iDAN

26 Jun 2011

Sejarah Permulaan Internet 3

Pada akhir tahun 1967, satu persidangan akhbar komputer telah diadakan di Tenessee dan Larry Roberts telah mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan cadangan baru beliau tentang bagaimana rangkaian komputer tajaan ARPA yang berasaskan IMP patut dibina.Di persidangan ini juga Larry Roberts telah berkesempatan untuk mendengar pembentangan oleh Roger Scantlebury dari National Physical Laboratory (NPL) di United Kingdom yang pada ketika itu sedang membina sebuah rangkaian komputer yang berasaskan kepada konsep komunikasi yang dipanggil pensuisan bungkusan (pack switching). Roger Scantlebury adalah rakan penyelidikan kepada Donald, seorang penyelidik British yang mecipta konsep komunikasi berasaskan kepada teknik pensuisan bungkusan. Roger Scantlebury juga telah menyatakan kepada Larry Roberts bahawa konsep komunikasi yang sama telah dicipta secara berasingan oleh seorang penyelidikan dari Amerika Syarikat yang brnama Paul Baran. Paul Baran yang ketika itu bertugas di sebuah agensi penyelidikan yang dipanggil RAND Corporation pernah menulis sebuah laporan teknikal mengenai konsep rangkaian pensuisan bungkusan ini. Larry Roberts segera mendapatkan laporan teknikal ini untuk dikaji kesesuaiannya. Pada masa yang sama, beliau telah mendapatkan khidmat Elmer Shapiro dari SRI untuk menjalankan kajian yang lebih terperinci untuk mendapatkan spesifikasi bagi IMP.

Berasaskan kepada kajian lanjutan yang telah dibuat oleh Larry Roberts, Elmer Shapiro dan penyelidik ARPA telah berjaya menghasilkan sebuah dokumen teknikal yang mengandungi spesifikasi bagi rangkaian ARPA yang hendak dibina khususnya spesifikasi bagi IMP. Dokumen yang dipanggil Request For Quotation (RFG) ini kemudiannya telah dihantar kepada syarikat yang membina komputer pada tahun 1968 bagi mengajak mereka membina rangkaian IMP. Buat permulaan rangkaian ujian ini akan mengandungi empat nod dimana setiap nod mengandungi sebuah IMP dan sebuah hos (komputer).

ms201

Rajah 2.1 Empat nod ARPANET yang pertama (Disember 1996)

Setelah penilaian dibuat, ARPA memberikan kontrak membina IMO kepada BBN pada awal januari 1969. BBN telah bekerja keras untuk menunaikan komitmen mereka terhadap pembinaan empat IMP yang pertama ini mengikut spesifikasi dan jangka masayang telah ditetapkan . IMP yang pertama telah diserahkan kepada University of California, Los Angeles (UCLA) pada akhir September 1969, Stanford Research Institute (SRI) pada Oktober, University of California, Santa Barbera (UCSB) pada November dan yang terakhir sekali kepada University of Utah pada Disember 1969. Dengan terserahnya keempat-empat IMP yang pertama ini lengkaplah pembinaan prasarana rangkaian ARPA, iaitu ARPANET. Bilangan not yang terdapat dalam ARPANET terus meningkat sedikit demi sedikit. Pada September 1971 sahaja bilangan nod dalamARPANET telah meningkat kepada15 manakala bilangan hos menjadi 23.

Penulis : Dr Ahmad Zaharim bin Abdul Aziz

Tiada ulasan: