JAM 8.20 pagi kami berlepas dari lapangan terbang
KLIA menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. Rombongan bersama
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Tuan Shaik
Ismail, Penolong Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia, Haji Kamaruddin, Pegawai Pelajaran ANGKASA, Mohd. Radif Md.
Jali, guru koperasi, Puan Dayang Hamsiah, koperator muda iaitu Aina
Insyirah, Muhammad Taufik dan Ruhil. Kapal terbang tiba di Beijing tepat
pada jam 2.50 petang.
Ketibaan kami disambut oleh pemandu pelancong yang
mesra dengan panggilan Farah. Perjalanan pertama menuju ke Akrobatik
Centre yang mempersembahkan Akrobatik China. Sepanjang perjalanan Farah
telah memberi sedikit maklumat tentang bandar raya Beijing dan program
lawatan di Akrobatik Centre. Persembahan bermula tepat jam 5.30 petang
waktu Malaysia. Sebanyak lima persembahan dijalankan dan ia sangat
menghiburkan dan memberi pendedahan yang baik kepada kami.
Kami menginap di Warwick International Hotel yang selesa.
Jam 8.30 pagi kami memulakan perjalanan ke Langfang
bagi melihat aktiviti koperasi yang berasaskan pertanian dan
penternakan. Kami bertemu dengan Encik Lu Peng wakil dari China Coop
atau lebih dikenali sebagai Chinese Supply into All China Federation of
Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC). Encik Lu Peng juga menjadi
pengantara komunikasi bagi kami. Ketibaan kami di lokasi pertama iaitu
pusat pengumpulan baja bagi koperasi petani di Langfang disambut oleh
beberapa pengurus bagi setiap segmen perniagaan ACFSMC. Kami telah
diberi taklimat berkaitan aktiviti pembelian bahan pertanian dari
kawasan sekitar terutamanya bagi petani yang menjadi koperasi.
Gudang penyimpanan ini telah berusia hampir 50 tahun,
menjalankan aktiviti membeli dan pengeluaran baja pertanian. Terdapat
seramai 97 ahli koperasi keluarga yang menjana sumber pendapatan
melalui koperasi ini. Konsep menjadikan ahli koperasi disertai oleh
keluarga menarik minat kami untuk mengetahuinya lebih mendalam. Sesi
penerangan disini berjalan selama 30 minit.
Kemudian kami dibawa pula ke sebuah pasar raya milik
koperasi yang berada lebih kurang 30 kilometer dari gudang agriculture
fertilizer. Setibanya kami di pasaraya koperasi ini kami disambut oleh
pengurus kedai. Beliau memberi sedikit penerangan berkaitan sistem
pengurusan kedai yang telah wujud sekian lama di kawasan Langfang ini.
Terdapat lebih kurang 1000 buah kedai seperti ini
wujud di seluruh China terutama di kawasan kampung yang menumpukan
kepada barangan keperluan harian. Selepas 20 minit, kami dibawa ke
lokasi seterusnya iaitu Langfang Cow Milk. Kami disambut meriah oleh
Majikan dan pekerja di sini. Pengurus penternakan lembu telah
menerangkan kepada kami sejarah, aktiviti perniagaan dan sistem yang
digunakan. Kami telah mengadakan sedikit perbincangan di bilik
mesyuarat yang disediakan.
Pengurus di sini sempat menunjukkan kepada kami
gambar CCTV yang menunjukkan aktiviti pemprosesan susu dan perbincangan
berkaitan dengan pengurusan koperasi yang dijalankan. Perbincangan juga
termasuk tentang aktiviti pendidikan yang dijalankan kepada anggota
koperasi. Selepas satu jam kami telah meneruskan perjalanan kami ke
bandar Beijing dan telah disambut oleh Setiausaha Gabenor Langfang City.
Beliau telah memberi ucapan penghargaan atas kehadiran kami dan
mengadakan sesi pertukaran hadiah.
Perjalanan kami diteruskan ke Beijing Dizhen Silk
Product bagi melihat pemprosesan sutera. Kurator disini telah memberi
sedikit penerangan berkaitan penghasilan sutera. Kami melihat hasil
kerja tangan yang dibuat dari sutera. Lokasi seterusnya ke Nujing
Mosque. Farah menerangkan tentang usia masjid ini yang wujud sejak 1000
tahun yang lalu. Terdapat lebih kurang empat juta umat Islam di bandar
Beijing, namun masjid ini tidak dibenarkan melaungkan azan dengan kuat,
hanya sekadar di dalam masjid sahaja.
Jam 8.40 pagi kami bertolak ke pejabat All China
Federation of Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC) di selatan
Beijing. Encik Lu Peng membawa kami ke bilik mesyuarat dan bertemu
dengan Pengurus Perniagaan Agriculture Fertilizer, Encik Week, Pengurus
Perniagaan Antarabangsa, Encik Juan, Pengurus Pendidikan, Encik Chew
serta Division Chief ACFSMC, Encik Xu Mingfeng.
Pertemuan dengan Presiden ACFSMC berbincang tentang
peranan setiap pengurus dan kami juga menerangkan peranan ANGKASA di
Malaysia. Antara topik penting yang kami bincangkan ialah mengenai
Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan pembekalan barangan dari China ke
Malaysia. Saya juga tidak ketinggalan menawarkan aktiviti Pelancongan
Antarabangsa kepada mereka. Sesi pertemuan tamat dengan sesi bertukar
hadiah dan bergambar.
Perjalanan diteruskan ke Summer Palace di mana
terdapat tentang sejarah Dragon Lady yang mengawal tiga orang raja di
bawah pemerintahannya. Lokasi ini sangat menarik kerana pemandangan
sangat indah. Lokasi ini sangat luas dan kami hanya pergi ke beberapa
tempat sahaja. Kemudian kami telah menuju ke Freesky Pearl di mana
terdapat hasil mutiara yang dijadikan barangan hiasan diri serta
kosmetik.
Ketibaan kami disambut oleh pekerja di tempat
tersebut dan beliau menunjukkan demonstrasi bagaimana mutiara diperoleh,
kemudian kami dibawa ke pusat jualan dan meneruskan perjalanan ke
lokasi berhampiran dengan Stadium Utama Olimpik 2008. Di kedai ini
terdapat jualan batu jade, lokasi ini agak unik kerana ia terdapat di
bawah tanah. Kami dipertemukan dengan Encik Jhonny seorang bangsa Cina
kelahiran Malaysia.
Beliau sangat gembira dapat bertemu dengan kami
kerana beliau sudah lama tidak balik ke Malaysia dan memberi harga yang
murah pada barangan jualannya. Kami berbangga kerana dilayan seperti VIP
serta dapat bertemu dengan warga Malaysia yang berjaya di Beijing.
Perjalanan kami diteruskan ke Flea Market di mana terdapat barangan
jualan untuk kami bawa pulang.
Sesi lawatan bermula pada jam 8.30 pagi menumpukan
semua tempat yang masih belum dilawati. Jam 9.30 pagi kami tiba di pusat
penjualan dan reka bentuk jade, diberi sedikit penerangan kemudian ke
pusat membeli jade yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.
Jam 10.20 pagi kami meneruskan lawatan ke Cyrstal
Palace of Ming Tomb Beijing. Di sini kami diberi sedikit penerangan
tentang kristal, bagaimana kristal dibentuk akhirnya ke pusat jualan
kristal. Kami telah meneruskan lawatan ke lokasi pembuatan tembaga iaitu
Friend Store. Di sini terdapat beberapa bahagian yang menunjukkan
pemprosesan tembaga dilakukan, dari membuat corak sehingga pembakaran.
Sementara menunggu masuk waktu Zohor kami sempat melihat barangan yang
dijual.
Kami meneruskan perjalanan ke Great Wall of China
yang terkenal di seluruh dunia sebagi salah satu lokasi ajaib dunia.
Di sini kami telah menaiki tembok besar ini sehingga ke puncak, dan
sempat membeli sijil bukti bahawa kami kami telah berjaya sampai ke
puncak. Hakikatnya cabaran untuk sampai ke puncak amat sukar kerana
terpaksa mendaki ratusan anak tangga.
Kami meneruskan perjalanan ke Gue Qiu sebuah kilang
yang mengeluarkan ubat-ubatan tradisional. Kami diberi sedikit
penerangan oleh petugas dan mempromosikan beberapa produk ubatan yang
boleh dibeli. Kami meneruskan perjalanan ke Foot Massage. Lokasi ini
dinamakan Beijing Traditional Chinese Medicine Health Preservation
Reseach Centre. Di lokasi ini kami telah diberi sedikit penerangan
tentang penjagaan kesihatan melalui konsep “yin dan yang”. Selepas
dikumpulkan di sebuah bilik yang selesa kami digalakkan untuk mengurut
kaki dan bahu. Selepas urutan dilakukan kami diminta untuk membayar
tips kepada tukang urut. Semasa urutan dijalankan kami didatangi oleh
doktor bertauliah untuk memberi nasihat produk yang boleh dibeli oleh
kami. Selepas satu jam, kami meneruskan perjalanan ke pasar raya.
Hari terakhir berada di Beijing, kami bersiap untuk
ke Medan Teinenment dan Forbidden City. Kami telah memulakan perjalanan
ke Medan Teinenment tepat pada jam 9.00 pagi, 15 minit perjalanan menuju
ke lokasi lawatan, setibanya di sana kami telah singgah di sebuah pasar
mini untuk membeli sedikit barangan sebelum menuju ke lokasi lawatan.
Kami berjalan kaki ke Medan Teinenment dan kami diterangkan berkaitan
dengan peristiwa rusuhan yang berlaku kerana bantahan mahasiswa
yang menuntut hak mereka, akibatnya banyak kematian berlaku di sini.
Perjalanan seterusnya menuju ke lapangan terbang
antarabangsa Beijing. Kapal terbang tiba dan perjalanan balik berjalan
dengan lancar. Kami tiba di KLIA tepat jam 10.40 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan