iDAN

19 Jun 2012

..:: Surah Al-Insyirah ::..

Sehari satu doa Dalam kuliyahnya, Ustaz Abu Bakar Abd Aziz ada menyampaikan doa yang elok dibaca agar anak kita dipelihara Allah dari segala macam hasutan,bahaya yang bakal mendatang dan lain-lain perkara yang tidak diingini.

Ayatnya adalah Surah Al-Insyirah yang sebaiknya dibaca sebanyak 17 kali sebelum dihembuskan ke ubun-ubun anak-anak kita sebelum mereka berpergian ( ke sekolah dsb ). Namun oleh kerana banyak sangat, dianjurkan supaya dibaca berulang kali beberapa ketika sebelum mereka pergi seperti waktu menggosok baju, menggoreng ikan dsb. Pada kali yang ke 16 atau 17 barulah dipanggil akan anak itu lalu hembuskanlah. Ayat ini adalah ayat lazim dan kita lazimnya telah hafalnya, hanya tinggal nak mengamalkan sahaja. Surah Al-Insyirah (bererti melapangkan dada Nabi), adalah surah yang ke 94 di dalam Al-Quran, mengandungi lapan ayat.

Allah SWT menegaskan, salah satu nikmat yang dikurniai kepada Nabi Muhammad SAW ialah melapangkan dadanya serta mengisinya dengan iman dan hidayah bagi meringankan beban perjuangannya.

Ertinya :: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani -
* Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
* Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,
* Yang memberatkan punggungmu,
* Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
* Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
* Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
* Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.
* Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya:
Pada suatu hari, beberapa Arab desa datang kepada Rasulullah s.a.w.
Mereka bertanya kepada para Sahabat: Apakah kamu pernah memeluk anak-anak kecil kamu?

Para Sahabat menjawab: "Ya".

Orang-orang kampung itu berkata: "Akan tetapi, demi Allah, kami belum pernah memeluknya".

Rasulullah s.a.w lalu bersabda: "Aku tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya Allah mencabut rahmat dari kamu".


"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
"Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu. Bukankan Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Yang memberatkan punggungmu. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Kerana sesungguhanya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain."

Tiada ulasan: