iDAN

26 Jun 2011

Pembangunan Internet 4

Siapakah yang Membangunkan Internet

Internet telah dibangunkan sekurang-kurangnya oleh tiga pihak, iaitu kerajaan Amerika Syarikat, individu atau kumpulan individu dan syarikat yang ingin menggunakan Internet untuk tujuan perniagaan. Kerajaan Amerika Syarikat melalui ARPA, NSF dan institusi pendidikan seperti universiti bertanggungjawab menaja projek-projek yang melibatkan pembangunan prasarana rangkaian seperti tulang belakang, perkakasan rangkaian, protocol komunikasi dan beberapa aplikasi asas seperti mel elektronik, FTP dan TELNET. Sumbangan individu atau kumpulan pula dapat dilihat pada aplikasi Internet seperti kumpulan berita UNESET, Archie dan Gopher.

ms32

Aplikasi ini dibangunkan oleh individu atau kumpulan yang kreatif yang mahu memudah dan memanfaatkan oengguna Internet dengan menggunakan sumber-sumber yang ada di organisasi mereka bekerja tanpa sebarang bantuan langsung dari mana-mana pihak.

Di dalam pembangunan lapisan perkhidmatan, penglibatan yang paling intensif adalah dari syarikat dan usahawan yang melihat Internet sebagai satu alat yang srategik untuk menghasilkan peniagaan yang baru atau mempertingkatkan aktiviti perniagaan yang sedia ada. Kebanyakan dari teknologi dan aplikasi baru yang diperkenalkan kini seperti streaming audio, streaming video, animasi, JAVA dan VRML dibina oleh syarikat yang mempunyai kepentingan yang tertentu dan bukan lagi di bawah tajaan kerajaan.

Tiada ulasan: