iDAN

16 Julai 2009

Dinding tumpu batu gunung (Santai)

Percubaan menghidupkan suasana resort suatu usaha yang berbaloi bagi penghuni kediaman ini, walaupun hanya berpandukan naluri dan ilham majalah.


ASPIRASI gaya resort menjadi panduan Nor Suhaila memilih dan menyusun atur perabot.

SUASANA yang melambangkan persekitaran gaya sebuah percutian sering menjadi panduan dalam merias konsep hiasan dalaman. Pemilihan kemasan dan perabot berciri organik tentunya tercatur dalam perancangan awal penghuni kediaman teres dua tingkat ini.

Melewati sambutan pohon hijau subur di muka pintu, langkah masuk disambut susun atur set sofa fabrik putih dengan rangka rotan gelap.

Ia dipadankan kusyen sandar gabungan warna putih dan jingga pinang masak. Ilham susun atur di atas lantai panel kayu menjadikan semua itu nampak lebih hidup.


KECEMERLANGAN ilham dekorasi berjaya dihidupkan di ruang makan.


“Kemas dan selesa. Sekadar cuba mengikut gaya resort,” kata penghuninya, Nor Suhaila Daud. “Tapi saya amat berhati-hati dalam pemilihan kelengkapan isi rumah agar konsep yang diidamkan tidak ‘dicacatkan’ dengan kehadiran pelbagai perabot yang berlawanan konsep.”

Menurut pembantu tadbir ini, dia tidak berapa berminat pada lukisan untuk menyerikan ruang dindingnya. Sebaliknya, gandingan kertas dinding dan kraf khat yang diukir pada kayu lebih menepati cita rasanya yang jelas terarah kepada satu tema.


RUANG menonton hanya dihias ringkas bagi memberi keselesaan.


Ternyata semua itu pilihan tepat memandangkan garapan elemen yang dipinjam daripada belantara itu molek mendominasi keseluruhan kediaman.

“Pernah juga membeli, tetapi akhirnya tidak dapat memikirkan tempat untuk menggantung kerana warnanya tidak bersesuaian dengan konsep yang dimahukan,” ujar ibu kepada seorang puteri comel ini.

Tanpa mengupah mana-mana pereka hiasan dalaman, Nor Suhaila lebih mempercayai nalurinya sendiri hanya dengan berpandukan paparan dalam majalah.

Dia juga mengakui seronok mengubah gaya aturan perabot serta padanan langsir di jendela. Semua itu dibuat sekerap dua kali sebulan!

Mengorbankan halaman kecil di belakang rumah adalah keputusan yang perlu diambil untuk menambah keluasan pelan lantai. Bahagian itu kini menempatkan dapur kering dan basah, sementara ruang dapur asal telah diubah menjadi ruang menonton televisyen.


PENATAAN sederhana namun bergaya di tepi laluan tangga.


Satu lagi ruang yang mencuri pandangan adalah ruang makan. Bukan sahaja kerana naluri kreatif Nor Suhaila dalam penataan hiasan warna potpuri dan jambangan lavender di atas meja, dia juga bijak menyuai padan meja makan dan kerusi daripada set yang berlainan.

Kemudian, ia disempurnakan dengan latar dinding berupa bongkah pecahan batu gunung yang berpenampilan mewah. Susunan batu-batu itu seumpama kraf dinding yang meninggalkan impak suasana, lebih-lebih lagi apabila pencahayaan kuning dilimpahkan ke atasnya.


LANTAI panel kayu kecil dan gandingan perabot kayu potongan ringkas untuk ruang santai terbuka.


“Sejumlah RM2,000 dibelanjakan untuk membeli batu gunung ini yang dijual mengikut berat minimum satu tan. Upah memasangnya pula memakan belanja sebanyak RM700,” jelasnya.

Anak tangga beralas permaidani

Menyusuri anak tangga hingga ke tingkat dua, kaki sentiasa beralas permaidani. Seperti sudah sedia dengan pertanyaan tentang itu, Nor Suhaila menjelaskan bahawa kesihatan keluarga adalah tanggungjawab setiap penghuni rumah.

Bagi mengelakkan permaidani menjadi tempat habuk, hama dan debu, ia perlu dibersihkan dengan penyedut hampagas sekurang-kurangnya sekali seminggu.


WARNA merah jambu dan ungu untuk bilik si kecil.


“Semua tingkap di rumah ini dilengkapi jaring halus supaya hanya membenarkan peredaran udara sihat dan pada masa yang sama menyaring habuk,” akui si ibu sambil sempat menunjukkan bilik yang hanya berwarna merah jambu dan ungu muda - seperti yang ‘disyaratkan’ si anak kecilnya.

Bagi pasangan Nor Suhaila dan suaminya, Badli, mereka mengakui bahawa segala susah payah mereka tinggal menyewa suatu masa dahulu selama tiga tahun berbaloi.

Kesabaran mengumpul wang akhirnya dapat digunakan sepenuhnya untuk memiliki rumah itu, termasuk melunaskan bajet mengubahsuai dan membeli perabot.


ORNAMEN kreatif di dinding sebagai penanda ruang kerja Nor Suhaila.

“Kami tidak mahu membeli barangan sedikit demi sedikit. Saya juga tidak selesa kalau rumah asyik berdebu kerana kerja ubah suai. Sekali buat dan terus siap lebih menyenangkan ahli keluarga,” terang Nor Suhaila.

“Selain daripada status pegangan tetap, kediaman ini menjadi pilihan kami kerana lokasinya di kawasan yang tinggi dan tenang.

“Kedudukan rumah yang tidak berhadapan dengan kesibukan lalu lintas dan terlalu berdepan dengan deretan rumah lain juga membuatkan pandangan dan suasana lebih selesa,” ujar suaminya.

Kosmo!

Faizal Tahir kandas ke APM kerana hutang PTPTN (Hiburan)




KUALA LUMPUR - Artis dan komposer terkenal, Faizal Tahir (gambar) gagal menaiki pesawat untuk menghadiri majlis Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 di Jakarta semalam dipercayai akibat tidak menjelaskan hutangnya dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kosmo! difahamkan, Faizal sepatutnya menaiki pesawat bersama beberapa rakan artis seperti Ayu, Dafi dan Aizat pada pukul 3.55 petang menerusi Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang semalam.

Namun, Faizal satu-satunya artis yang gagal melepasi saringan Imigresen kerana PTPTN sebelum ini telah mengenakan perintah sekatan keluar negara kepada hampir 78,000 peminjam yang tidak menjelaskan hutang.

Usaha mendapatkan komen Faizal, lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu bagaimanapun gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan telefon.

Kosmo!

Hamun pengetua (Ceritera)

Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my

AMPANG: Cukup biadab apabila seorang pelajar lelaki sanggup menghamburkan kata-kata kesat kepada pengetua sekolahnya sambil disaksikan puluhan rakan serta seorang guru yang sedang mengajar dalam kelas berkenaan di sebuah sekolah di sini.

Tindakan kurang ajar itu dilakukan pelajar tingkatan tiga berkenaan sejurus pengetua berkenaan memberitahu mengenai tindakan buang sekolah yang dikenakan terhadapnya.

Perbuatan spontan pelajar berusia 15 tahun itu dianggap keterlaluan kerana dia tanpa segan silu memaki-hamun pengetua wanita berusia 50-an itu.

Difahamkan, dalam kejadian jam 7.45 pagi Selasa lalu, pengetua berkenaan pergi berjumpa pelajar terbabit bagi memaklumkan dia akan dibuang sekolah kerana masalah disiplin serius.

Sumber memberitahu Harian Metro, sebelum itu, pengetua berkenaan terserempak pelajar terbabit di pintu pagar sekolah lalu meminta dia datang ke pejabatnya bagi membincangkan hal berkenaan, tetapi tidak diendahkan sebaliknya remaja itu terus masuk ke kelas.

Menyedari keengganan pelajar itu berjumpanya, pengetua berkenaan mencari remaja lelaki itu di kelasnya.

Menurutnya, sebaik bertemu, pelajar terbabit tanpa menghiraukan pelajar lain dan guru yang sedang mengajar di dalam kelasnya terus menghamburkan kata-kata kesat serta memaki-hamun pengetua berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata ketegangan yang berlaku berikutan tindakan pelajar terbabit meninggikan suara memaki pengetua sekolahnya sedikit kendur apabila seorang anggota polis kebetulan lalu berhampiran kelas berkenaan.

Anggota polis berkenaan berada di sekolah itu untuk menguruskan hal persekolahan anaknya.

“Sebenarnya hal itu berpunca akibat salah faham kerana pelajar terbabit tidak dapat menerima kenyataan dia dibuang sekolah kerana masalah disiplin.

“Pelajar terbabit mula bersikap kurang ajar apabila memaki-hamun pengetuanya sejurus dimaklumkan perkara itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, kejadian berkenaan dirujuk kepada pegawai polis yang dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) ketika sesi perbincangan dengan pihak sekolah yang turut dihadiri ibu bapa pelajar terbabit.

Abdul Jalil berkata, hasil perbincangan, hal itu diselesaikan secara baik dan pelajar terbabit dibuang sekolah dengan persetujuan ibu bapanya.

Harian Metro

Fitnah telefon bimbit (Agama)

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my


SEJAJAR dengan kemajuan teknologi maklumat (IT) yang bergerak pantas, kita mempunyai banyak pilihan mendapatkan maklumat.

SEJAJAR dengan kemajuan teknologi maklumat (IT) yang bergerak pantas, kita mempunyai banyak pilihan mendapatkan maklumat.

Kita tidak hanya bergantung kepada media massa untuk mendapatkan berita kerana banyak media pilihan boleh dijadikan sumber maklumat.

Paling dominan ialah telefon bimbit, kerana cirinya lebih mesra pengguna dan kos yang murah menyebabkan segala urusan menjadi mudah.

Alat komunikasi itu yang diperkenalkan di Jepun 30 tahun lalu, bukan sekadar penghubung komunikasi malah dilengkapi pelbagai fungsi seperti aplikasi e-mel, siaran radio, televisyen dan capaian internet.

Kajian mendapati ada 3.3 bilion pengguna telefon bimbit pada 2007 dengan 2.4 bilion pengguna mesej pesanan ringkas (SMS).

Ini membuktikan telefon bimbit sebagai media interaktif popular bagi penduduk dunia.

Asasnya, media itu membawa kebaikan, tetapi ia tidak sunyi daripada keburukan, khususnya apabila jatuh di tangan golongan tidak bertanggungjawab.

Golongan terbabit akan menggunakannya sebagai saluran menabur fitnah, membuka aib orang lain dan menyampaikan maklumat tidak tepat hingga bertentangan dengan prinsip agama.

Fitnah secara umumnya bererti menyebarkan sesuatu yang palsu seperti berita, cerita, gambar dan rakaman yang tidak benar, khusus membabitkan hal yang menjatuhkan imej dan personaliti orang lain.

Dalam al-Quran istilah ini dikatakan mempunyai pelbagai makna, tertakluk kepada konteks ayat seperti bermakna syirik, ujian dan cubaan, seksa, dosa, kekufuran, pembunuhan dan kebinasaan, berpaling dari jalan benar dan sesat.

Makna yang boleh difahami melalui hadis, seperti perselisihan dan peperangan, ujian dan cubaan, melalaikan dan melekakan, kemungkaran dan maksiat, tertakluk kepada keadaan.

Bagaimanapun, fitnah bagi pemahaman orang Melayu ialah penyebaran berita bohong atau desas-desus mengenai seseorang yang tidak selaras dengan kenyataan dan kebenaran.

Semua itu dilarang keras dalam Islam, namun disebabkan dengki, suka mengadu domba dan memutarbelitkan fakta oleh segelintir pihak menyebabkan perbuatan itu tidak pernah sunyi dalam kehidupan masyarakat.

Perbuatan fitnah sangat kejam dan balasan kepada yang melakukannya sangat keras. Huzaifah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah." (Hadis riwayat Muslim)

Justeru, bagi mengelak daripada terpengaruh dengan maklumat palsu dan berunsur fitnah, kita bertanggungjawab menyelidiki dulu. Ini sesuai dengan firman-Nya, bermaksud:

"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, selidikilah kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (Al-Hujurat: 6)

Selain itu, blog iaitu laman sesawang yang diselenggara secara individu, bagi menyampaikan maklumat dan komentar mengenai sesuatu topik, terutama yang menarik minat masyarakat turut diminati masyarakat.

Blog memberikan kebebasan kepada pemiliknya memuatkan maklumat termasuk berbentuk gambar dan klip video digemari, namun kebebasan itu bukanlah lesen besar untuk menabur fitnah, membuat tuduhan, hasutan dan mencetuskan suasana tidak harmoni.

Laman sesawang terbabit seharusnya tidak menjadi gelanggang untuk tuduh-menuduh yang akhirnya menimbulkan suasana tidak tenteram, bahkan setiap komentar harus diberikan secara adil.

Islam melarang umatnya terbabit dengan perbuatan keji dan tidak membina, termasuk fitnah dan tuduhan palsu. Malah, dalam bab menuduh perbuatan keji (zina), ada hukuman qazaf iaitu dikenakan 80 kali sebatan di khalayak ramai.

Hukum qazaf dikenakan jika penuduh perbuatan keji itu gagal mengemukakan empat orang saksi yang adil iaitu tidak fasik.

Justeru, pengguna media baru, sama ada generasi baru atau lama wajar beretika berpandukan lunas agama dan nilai kemasyarakatan, bukannya menurut kehendak hedonis atau keseronokan semata-mata.

Harian Metro

15 Julai 2009

Islam lindungi hak isteri (Agama)

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my


"TIADA lafaz paling keramat dari lidah seorang lelaki yang bergelar suami, kecuali talak, bahkan dilihat dari satu sudut ia adalah hak eksklusif kaum Adam terhadap kaum Hawa.

TIADA lafaz paling keramat dari lidah seorang lelaki yang bergelar suami, kecuali talak, bahkan dilihat dari satu sudut ia adalah hak eksklusif kaum Adam terhadap kaum Hawa.

Ada benarnya, kerana dalam Islam lafaz talak atau cerai yang keluar dari bibir si isteri tidak diambil kira, walaupun dia melafazkannya berulang kali dengan bersungguh-sungguh, sekali gus menunjukkan kuasa talak hak suami.

Firman Allah bermaksud: "Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya dan hitunglah masa idah itu (dengan betul) serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu..." (al-Quran, surah al-Talaq-65: 1)

Walaupun begitu, seorang suami harus berwaspada.

Sabda Nabi bermaksud: "Allah tidak menjadi sesuatu yang halal, yang lebih dibenci oleh-Nya dari talak."

Dan lagi: "Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak." (Riwayat Abu Dawud)

Seorang suami tidak wajar mempermainkan perkataan cerai kerana sekali ia terlepas dari mulut, mereka mungkin menyesal seumur hidup.

Rasulullah bersabda: "Tiga perkara menjadi serius walaupun dalam keadaan main-main atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba."

Tetapi, sejauh mana lafaz cerai menjadi hak eksklusif suami? Apakah hak untuk berpisah bagi si isteri terkunci rapat? Jika benar, bukankah ia menzalimi isteri dan tidakkah undang-undang Islam ini menganiayai wanita!

Pensyarah Kanan Institut Islam Toronto, Kanada, Sheikh Ahmad Kutty, berkata dalam Islam, lelaki dan wanita mempunyai hak.

Menurutnya, ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Dan isteri-isteri itu ada hak yang sama seperti kewajibannya secara yang sepatutnya..." (al-Quran, surah al- Baqarah: 228)

"Hak ini termasuk hak untuk dilayan secara adil dan baik dalam semua keadaan, kedua-duanya dalam kes perkahwinan dan perpisahan," katanya, dalam satu ruangan soal jawab hukum di laman sesawang.

Sebagaimana lelaki mempunyai hak untuk membubarkan perkahwinan, wanita juga ada hak berbuat demikian, lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan konflik yang mengakibatkan kekecewaan dan kesengsaraan.

Katanya, Allah memerintahkan lelaki berbuat baik terhadap wanita sepanjang waktu dan sebarang perlakuan tidak adil, menjadikan isteri tahanan penjara dalam perkahwinan.

"...maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan baik, atau lepaskan mereka dengan baik..." (al-Quran, surah al-Baqarah: 231)

"Dengan penjelasan penting al-Quran ini, Islam mengajar kita apabila seorang suami melanggar prinsip terbabit, isteri mempunyai hak mengambil apa-apa tindakan undang-undang bagi membubarkan perkahwinan.

"Ia adalah hak yang diberikan Islam kepadanya dan keputusan mahkamah dalam kes ini benar-benar berdasarkan Islam, bagi dirinya hanya bertindak dalam usaha untuk menghindari penganiayaan dan kecederaan dirinya," katanya.

Beliau berkata, prinsip perundangan Islam menjelaskan, perlindungan mesti diambil bagi mengelak kecederaan dan kerosakan."

Justeru, katanya, jika seorang isteri itu tidak mendapat keselesaan daripada suaminya, dia berhak meminta cerai.

Ulama terkemuka, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dalam bukunya, Halal dan Haram dalam Islam, berkata wanita yang tidak tahan tinggal dengan suaminya ada hak untuk membebaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan, dengan mengembalikan mas kahwin (mahar) kepada suaminya.

Pemberian dari isteri itu katanya, sama ada lebih atau kurang nilainya bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, katanya, seorang suami itu sepatutnya tidak meminta lebih daripada yang diberikannya kepada isteri.

"Dan tidak halal bagi kamu mengambil balik sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan hukum Allah, maka tidaklah berdosa (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar hukum Allah, maka mereka itulah orang yang zalim." (al-Quran, surah al-Baqarah: 229)

Bagaimanapun, menurut al-Qaradhawi, adalah tidak dibenarkan bagi wanita untuk mendapat cerai dari suami kecuali dia diberikan layanan yang teruk atau dalam keadaan itu dia mempunyai sebab munasabah.

Katanya, Nabi bersabda, maksudnya: "Sekiranya mana-mana wanita meminta cerai dari suaminya tanpa sebab yang kukuh, terhalang haruman syurga darinya."(Hadis riwayat Abu Daud)

Dari penjelasan ini, nyata sekali nasib seorang isteri masih terbela di dalam Islam dan dia mempunyai hak untuk bercerai apabila dirasakan perkahwinan sudah tidak memberikan nikmat kepadanya.

Perceraian itu boleh dituntut di Mahkamah Syariah, sama ada dengan cara fasakh (pembubaran perkahwinan) atau tebus talak (cerai yang diucapkan oleh suami dengan pembayaran dari pihak isteri kepada suaminya).

Dalam undang-undang keluarga Islam, perceraian boleh juga berlaku melalui talak taklik, pertukaran agama dan li'an.

Harian Metro

Tiada yang terzalim

Oleh Kasdi Ali dan Mohd Husni Mohd Noor
am@hmetro.com.my


IPOH: “Inilah hakikatnya. Ana (saya) harap (mana-mana pihak) jangan mensensasikannya lagi. Yang dah selesai, selesai.

“Ana doakan yang terbaik untuk masa akan datang. Yang terbaik untuk keputusan hari ini, itulah (perceraian),” kata penyanyi, pengacara dan penceramah bebas, Akhil Hayy.

Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai, 40, meminta semua pihak tidak lagi memperkatakan mengenai hal peribadinya selepas krisis rumah tangganya berakhir semalam sebaik dia menceraikan isterinya, Maizawati Zainal, 33, dengan talak satu di depan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd Ridzuan Mohd Yusof.

Mengulas keputusan perceraiannya, bekas vokalis kumpulan rock D’Riyadh terbabit secara berseloroh menjawab: “Itu (kemenangan Pas) adalah keputusan pilihan raya kecil (Manek Urai) semalam (kelmarin). Hari ini (semalam) keputusan pilihan saya.

“Mengikut keputusan itu (perceraian), tidak ada pihak yang terzalim dalam hal ini,” katanya.

Bagaimanapun, ‘Ustaz Rock’ itu dengan lantang menafikan punca keretakan rumah tangganya sehingga membawa kepada perceraian berpunca daripada pembabitan pihak ketiga.

“Berkali-kali ana tegaskan, jangan babitkan perkara (punca perceraiannya) dengan pihak ketiga. Cukuplah, keluarga dan sesiapa yang terbabit dalam hal ini terzalim dan terkecewa secara tidak langsung selain kredibiliti ana yang tercalar cukup banyak.

“Tidak ada (pembabitan) pihak ketiga, ana dah ulang (perkara ini) sebanyak tiga kali. Ini (perceraiannya) adalah masalah peribadi ana dengan bekas isteri. Masalah peribadi belaka.

“Ramai yang mengaitkan spekulasi dan gosip yang mengatakan masalah ini timbul kerana ana terbabit semula dalam bidang seni dan mempersoalkan mengapa tidak berceramah macam dulu. Tapi, itulah ana, ini perjalanan saya,” kata

Mengulas mengenai pelbagai tuduhan dilemparkan terhadapnya dalam laman blog tertentu termasuk mengatakan dia ‘ustaz munafik’, Akhil berkata:

“Ana tengok tulisan (komen) dia orang (penulis blog) lebih hebat daripada ulama sekarang ini. Sebab menghentam ana dan macam-macam termasuk tuduhan ustaz munafik. Masalahnya ialah, inilah mentaliti masyarakat Malaysia, bila buka blog untuk (diberikan) ruang, mereka membuat (menulis) apa juga perkataan dan cacian cukup hebat.

“Sebenarnya benda-benda ini kita kena check (semak) balik. Kita tidak tahu siapa yang bercakap sedangkan kita (saya) ini menjadi tontonan orang ramai, orang melihat kita setiap inci. Yang paling penting, kita tiada ruang (mempertahankan diri),” katanya.

Mengenai perancangannya selepas ini, Akhil hanya berkata, buat masa sekarang beliau sedang membuat rakaman Tadarus Al-Quran dan meneruskan kehidupannya seperti biasa serta melaksanakan beberapa perkara yang dirancangkannya.

Harian Metro

iDAN: Ustaz Akhil tak sangka pula jodohnya sampai di sini. Talak satu tak semestinya berpisah. Demi anak-anak jika ada jodoh agar Ustaz rujuk kembali. Mana ada rumahtangga tidak bergolak, sedangkan lidah lagikan tergigit ini kan pula suami isteri.

Kehidupan ini kejap sangat, yang nyata akhirat itu lebih kekal. Bayangkan isteri adalah Ketua Bidadari di sana nanti, alangkah janggalnya di mata anak-anak jika Ketua Bidadari ayahnya bukan ibunya di dunia.

Kesalahan yang besar pun Allah Azzawajalla boleh ampunkan, apatah lagi kita ini manusia yang lemah, kenapa tidak boleh mengampuninya. Tentunya seringkali melakukan kesalahan & kesilapan dalam rumahtangga. Perceraian itu adalah perkara yang halal tapi amat dimurkai Allah Azzawajalla. Jika isteri memohonnya tanpa alasan kukuh amat payah dimaafkan malahan hukumnya adalah haram. Pasti akan tertutup pintu syurga jika memang sengaja isteri menduakan suami mengikut nafsunya demi mencari jalan perceraian. Sementelah negara kita tidak terlaksana hukum hudud; isteri yang curang seharusnya telah direjam hingga mati tetapi dunia madani membiarkan isteri yang curang ini bernikah lagi & melahirkan zuriat. Pada hakikatnya apalah haknya seorang isteri curang untuk terus bernafas di dunia ini.

Dalam kes Ustaz tidak timbul masalah ini, sekadar perbalahan duniawi yang tidak sampai berlakunya kecurangan bagiku eloklah difikirkan semula agar tidak mustahil demi kebahagiaan anak-anak jalan terbaik adalah rujuk semula. Dari kacamata masyarakat Maizawati adalah isteri yang menjaga kesopanannya & berwatak Islam dengan cara pemakaian & menutup aurat. Perbalahan mungkin lantaran gangguan kesibukan & ketidak sefahaman sementara yang masih boleh diajak berunding.

Suami kenalah melindunginya isteri agar tidak sampai terjadinya perceraian. Kasih sayang anak-anak akan lebih terjamin jika suami & isteri masih duduk sebumbung. Agar jodoh Ustaz Akhil akan dikembalikan & dipanjangkan.

SOALAN:
1. Apakah hukumnya isteri selalu meminta diceraikan. Adakah seseorang suami itu dayus jika tidak mengikut permintaannya?

JAWAPAN:

Hukumnya haram. Tidak wajar seorang isteri meminta dia diceraikan oleh suaminya. Seorang isteri yang meminta dirinya diceraikan tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak adalah berdosa. Sedangkan si suami masih memberi nafkah, tempat tinggal, makan minum dan menjaga keselamatan. Jika dia seorang yang berpoligami dan berlaku adil dengan isterinya.

Isteri berhak meminta cerai jika kehidupan tidak ada kesefahaman, suami tidak melaksanakan tanggungjawab sebagi ketua keluarga. Sekiranya suami gagal bertanggungjawab dan segala bebanan rumahtangga ditanggung oleh si isteri maka tidak salah seorang isteri meminta agar dia diceraikan.

Namun yang lebih baik ialah suami isteri mesti mencari jalan penyelesaian terlebih dahulu. Sama ada berbincang dengan keluarga mertua sebelah lelaki atau berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Islam meminta agar setiap pasangan suami isteri mencari jalan penyelesaian yang holistik yang membawa kepada pemulihan dan kemurnian rumahtangga dan bukan pula mencari jalan meruntuhkannya.

Seorang suami yang tidak mengikut permintaan isterinya untuk diceraikan tidaklah dianggap dayus. Sikap si suami bertahan dari menunaikan permintaan isterinya itu adalah demi menjaga keharmonian rumahtangga.

Jelasnya di sini hikmah Allah meletakkan kuasa talak ini di tangan suami dan bukan pula di tangan isteri. Bayangkan sahaja jika kuasa talak di tangan isteri mungkin bilangan lelaki yang menduda lebih ramai dari yang menjanda. Sebab itulah sembilan nafsu (emosi) yang ada pada orang perempuan tidak dapat mengawal perasaan, bila tertekan bertindak di luar kawalan sehingga meminta cerai.

Kesimpulannya, si isteri jangan terlalu mudah meminta dirinya diceraikan dan janganlah hendaknya si suami yang mempunyai kuasa talak bermain dengannya dengan mengugut isteri.

Asam Pedas Ikan Merah (Harum Aroma)

Asam Pedas Ikan Merah 6.67
Kiriman: Rabiatul Adawiyah Nasir
Sumber: Warisan keluarga

Bahan-Bahan:

Seekor ikan merah sederhana besar
3 sudu cili giling (jika ingin pedas, tambahkan)
5 ulas bawang merah )
2 ulas bawang putih )
2 cm halia )
2 cm kunyit hidup )dikisar/ditumbuk
Sedikit belacan )


Asam jawa (dijadikan jus)
Kobis segar atau sayur yang dijerukkan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:

Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga naik baunya. Masukkan pula cili giling dan tumis sehingga garing. Perlahankan api dan masukkan ikan. Selepas itu, masukkan pula jus asam jawa dan biarkan api perlahan sehingga mendidih.
Masukkan kobis atau jeruk sayur.
Tutup periuk dan biarkan sehingga masak.

Cadangan Hidangan:

Dihidagkan bersama nasi putih.

Sebutan semula kes Akhil Hayy (Hiburan)

IPOH: Mahkamah Rendah Syariah Ipoh hari ini dijangka mendengar semula kes tuntutan perceraian penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, yang dibuat isterinya, Maizawati Zainal, 33, pada 2 Jun lalu.

Sebelum ini, kes tuntutan berkenaan tidak dapat dilakukan berikutan dokumen tidak siap dan tuntutan tidak dibuat secara terperinci oleh kedua-dua pihak.

Oleh itu, Hakim Syarie, Mohd Ridzuan Mohd Yusof, membenarkan penangguhan kes itu selepas kedua-dua pihak bersetuju berunding dan menyelesaikan kes itu secara baik dalam tempoh sekarang sehingga ke tarikh berkenaan.

Harian Metro

14 Julai 2009

707 Menarik (Singgahsana)


Saluran 707 ini memang menarik, jika ada sarikatanya lagilah dapat menarik ramai penonton. Melalui saluran ini banyak negara dapat dilawati. Perbagai resepi juga dapat kita pelajari. Begitu juga hasil seni & cara menghias rumah. Semuanya terpapar dengan indah & tak jemu menontonnya.

Selalunya tayangan filem-filem di Astro telah berulang kali ditayangkan, tak kiralah di saluran mana. HBO, MAX atau Star Movie; Baik filem Inggeris, Melayu, Hindi & lainnya telah hampir hafal jalan ceritanya. Terkadang menjemukan. Maka itu apa salahnya sesekali kita beralih ke saluran 707 yang banyak memaparkan kehidupan di seantero dunia.

Agar penerbit saluran 707 ini rajin membuat sarikata dalam perbagai bahasa & pastinya akan menarik ramai lagi penonton. Sesekali kliklah ke sana 707, menang santai di sana.

Nikah lebih 10 tahun (Hiburan)


Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Selepas lebih 10 tahun berahsia, pelakon popular, Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Eja, akhirnya tampil membuat pengakuan kepada Harian Metro, semalam, berhubung status dirinya yang sudah bergelar isteri kepada ahli korporat, Mohd Silahuddin Jamaluddin, 40-an.

Eja, 37, yang kini sarat mengandung tujuh bulan berkata, dia yakin sekarang masa tepat baginya berkongsi dengan peminat mengenai pelbagai cerita dan hal peribadinya.

“Sebenarnya bukan status saya dan suami yang menjadi masalah, sebaliknya saya ingin beritahu kepada peminat mengenai keadaan saya sekarang bagi mengelak fitnah kepada anak dalam kandungan ini.

“Pada masa sama, saya ingin tegaskan kepada peminat, saya berkahwin dengan suami (Silahuddin) selepas dia berstatus duda dengan dua anak. Justeru, gosip yang mendakwa saya isteri kedua dan menjadi punca perceraian dengan bekas isterinya yang juga wanita berketurunan Amerika-Australia tidak berasas sama sekali.

“Saya harap dengan penjelasan ini tidak timbul lagi cerita negatif mengenai rumah tangga saya dan orang juga tidak akan bertanya mengenai kisah peribadi saya,” katanya ketika menjayakan fotografi eksklusif bersama sisipan Harian Metro, Rap di Hotel Crowne Plaza Mutiara di sini, semalam.

Malah, kata Eja yang dikenali dalam drama bersiri Rindu Semakin Jauh, Mya Zara dan Seputih Qaseh Ramadan, hubungannya dengan dua anak tiri, Khatijah, 17, dan Shane Jacob, 13, juga akrab sampai sekarang.

“Kedua-dua anak tiri menerima saya dalam hidup mereka. Kini, Khatijah dan Shane sudah menuntut di Australia. Setiap kali pulang bercuti, mereka pasti mengunjungi kediaman kami di sini.

“Bila dapat tahu saya mengandung, mereka sangat gembira kerana bakal menerima kehadiran anggota baru dalam keluarga kami. Masing-masing berebut ingin memberikan nama kepada bayi yang bakal saya lahirkan September nanti,” katanya.

Ditanya kenapa dia berahsia selama ini, Eja berkata, sebenarnya dia tidak pernah menyorokkan status dirinya kepada peminat.

“Sebenarnya saya tak pernah menafi atau mengiyakan status saya sepanjang 12 tahun dalam industri seni. Cuma saya tidak bercerita kepada orang mengenai status sudah berkahwin kerana sudah menjadi prinsip saya sejak dulu untuk tidak bercerita hal peribadi berbanding kerjaya seni.

“Hakikatnya, saya dan suami juga seperti pasangan normal lain. Dia sentiasa menemani saya termasuk ke pasar malam.

“Namun, jika tindakan saya dianggap menyorokkan status dan hipokrit, saya sedia menerima kritikan orang. Jika apa yang saya lakukan menyinggung perasaan peminat dan mereka berasa tertipu dengan apa yang berlaku, saya juga memohon maaf,” katanya.

Harian Metro

Mimpi petanda Kurang Baik 2 (Singgahsana)

"Hujung bulan nanti ayah akan ke pakar jantung Klinik Kardio di Hospital Serdang lagi..!" Afiz diam saja, di tangannya tak lekang dengan telefon bimbit berSMS dengan kekasihnya. Tak putus.

"Jika Afiz temani ayah pasti Afiz akan perasan, tak ramai orang macam ayah; sendirian ke hospital pakar.." Aku cuba menarik perhatiannya. Namun SMS dari gadis pantai timur tersebut lebih menarik minatnya dari berbual dengan aku.

"Jika suami sakit selalunya isterinya ada bersamanya kalau pun tidak anaknya menghantar, jika isteri sakit suami selalunya ada sebelahnya, terkadang tu bukan seorang dua mengiringi..!" Mata aku mengatuk sangat sebenarnya, kenduri Maman Ifi sudah selesai, meriah sekali, tiga hari tiga malam orang tak putus datang.

"Sudah lebih tiga tahun ayah sakit, ibu Afiz macam tak kisah pun!"

"Afiz pun perasan, ibu tu memang tak ambil tahu sangat sakit ayah!.." Baru Afiz bersuara bila dia mendengar ayahnya menyebut ibunya.

"Emmm! rasanya boleh dibilang dengan jari berapa kali ibu hantar ayah, ketika ayah di wad kecemasan pun dia tidak pernah datang melawat!" Aku teringat akan pemergian ayah mertuaku. Mengejut. Masa tiga malam dia di hospital Mak Mertuaku langsung tak risau & mahu melawatnya. Masa arwah Pak Mertuaku telah meracau pun dia tidak rasa risau jauh sekali tergerak hati melawatinya. Apakah sikap emaknya telah menurun ke dirinya. Isteri yang kusayang seorang ini.

"Nanti jika Afiz telah berumahtangga perkara sakit semua ini janganlah diambil mudah, masa sakitlah kita kena ambil perhatian terhadap isteri kita!" Hinggakan Pak Mertuaku meninggal, aku & Mamam Ifi sahaja yang bersama di dalam kereta Jenazah. Perjalanan pulang jenazah dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang ke Meru tiada pun diringi Mak Mertuaku. Sampai di rumah sekitar 2:00 pagi. Aku tak nampak Mak Mertua aku menangis atau bersedih. Bagaikan masih ada dalam dirinya satu perasaan marah; salah satu sebab yang aku dapat ramalkan; tiada restunya Pak Mertuaku berkawin dengan orang Indon. Mak Mertuaku tidak mahu bermadu dengan wanita Indon tersebut. Rasanya semua isteri tak mahu bermadu dengan orang Indon tentunya.

"Glukos ayah telah bertambah, dalam tempoh sebulan naik sekali ganda, padanlah ayah rasa badan ini berat semacam!" Sebab itu terkadang ayah sukar bernafas, sering tersedar sekitar 3:00 pagi terasa lemas & sesak bernafas. Badan pula gatal-gatal. Aku pernah mengadu masalah ini dengan Dr Shima maka itu dia membuat surat arahan agar aku dirawat doktor pakar jantung di Hospital Serdang. Tentunya Dr Shima takut musibah akan menimpa seperti apa yang tertulis di artikel ini.

Apabila glukosa darah bertambah, lebih banyak hormon insulin akan dirembeskan oleh pankreas untuk membawa glukosa berlebihan memasuki sel badan.

Apabila kepekatan glukosa dan juga insulin yang beredar dalam saluran darah semakin tinggi, ditambahi dengan tekanan darah yang meningkat, kemungkinan besar lapisan dalam permukaan saluran darah akan terluka bagaikan dicalar. Seterusnya, plak akan terbentuk apabila badan mengambil tindakan untuk membekukan darah.

Dengan permukaan yang berplak, akan mula terkumpul kolesterol, lemak, sel-sel mati dan sebagainya di bahagian itu dan terbentuk gumpalan yang semakin membesar. Pada waktu itu, individu itu selalunya tidak lagi terasa apa-apa yang tidak kena pada badannya.

Malapetaka akan menimpa dalam keadaan badan tertentu, contohnya ketika tekanan darah meninggi secara mendadak. Dalam tekanan darah yang tinggi, gumpalan itu mungkin akan tertanggal dari permukaan dalam saluran darah dan terbawa-bawa dalam pengaliran darah.

Bayangkanlah sebiji bola ping pong yang terjatuh ke dalam kolam simpanan air besar, terbawa ke dalam paip air yang besar dan akhirnya sampai di paip air kecil rumah kita, pastinya akan menyumbatkan paip air rumah dan menyebabkan bekalan air ke rumah terputus.

Keadaan yang sama terjadi apabila gumpalan tersebut menyumbatkan pembuluh darah yang membawa oksigen ke jantung, mengakibatkan serangan jantung yang membawa maut.

Sindrom metabolik bagaikan pembunuh senyap yang mengamuk dan membunuh tanpa disedari atau tidak diawasi gejalanya. Oleh itu, sindrom ini harus diberi perhatian yang serius dalam penjagaan kesihatan.

Maka itu Doktor Pakar Jantung di Hospital Serdang memberikan aku Uniaspirin, Acetylsalicylic Acid ubat mencairkan darah, agar tidak terjadi sindrom metabolik ini. Ianya amat bahaya boleh mengakibatkan strok atau angin ahmar yang membuatkan mangsa diabetes mati mengejut.

Sakit diabetes ini memang mendatangkan selera makan yang bertambah. Bila kekenyangan amat payah untuk mengawal rasa mengantuk. Tambahan pula serangan darah tinggi, kolestrol, buah pinggang , jantung & hati. Aku sungguh tidak secergas dulu. Maka itu aku tidak lagi mahu memaksa diri berkerja keras di majlis kenduri Maman Ifi, buat kerja sedikit pun lelahnya bukan main.

Kebetulan Mila tak bawa pun pakaian Baju Melayu ketika aku pulang ke Meru. Aku sekadar pendatang di majlis tersebut. Mila sebagai anak sulung memilih sebagai penyambut tetamu dengan pakaian anggunnya, aku pula sekadar orang luar tidak sama sekali mengiringi isteri. Hanya memerhati gelagat keluarga mertua ghairah bergumbira menyambut saudara mara & tetamu mereka.

Bayangkan majlisnya selama tiga hari tiga malam; di hari kedua aku memang tak berdaya lagi. Aku mencuri waktu tertidur di masjid entah berapa jam lamanya. Pastinya dengkuranku yang kuat menggamatkan ketenangan masjid. Semakin tua & tenatnya aku. Mana mungkin aku secergas dulu, mimpi tragis & kerisauan tentang kematian tentunya bukan lagi mainan buat insan seusiaku.

13 Julai 2009

Selamat tinggal Raja Pop (Hiburan)



Lawn untuk ke Staples Center." title="KERANDA berisi mayat Michael keluar dari Forest
Lawn untuk ke Staples Center." border="0" width="300" height="202">
KERANDA berisi mayat Michael keluar dari Forest
Lawn untuk ke Staples Center.

LOS ANGELES: Kegiatan di bandar raya ini terhenti seketika apabila keranda emas mengandungi jenazah Michael Jackson dibawa dari Tanah Perkuburan Forest Lawn ke Staple Center untuk upacara penghormatan terakhir.

Keluarga Michael dan rakan rapatnya yang menghadiri majlis penghormatan terakhir tertutup di Forest Lawn yang mengambil masa kira-kira setengah jam, mengekori kereta mayat membawa keranda itu.

Konvoi 18 kereta itu diiringi polis di sepanjang jalan raya yang ditutup kepada kenderaan lain.

Sementara itu, spekulasi masih berterusan mengenai tempat persemadian terakhir ikon Raja Pop itu.

Sumber berkata, keluarganya kini berharap dapat mengebumikannya di Neverland walaupun mereka belum menerima kebenaran untuk berbuat demikian daripada pihak berkuasa.

Selepas upacara penghormatan terakhirnya, kerandanya dibawa kembali ke Forest Lawn tempat ia disimpan sejak beberapa hari lalu sementara menunggu keputusan terakhir dibuat.

Di Staples Center, kerandanya dipamerkan kepada peminatnya.

Michael mengadakan latihan terakhirnya untuk 50 konsertnya di 02 Arena di London sebelum dia mati dua hari kemudian pada 25 Jun lalu.

Kira-kira 17,500 peminatnya yang menerima tiket percuma untuk menghadiri upacara penghormatan terakhir di Staples Center itu berada di luar stadium itu sejak malam kelmarin.

Antara mereka yang membuat persembahan di majlis berkenaan, termasuk Lionel Richie, Mariah Carey, Stevie Wonder serta pelajar dari Wales, Shaheen Jafargholi, peserta pusingan akhir rancangan realiti Britain Got Talent.

Sementara itu, ikon layar perak, Elizabeth Taylor, rakan karib Michael, enggan hadir kerana memilih untuk mengingati Michael secara persendirian. - Agensi

12 Julai 2009

Mafia betina (Ceritera & Ulasan)

Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Tiga pelajar perempuan tingkatan satu layak digelar ‘mafia betina’ ketika membelasah dan mendera dua rakan sebaya, baru-baru ini.

Ini kerana mangsa bukan setakat ditampar dan diterajang, malah dipaksa bergusti sesama sendiri. Lebih mengejutkan, penderaan itu dilakukan di dalam surau di luar sekolah!

Tidak cukup dengan itu, aksi kejam kira-kira 30 minit itu dirakam dan diedarkan di kalangan rakan sebelum dimuat turun ke dalam Internet melalui laman You Tube menyebabkan kedua-dua mangsa kini malu dan trauma untuk berhadapan dengan pelajar lain di sekolah.

Difahamkan, kejadian bermotifkan dendam kira-kira jam 2.30 petang itu bermula apabila seorang mangsa, Azani Jusharmiela Mohd Jaafar, 13, yang belajar di sebuah sekolah menengah di Dungun, dijemput tiga pelajar terbabit dari rumahnya sebelum membonceng motosikal ke sebuah surau kira-kira empat kilometer dari situ.

Sejurus tiba, dia melihat seorang lagi rakannya yang juga pelajar sebuah sekolah di Kerteh berada di situ.

“Sebaik memasuki surau, saya dan rakan ditampar dan dihentak ke pintu menyebabkan kepala saya benjol.

Katanya, selepas ketiga-tiga pelajar perempuan samseng itu puas membelasah, dia dipaksa bergusti dengan rakannya sambil aksi mereka dirakam menggunakan telefon bimbit.

Bimbang terus dibelasah, kedua-dua mangsa terpaksa mengikut ‘skrip’ arahan tiga ‘mafia betina’ terbabit.

“Kami terpaksa bergusti sesama sendiri dan mengikut semua arahan mereka bagi mengelak terus dibelasah. Mereka juga mengugut kami supaya tidak beritahu guru dan ibu bapa.

“Selepas tiga hari kejadian, saya bertemu tiga pelajar samseng terbabit di sekolah dan hanya mendiamkan diri apabila bersua muka.

“Sebelum itu, kami tak tahu rakaman itu disebarkan dalam You Tube sehinggalah saya melihatnya sendiri sebaik mendapat maklumat daripada seorang rakan,” katanya di sini, semalam.

Azani Jusharmiela berkata, dia yang trauma beberapa minggu selepas kejadian, kemudian mengadu kepada seorang kakaknya kerana tidak tahan dengan sikap tiga mafia betina terbabit yang berbangga dengan perbuatan mereka.

Kakaknya, Azani Juhaiza Mohd Jaafar, 23, yang bekerja di ibu negara berkata, dia terperanjat dan marah dengan tindakan tiga pelajar perempuan terbabit yang mengaibkan adiknya di Internet.

Katanya, dia hanya mengetahui perbuatan itu ketika pulang ke rumahnya di Kampung Felda Kerteh untuk bercuti dan naik darah sebaik diceritakan adiknya.

“Sesiapa pun pasti berang dengan perbuatan kurang ajar itu dan tindakan pihak sekolah saja tidak cukup untuk menghukum mereka.

“Mereka baru berusia 13 tahun tapi berani melakukan jenayah seperti ini. Jika besar nanti saya tak tahulah macam mana kejamnya lagi mereka.

“Jika saya sendiri membalas perbuatan mereka, kes ini akan mungkin jadi lebih panjang, oleh itu biarlah pihak polis saja menyelesaikannya,” katanya selepas membuat laporan kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, kira-kira 9.30 pagi semalam.

Menurutnya, adiknya kini malu bersemuka dengan rakan selepas tersebar rakaman itu di Internet dan menjadi pendiam serta jarang keluar rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, mengesahkan kejadian itu dan berkata kes berkenaan akan dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut.

Harian Metro

iDAN : Bagiku masalah remaja kini yang kerap kita hadapi berlagak samseng ala mafia ini sewajarnya semua pihak memandang serius. Paling penting adalah keluarga remaja tersebut perlulah pandai menangani keruntuhan moral anak mereka.

Aku pernah menulis kisah ini yang berlaku di depan mataku sendiri, masalah samseng lagi kejam berbanding vedeo klip ini yang dilakukan oleh jiranku. Tindakan samseng begini membuatkan aku jadi mual & hilang hormat terhadap hubungan kejiranan.

Jika kita mengikuti perkembangan kongsi gelap di masyarakat cina begitu kumpulan samseng bangsa India pun orang kita Melayu yang terkenal dengan amoknya; pasti kita trauma & mati kutu untuk mencari penyelesaiannya. Bukan mudah kita mahu menangani atau melenyapkan terus kumpulan ini, jika kita brtindak sendirian pastinya akan membahayakan diri sendiri. Malahan bukan sedikit yang hilang nyawa kononnya ingin menjadi Jaguan Pembela terhadap kumpuan ini.

Berhadapan dengan cuma Peragut pun telah terlalu ramai kehilangan nyawa, yang cedera telah saban hari kita dengar.

Tiada hak bagi keluarga mafia betina ini membela diri, malahan mereka yang berkuasa perlulah mengambil tindakan tegas. Jika kita berlembut dengan kekerasan yang ketara & kejam begini bagiku seolah-olah kita tidak mahu melentur buluh. Apa akan terjadi kepada generasi akan datang jika kita terlalu mudah bertolak ansur dengan kumpulan sebegini. Mesti kita tegas & menghukuminya secara wajar & saksama.

Seperti kes jiranku hingga kini aku masih menyimpan rasa tidak puas hati sebab aku lihat keluarga ini masih bersikap samseng mereka & tidak langsung menghormati hak serta hubungan kejiranan. Tiada pihak pun dapat menyelesaikan masalah ini, malahan keluarga pelajar yang kena godam & dera temph hari bagaikan berlembut lalu beralah. Penderaan kejam di depanku oleh seluruh ahli keluarga ini menjadikan titik hitam dalam hatiku yang tentunya akan merosakkan ukhwah kekeluargaan & keagamaan. Aku benci sikap samseng.

Maka itu kerajaan perlulah memikir jalan terbaik membimbing masyarakat kita bukan hanya mengesan masalah penyiaran atau bahan ganas di media atau telekomunikasi tetapi juga pendidikan di sekolah yang memerlukan perhatian serius masalah moral & pendidikan sivik ini. Mata pelajaran moral & sivik ini amat penting bukan hanya mahukan pelayar & warganegara kita mahir dengan dwibahasa sahaja.

Hendak buat apa kita menjadi bangsa yang merundum moralnya di era negara maju yang kononnya semua warga celik ilmu& petah berucap dalam perbagai bahasa tetapi sifar moral pun siviknya. Aku amat terkilan dengan penyebaran seantero dunia berita yang segini. Belum lagi kita singkap keruntuhan seks bebas di kalangan remaja kita. Lemas & tenat.