kena operasi & kena denda RM40,000.00" Kata Penjaga Pintu pawagam yang masih remaja. Betul ke Rm40,000.00. Ikut berapa ramai penonton bawah umur kot.

"Anak saya ini sudah lama baliqnya..." Sungut ayahnya.

Aku teringat, semasa aku baliq, berumur 10 tahun aku telah baliq (Mimpi Basah). Awal amat. Pun aku terkenang wajah pelajar Palestin Muataz yang berjambang tentunya telah akil baliq sejak bawah umur 12 tahun lagi. Jadi jika sudah memang keluarga Melayu tadi; memang anaknya berumur 17 tahun telah baliq, apakah akta filem negara masih mempersoalkan tentang baliq ini. Apakah masih bawah umur 18 tahun tak boleh masuk jika bersama keluarga sekali pun.

Sedangkan aku sendiri membaca akta pernikahan bawah umur, masih boleh perempuan berumur 15 tahun berkahwin dengan syarat mendapat keluliusan Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. Maka itu aku sendiri memang terkilan amat dalam bab menonton ini. Jika akta penapisan perfileman negara ini menjadi soal, Aziq telah pecah suara, umurnya pun telah 16 tahun lebih. Diiringi keluarga; dari paparan filem ini, cuma filem aksi. Ganas sangat ke aksinya. Akta tetap akta... Astro pula bagaimana siang-siang pun bersepah filem untuk 18 tahun ini. Lagilah payah kita sebagai ibu bapa nak kawal.

Masa diminta keluarkan kad pengenalan, aku telah berdalih mengatakan kad pengenalan Aziq tertinggal, Aziq pula yang gabra, tergagap-gagap silap menyamar tahun lahirnya. Mengesahkan dia bawah umur.

Terpaksa ambil semula duit tiket & kami bergegas menonton di pawagam lain sekitar Klang juga. Jauh dari Bukit Raja. Pawagam baru tapi penuh misteri; Seram gila ke pawagam berhantu ini. Tenguk pula tiga beranak sahaja; tayangan larut malam lagi. Bayangkan kami tiga beranak duduk tengah-tengah pawagam, pecah rekod betul, masa aku beli tiket tenguk di komputernya ada sebaris belakang penuh ditempah. Dalam panggung tak ada pun. Hantu jembalang kot yang menonton. (mungkin juga mereka yang menempah melalui internet membatal tempahannya) Pawagam paling hujung & terakhir pula tu. Bila waktu nak balik ketawa besar yang tukang buka pintu. Kira pecah rekodlah, Dulu aku pernah menonton di Bangi (dah tutup pawagam tu) Kami lima beranak & satu pasangan kekasih. Yang ini semata-mata tiga beranak. Malam raya Qurban lagi. Kes bosan nak tidur di Merulah!. Habis ceriteranya sekitar jam 2:15 pagi, manalah tak kena ganggu jembalang.



Sampaikan Afiz esoknya demam lantaran nampak lintasan semasa dalam pawagam. Dia tak cerita masa di pawagam atau masa nak balik dia nampak lintasan. Esoknya, bila dia tak sedap badan demam; semasa berbual dengan anak buah Mila; Amira, barulah dia buka cerita. Bukan sekali dua dia nampak lintasan. Memang pawagam itu telah banyak buat sejarah. Lagi pun memang sah lagi syohih ianya singgahsana yang kerap syaitan bertandang. Pernah katanya orang yang menonton ceritera seram, keluar beramai-ramai sebab nampak bayangan hantu di skrin...!, layar perak! Aku manalah tahu pawagam itu berhantu. Mila yang tahu kes kami kena ganggu di pawagam apa lagi; teruk aku kena bebel, aku sepatah pun tak menjawab. Padan muka aku. Memang tak serik dalam bab mencari hiburan.

Berbalik pada tontonan umur 13 Tahun tadi. Kanak-kanak bawah 13 tahun memang tidak diberi masuk pawagam jika tanpa keluarganya. (kan lain ceritera akta 18 tahun tadi, yang ini boleh pula) Mungkin ramai kalangan kita tak ke panggung wayang lagi macam zaman 60an. Tetapi kekinian; sesekali kalau kita pergi menonton zaman 60an itu bagaikan berpatah balik. Tenguk versi filemnya bagaimana. Jika memang ceritera famili, seperti CicakMan, Harry Potter (U) & lain-lain. Ramai kalangan masyarakat Malaysia berpusu-pusu masuk pawagam. Ada atok yang bawa cucu. Nyonya bawa amoi. Emak ayah bawa anak-anak. Berpasangan itu biasa. Maka itu jika kita lihat mana-mana kompleks besar, pawagam mereka masih gah beroperasi. Padat penontonya. Lantaran masih ada pengunjung setianya.

Semasa aku menonton filem Australia ini, sebaris dengan kerusi kami ialah Benggali berserban bersama isterinya sebelah Afiz & keluarga Melayu berempat sebelah aku.

Sinematograpi Australia ini memang menarik. Tak puas rasanya sekali menonton, mahu berulang kali menonton macam Abg Rahman Sidam tenguk cerita Bobby... kot baru puas. Jika kita membeli DVDnya pasti tak sehebat dengan menonton di pawagam. Jika anda ke http://www.cinema.com.my/ ianya mendapat 4 bintang (4/5) bagi kesan sistem audio pun videonya.

Antara babak yang menarik filem ini adalah ketika Nullah menggunakan kuasa pukaunya ketika menghalang ribuan kumpulan lembu dari terjatuh ke lurah. Memang menarik!. Antara babak tragisnya pula ketika emak Nullah mati lemas di tangki air. Pun Cik Bos disangkakan mati kena bom askar Jepun. Ketika itulah baru si heronya Drover (Hugh Jackman) sedar, akur tentang kasih sayang antara anak angkat & kekasih pun pahitnya kehilangan orang yang dicinta. Baca komen Mat Salleh bawah ini. Mereka juga ikut menangis atas sentuhan ceritera Australia ini. Tak jemu di pawagam hampir-hampir 3 jam tayangannya.



- Fab a must go and see!!! - Fiona

Went to see the film with my mother and we both enjoyed it alot. The boy who played Nullah was very good and very cute. I cried 3 or 4 times during the film due to its drama, pasion and romance

Review published on the 07 January 2009 20:44
Star Rating: 5/5

A proper movie - Max

Don't let the critics deter you on this one. It is unashamedly epic, beautiful, romantic and comically theatrical in places - in the best tradition. Like a modern gone with the wind. I found it very moving. I do dislike so many modern movies edited down to an hour and a half or so, i like a good epic. I thought it was great. Incredibly moving and the Aboriginal spirit comes through well. The Japanese bombing scenes have real impact and bring home the consequences of much colonial history.

Review published on the 04 January 2009 01:12
Star Rating: 5/5

Australia absolutely brilliant - jim kelleher
Saw the film 'Australia ' last night with my wife and we both agreed it was on of the best films we have ever seen. It has everything from action , romance , scenery, history, just about everything you would want to see in a movie and to cap it all its two and a half hours long. Feck the critics this is even better than 'Gone with the Wind'and some of the scenes with the cattle and horses are absolutely amazing.

Review published on the 31 December 2008 19:54
Star Rating: 5/5
Posted on 7.1.2009 at 10:58 AM

07 Januari 2009

Istana masa kecil (Santai)

Pengukir kayu tersohor negara, Norhaiza Noordin membeli tiga buah rumah Melayu Terengganu berusia lebih 100 tahun semata-mata ingin membina ‘istana impiannya’ semasa kecil.




SEMASA kecil, Norhaiza Noordin asyik memerhati sebuah istana lama di kampungnya, Kampung Raja di Besut, Terengganu.

Istana Tengku Long, binaan klasik tahun 1875, begitu menarik minat Norhaiza sehingga beliau bercita-cita untuk memiliki kediaman seperti istana itu apabila dewasa kelak.

Kini pada usia 46 tahun, pengukir kayu terkenal ini boleh tersenyum lebar kerana impiannya hampir tercapai.


TIDAK mustahil Norhaiza akan menjadikan 'istananya' ini sebagai pusat rujukan suatu hari nanti.


Usahanya bermula pada tahun 1995 apabila beliau membeli sebuah rumah Melayu tradisional di Kuala Terengganu pada harga kira-kira RM6,000.

Bangunan itu kemudian dipindahkan dan dibina semula berhampiran rumah ibu Norhaiza di Pasir Raja, Besut.

Norhaiza turut membeli dua buah lagi rumah Melayu lama sebagai tambahan kepada rumah sedia ada. Kediaman yang telah dibaik pulih itu dinamakan Seri Bakawali.


RUMAH Melayu lama bukan saja selesa malah sentiasa mengingatkan Norhaiza kepada kekayaan warisan Melayu.





Menurut Norhaiza, rumah itu bukan sahaja selesa untuk beliau sekeluarga, bahkan ia sentiasa mengingatkan beliau kepada kekayaan warisan Melayu. Rumah itu sangat elegan dan klasik, begitu hampir dengan bentuk ‘istana’ yang diimpikan Norhaiza semasa kecil.

“Semua rumah itu berusia lebih 100 tahun. Rumah Terengganu unik ialah kerana ia dibina menggunakan pasak. Jadi ia senang untuk dipindahkan dan dipasang semula di tempat lain.

“Namun saya mengambil masa hampir 10 tahun untuk menyiapkan kediaman ini kerana kosnya yang tinggi,” katanya yang pakar dalam ukiran kayu termasuk tingkap, bingkai tingkap, dinding, bumbung berdekorasi dan pintu gerbang.


PRODUK ukiran kayu mahal kerana kualiti seni ukirnya dan ia menuntut ketelitian, kemahiran kerja halus dan memakan masa untuk disiapkan.


Bercerita mengenai Seri Bakawali, Norhaiza memilih konsep istana lama itu kerana inginkan suasana seperti zaman kegemilangan Melayu kira-kira 300 tahun dahulu.

Kediaman itu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu rumah tamu, rumah ibu dan dapur.

Keunikan rumah yang disifatkan seperti rumah golongan bangsawan Melayu itu diserikan dengan pintu pagar yang dibina Norhaiza sendiri pada tahun 2003.


INILAH hasil kerja keras Norhaiza mempelajari seni ukiran kayu selama 15 tahun.


Halaman rumahnya berada di tengah-tengah antara tiga buah rumah tersebut. Di situ terdapat sebuah pondok kecil yang asalnya merupakan sebuah tempat simpanan padi.

Di kanan halaman terletak rumah tamu manakala di tengah ialah rumah ibu. Di kiri pula merupakan dapur yang bersambung dengan bahagian sisi rumah ibu dan pintu masuk utama ruang tamu.


ISTANA impian Norhaiza bermula dengan sebuah rumah lama yang dibeli di Kuala Terengganu pada 1995.


Bagaimanapun, jelas Norhaiza, pintu pagar rumahnya sentiasa ditutup disebabkan ramai orang datang kerana menyangkakan kediaman itu sebuah muzium.

Kata Norhaiza, beliau dan keluarga kurang selesa menerima kunjungan orang luar yang tidak dikenali kerana mereka tinggal di situ.

“Tunggulah bila tiba masanya saya akan jadikan kediaman ini sebagai tempat rujukan,” katanya.


BERSANTAI di pangkin yang diletakkan di tengah laman.





Menurut Norhaiza, seni ukir berkualiti memerlukan ketelitian dan kemahiran kerja halus yang memakan masa untuk disiapkan. Kerana itulah produk ukiran selalunya mahal.

“Faktor harga menyebabkan kebanyakan orang lebih suka memilih hasil ukiran yang lebih murah walaupun kualitinya rendah.

“Sekiranya trend ini berterusan, tidak mustahil orang seperti saya terpaksa mengikut kehendak pasaran dan mengeluarkan produk kurang berkualiti untuk meneruskan hidup,” katanya.

Beliau juga berpendapat tidak ramai pengukir yang benar-benar masih mengekalkan identiti Melayu kerana telah diresapi seni ukiran kontemporari.

“Untuk memudahkan orang ramai membuat pilihan, kerajaan juga boleh memberikan gred terhadap pengukir berdasarkan kualiti dan pengalaman pengukir itu sendiri,” katanya.

Kosmo!

06 Januari 2009

Catriona Ross bunting pelamin (Hiburan)




GEMBIRA Diva dengar cerita bahagia Catriona Ross, 29, yang baru mendirikan rumah tangga dengan pengarah rancangan hiburan televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin, 30, pada 26 Jun lalu. Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Paya Rambai, Kota Bharu, Kelantan.

Dengarnya sudah ada tanda-tanda orang ketiga dalam kehidupan Cat. Jangan salah faham, Diva dapat cerita yang Cat sekarang mengandung dua minggu. Amboi, murah rezeki Cat nampaknya. Mesti comel anaknya nanti, putih gebu kalau ikut macam ibunya.

Tahniah buat Cat dan suami dan semoga kedatangan cahaya mata nanti lebih memeriahkan rumah tangga mereka.


Diva:Al-Fatihah buat buat bekas editor Media Hiburan, Hanif Ghani.

05 Januari 2009

Porselin atas para kayu

Elise mengambil masa tujuh tahun untuk mengumpul pinggan dan cawan bercorak country rose.




GANDINGAN warna putih, kuning air dan lukisan country rose di sudut luar bagaikan menggamit tetamu supaya segera masuk dan menjelajahi kediaman teres ini.

Dari pintu masuk, mata akan tertancap ke arah ratusan hiasan dengan kemasan porselin gaya Inggeris yang diatur kemas di para-para kayu selain yang disusun di dalam almari di setiap sudut ruang.


LATAR kuning air menyerlahkan dekorasi rumah ini.


Menurut suri rumah, Elizabeth Adat, 34, atau Elise, walaupun kediamannya ini hanya berkeluasan 1,400 kaki persegi, susun atur yang kemas menjadikan ruang sedia ada tampak luas walaupun sarat dengan pelbagai hiasan porselin.

"Saya memang penggemar hiasan ala Inggeris. Sejak tujuh tahun lalu saya mula kumpul pinggan, piring dan cawan yang bercorak country rose.


PERINCIAN motif bunga pada setiap objek.


"Memandangkan saya tidak bekerja, saya lebih suka beli sedikit demi sedikit, sampailah lengkap satu set. Adakalanya genap setahun baru saya dapat kumpulkan set cawan atau pinggan kegemaran saya," kata isteri kepada seorang pegawai polis ini.

Melepaskan pandangan ke seluruh ruang, tidak dapat dibayangkan bagaimana ibu kepada tiga orang anak ini membersihkan setiap perhiasan porselin dan kaca tersebut.


RUANG ideal untuk interaksi keluarga.



ANTARA sudut yang ditata rapi hingga kelihatan seperti ruang pameran.


04 Januari 2009

Gadis ketagih seks (Delima Merkah)

SAYA berumur 19 tahun dan masih belajar. Ketika berumur 10 tahun, saya melakukan hubungan seks dengan sepupu saya. Dalam usia yang terlalu muda, saya langsung tidak mengerti apa yang saya lakukan.

Seingat saya, dua kali sepupu saya meniduri saya dan kejadian berlaku apabila dia datang ke rumah saya ketika cuti sekolah. Ayah tidak tahu hal ini kerana sibuk bekerja, manakala ibu pula sibuk menguruskan hal enam anaknya yang lain.


Ibu juga dulunya tidak mengendahkan saya. Ibu hanya memberi makan dan kasih sayang sekali-sekala kepada saya. Selebihnya saya banyak berdikari. Sekarang, sepupu saya menerima rawatan di Pusat Serenti kerana terbabit dengan dadah.

Saya bersyukur pada Allah kerana tidak menemukan saya dengan dirinya lagi. Mungkin jika berdepan dengannya, segala macam perasaan takut, benci dan marah akan timbul dalam diri saya.

Selain itu, ketika kanak-kanak, saya juga pernah melakukan hubungan seks dengan pak cik saya. Bagaimanapun, ketika usia 11 tahun saya mula mengerti apa maknanya ‘rogol’. Saya juga tahu apabila melakukan hubungan seks, seorang perempuan boleh mengandung dan melahirkan anak.

Saya juga mula faham bahawa hubungan seks sepatutnya hanya boleh dilakukan oleh orang yang berkahwin. Dengan pemahaman itu, saya mula menjaga kehormatan diri dan tidak lagi melakukan hubungan seks dengan sesiapa pun.

Masalahnya, mungkin disebabkan pernah melakukan hubungan seks, kini saya ketagih untuk melakukannya lagi. Untuk memuaskan nafsu, saya kerap melakukan onani dengan sebarang objek.

Saya tak mahu perbuatan ini berterusan, tapi saya sukar menghentikannya. Apa perlu saya lakukan? Saya juga ingin tahu, jika kerap melakukan onani, adakah saya susah dapat anak apabila berkahwin kelak?

Dang Setia, saya sedih dengan apa yang berlaku ke atas diri saya. Ketika di tingkatan dua saya mula terfikir mengenai status saya, adakah saya masih ada dara atau tidak? Saya tidak suka bila nenek, ibu dan ayah panggil saya anak dara.

Sekarang saya ada teman lelaki. Kami berkawan sejak saya tingkatan empat lagi. Dengan dia, saya tidak pernah lakukan hubungan seks betul-betul, tapi secara luaran saja. Saya cerita segala masalah saya padanya dan syukur dia menerima saya seadanya.

Masalahnya, saya senang tergoda dengan rayuannya dan saya bimbang akan terlanjur melakukan hubungan seks. Kini saya keluar malam untuk berjumpa dengannya tanpa pengetahuan ibu bapa, biarpun saya tahu risikonya.

Ayah pernah memberi amaran pada saya jika saya ditangkap (pihak berkuasa) kerana melakukan perbuatan tidak senonoh, ayah tidak akan jamin saya. Saya terfikir, adakah ayah kata begitu kerana dia tidak sayang saya?

Dang Setia, tolong bagi pendapat atau bimbingan apa perlu saya lakukan untuk memperbaiki kehidupan saya.



CUTEGIRL 09

Klang, Selangor


Amat sedih sekali kerana dalam usia yang masih muda adik menempuhi pelbagai pengalaman pahit dan mengaibkan sehingga ia mempengaruhi serta menjejaskan kehidupan adik pada masa kini.

Namun, pada masa sama Dang Setia bersyukur kerana adik diberi kesedaran dan keinsafan untuk keluar daripada kehidupan yang menyesatkan serta kembali kepada kehidupan yang diredai Allah.

Bagi Dang Setia, itu tandanya Allah masih sayangkan adik. Allah tidak mahu adik terus dianiaya, hanyut dan sesat, lalu diberinya adik hidayah atau petunjuk. Namun, adik kini bertanggungjawab menjaga hidayah itu.

Jika tiada tindakan atau usaha untuk menterjemahkan hidayah itu kepada amalan, lama kelamaan kesedaran dan keinsafan yang timbul di dalam adik akan hilang secara perlahan-lahan, maka kembalilah adik kepada cara kehidupan lama.

Bila hidayah atau petunjuk Allah itu akan adik dapat semula? Jawapannya, hanya Allah tahu. Cuma yang dibimbangi, jika ia datang hanya sekali dan tiada kali kedua dan ketiga. Nauzubillah, jika itu berlaku, akan hiduplah kita dalam kegelapan hingga ke akhir hayat. Mudah-mudahan itu tidak berlaku.

Persoalannya sekarang, bagaimana untuk menjaga hidayah itu apa usaha yang perlu adik lakukan untuk menterjemahkan hidayah itu kepada amalan atau dalam erti kata lain, mengubah kehidupan adik kepada cara hidup yang diredai Allah.

Untuk berubah, dua faktor penting dan saling berkait perlu diambil kira, iaitu faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman merujuk kepada bekalan diri atau ilmu, usaha dan komitmen.

Faktor luaran pula membabitkan persekitaran seperti suasana dalam rumah atau tempat kerja, hubungan dengan ibu bapa dan adik beradik, siapa kawan dan tidak lupa, hubungan dengan kekasih.

Untuk mewujudkan faktor dalaman yang kondusif atau membina, disiplin dan kesungguhan diri sangat penting. Ada peraturan yang wajib kita patuhi iaitu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh. Peraturan itu ialah syariat Islam.

Ia dicipta oleh Allah SWT sebagai panduan untuk kita ikuti. Intipati utama syariat Islam ialah lakukan apa yang disuruh Allah dan jauhi apa yang dilarang-Nya. Contohnya, solat fardu tidak boleh adik tinggalkan sama sekali, begitu juga dengan puasa, zakat dan ibadat fardu lain.

Untuk melakukan semua amalan itu, adik perlu ada ilmu. Jadi, carilah ilmu itu. Belajar daripada ustaz atau ustazah, baca buku agama dengan kuliah agama dan lain-lain. Apabila itu adik lakukan, semakin kukuhlah iman adik. Iman yang tuguh amat perlu kerana hanya ia mampu menjadi perisai atau benteng untuk menepis godaan hawa nafsu.

Apabila iman semakin subur, baru saudara ada kekuatan untuk menentang godaan nafsu dan hasutan syaitan. Maksudnya, hanya dengan iman yang teguh adik mampu mengatasi masalah ketagih melakukan onani yang adik alami sekarang.

Bagi Dang Setia, soal sama ada adik masih dara atau tidak tidak perlu adik risaukan sangat. Secara normalnya, berdasarkan sejarah hitam adik, Dang Setia percaya adik sudah hilang dara. Namun, perkara lepas tidak guna kita tangisi, sebaliknya manfaatkan masa sekarang untuk mencipta masa depan yang lebih sempurna.

Sekarang kita pergi pula kepada faktor luaran yang turut penting sebagai sokongan untuk membantu membina faktor dalaman. Tanpa persekitaran yang baik, hubungan positif dengan keluarga dan rakan, selain memastikan rakan dan kekasih turut mematuhi syariat Islam, adik sukar untuk berubah.

Maksudnya, jika adik bimbang atau tidak yakin mampu mengawal diri apabila berjumpa kekasih, elak berjumpa dengannya atau sekurang-kurangnya pastikan perjumpaan itu turut dihadiri peneman serta diadakan di tempat terbuka.

Jika kekasih adik didapati sekadar membuka laluan untuk adik lakukan maksiat, adik perlu berani bertindak sehingga ke tahap memutuskan hubungan dengannya. Ingat, hubungan dengan Allah yang kini perlu adik jaga, bukan hubungan dengan kekasih yang merosakkan.

Harian Metro

03 Januari 2009

Tafsiran urban ibu kota (Delima Merkah)


Biarpun kecil, setiap ruang dalam apartmen ini menterjemah cita rasa, kenangan dan rentak hidup penghuninya.


RUANG tamu tanpa televisyen atau kelengkapan hiburan.


SEUMUR hidup, pasti sesiapa pun pernah terlintas tentang merasai gaya hidup sebenar di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur. Namun, apabila memberitahu rakan-rakan tentang kediaman tetap di kawasan kejiranan Bukit Bintang, itu hanya akan mengembalikan dua reaksi – kagum atau ‘kasihan’.

Kagum kerana semangat kota metropolitan dan kejayaannya memiliki hartanah di jantung ibu kota. ‘Kasihan’ pula apabila memikirkan tentang kesesakan lalu lintas, pencemaran bunyi dan juga spekulasi pada isu keselamatan.


BILIK tidur ibarat nukleus kediaman.


“Sebenarnya, setiap kediaman bukan sekadar dimiliki kerana faktor kemampuan atau kemudahan yang disediakan, ia juga adalah refleksi tentang aspek praktikal, rentak kerjaya dan personaliti seseorang penghuni kediaman itu sendiri.

“Saya selesa di sini,” ujar Pengurus Pemasaran dan Komunikasi British Council, Reezal Esa.


HANYA barangan, perabot dan aksesori yang penting sahaja diperlukan.


Pemilik berusia 31 tahun ini mendakwa berpuas hati dengan tahap keselamatan, pengurusan, penyelenggaraan bangunan dan keselesaan apartmen tersebut. Sebagai nilai tambah, kediamannya itu sangat dekat dengan tempat kerja dan lokasi-lokasi kota yang sering diulang kunjung.

Melepasi kawalan keselamatan 38 Bidara Serviced Suites melalui penggunaan kad akses khas menambah keyakinan tentang kualiti kawalan keselamatan di sekitar premis. Dari lobi, kad tersebut turut berfungsi untuk mengaktifkan butang aras di dalam lif.

Persekitaran bangunan yang amat diambil berat dapat dilihat sepanjang melangkah ke unit yang dihuni Reezal. Tatkala meneliti lebih daripada itu, nyata sekali kebersihan dan kekemasan yang dikendali pihak pengurusan telah mempengaruhi isi dalaman kediaman anak bujang ini.


TELEVISYEN, pemain muzik cakera video digital serta komputer melengkapkan santuari kecil Reezal ini.



PELAN lantai dapur yang kecil dan sedikit menyerong ini cukup sekadar ditempatkan kaunter dan kabinet ringkas serta peti sejuk.


“Sudah lima tahun saya tinggal di sini. Saiz bukan satu masalah kerana buat masa ini saya tidak cerewet tentang ruang luas. Ruang yang terhad sebaliknya mengajar kita berbelanja secara berhemah.


RUANG tamu tampil relaks dalam gabungan perabot kayu dan upholsteri.





“Maka, hanya barangan, perabot dan aksesori yang penting sahaja diperlukan,” ujarnya tentang kediaman yang dibeli pada harga RM230,000 itu. Khabarnya, nilainya kini sudah melonjak kepada setengah juta ringgit!

Pintu masuk utama menemukan pelan lantai dapur yang kecil dan sedikit menyerong. Cukup sekadar ditempatkan kaunter dan kabinet ringkas serta peti sejuk.

Ruang tamu pula tampil rileks dalam gabungan perabot kayu dan upholsteri. Dalam romantis cahaya kuning, rak buku mencuri fokus ruang dengan susunan padat bahan bacaan ilmiah dan santai.

Menilai ilham dekorasinya, Reezal berhati-hati menata gaya keseluruhan. Walaupun tampil sederhana, sentuhan kontemporari terpancar pada idea susun atur fizikal yang minimal namun tidak sekali-kali membiarkan mana-mana sudut kehilangan watak.

Gambar-gambar teman dibingkai kemas sementara lampu meja menambah sokongan pencahayaan di ruang tersebut. Obsesi Reezal pada Ratu Elizabeth, bangsawan Eropah dan figura berpengaruh terzahir pada lukisan-lukisan potret yang mewarnai permukaan dinding dan meja.

“Sementara bilik kedua saya jadikan ruang persalinan dan storan barang, bilik tidur utama pula saya sifatkan sebagai nukleus kediaman ini.

“Sebab itulah perkakasan hiburan seperti televisyen, pemain muzik dan cakera video digital, serta komputer diletakkan di situ, bukan di ruang tamu,” terangnya.

Dalam nyaman suhu hawa dingin, bilik itu sekadar diisi sebuah katil bersaiz ‘King’, sebuah tempat duduk berkusyen di kaki jendela dan juga meja kerja. Menurutnya, apa yang penting adalah kerja susun atur dan mengemas.

“Waktu siang sememangnya dihabiskan dengan tuntutan tugas. Hanya pada waktu malam dan hujung minggu, kediaman ini menjadi santuari mini bagi saya merehatkan minda dan mengumpul semula stamina untuk hari baru,” ujar Reezal.

02 Januari 2009

Taman untuk keluarga (Delima Merkah)

Gabungan elemen Inggeris dan Nusantara menjadikan ruang santai tampil bergaya.


SUASANA hijau yang mendamaikan walaupun dikelilingi pagar tinggi.


KEDIAMAN ini bagaikan taman di dalam taman walaupun ia dipagari jeriji setinggi bumbung. Malah, dek kerana jeriji yang tinggi itulah, rumah ini unik dan amat mudah dikenali di kejiranannya.

Menurut pemiliknya, Patimah Jepri, 57, pembinaan asas rumah ini adalah dalam bentuk memanjang dengan keluasan 100 x 50 kaki persegi. Ini sekali gus memberi kelebihan kepadanya untuk menghias rumahnya.

"Hiasan ini semuanya bermula dengan hobi waktu muda-muda dulu. Sekarang, semua anak saya sudah berkahwin. Jadi saya teruskan saja minat menghias rumah ini. Malah, ia lebih senang sekarang ini sebab tiada yang mengacau," jelasnya ketawa.

Bermula di ruang tamu utama, Patimah memilih konsep Nusantara. Meskipun hanya menggunakan perabot asas, ruang ini masih sarat dengan himpunan pasu berkaca daripada pelbagai medium.


SENTUHAN ala Inggeris mewarnai ruang dapur.


Umpama taman untuk keluarga, pilihan warna ceria dan kontras seolah-olah mencipta identiti tersendiri.

Di ruang tamu, kerusi panjang jati menjadi pemisah antara ruang tamu dan ruang makan. Pilihan fabrik langsir dan bentangan hamparan berwarna polos juga cuba diserasikan dengan jubin yang berwarna gelap bercorak abstrak.

"Mudah untuk menjaganya sementelah ruang ini adalah tumpuan kaum keluarga di samping ruang tamu kedua," katanya yang senang membuat sendiri hiasan di dalam kediaman empat bilik tidur itu.

Memilih warna lembut iaitu krim sebagai latar dinding, impak daripada siling tinggi berkemasan kornis menjadikan ruang tersebut tampak luas di samping kehadiran cermin hiasan serta jendela tanpa jeriji.

Ujar Rohana, beliau tidak mengehadkan dekorasi rumahnya hanya pada satu tema atau ruangan tertentu. Ruang santai untuk ahli keluarganya melepak sambil menonton televisyen turut dititikberatkan.


PERABOT jati menjadi pilihan dalam tata rias di ruang tamu.


"Sebab itulah saya gemar meletakkan kusyen pelbagai saiz di ruang ini. Mudah untuk anak serta cucu saya bersantai.

"Malah, sementara menanti hidangan disertakan, mereka boleh menonton televisyen terlebih dahulu tanpa perlu ke ruang depan," ungkapnya yang turut berbakat dalam bidang masakan.

Galak bercerita, Patimah membawa penulis meninjau bilik air yang telah diubahsuai menjadi taman. Sentuhan kreatif wanita ini membawa transformasi yang unik.

"Asalnya, memang ia bilik air biasa. Tapi setelah beberapa tahun dibina, kolam tersebut bocor. Jadi, daripada dibiarkan begitu saja dan dihuni cicak atau serangga lain, saya ubahnya menjadi taman.


PERINCIAN konsep dan tema menepati cita rasa penghuni kediaman.


"Sekurang-kurangnya dapatlah juga saya merasa seumpama berada di hotel," katanya.

Siapa menyangka, jala ikan yang tidak lagi digunakan menjadi ilham riasnya di sudut dinding bilik air itu. Selain itu, pokok pandan yang diletakkan di tepi kolam memberi aroma menyegarkan.

Tanpa meninggalkan landskap luaran, pokok-pokok daripada jenis daun hijau menjadi pilihan Patimah sebagai penyeri laman luarnya. Gaya santai ruang itu disempurnakan dengan letakan set meja bulat dengan tiga kerusi rotan.


CANDELIER kaca melengkapkan pusat tumpu pada kemasan kornis di siling.


Baginya, kehijauan pokok-pokok ini membuatkan rumahnya lebih sejuk sekali gus bertindak sebagai penyaring debu yang diterbangkan daripada kesibukan jalan raya di hadapan rumahnya.

"Dulu, lebih banyak pokok yang ditanam di rumah ini tetapi ia sudah diberi kepada jiran yang berkenan untuk membiakkannya di rumah sendiri," katanya.

01 Januari 2009

Paul Moss kutuk Upin & Ipin



SERIBU alasan atau permohonan maaf belum pasti dapat membasuh keterlanjuran kata yang mengguris perasaan sebilangan besar penonton.

Pernyataan ini mungkin emosional. Namun, sebagai pemain industri hiburan, kenyataan Paul Moss yang menyifatkan pemilihan karakter Upin & Ipin sebagai pemenang TV & Film Best On Screen Chemistry Award pada malam Shout! Awards 2009 sebagai tindakan bodoh adalah keterlaluan.

Barangkali dua karakter itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya. Bagaimanapun, kepada sebahagian besar masyarakat Malaysia, Upin & Ipin melambangkan karakter yang bersifat kebangsaan.

Kekuatan watak yang dipersembahkan Les Copaque itu begitu menjadi, meletakkan mereka sangat dekat di hati masyarakat.

Justeru, menafikan pilihan penonton sekali pun dalam bentuk gurauan (jika itu alasan diberikan Paul Moss) adalah sesuatu yang tidak wajar.

Lebih-lebih lagi kenyataan itu dibuat dalam program siaran langsung. Paul Moss perlu lebih peka dan sensitif. Jangan terlalu angkuh memberikan pendapat.

Malah sepanjang bergelar pengkritik program realiti, Malaysian Idol dan One In A Million, pernah beberapa kenyataan yang dibuatnya seakan cenderung bersifat perkauman.

Kepada Paul Moss, bersihkan hati dan buka minda kerana bakat anak Malaysia juga setara, malah ada yang lebih bagus, cuma kehebatan mereka tidak terlalu digembar-gemburkan.

Kosmo!

Dulu liar, kini solehah (Delima Merkah)

SAYA ada masalah besar. Pada 2004 ketika berumur 14 tahun, saya dirogol seorang lelaki yang pada masa itu saya tidak kenali. Selepas dirogol, dia menyuruh saya menjadi teman wanitanya.

Suruhan itu semacam ugutan untuk dia tidak meninggalkan saya. Dalam hubungan dengan dia, saya sering ditampar dan disepak. Bagaimanapun sejak dirogol, saya tak pernah melakukan perkara terkutuk itu dengan dia lagi.


Selepas tiga tahun berlalu, saya bersyukur kepada Allah yang hubungan kami berakhir. Kami tidak berhubung lagi.

Pada 2007, ketika di tingkatan lima, fokus utama saya pada pelajaran tapi saya gemar bersosial, keluar malam dan tak menutup aurat.

Selepas habis SPM, saya berkenalan dengan A. Dia rakan sekolah dan juga anak murid emak saya. Katanya, dia sudah lama menaruh hati pada saya tapi takut saya tidak layan kerana wajahnya tidak kacak.

Saya sahut salam percintaannya. Seminggu selepas itu dia menjalani latihan khidmat negara di Kedah dan saya setia menunggunya selama tiga bulan.

Selepas pulang, A selalu menasihati saya supaya berubah kerana dia berniat menjadikan saya isterinya. Bagaimanapun, sikap A yang terlalu baik menyebabkan saya selalu ‘pijak kepalanya’.

Saya selalu menengking dan tidak mendengar katanya, padahal saya tahu niat dia baik. Tambahan pula dia tahu kisah hitam saya dan menerima saya seadanya.

Kami kemudian berpeluang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT) sama. Namun sementara menunggu kemasukan ke IPT, kami terlanjur... bukan sekali dua, tapi banyak kali.

Atas rasa tanggungjawab, A semakin mengongkong dan mahu mengubah perwatakan saya. Dia mahu saya jadi wanita solehah. Dia selalu suruh saya solat dan semakin hari dia semakin sayang pada saya.

Namun, saya tetap dengan ego saya dan tidak dengar katanya. Saya sering ugut untuk tinggalkan A dan dia selalu merayu saya jangan tinggalkan dia. Bila melihat kasih sayangnya yang mendalam itu, saya semakin naik tocang.

Selepas masuk ke IPT, hubungan kami sering dilanda masalah. Tambahan seorang daripada kawan A adalah lelaki yang merogol saya dulu.

Kawannya menghebohkan pada kawan lain mengenai kisah silam saya. Ini menyebabkan A malu, namun cintanya pada saya tidak berubah.

Hari berganti hari. Adakala hubungan kami renggang dan adakala sangat bahagia. Namun pada satu hari, A minta putus dengan saya. Saya ingat dia bergurau, rupa-rupanya dia serius.

Puas saya pujuk, tapi dia bertegas suruh saya lupakan dia dan jangan hubungi dia lagi. Dia kata dia serabut dengan perangai saya yang suka mengamuk dan kasar terhadapnya.

Saya menangisi nasib saya, tetapi entah mengapa sejak itu hati saya kuat bertekad untuk berubah. Saya mula solat lima waktu, tutup aurat, malah lakukan solat hajat dan istikharah.

Saya minta Allah bukakan pintu hati A untuk kembali pada saya dan saya dijodohkan dengannya. Selepas itu, saya tidur dalam keadaan berwuduk dan bermimpi mengenai si isteri, suami dan anaknya makan di satu tempat.

Si isteri bercakap telefon sambil menengking suaminya seperti saya lakukan pada A. Mimpi itu hilang seketika dan timbul kembali. Ketika timbul semula, pasangan tadi kembali senyum dan berbaik semula.

Apakah maksud mimpi itu? Adakah ia gangguan syaitan atau petunjuk Allah SWT? Tolonglah jawab persoalan ini. Saya kini sudah berubah, tidak tinggal solat dan kerap baca muqadam dan surah yasin.

Hati saya kuat mengatakan jika saya berubah untuk jadi muslimah sejati, saya yakin A akan kembali pada saya. Tolonglah saya, apa patut saya lakukan untuk mendapat A kembali?

MAYA

Awal-awal lagi Dang Setia minta maaf kerana tidak mampu menafsir mimpi saudari. Terus-terang, Dang Setia tiada pengetahuan dalam ilmu tafsir mimpi dan tidak mahu berpura-pura jadi tahu dalam bidang yang Dang Setia tidak tahu.

Namun bagi Dang Setia, apa tafsiran atau maksud di sebalik mimpi saudari bukan perkara penting untuk wajib ketahui, sebaliknya banyak lagi aspek lain yang sebenarnya lebih penting dan perlu saudari tahu serta faham.

Paling utama, saudari perlu faham dan reda qada’ dan qadar Allah. Rukun iman keenam ini boleh dikatakan semua oran Islam tahu, tapi persoalannya berapa ramai yang faham.

Selalunya, kita hanya pandai menghafalnya tapi apabila berlaku sesuatu takdir Allah yang tidak memihak kepada kita, kita sukar menerimanya dan mula menyalahkan orang lain, malah ada yang menyalahkan Allah.

Kedua, saudari perlu sedar dan faham bahawa dalam melakukan apa saja ibadat, perkara paling penting ialah niat dan keikhlasan kita. Sewajibnya, niat kita hanya satu, iaitu ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, dan bukan kerana sebab musabab lain.

Sekarang, ada baiknya kita melihat dua perkara ini satu persatu. Dang Setia menekankan mengenai kewajipan menerima dengan reda qada’ dan qadar Allah dengan masalah menimpa saudari kerana Dang Setia melihat saudari sukar menerima hakikat jika terpaksa meneruskan hidup tanpa A di sisi.

Dang Setia akui, A mungkin sesuai menjadi teman hidup kerana dia sering menasihati saudari supaya menjadi wanita solehah dan menerima saudari seadanya, namun itu tidak bermakna tanpa A, hidup saudari tidak bermakna.

Saudari perlu sedar, pada masa inilah keimanan saudari diuji Allah. Jangan terlalu ikut perasaan, sebaliknya berfikir dan bertindaklah mengikut panduan syariat Islam.

Takdir atau kejadian menimpa saudari yang saudari anggap buruk mungkin sebenarnya bukan begitu. Sedarilah, sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita makhluk-Nya. Jadi, ada kemungkinan tanpa A dalam hidup adalah sesuatu yang baik buat saudari.

Kemungkinan ini ada asasnya. Ini kerana, di sebalik sikapnya yang sering menasihati saudari ke arah kebaikan dan mahu saudari menjadi wanita solehah, A tetap tewas apabila bertindak meniduri saudari. Bukan sekali dua, tapi banyak kali kalian berdua terlanjur.

Justeru, bukankah jika kalian masih menjalin hubungan, maka kalian akan terus terlanjur, terlanjur dan terlanjur. Memang A mahu bertanggungjawab terhadap perbuatannya dan mahu saudari menjadi isterinya, namun itu bukan tiket untuk anda berdua berzina.

Allah sayang pada saudari. Dia mahu menyelamatkan saudari dan tidak mahu saudari terus bergelumang dosa, maka sebab itulah dipisahkan saudari dengan A.

Hikmah daripada perpisahan itu kini terserlah. Selama ini puas A menasihati saudari supaya solat dan menutup aurat, tapi saudari ego serta tidak mahu mendengar nasihatnya. Namun selepas berpisah dengan A, baru pintu hati saudari terbuka untuk berusaha menjadi wanita solehah.

Bukankah ini satu kurniaan dan hikmah Allah yang tidak ternilai besarnya kepada saudari? Ini perlu saudari syukuri dan hargai.

Bagaimana caranya? Yang pasti, ia bukan sekadar cakap di mulut tapi memerlukan tindakan, kesungguhan dan komitmen saudari.

Semua itu terangkum dan berkait rapat dengan perkara kedua yang Dang Setia nyatakan awal tadi, iaitu niat dan keikhlasan. Sungguh rugi jika segala perubahan positif saudari termasuk menunaikan solat, menutup aurat dan kerap membaca al-Quran, jika ia saudari lakukan dengan niat lain, bukan kerana Allah.

Pada pendapat Dang Setia, dalam hati saudari sekarang terlalu kuat pengaruh A. Jadi, Dang Setia bimbang kalau segala ibadat yang saudari lakukan sekarang hanya dengan niat semoga Allah mengembalikan A kepada saudari.

Jika niat saudari tidak termakbul, Dang Setia risau jika saudari kecewa, lantas tidak lagi mahu melakukan ibadat yang saudari lakukan sekarang dan lebih buruk lagi, saudari marahkan Allah kerana tidak memakbulkan doa.

Semoga itu tidak berlaku. Oleh itu, muhasabah dan perbetulkan semula niat serta keikhlasan saudari. Bersyukurlah dengan takdir Allah yang menimpa saudari. Sedarilah, cinta dan perhatian daripada Allah yang seharusnya lebih saudari kejar berbanding cinta dan perhatian A.

Dang Setia tidak mengatakan perubahan positif yang saudari lakukan sekarang tidak berguna atau sia-sia. Ia sangat baik, cuma saudari perlu reda dengan apa jua ketentuan Allah.

Jika doa saudari dimakbulkan Allah dengan A kembali menerima saudari, alhamdulillah. Dan jika sebaliknya berlaku, saudari juga wajib bersyukur. Yakinlah, apa yang berlaku adalah yang terbaik daripada Alah untuk saudari hadapi.

Jangan kecewa dan putus asa, sebaliknya tanam keyakinan bahawa ada kemungkinan Allah akan menggantikan A dengan lelaki lebih baik untuk menjadi pasangan hidup saudari pada masa depan.

Harian Metro

25 Disember 2008

Menjejaki Dewi Tenggiri Episod 7 (Singggahsana)

25.12.2008

Ala Komando

Abg Mat tekong yang mengemudikan bot kami; anak kepada Pak Aris, segak orangnya nampak sasa ala komando. Jika dia mengikat kepalanya dengan sapu tangan brutal & pakai topeng sebelah mata itu, mahu demam lanun jika cuba menyanggah bot kami. Awak-awaknya pula ada dua orang. Pak Ali nampak alim amat orangnya. Tok Siak surau pastinya. Seorang lagi Pak Arip nampak wajah nelayan sejati. Biarpun aku agak berumur sekitar hujung empat puluhan tetapi nampak amat segak & bertenaga. Pandai memasak, dalam bualannya dia rajin ke rumah anaknya di KL & kalau ada kenduri di kampungnya dia memang menjadi tukang masak kenduri kendera.

Aku nampak di langit selimut mendung bagaikan tidak mahu terurai dari menutup lenanya beradu Dewi Tenggiri. Angin basah terusan membelai kulit Dewi Tenggiri. Laut kucah sejak berminggu. Aku tak berani menjanjikan apa-apa tangkapan besar buat ekspedisi kami kali ini. Ombak bagaikan ribut malam yang menguncangkan kelambu Dewi Tenggiri. Huru hara amat cuaca.

Bot yang aku naiki teramatlah besarnya. Pertama kali aku turun ke laut menaiki bot sebesar ini. Selain Abg Mat yang leka mengemudi bot, awak-awak, Che Wan & aku sahaja yang berjaga. Yang lain meringkuk di ruang pondok bot melayan mimpi. Aku lihat Pak Arip menjerang air, pastinya buat kopi untuk kami.

Aku mengambil Suria untuk & melayan anganan sendiri. Tak tahu mahu berbual apa dengan Che Wan, rasa segan, rasa rendah diri & perbagai berbaur dalam diri. Che Wan pun jenis seorang yang agak pendiam. Bagai ada watak yang bagiku tak selayaknya aku boleh berborak kosong dengannya. Asap Suriaku cepat amat hilang bersama basah angin tenggara. Ombak semakin ganas.

Aku menanti cahaya mentari di ufuk timur. Dunia ini jika tanpa mentari sememangnya amat suram. Cuaca mendung seakan mahu ribut, membuatkan aku amat payah melihat rona awan. Tau-tau cahaya siang semakin cerah. Aku mencari ruang di sisi bot untuk solat duduk. Tak sabar mahu menanti panggilan unjam. Mengikut perancangan unjam pertama kami akan sampai sekitar jam 7:00 pagi.

Fareez bangun awal, diikuti yang lain. Aku telah celik mata sejak awal makin segar pekena kopi Pak Arip. Pak Ali nampaknya membetulkan apollo panjang yang dililit di koyan. Telah nampak petanda unjam pertama yang kami jejaki. Abg Mat memperlahankan enjin bot.

"Kita guna apollo untuk mendapat ikan sebagai umpan tenggiri" Fareez berpesan. Semua kami sibuk menggunakan apollo di celahan kucah laut. Memang cepat sahaja kami telah selesa dengan tangkapan anak kembung & anak selar. Biarpun tidak sebanyak anak kembung di Penyabong tetapi sudah cukup melegakan kami mendapat umpan segar.

Karang Pak Ngah sememangnya panjang. Maka itu tidak hairan banyak unjam yang bagaikan Istana Tenggiri di sepanjang unjam. Satu yang menarik banyak amat camar yang cuba menyambar anak kembung & selar. Bagaikan pesta keraian yang tidak berpenghujung. Atau mungkinkah camar ini bagaikan pengintip atau hulubalang Dewi Tenggiri.

"Ombak besar!, elok kita berlindung lama di unjam ini!" Abg Mat bersuara, aku telah penat menjatuhkan apollo ke dasar laut. Abg Arip & Abg Ali tak pernah penat memerangkap ikan unjam dengan kemahiran nelayan mereka. Kami menggunakan tiga joran untuk merisik Dewi Tenggiri. Aku mengalah sahaja bilamana pancing yang Che Wan pinjamkan buat aku memikat tenggiri diguna oleh Aru. Che Wan, Aru & Fareez leka mengintai riak Dewi Tenggiri.

Tetapi kami digempakkan oleh ragutan ganas pancing Shimano Tekota dipadankan dengan rod x-zoga yang berumpan anak selar. Garang, lasak, berlawan dengan rentapan Che Wan, masing-masing kami menaikkan mata kail. Tak sabar menunggu, siapakah gerangan si ikan yang tampak ganaslah amat. Selang beberapa minit kami dikecewakan, terlepas;

"Haruan Tasik kot, tak nampak pun calar pada ikan ini..!" Che Wan hampa. Sangkaku pula ialah hulubalang Dewi Tenggiri, melindungi Dewinya dari terjaga dari tidur yang lena.

Aku lihat Amirul cahayamata Che Wan telah mabuk laut, kejap bangun & termuntah kemudian dia tidur semula. Banyak air jus buah ditelannya. masih lagi mabuk. Kes mabuk laut ini memang berlaku setiap kali aku turun ke laut. Bagaikan satu sumpahan. Seingat aku paling teruk rakanku mabuk laut ialah abang kandung Sharil Smart. Dari awal jejak kaki ke bot hinggalah ke saat bot berlabuh di jeti untuk balik. Sepanjang ekspedisi memancing mabuk laut memanjang.

Hampir dua jam kami di unjam yang sama. Sekitar jam 11:00 pagi barulah kami dapat merisik Sang Tenggiri. Bukannya Dewi Tenggiri tetapi sekadar sepupunya yang seberat sekitar 4 kg. Tenggiri pertama. Itupun lantaran sifu yang sahih Abg Mat tekong kami pandai mencari unjam. Yang menariknya di unjam ini kami berjaya menaikkan ikan unjam & karang penuh tong 100qt.


Harap-harap cuaca akan terusan cerah

- Bersambung

Tip Che Wan

A.alaikum kenkawan..

Tsunami..dalam keadaan laut yang bergelora/kucah membuatkan air menjadi keruh kerana pergerakan air akan menjadikan pasir dan lumpur didasar bergerak. Ikan2 kembong dan selar karang yang mencari makan dalam karang akan menghilangkan diri atau menjadi halimunan iaitu ada tapi tak kelihatan. Kekeruhan air tadi berpunca dari pergerakan pasir dan lumpur didasar dan kebiasaannya dibahagian lain airnya lebih jernih dari biasa. Jadi menggerakan umpan perlu dibuat supaya peluang lebih tinggi. Manakala tenggiri sudah dapat mengesan umpan ia akan naik ke atas ditempat yang jernih dan pasti akan dapat mengesan benda2 asing yang terikat pada umpan kita.

Kalau menggunakan kekili light yang spool kecil spt yang kawan pakai tu hanya boleh muat tak sampai 100 meter braided 20lb jadi kawan masukkan tali sulam sufic 12 lb sepanjang 135m kemudian kawan sambung dengan mono f/c 10 lb sepanjang 50 meter.

Perlu diingat kalau menggunakan kekili yang kecil dengan tali utama yang halus, pasangannya pula kena betul2 serasi. Joran yang sesuai dan shock leader pasti dapat serap lebihan sentapan yang boleh memutuskan weak point ikatan pada perambut akibatkan kejutan(shock) yang berlebihan. Ramai di antara kita tidak peka dengan keadaan ini. Bila orang kata pakai 15lb merekapun pakailah 15lb tapi menggunakan joran PE3-8.

Kadangkala kita boleh lihat ada yang menggunakan line 10lb tapi menggunakan kekili spinning saiz 8000. Kita perlu seimbangkan set kita supaya ia dapat berikan kepuasan dan keseronokan disamping dapat mengawal pancingan dengan baik.

Set yang kawan gunakan tu ialah: kekili baitcaster Shimano Speed Master & joran Xzoga Pe 1.

- bersambung

Dewi Tenggiri 8

*

24 Disember 2008

Menjejaki Dewi Tenggiri Episod 6 (Singgahsana)

24.12.2008

Wajah Jawa

Aku bersalaman dengan Aru, Ajak, Brother Joe & Amirul. Aru seorang yang segak ala pelakon filem, putih & terpancar perasaan jujur di raut wajahnya. Ajak nampak brutal dengan jeansnya, muda & seorang periang. Brother Joe mengingatkan aku tentang Pak Toyo... Pakcik Mila, berkulit sawa matang dan dari bualannya tampak akan sikap merendah dirinya. Macam wajah Jawa, hatiku terdetik mahu bertanya. Apakah dia orang Jawa. Takut silap tafsiran pula. Amirul adalah cahayamata Che Wan masih di bangku sekolah. Pasti seorang sifu dalam bab memancing. Fairuz selalu cerita pasal keluarga Che Wan. Pertemuan dengan Amirul ini bukan pertama baginya. Amirul memang rajin mengikut ayahnya memancing.

WarnJohoe meminta diri kami menuju ke destinasi seterusnya.

Sempurna sudah kami berlapan akan menjadi penjejak Dewi Tenggiri. Aku memang tak sabar lagi dilambung ombak & ingin menghulur umpan ke dasar laut. Memujuk khazanah laut agar naik ke darat. Mengacau perkampungan ikan yang tentunya amat luas & tidak terduga.

Tanjung Sedili Besar, itu yang tertera di wikimapia; Jeti yang kami akan tuju. Agak jauh juga melintasi jambatan lengkung juga merentas kelapa sawit. Sepanjang dinihari ke Tanjung Sedili hanya kereta kami saja membelah dingin kabus.

Sekitar empat puluh lima minit kami sampai di jeti.

Masih gelap, tak dengar pun bunyi cengkerik, jauh sekali desah ombak. Tenang amat dinihari di Sedili. Nampak cahaya bulan tumpah ke laut. Padanlah Usman Awang tegar tenang mengarang di sini. Ada masjid bersebelahan jeti. Ada sekumpulan pemancing lain yang tentunya akan ke Karang Pak Ngah. Lampu jeti pun tidak dinyalakan. Dalam kegelapan aku terkial-kial menghantar SMS ke Aziq menyampaikan pesan buat ibunya yang ayahnya telah selamat sampai di Sedili. Aku masih amat gerun menerima SMS dari isteri, takut ayat lazim yang boleh menyiat hatiku.

"Fairuz kau cubalah ambil gambar pepagi kat jeti ini kot boleh kita masukkan ke dalam jurnal abg kau ini!..." Aku memujuk Fairuz dia menyelongkar beg galasnya untuk mengodek kamera digitalnya. "Tak payahlah ambil gambar abg kau ini, tak lawa kat gambar... perut dah boroi amat ini!" Dia klik beberapa keping.

Aku dengar Che Wan menelefon tekong yang tentunya telah bersedia untuk belayar. Memang tak lama kami menunggu, sebuah bot yang sasa. Besar amat berlabuh di jeti dengan tiga orang anggota mengemudinya. Tentunya seorang tekong & dua orang awak-awak.

Nun jauh di hayalanku. Aku nampak riak di air & bagaikan sirip Dewi Tenggiri berkilau di celahan buih ombak. Pastinya aku tergoda dengan silauannya bagaikan pelakon Nordin Ahmad tengah diamok asmaradana.


Che Wan & cahayamatnya ... Amirul di dingin dinihari

Sila Rujuk sini kisah seterusnya...

Mirror Menjejaki Dewi Tenggiri... Klik di bawah... Jika ingin menghabiskan ceritera ini.
Mirror Menjejaki Dewi Tenggiri ...tulisan Fareez

(Emmm! begitu cepat masa beredar, sedar tak sedar kekinian telah sekitar empat bulan aku tidak menulis untuk MFN. Lama tu!. Aku banyak menumpukan penulisan di jurnalku di easyjournalhttp://idanradzi.easyjournal.com. Sesekali aku suka menulis di forum politik; sejak harga minyak naik & kekinian kembali turun. Dua hari lalu aku jumpa Fareez; kami memancing di Melimau Melaka; Dia bising sebab aku berhenti menulis di MFN..)

Ceritera ini aku sunting dari MFN

Posted on 24.12.2008 at 12:03 AM

- bersambung

Dewi Tenggiri 7

*

23 Disember 2008

Menjejaki Dewi Tenggiri Episod 5 (Singgahsana)

23.12.2008

Andaian Meleset

"Mana Restoran Jenggo ni!" Fareez memecah kesunyian. Kenangan misteri Syukria pecah & hilang dari ingatanku. Jalan yang sama kulalui, syukurlah tidak ketemu makhluk misteri macam Syukria temui.

"Kata lagi dua jam!" Aku rasa tertipu dengan sakatan Fareez. Fareez senyum melebar. Jam di tanganku belum pun cecah 1:00 pagi.

Dalam hati memang aku tak sabar mahu berkenalan dengan otai-otai pancing di Johor. Paling teruja mahu ketemu Che Wan. Apakah sama empunya diri seperti bayangan di kotak fikiranku. Kami parkir di hadapan bangunan kedai sebelahan kiri Restoran Jenggo. Besar Restoran Jenggo ini. Sudah awal dinihari, tak ramai pelanggannya. Dari jauh aku sudah meramal mesti yang duduk berbual itu Che Wan.

"Abg iDAN inilah Che Wan... " Fairuz memperkenalkan aku kepada Che Wan.

"Gelenggang!..." Aku memang tergamam. Dalam hatiku berbisik "Machoo orangnya... siap ada lesung pipit lagi" Senyuman Che Wan memang boleh menggoda siapa jua. Aku terbayangkan bagaimana beruntungnya isteri Che Wan dapat menambat hati Che Wan. Wajah semachoo Che Wan tentunya ramai peminatnya. Pastinya satu penasaran yang amat sangat untuk dapat mencuri hati Che Wan.

"Saya Abg Wan..." Rakan Che Wan dalam MSN nicknya WarnJohoe, orang Johor juga berkulit cerah. Bentuk mukanya bagaikan arwah Pak mertuaku. Nampak peramah & bewajah periang. Meleset andaianku kaki pancing ini berwajah nelayan sejati.

Aku banyak mendengar sahaja Che Wan, WarnJohoe, Fairuz & Fareez berbual. Banyak berkisar tentang pengalaman memancing. Paling baru WarnJohoe katanya dapat menjinakkan Patin bukan main besar. Faruz banyak menceritakan pengalaman dia memancing di Thailand. Bilamana mereka berceritera bab pancing memancing di laut dalam sememangnya aku yang lebih banyak mengail di tapak lombong seakan terpinggir rasa kecillah amat pengalaman memancingku.

Memikirkan status Che Wan kesifuannya dalam bab memancing lagilah aku makin payah berbual. Rasa ingin belajar, segan & perbagai lagi berbaur dalam ingatan.

Aku sekadar minum, terasa juga laparnya perut, tak sedap hati nak makan sebab kata Fairuz kebiasaannya makan-makan semua tu memang Che Wan yang bayar. Memang aku amat keberatan nak makan belanja seseorang, masalahnya bila aku boleh membalas budi seseorang. Aku sendiri jenis manusia yang yang secukup & sekadarnya rezeki yang dimiliki. Lagipun semasa di hentian Ayer Keroh aku telah pekena mi kari. Perut ini yang tak tahu rasa kenyang kot.

Ada lagi empat orang pemancing yang belum muncul-muncul. Hari telah melintasi 1:30 pagi. Kata Fareez dari Restoran Jenggo ke Jeti Sedili Besar sekitar sejam. Aku tidak yakin lagi dengan jangka waktu yang Fareez congakkan.

Bualan memancing empat pemancing ini memang tak habis-habis. Selang beberapa ketika ada kumpulan pemancing dari Singapura singgah sebentar. Tentunya mereka yang sering membaca MFN. Pelawaan Che Wan untuk berkenalan dengan kami nampaknya mendapat respon.

Memancing sesungguhnya dapat mengeratkan sirratulrahimi antara pemancil seluruh pelusuk negeri malahan negara yang lain.


Amirul cuba merisik Dewi Tenggiri.


- bersambung

Dewi Tenggiri 6

22 Disember 2008

Menjejaki Dewi Tenggiri Episod 4 (Singgahsana)

22.12.2008

Kulai

Bilamana dari tingkap Wira aku lihat ada kabel yang menggantikan bingkai besi pengadang jalan, pastu aku teringat Arwah Firwan yang kemalangan ketika dia mahu ke Johor Baharu. Aku memang tidak puas hati & bersungut kenapa Plus menggunakan kabel ini yang memang amat bahaya bagi mereka yang menggunakan motosikal. Bayangkan lah betapa tersiksanya Arwah Firwan jika memang betul dia tercampak ke kabel ini dengan motosikal berkuasa tingginya. Perbagai cerita tentang kemalangan Arwah Firwan ini di internet & bualan kekawanku.

Harapanku pihak Plus akan menukar kebal ini agar tidak sampai membahayakan pengguna lebuhraya. Terutama penunggang motosikal.

Bilamana Wira kepunyaan Fairuz menjejaki Pulai. Terasa pula bagai masuk ke jalan utama UPM. Pokok Hujan-Hujan nampak rendang menutupi lorong jalan. Panjang bandai Kulai ini. Dari kedai-kedai yang berselerak di sepanjang perjalanan nampak bandar ini kepunyaan Cina.

"Jauh lagikah Restoran Jenggo tu Fareez..?" Aku memecah kesunyian;

"Dua jam lagi kot!..."Dari percakapan Fareez memang dia suka berceritera dongeng. Aku antara percaya & tidak. Entah-entah lagi tiga jam.

Banyak maklumat yang Fareez berikan bagaikan bahan gurauan. Seperti abgnya Fairuz; main sebut saja bilamana aku bertanya perkara yang dia tak pasti. Itu yang terjadi pada kes nama si Zeedin, entah mana dia dapat. Bila aku telah tulis jurnal untuk pengembaraan aku ke perkambungan Mambang Masjid Kristal tempoh hari; semua yang membaca watak Zeedin tergelak besar. Zeedin sendiri meraban melihat wajahnya bernama lain.

Kalau dua jam sah kami telah lewat. Sekarang pun telah jam 12:15 tengah malam. Aku bersungut dalam hati. Aku terbayangkan Restoran Jenggo kosong, macam kedai di pekan Koboi. Tak ada siapa menanti. "Salah siapa?. Sudah berjanji jam 1:00 pagi siapa suruh datang dekat 3:00 pagi. Che Wan entah-entah telah naik bot. Mahu tak dikasinya kami naik bot nanti. Memang Janji Melayu."

Aku melayan fikiranku. Dari meraban tak tentu fasal.

Teringat akan pengalaman Shukria ketika berulang alik lewat dinihari dari Kulai ke Kota Tinggi. Pernah pada satu malam itu hujan renyai-renyai. Kilat ketika itu sambung bersambung.

Jam di tangan Skukria telah melewati 1:45 Pagi. Dia mengemaskan butang jeketnya. Kabus telah mula memasahi jeketnya. Kabus bercampur rintik hujan.

"Sunyi amat malam ni.." Bisik hati Syukria.

Tiada kenderaan yang mengekori atau berselisih. Lampu RXZnya didongakkan. Nampak jelas garisan putih jalan yang baru dicat.

Syukria mula rasa tidak sedap hati sebab kilat tak putus-putus. Pokok-pokok getah di sekeliling pula bagaikan mahu menyembah bumi. Angin begitu deras & kencang bagaikan ribut mahu melanda. Tambahan pula kabus dicelahan hujan renyai-renyai.


Memang sunyi jalan Kulai ke Kota Tinggi ini. Tiba-tiba sampai sahaja Syukria di satu selekoh tajam. Dari celahan kabus & titis hujan gerimis, dia nampak satu lembaga berpakaian putih di tepi jalan melambai-lambai tangan; seolah-olah ingin menumpang RXZnya. Belum pun sempat dia membuat keputusan lembaga itu sudah kian menghampiri motosikalnya.

Syukria memperlahankan motosikalnya. Hatinya memang was-was, sebab kawasan itu kawasan paya bakau. Hutan, memang dia tahu tiada perkampungan siapa pun di situ. Malahan memang kawasan itu ada papan amaran kawasan kemalangan.

Syukria telah mereka-reka tindakan; jika lembaga itu akan menghalang dia; pasti akan nekad melanggarnya sahaja. Dia tidak memikirkan lembaga itu manusia.

Bilamana telah benar-benar setentang dengan motosikalnya, Syukria memberanikan diri & cuba mengecam wajah lembaga berpakaian serba putih itu.

Sepintas dia melihat wajah yang bertutup dengan kelubung kepala sudah sampai mahu melemahkan setiap sendi tubuhnya. Hitam gelap & nampak matanya merah amat; bagaikan bercahaya. Bilamana Syukria melihat ke arah kakinya memang tergantung bagaikan tiada kaki terapung di bumi.

"Sah bukan manusia!!" Syukria memecut RXZnya bagaikan nak pecah enjinnya. Dia mengigil ketakutan. Apatah lagi jeketnya makin basah dilenjuni hujan. Dia tidak menoleh lagi ke belakang & berdoa agar lembaga itu tidak sampai mengejarnya dari belakang.

Besoknya Syukria demam tak kebah & memang dia serik mahu pulang lewat malam melalui jalan Kulai itu lagi. Dari bualan kekawannya memang pada waktu maghrib itu ada kemalangan maut di situ. Padanlah asyik menganggu.


-bersambung

Dewi Tenggiri 5

*