iDAN

26 Jun 2011

Sejarah Permulaan Internet 2

Sebelum Licklider meningalkan ARPA pada tahun 1964, bahagian yang beliau terajui telah ditukarkan namanya kepada Information Processing Techniques Of-fice (IPTO). Ini menggambarkan perubahan dalam halatuju penyelidikan, iaitu daripada penyelidikan yang melibatkan arahan dan kawalan kepada penggunaan komputer sebagai alat berkomunikasi, berinteraksi dan memperoses maklumat. Selepas itu, Ivan Sutherland telah dilantik menggantikan Licklider.

Pada tahun 1966, Robert Taylor, seorang sahabat baik Licklider yang mempunyai pandangan yang sama seperti beliau telah dilantik untuk menerajui IPTO. Semasa beliau menerajui IPTO, projek komputer perkongsian masa sudah hampir siap. Oleh yang demikian, penyelidikan bertumpu pula kearah membina sebuah rangkaian yang boleh menyambungkan komputer perkongsian masa untuk dijadikan alat komunikasi. Selain daripada itu, ARPA juga dapat menggunakan sepenuhnya pelbagai jenis komputer yang ada pada jenis penyelidik utamanya yang bertaburan di seluruh Amerika Syarikat melalui rangkaian ini. Perkongsian komputer-komputer yang sangat canggih dan mahal pada masa itu akan dapat mengurangkan beban perbelanjaan ARPA. Dengan menggunakan alasan ini, maka Robert Taylor telah berjaya mendapatkan kebenaran dan peruntukan untuk membina sebuah rangkaian ujian bagi menyambungkan komputer-komputer ARPA.

ms19

Untuk membina rangkaian ujian ini, Robert Taylor telah berjaya memupuk seorang penyelidik yang bernama Larry Roberts untuk menjadi pengurus projek. Mereka telah bekerja keras untuk mendapatkan konsep rangkaian ujian tersebut. Pada awal tahun 1967, Robert Taylor telah menganjurkan satu persidangan bagi membincangkan tentang pembinaan rangkaian ini. Turut hadir bersama ialah penyelidik utama ARPA. Persidangan ini menyaksi pembentangan kertas kerja oleh Larry Roberts yang menggariskan konsep dan kaedah implementasi yang boleh digunakan untuk menubuhkan rangkaian komputer. Bagaimanapun, kertas kerja Larry Roberts mendapat sambutan yang dingin. Ini kerana ramai penyelidik ARPA berpendapat bahawa cadangan beliau untuk menyambungkan komputer mereka di antara satu sama lain secara langsung akan membebankan lagi tugas komputer tersebut. Tambahan pula, tidak ramai penyelidik pada masa itu mahu berkongsi data dan komputer di antara satu sama lain

Di akhir persidangan, Wes Clark, seorang penyelidik yang pernah bekerja dengan Larry Roberts telah memberikan cadangan kepada beliau supaya komputer ini tadak disambungkan ke peranti khas yang bertugas menyalurkan data dalam rangkaian. Dengan kata lain, rangkaian seharusnya dibina dengan menyambungkan peranti khas ini di antara satu sama lain tanpa melibatkan sebarang komputer. Apabila sebuah komputer hendak di sambungkan ke rangkaian maka ia boleh di sambungkan kepada mana-mana peranti ini. Dengan itu peranti ini menjadi antara rangkaian dan komputer (lihat rajah 2.1). Berdasarkan kepada kaedah implementasi yang dicadangkan oleh Wes Clark ini, Larry Roberts telah terperinci tentang bagaimana ianya boleh dilaksanakan. Larry Roberts kemudiannya memanggil peranti ini sebagai Interface Message Processor (IMP).

Tiada ulasan: