iDAN

15 Ogos 2011

Siapa yang Beraya Sakan tahun ini:

Aku pernah mengadu untung ke BPA ketika itu aku amat puji cara mantan PM kira Pak Lah berkerja; dia amat prihatin akan keluhan seorang rakyat marhaen sepertiku. Aku begitu terharu dapat e-mel dari PM mengucap Terima kasih lantaran membongkar masalah kumpulan pekerja awam sepertiku yang terpinggir. Lebih dari seratus staf di UPM masih di takah lama; biar pun ada SPM diberikan imbuhan berpendidikan sekolah rendah. Di IPTA yang lain tidak terkecuali, ramai yang punyai tanggung jawab yang besar tapi ganjaran yang mereka terima tidak setimpal.

Antara yang aku tulis "apakah kita sanggup anak atau cucu kita di bumi yang merdeka ini dari mula berkerja sampailah beliau pencen jadi Budak Pejabat (kini di panggil Pembantu Am Pejabat (PAP) nak dipanggil apa Budak Pejabat ini rata-rata saya lihat mereka telah beruban & ramai berpenyakit kronik" takkan nak dipanggil Atok Pejabat. Tak dapat aku bayangkan dari seorang insan itu muda belia, macho lagi sampailah ke usia tua jumud diserahkan tugas yang sama. Majian begini aku anggap mempersendakan ciptaan Allah SAW.

Masa itu ada e-mel Warkah untuk PM. Semua berhak untuk meluahkan isi hati. Aku rasa bersalah juga lantaran e-mel pertama yang aku tulis amat brutal serta memang kurang sopan ayat & tutur bicaranya. Sukar untuk dipercayai perkara begini boleh menjadi nyata.

Rentetan dari e-mel ini yang membuatkan aku bertegas untuk mengambil jalan hidup sendiri; tapi nampaknya ramai rakanku yang aku tinggalkan mendapat imbuhan biar pun tidak sebanyak mana tetapi kenaikan pangkat bagi mereka yang berkhidmat lama semakin diambil perhatian.

Situs lama di easjournal banyak menceriterakan bagaimana kumpulan kami ini, yang dulu dipanggil Kumpulan D terpaksa bertungkus-lumus mencari rezeki untuk anak-anak; ada sebahagiannya berjaya; tak kurang sahabat saya meninggalkan dunia dalam nasib hidup tidak terbela dengan cahaya mata yang diletakkan di rumah anak yatim. Terpaksa dikumpul dana atau tabung untuk menyara anak mereka yang statusnya yatim piatu.

Aku sering mengeluh agar kumpulan ini terbela; kenapa mesti disekat kenaikan pangkat mereka; ada yang memegang ijazah tapi dibiarkan tanpa pembelaan lantaran tiada kabel. Ada yang meninggal dunia kena sakit barah rahim, ijazah yang ada sekadar digantung ke dinding. Ini aku anggap satu penghambaan moden.

Golongan yang seharusnya membela atau menjaga kebajikan pekerja ini; nah! berlagak elite bersama kemegahan hidup mereka; dapat belaka kemudahan sampai aku lihat sendiri tuntutan minyak untuk makan tengah hari pun tersedia, rumahnya tak sejauh mana pun.

Aku sering berbalah dengan golongan elite ini yang ghairah mencari kuasa politik, ada yang menubuhkan IRC kemudian JIM sedangkan anak buah, pelajar sera staf yang mana dalam tanggung jawab sendiri diabaikan. Sibuk nak pakai Merc mata belalang biar pun tidak layak; Peruntukan kerusi yang sekadar jauh lebih murah, memaksa pembekal menyediakan kerusi empuk kalahkan mereka di istana. Buang segala barangan kerajaan tanpa beretika lantaran nak ruang buat penyelidikan. Sementelah terdesak ada geran tiada lokasi. Semua gila naik pangkat nak jadi Prof di usia muda.

Golongan ini juga membuat banglow agama bermenara tinggi terus menjadikan anak buahnya sebagai batu loncatan agar mereka merebut harta dunia. Malahan ada yang berangan mahu menjadi Perdana Menteri dengan melagakan parti politik tanah air.

Golongan ini yang gajinya kasar pun telah hampir RM10K bila raya begini; PM kita pula mengumumkan setengah bulan gaji bayangkan sah mereka beraya dengan RM20K, menghisap darah rakyat marhaen yang sampai ke liang lahat. Sudah berduit bertambah duit; dah kerajaan kasi gaji tinggi nak raya kasi lagi banyak bonusnya.

Golongan seperti kami hanya mencapat sisa & keladak rezeki dunia yang mereka ambil dengan rakus & tamak. Bagiku golongan yang dah banyak amat kita manjakan ini yang sepatutnya kasi RM500 macam pesara, sesekali kami yang memang tak sekaya mana yang patut dikasi paling tidak seribu RM. (Tamaknya)

Jangan cerita nak raya sakan; orang seperti aku yang bersara sekitar RM1,000 campur RM500 bilamana barangan mendadak naik, bil api tak cukup mendera terus mendera, malahan kami yang tak berada ini terpaksa pula menampung minyak kereta kalangan elite malahan memberi Perdana V6 buat semua mereka. Yang lagi biadap golongan ini kita senyum dengan mereka pun boleh paling ke lain. Huh!... beraya sakanlah awak dengan keegoan awak kalian.

Ini yang orang barat kata; "Selalunya orang bodoh akan menjadi makanan orang cerdik". Islam tidak pernah mengajar semua ini malahan Islam mengajar kita, setiap kekayaan itu ada bahagiannya untuk si miskin. Golongan di atas mungkin tak seramai mana tetapi memang ujud & masih berlakon di pentas kerjaya sana. Salah satu sebab aku bersara awal pun adalah lantaran tak sanggup lagi jadi mangsa golongan elite yang tak sedar diri ini. Aku amat bahagia sebab ramai juga golongan elita amat intim denganku malahan sempat mengucapkan Selamat Hari Raya buat kami yang ditakdirkan di takah hidup yang begini. Terimalah seadanya.

Daun Saderi

Local Celery cakap orang putihnya.

Cuma ditulis Life Garden tak tulis pun Daun Sup atau Daun Saderi; pulak tu ada dua harga harga yang berbeda. Tenguk dengan mata kasar macam sama sahaja banyaknya. Satu harga RM1.00 lebih satu lagi RM2.00

Duit pula tak bawa banyak, pernah terjadi aku terpaksa berkejar ke Avanza korek duit siling lantaran tak beberapa kupang. Berhati-hati ke Giant; aku pernah bercerita bab sawi; ada satu dua harga. Sipa pilih memang kita jadi tak cukup duit. Tulis 79 sen satu peket; angkuhnya peket lain. Yang kita capai RM2.00 lebih; ingat tak sampai RM2 .00 tau-tau sampai RM5 lebih beli dua peket.

Radas penyemak harga bukan ada dekat dengan bahagian sayur atau ikan basah. Kenapalah tak tulis daun sup jenis 1 atau daun sup jenis 2. Taklah mengelirukan.

Tak semua orang punyai duit berlebih, Pesara macam aku ini sila-silap tiap hujung bulan terpaksa guna duit siling atau korek duit tabungan.

14 Ogos 2011

Deringan Telefon: Tanah Md Sesh yang hilang

Nanti orang kata asyik nak cara silap orang
tapi itulah yang kami rasa; apakah jenis khidmat yang TMnet kasi... kejap talian berdengung bunyi lebah kejap talian internet terputus sampai naik MALU nak telefon ke 100 lagi.


Tak dinafikan talian tetap memang ada ketikanya bermasalah; TMnet pun satu hal; dalam dua tiga bulan ini entah berapa kali aku mengadu ke talian 100 masalah talian di rumah; Juruteknik mereka pun bukan sekali dua datang baiki talian di luar rumah ke ibu sawat mereka.

Kejap berdengung bagai lebah kejap tak boleh nak dail. Kejap talian internet terputus. Memang tak dinafikan telah lebih dari 3 bulan aku hadapi masalah ini; kanggaru melompak pun terkadang berhenti penat; talian rumah kami tak pernah berhenti bermasalah.

Buat BPA Perak:

Mungkin terkena masalah kami; malahan ada satu ketika itu; dengar bunyi dering bila saya berhelo-helo tak siapa pun menjawab dalam talian. Paling saya sedih si Anif jadi mangsa telah banyak kali terpaksa berjalan kaki balik ke rumah sebab dia bergantung dengan talian tetap di rumah macam ayahnya. saya pula memang sering tak buka talian sebab tak ada kredit nombor telefon bimbit saya untuk kami berhubung

Salam.

BPA:

Saya sedang berbincang dengan keluarga saya (Waris Md Sesh) berhubung dengan Isu Tanah Air Hangat ini.

Seperti yang saya bualkan di telefon semalam; tanah tersebut telah pun dimajukan oleh Pemastautin Tetap (PR) bernama Hamidah Saad (Semua org kampung kata dia ni asalnya orang Indon tapi zaman sekarang faham saja... mungkin dah dapat IC tetap eh!) yang bernikah dengan Cina Mualaf di Kopisan Baru Gopeng (maklumat penuh saya tak dapat tapi pernah bersemuka dengan suami Puan Hamidah Saad ini).

Adakah tanah ini berkembar dengan Puan Hamidah ini. Sebab Pelan besar yang saya pegang tidak sama dengan yang saya tenguk pelan di tangan Puan Hamidah ini. (seperti digabungkan) Saya tak pernah bersemuka dengan Puan Hamidah ini. (Minta maaflah jika semua orang kampung kata dia ni PR manalah tahu itu fitnah belaka)

Pastinya untuk kami menuntut hak perlukan bantuan dari semua pihak. Paling penting Pejabat Daerah & Tanah Kampar (PDTK). Lantaran geran tanah tersebut telah pun diceroboh orang & tiada di simpanan kami. Jika PDTK asyik menolak saya untuk ke Ipoh pula bagi mengetahui status tanah; memanglah menyusahkan.

Asal Tanah ini maklumatnya di Mukim Teja, tahun 70an memang Pajabat Tanah Batu Gajah Perak yang keluarkan Bil.

Waris Md Sesh tengah berusaha untuk mendapatkan salinan asal geran ini.

Perkara ini telah saya usahakan kira-kira tiga tahun lalu. Dari Pejabat Tanah Batu Gajah ke Pejabat Daerah Tanah Kampar kemudian telah mengarahkan saya ke Ipoh untuk mendapatkan Status Tanah ini.

Saya telah pun membuat pertanyaan melalu e-mel ke Ipoh; Itu yang saya sertakan salinan e-mel di blog saya ini daripada pegawai di Pej Tanah & Galian Negeri Perak Darul Ridzuan di Ipoh. (mereka begitu baik)

Tanah Air Hangat ini telah sah dighaibkan tanpa mendapat penjelasan kami sebagai waris terdekat dengan arwah Md Sesh. Tak dapat dikesan ianya milik arwah Md Sesh di Pej Tanah & Galian Negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Isu yang timbul apakah Tanah ini memang masih milik kami! (Boleh kami tuntut); atau apakah arwah apak membayar untuk orang lain (tak munasabah sebab alamatnya kepada dia) atau memang dalam senyap-senyap dia telah menjualnya kepada Puan Hamidah ini.

Ini maklumat Bil Cukai Tanah Tersebut. (Kami Panggil TANAH AIR HANGAT)

Tiada Alamat di Bil Zaman dahulu.
Tapi semua kami tahu apak ada tanah di Air Hangat; bil sentiasa datang kepada dia.

Daerah: Kinta Mukim: Teja
Geran: G.B.P 3354 Lot 6336

Kami cuma ada Bil terakhir tanah ini; Arwah Apak Bayar pada 15.2.74.

RM72.50

Sila semak apa maksud G.B.P takut maksudnya Pajakan bukan Rizab Melayu atau sebagainya?.

Alamat terakhir Pemilik terkini adalah: (Ini saya semak di Batu Gajah pada: 4.1.2008)

Hamidah Saad
490. Kopisan Baru
31600 Gopeng.

No Geran Telah berubah: PN 150019 (Andaian saya PN ialah Pajakan Negeri)

Lot Masih sama : 6336

Bayaran telah berubah: RM162.00

Itu yang saya katakan Lot ini telah bergabung atau bertindih; atau pun memang Cukai tanah telah naik.

Ini baru satu Lot: ada beberapa lagi Lot milik Md Sesh yang hilang: Seperti Tanah Tapak Rumah Kedai, tanah sebelah rumah Pak Aris tak jauh dari padang sekolah Kg Changkat Tualang dan tanah milik bersama yang Wan Ham (kakak Md Sesh) duduk. Di mana kami nak rujuk jika PDTK telah menukar Nombor Geran naru tanpa pengetahuan pemilik. Ini berlaku atas geran kami yang sempat saya tebus bersama Tanah Air Hangat (hilang) kira-kira 3 tahun lalu.

Ini juga menjadi isu: Sampai kini tiada Bil Cukai Tanah terhadap beberapa geran di atas yang saya pasti ada nama ayah saya. (Tau-tau esok kut hilang lagi itu yang kami risaukan)

Bagaimana kami mahu mencarinya jika memang kami kehilangan Geran asalnya diceroboh hilang bila tanya pejabat tanah PDTK, memanglah tak ada jika asyik tukar nombor geran.)

Apa maksud PN tu; apa maksud G.B.P

Dua benda pelik ini jika kita dapat dirumuskan baik TUTUP KES Lot 6336... tapi saya masih mencari maklumat lot-lot yang lain yang ada nama atau IC ayah saya. Jika PDTK mahu bekerjasama taklah kami meraban. Itu yang kami sedang berusaha mencari maklumat; Lot atau nombor geran asal.

Cuma itulah kami berpesan; sekadar cadangan.

1. Usahlah hantar surat lagi dua hari nak bermesyuarat baru pos & terus TUTUP KES. Ini namanya... (Tak baik nama sebut). Memang melukakan hati orang tua macam saya.

2. Eloklah kasi surat atau e-mel atau sms dalam masa@tempoh yang munasabah kalau nak bermesyuarat sebaiknya notis seminggu dua. (Bukan sehari dua)

3. Dunia terbuka luas; dalam borang aduan tu elok sediakan ruang untuk Pengadu mengisi kut ada FB, e-mel, YM dll.

4. Sebagai rumusan dari Aduan ASAL, saya memang tidak setuju kenapa tanah asal yang milik orang kita Melayu tak kiralah Pajakan Negeri Atau Rizab Melayu boleh jatuh ke tangan warga asing, PR atau bangsa lain; sebab Kg Changkat Tualang (Mukim Teja) adalah perkampungan Melayu tempat kami berkampung sejak tahun 1920an lagi.

Banyak berlaku kejadian jenayah seperti tetak kepala oleh kaum asing terhadap kaum kita Melayu; kena tembak anak bangsa kita sebab dikatakan curi Bijih Timah; sekarang isu kilang simen dan pelbagai lagi kes jenayah serta perbalahan kaum boleh berlaku sekitar kampung saya hasil rentetan dari agihan tanah ini yang saya lihat amat tidak telus. Tanpa penjelasan yang terbuka dari pihak berwajib akan berdesuslah pelbagai andaian. Tentunya BPA sendiri menjadi mangsa keadaan jika kes ini terus berulang andai kata kami rakyat marhaen yang jumud ini mengadu tanpa siapa pun membantu atau menyokong aduan kami.

5. Kes Lot 6336 adalah antara satu contoh kenapa perkara ini boleh berlaku; pewaris sendiri tak dapat gambaran sebenar; apakah akta tanah yang merampas tanah ini; apakah Md Sesh yang telah menjual tanah ini kepada Puan Hamidah Saad tanpa memberi tahu warisnya atau adakah mainan dari mana-mana pihak. Itu yang saya mewakilan waris Md Sesh nak mendapat maklumat; bukan kemaruk amat nak tanah yang telah terlepas dari tangan kami. BPA seharusnya menjernihkan permasalah ini dengan berhubung PDTK atau mereka yang arif status tanah ini.

Maaflah jika amat susah nak menghubungi saya; memang saya ada nombor telefon bimbit tetapi berbanding dengan telefon rumah; Saya lebih kerap guna telefon rumah (03 8737 1884) lagi pun tak selalu rumah saya ini kosong. Kami tinggal berenam di rumah ini. Sekurang-kurang ada salah seorang penghuni rumah akan mengangkat ganggang tersebut.

Telefon bimbit saya sedap nombornya
016 909 4343 tapi minta maaf sangat2... cubalah dail... mmg nahas entah dapat entah tidak; kut seminggu sekali saya buka... tapi sms insyaAllah terkumpul di dalamnya tak mungkin hilang.


Nama sebenar Mad Sesh
MOHD RADZI BIN HJ ABD RAHMAN
KG. CHANGKAT TUALANG, KOTA BHARU,
PERAK.
(Jangan guna alamat ini orangnya telah tiada, guna alamat rumah saya di Jenaris. BPA ada; Pejabat tanah pun ada)

Nombor Kad Pengenalan arwah apak kami Md Sesh : 1368892

Patutnya dengan ada nombor IC ini amat mudah nak selesaikan semua. Semua Geran paling tidak ada nama & ada nombor IC ; kenapalah tak boleh bantu kami ini jika segalanya telah dimasukkan ke data komputer!.

6 Jam.


Asahan ke Jenaris sekikar 3 jam Jenaris Kajang & ke Meru Klang sekitar 1 jam suku. Meru Puncak Alam (Palam) sekitar setengah jam (pergi & balik) Meru ke Kajang sekitar sejam suku. 3+1¼+½+1¼. Sekitar 6 jam penyair iDANRADZi memandu di jalan raya sepanjang hari ini.


_░▒███████
░██▓▒░░▒▓██
██▓▒░__░▒▓██___██████
██▓▒░____░▓███▓__░▒▓██
██▓▒░___░▓██▓_____░▒▓██
██▓▒░_______________░▒▓██
_██▓▒░______________░▒▓██
__██▓▒░____________░▒▓██
___██▓▒░__________░▒▓██
____██▓▒░________░▒▓██
_____██▓▒░_____░▒▓██
______██▓▒░__░▒▓██
_______█▓▒░░▒▓██
________█░▒▓██
_______░▒▓██
_____░▒▓██ cintaku pada suasana kampung sampaikan rambutan yang tidak sempat dipetik bagai di Asahan ini memang amat damainya...
Dari Asahan Melaka ke Jenaris, Menuju ke Meru; singgah di rumah arwah mertua. Kemudian ke Palam hantar Aziq pergi & balik. Meru kembali ke Jenaris. Memang penat badannya.

Seawal 12:30 tengah hari kami telah bertolak dari Asahan. Semalam bersama sebuah Akademik Pelajar Sime Darby yang baru & menarik. Berbuka & bersahur dengan pelajar ini menggamit kenangan yang amat sukar dilupakan. Aku pernah persoalkan bagaimana syarikat ini terlapau mengutamakan Bahasa Inggeris hingga meminggir kejayaan Aziq dalam percapaian SPMnya tempoh hari. Hari ini kami dilayan mesra oleh rakan staf Mila yang amat ramah.

Beret kembar dua yang punya tiga bilik tentu dilengkapi pelbagai kemudahan moden. Persekitaran yang cantik hasil kerja pelajar yang bagai menjadi Pengurus Pelajar ini sememangnya menjanjikan prasarana yang amat berbeda. Bunga-bunga kembang pagi yang ditanam oleh pelajar ini amat cantik & megar dibajai oleh tandan kelapa sawit. Kelestarian ladang kelapa sawit masih dijagai.

Biasalah orang berpuasa tidurnya tak selena mana tetapi bangun paginya amat berlainan di Asahan lantaran seawal cerah mentari bunyi merdu siulan pelbagai burung mengejutkan aku dari lena. Aku berbisik alangkah baiknya jika setiap pagi di Jenaris ada suara burung begini.

Bandar Tangkak yang banyak gedung jualan kain ela tentunya menjadi tumpuan pusat membeli-belah bagi wanita. Jika anda membawa isteri serta keluarga membeli-belah adalah elok parkir sekitar Hentian Bas Tangkak dari parkir atau berjanji di jalan utama yang begitu sesak kenderaannya. Kesesakan di jalan utama buat aku tawaf hampir 5 kali di bandar ini.

Arked Bandar Tangkak di mana terdapat kedai milik orang kita masih tak semeriah mana tapi bangunannya nampak cantik berhadapan dengan Hentian Bas Tangkak ini. Jika orang kita pandai memilih barangan untuk dijual pastinya pada masa akan datang ianya akan menjadi arked yang menjadi kunjungan ramai.



13 Ogos 2011

Limpahan Terima Kasih untuk Pej Tanah & Galian Negeri Perak Darul Ridzuan (Singgahsana)




Catatan asal 25.4.2009
(dikutip dari blog lama yang kini tak dapat diakses)

Atas usaha gigih staf Pej Tanah & Galian Negeri Perak Darul Ridzuan di Ipoh, tak kurang dapat mengesan lima geran tanah hak milik ayahandaku Mat Sesh (arwah Apak) melalui Penama (Mohd Radzi bin Abdul Rahman) di Mukim Teja. (Tidak Termasuk Tanah Paya Asap Yang HIlang) Pejabat Daerah & Tanah Kampar pula hanya dapat mengesan dua geran & satu Lot Pajakan milik arwah Apak; tentunya dengan usaha gigih dua jabatan ini dapat membantu aku nanti dalam menebus tanah milik arwah Apak.

2. Limpahan terima kasih, aku ucapkan. Tak sangka melalui laman web (situs) Pej Tanah tersebut aku dapat menghantar e-mel & memohon pertolongan. Biar pun tidak semua dapat dikesan hak milik tanah peninggalan arwah Apak.

Melalui situs pejabat tanah tersebut ianya memerlukan aku tahu No. Geran & No Lot: untuk aku dapat mengesan tanah hak milik siapa & berapakah tunggakan cukai tanahnya. Sedangkan sebelum ini aku telah menceritakan bagaimana peti besi milik arwah Apak yang menyimpan semua dokumen penting termasuk geran tanah sebahagiannya telah pun hilang diceroboh.

Inilah seiras bentuknya Peti Besi Gajah Hijau milik arwah Apak yang kena ceroboh; ianya yang kerap aku ceriterakan dalam jurnal ini. Peti besi ini memang berat & setakad seorang berdua memang takkan akan terangkat. Semua dokumen, barang kemas & geran tanah tersimpan di dalam peti besi ini. Yang memiliki kunci cumalah arwah Apak & arwah Opah Bi. Aku sendiri sejak lahir hingga ke usia tua tak pernah tahu bagaimana mahu membuka peti besi ini. Apatah lagi mengenal anak kuncinya.

Masih teringat semasa aku kecil sering arwah Apak buka peti besi ini di hadapanku; Ada ruang rahsia di lantainya. Bagaimana boleh semua geran tanah & banyak dokumen lain terkeluar dari peti besi ini memang misteri. Selepas pemergian arwah Opah Bi sekitar lima tahun lalu yang tinggal di rumahnya hanyalah saudara mara sebelah arwah Opah Bi. Padanlah Kak Nomie amat terkilan kes peti besi ini & berbalahan dengan saudara mara sebelah arwah Opah Bi. Sila lihat jurnal ini sedikit tentang nostalgia peti besi ini.

Ghanimah ( Siri Kekalkan Cinta 36 ) Sayang URL ini tak dapat diakses lagi.

3. Melalui Nombor-Nombor Geran yang diberikan oleh Pegawai Pej Tanah di Ipoh, dapatlah aku menyemak akan jumlah baki Bil Cukai Tanah melalui situs di internet. Kebanyakannya semua telah berbayar akan cukai tanahnya. Pihak mereka tidak dapat mengesan Nombor Kad Pengenalan di data kamputer mereka; itu yang aku mushkilkan. Pasti banyak kerja yang perlu dikemaskinikan jika mahu memasukkansemua data yang lengkap. Berbanding saman trafik, melalui Nombor Plet Pendaftaran kenderaan atau No kad Pengenalan pemilik kita mudah mengesan saman kita. Kenapa Pejabat Daerah & Tanah tidak boleh terpaksa mahukan Nombor Geran Tanah. Sedangkan Nombor Geran Tanah sentiasa bertukar tanpa pengetahuan pemilik tanah sendiri.

Kes aku tentunya berlaku pada keluarga yang lain; bilamana telah berlaku pencerobohan & kemusnahan geran tanah; memang akan memeningkan kita untuk mengesan semula.

4. Di Pejabat Tanah perlulah diingat hanya Nombor Lot yang dapat membantu kita dalam menyemak atau mengetahui status sesuatu tanah tersebut. Aku yang punyai salinan geran besar tahun 2001 tanah sekitar Desa Tualang di Mukim Teja; memang payah amat mengagak mana satu tapak rumah pusakaku sendiri. Di geran besarku ini pula hanya tercatat Nombor Lot bagi satu kawasan yang besar. Sebagai contoh tapak masjid Lot 25428, tujuh ekar lebih; tak masuk akal. Tanah arwah Pak Tam mungkin kah Lot 13918, seekar lebih atau termasuk sekali dengan Lot tapak masjid. Nusie atau Napi mesti tahu status tanah pusaka arwah Pak tam ini. Lot ini pun kami hilang gerannya. Rumah kedai arwah Md Sesh masih dijagai oleh waris Opah Bi tetapi cukai tanahnya telah berbelas tahun tidak kami terima.

Ooo! pening. Aku rasa ini kerja Ketua Kampung, perlu menyiasat semua ini. Jika Raman terbaca jurnal ini aku harap dapat mengambil iktibar. (Rahman ketua kampung PR pangkat anak buah Opah Bi sekarang tidak lagi menjadi Ketua Kampung Changkat Tualang) Jika tidak sampai Bil Cukai Tanah takutnya nanti tahu-tahu kan menjadi kes Tanah Paya Asap. Tahu-tahu kena rampas semua, jatuh ke tangan orang luar. Orang tuaku terutama arwah Md Sesh prihatin amat masalah ini.

5. Apa jadi dengan geran berbentuk Spanner Lot 73703, sepuluh ekar lebih yang ingin dimajukan oleh PR. Apakah benar ianya telah menjadi semak & hutan. Bagaimana bentuk geran ini telah menjadi sebesar ini. Apakah ianya digabungkan. Rasanya masalah tanah di Mukim Teja ini banyak polimik & kancahnya. Ianya pasti menjadi sebutan & kenangan.

Seperti Kampung Bakap yang hanya tinggal tanah perkuburan. Nama Kampung Bakap mungkin akan hilang dari peta dunia jika semua penghuni telah pindah ke lain daerah. Harapanku janganlah Desa Tualang menjadi sejarah. Perlu diingat ada kalangan penduduk di sini adalah mereka yang berjuang dengan darah menegak kemerdekaan sebenar. Cumanaya kerajaan kini menolak perjuangan ini; bukalah sejarah pasti ramai yang tahu siapa pejuang ini. Maka itu arus politik kita hingga kini masih bertelegah tak tahu mana halatuju kita. Mahukah kita memang sorak kampung tergadai.

6. Bermakna kepercayaan saya terhadap keluarga, arwah Opah Bi yang seharusnya mengingatkan kami tentang banyaknya bil cukai tanah ini boleh dipersoalkan kerana semua alamat Bil Cukai Tanah tersebut pasti ke alamat rumah Allahyarhamah OPah Bi di Kampung Changkat Tualang (Desa Tualang). Saya yang kerap juga menziarah beliau semasa dia masih ada tidak menghulurkan semua bil tersebut. Emm! takkan aku mahu mengganggu ketenangan roh arwah Opah Bi. Namun bayangkanlah kami yang tinggal terpaksa melunaskan semua bayaran cukai tanah tersebut berserta dendanya yang tentunya amat tinggi.

7. Agar roh arwah Ayah saya aman di sana & tidak akan sampai tanah pusaka sepeninggalan beliau terbiar.

iDAN: Siapa yang menyamar si penghulu dalam wikimapia. Aku banyak menandakan lokasi di kampungku ini; si penghulu & gengnya banyak memadamkan ia. Jika tidak lebih mudah aku meletakkan lokasi & ceriteraku ini.

Posted on 25.4.2009 at 7:47 PM

Nota kaki:

1. Banyak maklumat masalah tanah MD Sesh ini terhimpun di server Easyjournal, blog lama aku. Server ini telah tak boleh diakses sekitar 6 bulan lalu. Mengikut maklumat ianya digodam penceroboh dari masa ke semasa sehingga empunya server bagaikan hilang upaya untuk membangunkan server ini. URL http://idanradzi.easyjournal.com telah hampir setengah tahun tidak boleh berfungsi.

2. Semalam aku dapat dapat berbual dengan BPA dari Ipoh. Isunya kini aku cuma ada 2 maklumat yang dapat mengatakan Tanah Paya Asap yang hilang itu milik kami. Geran sebenar memang hilang setelah diceroboh Peti Besi Gajah Hijau.

3. Dua maklumat tersebut hanyalah Bil Cukai Tanah Air Hangat yang terakhir arwah Apak bayar & Pelan Besar Kg Changkat Tualang. Pelan besar ini pelan lama, sebab aku pernah bersemuka dengan Pemilik kini Tanah Air Hangat ini; bila kami bandingkan ukuran Lotnya telah berubah.

4. Aku telah merujuk perkara ini melalui Pejabat Tanah Batu Gajah, mereka mengarahku ke Pejabat Daerah & Tanah Kampar. Di sini yang aku pernah cerita bagaimana sukarnya aku mahu berjumpa dengan Pegawai Daerah mereka. Malahan bila aku mahu menjelaskan beberapa Cukai Tanah yang mana aku diugut (bunyi tak sedap) tanah kami akan dilelong semuanya pada bulan Ogos. Ayatnya berbunyi.

"Jika encik (bukan kamu) tak bayar bil ini sehingga bulan Ogos nanti kami akan keluarkan Notis Lelong!" bayaran bil tertunggak ketika itu sekitar RM5,000. (tak termasuk Tanah Paya Asap yang hilang)

Bayangkan dalam sebulan dua kami kena cari duit banyak itu. Ketika itu aku memohon membuat bayaran secara ansuran; katanya mereka hanya beri sekitar 3 bulan. Itu yang aku berharap sangat berjumpa dengan Pegawai Daerah. Jangan kata nak jumpa atau buat tarikh pertemuan. Jawapan perempuan separuh umur ini Pegawai Daerah sibuk bermesyuarat. Sayang aku tak ingat namanya.

5. Rentetan masalah wang ini aku bernekad mahu mendapatkan duit dengan cara Pilihan Bersara Awal. Apatah ketika itu aku telah mula diserang masalah Sakit Kronik pun masalah kerja sampai aku mengadu di BPA. Ketika itu Pak Lah menjadi PM. Dengan menggunakan khidmat Warkah untuk PM. Biarpun Pak Lah ada menghantar e-mel tetapi majikanku tak mahu membantu menyelesaikan masalah kerjayaku. Setelah aku letak jawatan barulah BPA memanggil aku bersemuka di Putrajaya. Orang kata segalanya sudah jadi arang; nak buat apa aku mahu membetulkan keadaan. Aku tahu majikanku pernah dipanggil ke Putrajaya berhubung dengan masalah ini; tetapi hingga kini aku tak tahu apa kata majikanku dalam mesyuarat itu.

6. Nampaknya isu ini pun sama; kes di mana aduan aku ditutup tanpa sempat aku bersemuka amatlah mengecewakan aku. Pun dalam maklum balas pihak BPA yang menyatakan akta tanah memang boleh merampas tanah kami; apa daya kami nak mengadu hal lagi. Nak pasang Peguam; mampukah kami.

7. Secara lojik Jika pun aku mahu mengadu ke Biro Bantuan Guaman; apakah mungkin dapat membantu; Kekalahan kami nampak jelas lantaran tidak membayar tunggakan Bil Cukai Tanah. Pastinya pihak Pejabat Daerah & tanah Kampar akan mengatakan kami telah mengantar notis pelbagai; biar pun hingga kini keluarga kami Tidak Pernah Lihat Notis tersebut!.

8. Kenapa pula BPA boleh memutuskan dalam Surat Ruj. BPA/PRK/47/2011.06/MDKP/80974 dalam perkara 2.2.1.

"Lokasi aduan tidak dapat dipastikan kerana tuan tidak mengemukakan petisyen dalam aduan pesaka Mohd Radzi bin. Hj Abg Rahman KP 1368892 (ayah tuan). Tuan mungkin telah tersalah tafsir iaitu "mana-mana tanah yang didak (mungkin silap taip dakwa atau tidak) dibayar cukai dalam tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan di bawah sek 100 K.T.N (Akta 56/1965) di mana tanah tersebut boleh dirampas.

Memang inilah isu besarnya: Pej. Daerah & Tanah Kampar yang saya dapati punyai masalah tanggung jawab yang tidak jelas. Lantaran kami waris terdekat tak pernah pun menerima notis tak bayar Cukai pun Notis lelongan. Itu yang saya persoalkan apakah akta ini adil; ketika saya mencari merujuk perkata ini di tahun kira-kira tiga tahun lalu cukai tanah tersebut tak sampai pun RM5,000 kami boleh hilang pastinya sekitar 5 ekar lebih jika merujuk bil lama di tangan sebanyak RM72.50 untuk setahun.

13. Ogos 2011


12 Ogos 2011

Fatwa melulu Oleh Suzalina Halid

suzalina@bharian.com.my
2011/08/13

Larangan baca al-Quran guna pembesar suara waktu Subuh boleh jadi isu pecah belah umat Islam

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan meminta Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang menimbangkan sehalus-halusnya larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh di masjid dan surau di negeri itu kerana ditakuti mendatangkan kesan kepada penyatuan Umat Islam di negara ini.

Pengerusinya Prof Datuk Dr Abd Shukor Husin, berkata larangan itu sebenarnya tidak perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri, sebaliknya ditentukan mengikut budi bicara dan disesuaikan dengan keadaan sesuatu tempat.

Beliau berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri seharusnya mengadakan perbincangan dulu bersama mufti di negeri lain melalui Majlis Agama Islam kerana larangan itu dibimbangi akan menjadi asas hukum kepada larangan sama di negeri lain.

Katanya, pertemuan dengan masyarakat setempat perlu diadakan bagi memperoleh kata sepakat sama ada mereka bersetuju jika dilaksanakan larangan itu atau tidak.

"Sepatutnya tak payah keluarkan fatwa dulu, fatwa itu harus berhemah dan berhikmah, kena kaji sama ada tempat itu memerlukan larangan atau tidak, kerana bila sudah difatwakan ia akan menjadi isu yang boleh menjadi punca masyarakat Islam tidak bersatu.

"Contohnya satu kes masjid berdekatan dengan hospital, bila nak masuk waktu solat, imam baca al-Quran sehingga mengganggu pesakit, jadi mereka jumpa dengan mufti dan larangan itu boleh dipertimbangkan mengikut kawasan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.

Akhbar ini, semalam melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengeluarkan larangan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri itu kerana amalan berkenaan dikatakan bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Mengenai tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang memutuskan larangan itu adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abi Sa’id al-Khudri menerusi kitab Sunan Abi Daud, Abd Shukor berkata sabda itu diiktikaf oleh Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk tidak mengganggu bacaan al-Quran yang dibaca oleh jemaah lain pada waktu sama di masjid.

"Sama juga ketika membaca khutbah, jika kita berbual di belakang adalah dilarang, tetapi masjid sekarang kosong ketika waktu sebelum subuh jadi kita kena mengimarahkan dengan bacaan al-Quran.

"Dan bacaan al-Quran di satu kawasan yang majoritinya diduduki umat Islam tanpa ada faktor penghalang adalah digalakkan,” katanya.

Katanya, beliau ada menghubungi Jawatankuasa Fatwa Negeri, tetapi sehingga kini masih tidak dapat maklum balas daripada pihak berkenaan berkaitan hal terbabit.

Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah menggesa supaya Jawatankuasa Fatwa Negeri menarik balik larangan berkenaan sebelum badan itu mengambil tindakan.

“Kita sudah membaca al-Quran sebelum waktu subuh berpuluh-puluh tahun lamanya dan tidak sepatutnya baru sekarang ia ditimbulkan,” katanya.

Bharian.

11 Ogos 2011

Video Asyraf tersebar

Klik sini VideoYouTube Asyraf disamun depan mata orang ramai!

LONDON 11 Ogos - Satu rakaman video yang memaparkan seorang pelajar Malaysia dalam keadaan bingung dan berdarah 'dibantu' sekumpulan remaja yang menyamunnya, menjadi sinonim dengan rusuhan di London.

Video memaparkan Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20, diserang dan disiarkan di laman web YouTube kelmarin, tersebar dengan meluas serta menjadi kejadian paling diingati dalam rusuhan selama empat hari di negara ini.

Muhammad Asyraf sedang berbasikal dengan seorang rakan di timur London tiga hari lalu untuk membeli juadah berbuka puasa apabila dikepung oleh sekumpulan 20 remaja dan kanak-kanak.

Mereka kemudian merampas basikal dan telefon bimbit Muhammad Asyraf selain menyerangnya menyebabkan tulang rahangnya patah.

Kejadian itu menggemparkan Britain, sehinggakan Perdana Menteri Britain, David Cameron menyifatkan kejadian itu sebagai satu tanda-tanda keruntuhan moral dan akhlak masyarakat di Britain.

''Terdapat sejumlah anggota masyarakat kita telah rosak akhlak dan moral.

''Apabila kita melihat kanak-kanak berumur antara 12 dan 13 tahun mencuri dan kemudian ketawa mengenainya, apabila kita lihat seorang lelaki muda cedera dengan orang ramai berlakon untuk membantunya tetapi sebaliknya menyamun dia, ia jelas menunjukkan ada yang tidak kena dengan masyarakat kita,'' katanya.

Seorang rakan Muhammad Asyraf, Dzuhair Hanafiah berkata, pelajar jurusan akaun itu dibiarkan sahaja tanpa bantuan selepas diserang. - AP

Keluarga Muhammad Asyraf terharu

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Keluarga Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20, pelajar Malaysia yang cedera dibelasah oleh perusuh di London, Selasa lalu bersyukur dan terharu atas keprihatinan UMNO menaja mereka sekeluarga ke London untuk melawat anaknya.

Sambil berterima kasih, ibu Muhammad Asyraf Haziq iaitu Maznah Abu Mansor, 47, menyifatkan bantuan kira-kira RM20,000 itu amat bermakna.

"Sebelum ini kami sekeluarga bertanyakan saudara-mara dan rakan-rakan jika ada pihak tertentu yang boleh membantu memandangkan kami tidak mampu untuk ke sana.

"Alhamdulillah, UMNO menghulurkan bantuan bukan setakat membelikan tiket untuk saya dan suami (Rossli Harun), malah untuk anak bongsu kami, Muhammad Fitri yang sangat rapat dengan abang sulungnya itu," katanya.

Maznah berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan bantuan tiket ke London oleh UMNO yang diwakili oleh Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan kepada ibu dan bapa serta adik bongsu Muhammad Asyraf Haziq di sini, hari ini.

Selain bantuan tiket, segala urusan mereka seperti makan dan minum serta penginapan dan pengangkutan sepanjang di sana ditanggung oleh Kelab UMNO London.

Bercerita mengenai apa yang berlaku kepada Muhammad Asyraf Haziq, Maznah yang merupakan seorang guru berkata, mereka sekeluarga mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan oleh pegawai Majlis Amanah Rakyat pukul 9 pagi kelmarin.

Pada mulanya, mereka beranggapan Muhammad Asyraf Haziq dibelasah oleh kumpulan samseng namun, tidak menyangka ia berpunca daripada perusuh yang menyertai demonstrasi jalanan.

Utusan.

UMNO taja keluarga Asyraf ke London


Ahmad Maslan (dua dari kanan) melihat gambar Muhammad Asyraf Haziq Rossli dalam pertemuan dengan ibu bapa mangsa di Menara Datuk Onn, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Rossli Harun (empat dari kanan), Maznah Abu Mansoor (tiga dari kiri) dan Mohamad Fitri Rossl (tengah).

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Keluarga pelajar Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli yang cedera dibelasah oleh perusuh di London, Selasa lalu, kini boleh menarik nafas lega apabila UMNO tampil menghulurkan bantuan menaja tiket penerbangan mereka ke London, esok.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, selain tiket penerbangan, semua urusan ibu dan bapa Muhammad Asyraf serta adik bongsunya sepanjang di London akan ditanggung oleh Kelab UMNO London.

''UMNO bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap Muhammad Asyraf Haziq dan terpanggil untuk membantu keluarganya kerana mereka bukanlah daripada keluarga yang berada.

''Bantuan ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan kebimbangan mereka mengenai nasib Muhammad Asyraf Haziq selepas kejadian itu," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan itu di sini, hari ini.

Turut hadir, ibu bapa Muhammad Asyraf Haziq iaitu Rossli Harun, 49, dan Maznah Abu Mansor, 47, serta anak bongsu mereka, Muhammad Fitri, 8.

Pada majlis itu, Ahmad turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada ibu bapa Muhammad Asyraf Haziq sebagai persediaan ke London.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Maslan turut menasihati para pelajar Malaysia di London supaya mengelak daripada terlibat dan terjebak dalam demonstrasi jalanan.

Katanya, meskipun keadaan dilaporkan semakin pulih, pelajar dan rakyat Malaysia masih perlu berhati-hati dan tidak sesekali keluar bersendirian.

''Kita juga berharap mereka sentiasa berhubungan dengan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London atau wakil-wakil Kelab UMNO di sana," kata beliau.

Utusan

Kes Asyraf: Warga London buat laman web bantu kutip dana

11/08/2011 12:41pm

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Walaupun berbeza latar belakang kaum, agama mahu pun warna kulit, warga London menunjukkan keprihatinan terhadap nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, yang disamun sehingga mengakibatkan rahangnya terpaksa dibedah Isnin lepas.

Seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di London, Shahrul Muzammir Mohd Sahir berkata, satu laman web diwujudkan warga London.

Laman web yang beralamat http://somethingniceforashraf.tumblr.com/ itu direka oleh The Minimalist dan ia antara lain menggunakan tagline: 'Let's Do Something Nice For Ashraf Haziq'.

Beliau berkata, turut dipapar di laman web itu ialah video dari YouTube yang merakam detik-detik cemas ketika Asyraf disamun oleh beberapa remaja berkulit putih dan hitam yang berpakaian ala remaja hip-hop.

Di laman web itu juga, The Minimalist mencadangkan agar satu kutipan dana dibuat bagi membantu Ashraf dan satu ruangan undian kepada pelawat memilih cadangan terbaik bagi membantu penuntut malang itu.

Antara cadangannya ialah: 'Pay His student fees' (bayar yuran pengajiannya), 'Pay for his family to come and visit him in hospital' (bayar perbelanjaan keluarganya untuk datang dan melawat beliau di hospital) dan 'Buy back the stuff that got nicked, PSP, bike, phone' (membelikan semula barangan yang dicuri, PSP, basikal, telefon bimbit). – Bernama

Mohd. Asyraf selamat jalani pembedahan

KOTA KINABALU 11 Ogos - Penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, yang cedera diserang dan disamun sekumpulan lelaki dalam kejadian rusuhan di London selamat menjalani pembedahan di Hospital Royal London hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Muhammad Asyraf kini berada di dalam keadaan stabil dan dirawat di hospital berkenaan.

"Dia menjalani pembedahan selama lebih tiga jam bagi memasukkan plat logam di rahangnya antara pukul 1 petang hingga 4.45 petang.

"Wisma Putra juga memaklumkan keadaan penuntut itu kepada ibunya, Maznah Abu Mansor," katanya di sini hari ini.

Menurutnya pada masa ini hospital yang menempatkan Muhammad Asyraf dipenuhi wartawan tempatan dan antarabangsa yang ingin mengetahui perkembangan penuntut berkenaan.

Asyraf sihat dan boleh dibenarkan keluar hospital - Mara

11/08/2011 8:25pm

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Pelajar Malaysia di London, Asyraf Haziq Rosli yang cedera diserang dan disamun sekumpulan belia lelaki yang terbabit dalam rusuhan di London, kini berada dalam keadaan sihat dan boleh dibenarkan keluar daripada hospital.

Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, bagaimanapun Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan masih tidak dikeluarkan daripada hospital atas sebab tertentu.

"Beliau dah selesai menjalani rawatan dan berada dalam keadaan yang baik serta sudah boleh keluar daripada hospital.

"Sebenarnya cuma tak dikeluarkan lagi kerana kita tak mahu apabila dia keluar banyak sangat pemberita... dan kita tidak mahu ganggu dia sangat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran dan Penubuhan Inkubator, Usahawan Kolej Poly Tech Mara Kuala Lumpur dan bazar Ramadan di sini, hari ini. - Bernama

Diplomat Britain luah simpati

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Suruhanjaya Tinggi Britain di Malaysia hari ini meluahkan rasa simpati dengan nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20, yang cedera dibelasah dan disamun oleh sekumpulan remaja dalam rusuhan di London, kelmarin.

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Britain, Ray Kyles berkata, pihaknya terkejut dengan serangan yang disifatkan sebagai tindakan pengecut terhadap penuntut dari Malaysia itu dan mengutuk sekeras-kerasnya kejadian tersebut.

Katanya, rusuhan yang berlaku di London serta beberapa bandar utama di Britain sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan meningkatnya rasa bimbang terhadap tahap keselamatan individu serta harta benda.

"Bagaimanapun, keadaan masih terkawal. Pihak berkuasa di sana (Britain) telah melakukan tugas untuk menghalang para perusuh ini dengan baik. Saya difahamkan bilangan polis telah ditambah kepada 16,000 berbanding 6,000 sebelum ini dan ditempatkan di sekitar London bagi menjamin keselamatan awam.

"Saya juga diberitahu, kerajaan Britain telah mengambil inisiatif dengan menyampaikan mesej melalui laman sosial seperti Twitter supaya orang ramai tidak keluar ke kawasan rusuhan," katanya pada sidang akhbar bagi menjelaskan situasi di Britain di sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku di Barking, Timur London itu, Muhammad Asyraf mengalami patah tulang rahang dan gigi sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Royal London.

Difahamkan ketika kejadian, penuntut bidang perakaunan yang berasal dari Ampang itu keluar bersama rakan-rakannya untuk membeli juadah berbuka puasa.

Visual Muhammad Asyraf yang duduk sambil mengusap mulutnya yang berdarah dan dikelilingi lebih 10 remaja itu dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube hari ini di bawah tajuk Heartless robbery in London riots!!!!.

Video itu juga sempat merakamkan aksi seorang pemuda berkulit putih yang dengan selamba membuka beg galas Muhammad Asyraf dan menyamunnya lalu berlalu tanpa sesiapa pun menegahnya.

Rusuhan di negara tersebut bermula dengan satu protes kecil secara aman di pinggir kota London iaitu di Tottenham, Sabtu lalu, berpunca daripada kejadian seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.

Bagaimanapun, protes tersebut bertukar menjadi rusuhan dan merebak ke seluruh kota itu sebelum melarat ke beberapa bandar raya utama iaitu Birmingham, Bristol, Liverpool dan Luton.

iDAN:

Saya sendiri pernah diperas ugut di Kota London, sejak berzaman memang di sana bukan kota selamat apabila kita sendirian. Rakan saya pun menceritakan pengalaman yang sama sekitar tempat yang sama. Soho itu memang kawasan kunjungan ramai tetapi dianggap kawasan hitam. Jika zaman dulunya ianya bak Chow Kit yang banyak lorong gelap. Jangan cari nahas.

Kes Asyraf ini berbeda, yang kena tembak adalah orang kulit hitam, kenapa perusuh ganggu orang Asia. Asyraf sekadar keluar mencari juadah berbuka puasa.

Salinan surat Tanah Md Sesh yang hilang!



Pokok NamNam amat sesuai tumbuh di tanah ini
kami panggil Tanah Paya Asap. Memang asalnya banyak paya teratai di sekitah tanah ini.


From: iDANRADZi
To: xxxxx@pcb.gov.my
Sent: Saturday, July 9, 2011 2:13 PM

Salam Tuan,

Merujuk kepada Surat Tuan, BPA/PRK/47/2011.06/MDKP/80974, adalah amat dikesalinya ianya terlewat sampai ke alamat saya.

2. Mesyuarat diadakan pada 8 Julai 2011 (Jumaat) tetapi Surat Tuan saya terima baru sebentar tadi 9 Julai 2011 (Sabtu). Jika sampai 8 Julai 2011 pun saya seorang Pesara yang sakit kronik takkan mampu memandu bagai ribut untuk ke Ipoh sana.

3. Sehubungan dengan itu saya meminta maaf jika ianya tertangguh dan buat pengetahuan tuan saya punya talian telefon tetap di rumah 0387371884.

4. Masih banyak tanah milik arwah ayahda saya hingga kini kami tak mendapat Bil Cukai Tahunan biarpun sebelum ini ianya dialamatkan di kampung kami.

5. Untuk pengetahuan tuan, saya pernah melihat geran di tangan pemilik yang mengambil alih hak milik tanah arwah ayahda saya itu; di mana saya dapati ianya telah bertukar keluasan seperti telah digabungkan. (Bertindih). Nombor Lot Tanah masih sama tetapi Nombor Geran asyik bertukar galak kali. Di tangan kami masih ada masalah geran bertindih ini yang masih tidak selesai.

6. Isu utama yang saya tidak berpuas hati apakah lantaran akta tanah yang tuan kemukakan itu adil, semasa saya ingin menjelaskan tunggakan Cukai Tanah(sekitar 3 tahun lalu) yang tak sampai pun RM5,000 kami kehilangan hak memiliki tanah pusaka seluas lebih dari 5 ekar lebih. Ianya hak milik nenek moyang kami yang telah kami pegang semenjak tahun 1920an lagi.

7. Amat malang kelemahan pengurusan di jabatan tuan membuat saya terpaksa membuat aduan semula. Kenapa mesti kes 80974 ditutup sedangkan ianya masih dalam penantian saya mencari jalan penyelesaian.

Wassalam.
Nota kecil:

Bebaru ini menantu saya memaklumkan ada sekali pihak tuan BPA hubungi telefon rumah saya (setelah kes ditutup), katanya pernah e-mel saya (tak mandang, sya jenis tliti dengan e-mel) pernah telefon saya tetapi tak dapat hubungi saya.

Saya pernah menulis kes ini di blog saya, nak jumpa Pegawai Daerah pun amat sukar; nak tahu status tanah pun dari RM20 sekitar 3 tahun lalu...naik ke RM40 sekarang tak pasti berapa. Sedangkan bila mengadu ke BPA kami pula berhadapan dengan akta tanah.

Bila saya membaca jawapan surat tuan yang menyatakan kes ini ditutup (sila rujuk jika tak puas hati). Saya merasakan lebih baik keluarga kami akan menuntutnya di akhirat kelak. Sukar bagi kami yang tak punya duit nak pasang peguam untuk melawan akta tanah yang saya anggap tidak akan memihak kami. Jika benar tanah tersebut masih hak kami; waima kami tak pun mengizinkan ianya dirampas biar pun sebesar hama tanah milik kami ini. (Hakikatnya! Malas nak gaduh bab tanah macam ceritera di TV)

Tanah tumpah darah kita semakin dijajah oleh orang luar!.
Sementelah anak bangsa sendiri pun gilakan pembangunan asyik mahukan laba
sanggup menggadaikan tanah milik pusaka sendiri malahan hak orang lain.


10 Ogos 2011

Wirawan Harimau Malaya Safee Sali diintai kelab Bundesliga Jerman

Selepas menjadi pemain negara pertama beraksi di Liga Super Indonesia (ISL), penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali terus mengukir sejarah tersendiri selepas dikhabarkan menjadi buruan kelab Bundesliga.

Penyerang berbisa Pelita Jaya itu mendedahkan perkara tersebut selepas memaklumkan ada kelab liga Jerman sedia membuat tawaran untuk mendapatkan khidmatnya.

Meskipun begitu, tawaran dibuat masih lagi diperingkat awal dan Safee enggan mengulas lebih lanjut:"Tawaran ini datang tepat pada masanya. Mungkin ini adalah betul-betul tawaran yang mahukan khidmat saya.

"Tawaran ini mungkin datang selepas saya menyertai skuad Malaysia menentang Singapura. Saya terkejut dengan panggilan ini, walaupun belum mendapat tawaran rasmi," kata Safee.

Safee turut menambah ia mungkin wujud selepas beliau berjaya membantu skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF dan menyumbat tiga gol penting ketika perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 baru-baru ini.

Namun segala-galanya terletak pada pengesahan rasmi dari kelab Jerman dan kini masih belum mengetahui kelab mana yang bakal disertainya.

"Saya hanya mendapat khabar dari sana tetapi saya belum mendapat pengesahan jelas. Jadi saya tidak boleh komen terlalu banyak," katanya. -D5 Sports

08 Ogos 2011

Caduet untuk Darah Tinggi kurangkan Kolestrol


Orang barat memang jujur dalam memahami keperluan awam. Dalam perubatan doktor mereka amat terbuka & tidak pernah berlebihan dalam mempromosi produk mereka. Ubat yang dimakan menjadi antara dua, penawar atau racun. Jika salah cara pengambilan memang akan menjadi lebih parah.

Paling penting pesakit kronik kena tahu kesan sampingan ubat yang mereka makan. Perkara ini sebaiknya diuar-uarkan agar semua pesakit faham & wajar cepat bertindak. Adalah penting membaca panduan perubatan dan kesan sampingan di kotak atau surat lampirannya. Jika tiada panduan dalam Bahasa Melayu eloklah suruh rakan anda membantu terjemahkan panduan tersebut kepada pesakit; ini amat penting.

Caduet yang doktor berikan kepadaku untuk merawat sakit ini memang punyai beberapa risiko. Padanlah dua tiga hari lalu aku boleh tumbang & tak boleh bangun lantaran kesan ubat ini. Demam atau terasa tak sedap badan adalah antara faktor tindak balas hormon badan diperingkat penyesuaian awal perubatan.

Panduan permakanan & sindrom ubat yang dilampirkan di kotak ubat ini berbahasa Inggeris. Bahasanya terlampau rumit dengan bahasa perubatan. Bila aku jelajah di laman sesawang nah! aku dapat bukti atas kesan sampingan awal ubat ini. Ianya adalah pesanan dari pembuat ubat ini di New York. Perempuan mengandung atau menyusukan anak memang tak boleh makan. Kesan kepada bayi yang dikandung akan membawa pelbagai risiko.

Bagi orang tua seperti aku, jika lambat dikesan, buah pinggang akan diserang. Biarpun risiko buah pinggang ini diperakui sekadar berisiko rendah; tapi boleh berlaku jika lambat pesakit mengesan tanda-tandanya. Peringkat awal sememangnya ianya akan menganggu saraf sendi atau sengal sekitar buah pinggang.

Jangan sesekali berleka untuk membuat pemeriksaan terapi setiap tiga bulan, ini amat penting untuk mengetahui kesan ubatan yang dimakan.

Tindakan mengurangkan dos dengan mengambil makanan atau herba semulajadi amat baik berbanding terlebih dos yang tentunya akan mengakibatkan pesakit merana mendapat kesan sampingan yang dikatakan amat tipis atau rendah ini.

07 Ogos 2011

Jauh Dari Jangkaan.


"Jika dah demam pasti semuanya akan bertambah bacaannya!" keluh hatiku. Lalu aku menanti agar demamku akan kebah. Cepatlah kebahnya demamku.

Batuk pun amat kuat, telah lebih seminggu aku tidak dapat nyenyak tidur; setiap dua atau tiga jam pasti terjaga. Beginilah rupanya orang sakit kronik, bila dijangkiti sebarang penyakit amat lambat untuk pulihnya. Bacaan glukos@gula sepanjang dua tiga bulan pasti sekitar 10 mmol/l. Paling tinggi sampai 12 mmol/l. Mana doktor tak gelisah.

Punca utama gula & darahku tinggi pastinya pemakanan, di samping stres tak cukup tidur. Aku beruntung punyai menantu Husna yang memang rajin memasak dan membasuh pinggan mangkuk. Membasuh pakaian segala. Sejak dari Januari lalu dia hanya balik sekitar dua bulan di rumahnya ketika pantang. Selebihnya dia sudah bagaikan pembantu rumah. Jarang aku tenguk baik anakku atau Mila membantu dalam soal memasak & urusan dapor yang lain. Kecuali hari Sabtu & Ahad. Di mana hari cuti bagi Mila.

Sebelum ada Husna jika tiada Mila siapalah lagi yang boleh diharapkan. Jika aku tidak memasak terpaksa cari lauk di luar. Tanak nasi atau jerang air sudah mesti. Pinggan mangkuk pun siapa nak kelola. Sidai kain ikut kerajinan; terkadang anak terunaku mahu tolong menyidainya terkadang waktu hampir senja aku terpaksa menyidainya. Jika tidak akan keluarlah andaian pelbagai dari Mila.

Jika tenguk iklan TV memang orang berada akan naik kereta mewah, klik suis sahaja pintu pagar akan terbuka. Suis lampu atau kipas pun ada yang hanya pakai kawalan jauh. Paip air hanya guna sensor saja terus menitis. Penghawa dingin sudah mesti ada kawalan jauhnya. Aku pula, paling tidak dua atau tiga kali kena hantar anak. Azim telah mesti kena hantar ke sekolah.

Biasalah anak-anak hanya akan tunggu di kapcai sahaja. Ayahnya kena padam suis paling tidak lima ke atas; kipas dua, lampu pasti dua, penghawa dingin atau komputer jika terbuka. Takkan nak bazirkan elektrik. Pintu sekurang-kurang tiga kunci. Kapcai kena tendang kaki. Jika cuaca panas panaslah aku, jika hujan basahlah aku.

Anif jua sama aku tunggu panggilannya, biasanya aku kena jemput jika dia ada kelas tambahan tiada bas akan membawa dia pulang.

Tiap kali keluar rumah rutin di atas kembali berulang aku terpaksa lakukan. Nampak mudah tapi perlukan tindakan. Belum kira nak cari juadah untuk sarapan, makan tengah hari. Empat atau lima kali memang terpaksa keluar masuk rumah. Jika tidak aku dah pasti kelaparan; anak-anak nak makan apa.

Husna tidak pernah bersungut depanku masalah tugasan rumah; tapi seperti hari ini, sekali dia dapat pulang ke rumah ibunya bagaikan tak mahu balik lagi ke Jenaris. Bila aku tanya pada Afiz bila Husna akan balik; jawapannya memang sukar aku fahami; macam Husna memang tak mahu balik lagi. Bayangkan tadi Afiz balik dari rumah mertuanya. Salam dari besan pun tak dapat aku terima. Tak baik bersangka buruk. Tetapi berkirim salam itu amat digalakkan oleh agama; apatah lagi bilamana telah berbesan. Mungkinkah Husna rasa terbeban akan kerja rumah yang bagaikan Pembantu Rumah tanpa gaji. (Suri rumah lain pun pasti terasa bebanan ini)

Aku selalu berkata bandingan seorang isteri memberi atau membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun
. Namun Mila mencari sinar & pahalanya sendiri; bukan hak aku untuk menghalang jika dia mahu mencari ilmu. Atau pun untuk beribadah di luar rumah. Perkara baik atau ingin beribadah di surau eloklah digalakkan. Cumanya jika di dalami panduan dalam agama lihatlah perjalanan atau haluan hidup seorang perempuan bernama isteri sebenar lebih dituntut di rumah; kecuali suami tak boleh mengajar fardu ain.

Ini antara nota yang dapat kukutip menunjukkan betapa senangnya seorang isteri mendapat pahala jika dia benar-benar menyintai suaminya.

Baik Buruk Seorang Wanita

Renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya dan bertuahnya menjadi wanita. Bagi kaum lelaki, hormatilah kaum wanita yang bergelar ibu dan isteri. Berikut adalah himpunan hadis-hadis yang berkenaan.

Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca:

"Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah“ (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.); maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

wallahua'lam

Tersebut dalam kitab Muhimmah karangan Syeikh Abdullah bin Abdul Rahim Pattani:
"Hendaklah isteri mendahulukan suaminya atas hak dirinya dan seluruh kaum kerabatnya."

Ulama-ulama ada berkata, wajib bagi wanita-wanita:

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berbicara.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar kepergiannya,
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai wangi-wangian untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tidak adanya.
k Tidak berkhianat ketika ketidakadaan suaminya.
I. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, Syurga dan Neraka bagi seorang wanita bergantung pada reda atau tidaknya suami padanya

Rasulullah SAW bersabda:

"Empat golongan wanita yang berada di surga ialah:

a. Perempuan yang menjaga dirinya dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.
b. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati keadaan serba kurang (dalam kehidupannya) bersama suaminya.
c. Perempuan yang bersifat pemalu dan jika suaminya datang maka ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
d. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dininya hanya untuk mengurus anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia menikah karena kuatir putera puterinya akan tersia-sia. (Kalau ada jaminan putera-puterinya tidak akan disia-siakan barulah ia mau nenikah). Dan empat golongan wanita yang berada dalam Neraka ialah:
a. Wanita yang jelek (kotor) mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya pergi, ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya datang ia memakinya (memarahinya),
b. Wanita yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang dia tidak mampu.
c. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum laki-laki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menanik kaum laki-laki).
d. Wanita yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak sanggup berbakti kepada Allah dan tidak sanggup berbakti kepada Rasul-Nya dan tidak sanggup berbakti kepada suaminya."

Rasulullah SAW bersabda:

"Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari Kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya."

Rasulullah SAW bersabda:
"Aku berdiri di atas surga, kebanyakan orang yang masuk ke masuk ke dalamnya ialah golongan miskin, manakala orang-orang kaya tertahan di luar pintu surga karena dihisab. Selain dari itu ahli Neraka diperintahkan masuk ke dalam Neraka dan aku telah berdiri di atas pintu Neraka, aku lihat kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya ialah wanita."
(Riwayat Imam Bukhari dan Usamah bin Lad r.a)

Rasulullah SAW juga bersabda: "Aku lihat api Neraka, tidak pemah aku melihatnya seperti hari ini, karena ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli Neraka ialah wanita." Baginda ditanya, "Mengapa begitu, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Wanita mengkufurkan suarninya dan mengkufurkan ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa puas hati dan cukup."
(Riwayat Imam Bukhari)

Sabda Nabi SAW: "Kebanyakan ahli Neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, apakah karena mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi, "Tddak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalarn nikmat suaminya."

Sabda Rasulullah SAW:
"Keadaan wanita sepuluh kali ganda seorang laki-laki di dalam Neraka dan dua kali ganda seorang laki-laki di dalarn surga. "Suatu hari Rasulullah SAW datang melawat anaknya Fatimah ra dan didapatinya sedang menangis. Maka bertanyalah Rasulullah

SAW: "Apakah yang membuat engkau menangis, wahai Fatimah?’

Fatimah menjawab, "Wahai ayahku, aku menangis disebabkan oleh keletihan yang tidak terkira ketika mengisar tepung dan menyediakan keperluan rumah. Sekiranya ayahanda menyuruh Imam Ali membeli seorang wanita suruhan, itu akan menjadi pemberian yang besar bagiku."

Mendengar kata-kata itu, hati Rasulullah teriris hingga berlinang mata baginda. Lalu baginda pun duduk berhampiran alat pengisar kemudian mengambil segenggam gandum dan melafazkan Fadhilat jadi Isteri! :)

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/ peranan isteri terhadap suami.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yang soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredaan suaminya dia terus masuk syurga!

Alam Remaja


1. Remaja kini sukar ditegur, lantaran langkahan mereka semakin panjang. Dunia remaja mereka semakin luas. Cukuplah kalau anak remaja yang kaki SMS. Memang tak tenguk butang telefon bimbit pun mereka petah berSMS amat lajunya.

2. Remaja kini semakin keliru. Selalunya rakan mereka adalah segalanya. Banyak pengaruh kehidupan mereka adalah dari pergaulan rakannya. Jika rakannya seorang yang rajin belajar maka akan nampaklah kejayaannya. Jika rakannya suka melepak maka sering pelajaran mereka terabai.

3. Sementelah itu sekarang ini kemasukan pelajar perempuan ke IPTA & IPTS dimonopoli oleh pelajar perempuan. Remaja perempuan selalunya lebih tekun belajar berbanding remaja lelaki yang banyak aktiviti luar.

4. Keluarga yang punyai anak remaja sukar dapat menguasahi jiwa anak remaja mereka. Waima dalam hati ibu & ayah memang mahukan anaknya rapat dan menjadi rakan buat mereka mengadu.

5. Amat beruntung jika punyai remaja yang akur diri sentiasa berwawasan murni dan pandai membawa diri dalam kancah dunia yang mencabar ini. Pastinya satu kebanggaan keluarga bilamana remaj cemerlang dalam pembelajaran mereka pun mendapat tempat di hati masyarakat.

6. Alam remaja amat kejap ditempuhi tetapi zaman remaja inilah bakal mencorakkan baik buruknya masa hadapan seorang insan. Jadilah remaja yang lembut hati; keluarga tak kan mahu melihat ahli keluarganya bermasalah. Semua orang impikan kebahagiaan dalam hidupnya. Buktikanlah anda mahu jadi remaja yang sempurna.

7. Tak mungkin dapat ditemui alam zaman itu berulang lagi. Nikmatilah alam remaja anda sebaiknya.

04 Ogos 2011

APA ITU GAMAT?



Masyarakat Melayu, khususnya Langkawi telah menggunakan gamat sejak 400 tahun lalu, malah gamat juga digunakan secara meluas di negara China sejak tahun 1757. Gamat juga dikenali dengan nama lain iaitu ´ginseng laut´. Gamat ialah sejenis hidupan yang terdapat di dasar laut dan digunakan turun-temurun di kalangan masyarakat Melayu untuk menyembuh luka luaran mahupun dalaman, dan ia turut digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin.

Terdapat kira-kira 1000 spesies gamat di seluruh dunia. Di Malaysia terdapat lebih kurang 30 spesies gamat di pantai-pantai seperti Langkawi, Pangkor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Gamat hidup di kawasan perairan yang bersih, berpasir dan berbatu karang. Kawasan-kawasan perairan ini mengandungi banyak galian penting yang diserap oleh gamat menerusi pemakanannya.

Gamat boleh didapati dalam pelbagai saiz, warna dan bentuk. Tekstur kulitnya licin, bergerutu dan lain-lain. Gamat bersifat unik kerana ia membolehkan sel-selnya berkembang dan bersambung semula dengan cepat apabila tisu badannya luka dan terputus. Keunikan ini menyebabkan gamat menjadi dua ekor apabila badan asal dipotong dan dikembalikan ke laut.

Gamat juga dikenali dengan pelbagai jenis nama antaranya ialah Trepang, Balat, Timun Laut dan dalam bahasa Cina pula ´Hoi Sum´. Bagi masyarakat Barat mereka mengenali gamat sebagai ´sea cucumber´ atau timun laut.

Gamat tergolong dalam kumpulan Phylum Echinodermata kelas Holothuroidea dan boleh membesar lebih kurang 60 hingga 90 sentimeter panjang. Gamat yang terdapat di kawasan perairan yang sejuk adalah yang paling kecil. Haiwan ini mempunyai mulut berbentuk tentakel yang terletak di hujung badannya. Ini dapat membantu ia menangkap dan menghantar makanan ke dalam mulut.

Gamat mengandungi bahan mineral seperti potasium, magnesium, fosforus, kalsium, zat besi, zink, kromium, mangan dan kandungan lain yang terdapat dalam gamat ialah air sebanyak 8.9%, protein 82%, lemak 1.7%, karbohidrat 4.8% dan ash 2.6%. Malah satu kajian terbaru menunjukkan gamat juga mengandungi kandungan lemak polyunsaturated yang tinggi iaitu Omega-3FA: EPA, DHA.

Bagi sesetengah orang, mereka berasa geli melihat haiwan ini tetapi jika kita makan atau minum ekstraknya, kita dapat merasai kebaikan dan khasiatnya. Ekstrak gamat mengandungi kolagen penting untuk industri kosmetik kerana mampu memberi ketegangan pada tisu muka dan kulit kita. Selain itu, dua ciri ekstrak gamat yang bersifat antifungal dan antimirobial berkesan untuk rawatan kulit kerana dapat mengelakkan kulit muka berkulat. Malah kandungan glukosamina dan kondroitin dapat melegakan sakit sendi seperti artritis dan gout.

Antara kebaikan haiwan ini ialah ekstrak ia menolong melancar dan meningkatkan pengaliran darah dengan baik. Air gamat atau minuman jeli gamat dapat mengurangkan bengkak, inflamasi, meredakan luka dalaman, dan sakit-sakit badan. Selain daripada itu, ia juga dapat membantu mengurangkan tahap darah tinggi bagi pesakit hipertension. Malah air gamat juga baik untuk pesakit yang mengalami ulser dan sakit tekak. Minyak dan jel gamat boleh digunakan untuk luka luaran dan gigitan serangga.

Masyarakat di Taiwan lebih gemar memakan daging gamat. Daging haiwan ini juga dikeringkan dan dijadikan dalam bentuk serbuk untuk kegunaan merawat luka-luka luaran. Selain itu, serbuk tersebut turut digunakan untuk dijadikan minuman. Amerika Syarikat dan Australia telah menjalankan kajian ke atas gamat serta menggunakan gamat dalam beberapa produk kesihatan.

Produk daripada gamat sesuai untuk kegunaan semua peringkat umur. Kanak-kanak yang berumur lebih daripada satu tahun boleh diberikan 1/3 dos daripada orang dewasa tetapi tidak sesuai untuk bayi di bawah umur satu tahun. Walaupun begitu terdapat alahan pada peringkat awal bagi mereka yang mencuba produk gamat seperti kerap membuang air kecil, cirit-birit dalam dua atau tiga hari pertama mencuba produk tersebut. Produk gamat juga dapat meningkatkan selera makan. Bagi kes gout, banyak respons diterima yang menyatakan bahawa kesakitan agak berlebihan di peringkat awal tetapi beransur kurang pada tahap seterusnya. Tetapi penggunaan gamat haruslah disesuaikan dengan tahap kesihatan seseorang.

Gamat, haiwan yang mampu hidup walaupun badannya telah terputus dua. Keunikan dan keistimewaan inilah yang dimiliki oleh gamat, iaitu timun laut yang berbentuk seperti lintah atau ulat beluncas. Gamat adalah spesies yang amat sensitif kepada sentuhan.

Gamat sangat sensitif kepada pencemaran dan akan bertindak membunuh diri jika disentuh manusia. Yang anehnya, ia mampu hidup walaupun badannya dipotong-potong dan akan bercantum semula setelah dicampak ke laut. Ataupun gamat yang dipotong dua, campakkan ke laut akan menjadi dua ekor gamat. Kalau dipotong empat, campakkan ke laut akan menjadi empat ekor dan begitulah seterusnya.

Gamat boleh dianggap berfungsi sebagai penyedut hampa gas, memakan bahan mati yang mendap di dasar lautan, mencernakan bahan tersebut dan membuangkan pasir yang hampir bersih. Pembiakan gamat dengan cara melepaskan telur dan sperma ke dalam air dan persenyawaan akan berlaku di laut terbuka. Hasilnya, anak-anak gamat wujud sebagai plankton, sebelum mula mendap ke dasar dan meragut alga-alga mikro di dasar laut.

iDAN:

Aku pernah melawat kilang buat produk gamat di Langkawi. Yang masih aku ingat pihak kilang membenarkan kami melihat bagaimana minya gamat dimasak. Dalam minyak itu mendidik dia mencabar kami untuk mencelup tangan ke minyak gamat yang mendidih; dia gerenti tak akan melecur. Ramai kalangan rakan rombonganku yang mencelup tangan mereka. Memang tak apa-apa. Aneh!.

Malahan dia membenarkan kami menyapu sebanyak mana minyak ke seluruh badan. Aku sekadar sapu tangan & kaki sahaja. Ada kalangan rakan yang buka baju & seluar lumur seluruh badan. Tak bolehlah taruh dalam botol kicap bawa balik. Tapi harga tawaran memang diberikan kepada pelawat. Untung orang duduk di Langkawi. Di sini minyak gamat memang mahal apatah lagi air gamat untuk buat ubat dalam badan.