1. Sejak kebelakang ini asyik tak selesa keluar rumah. Silap-silap demam. Sebab udara amat panas, jerebu dan kadang-kadang hujan panas. Elok buat banyak aktiviti di dalam rumah.
2. Pulak tu tidur asyik tak cukup sebab berjaga malam, apalagi kalau tak Piala Uero. Nak tunggu piala sebegini lambat lagi eh. Silap-silap aku tak ada lagi. 4 tahun sekali memang lama.
3. Terjaga subuh Mila bising-bising sebab anak-anak malas bangun sembahyang subuh. Sah dikejut bergerak, berbunyi tapi bila yahnya sambung tidur mereka tak bangun. Bagaimana nak bangun tidur kalau asyik mengadap permainan komputer atau mengadap PC sampai dinihari.
5. Lama tak mancing aku suka memancing di paya lama yang ikannya menjadi misteri. Baru ni dapat kenalan Orang Asal di Johor; teringin nak ke sana tapi tak berani sorang-sorang. Ingat nak ajak Amid tapi dia jenis payah dapat lesen.
6. Kembali rapat dengan ed/Nu-C dan teringat hobi kumpul batu cincin; banyak batu cincinku hilang termasuk batu hitam milik arwah apak. Memang ada beberapa batu cincin yang kusayang ghaib entah ke mana. Teringat batu delima milik arwah emak. Seiras dengan maman ifi pakai; aku suruh Mila tanya di mana dia beli sebab sebijik macam cincin arwah emak yang hilang. Mila tak faham erti nilai sentimental; marah-marah pula dengan aku.
(Suka jika hobi bersama agar sesama kita dapat bertukar kenangan)
Ed telah banyak memberikan aku batu cincin. Antaranya batu aked yang penuh misteri. Baru pakai beberapa jam (belum 24 jam) ketika aku di pawagam tenguk fiem Spiderman ada sesuatu atau makhluk ghaib mencabutnya dari jari hantuku. Nasib aku terasa. Bayangkan cincin batu aked ini ketat ketat. Bagaimana boleh mudah tercabut.
Aku menggunakan lampu telefon bimbit (telbit) Azim untuk mencarinya. Alhamdulillah jumpa tersorok bawah bangku aku duduk . Cabut di depan boleh tersorok di belakang. Ada modal aku nak ikat beberapa batu lagi. Nampaknya memang cantik ikan pakai suasa.
2 ulasan:
sekarang cuaca bagai tak sihat seperti tak sihatnya hati hati manusia di alam ini. Alam pun sering bencana seolah pula tidak lagi mahu bersahabat dengan kita. Tetapi Allah sentiasa ada untuk didampingi. Untuk kita mengadu ketika jaga dan ketika beradu. Kita sihat kerana Allah dan kita sakit kerana Allah. Segalanya ada kebaikannya sekiranya kita pandai mengambil iktibar.
rindu nak berbual panjang dengan kau sin oii ... tapi aku tak suka hp sbb ada pihak lain akan ambik kesempatan dari bulan kita... bual lama sikat hilang seperiuk nasi... aku suka talian tetap talian yang ini masih okey lagi ke... aku e-mel kat FB... selalu aku dail tak pernah diangkat...
Catat Ulasan