Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
idayu@hmetro.com.my
Difahamkan, pergaduhan kira-kira jam 7.30 malam itu berlaku selepas suami mangsa yang berusia 40 tahun berang dengan sikap isterinya yang pergi melancong ke luar negara bersama kawan-kawan tanpa memaklumkan kepadanya.
Berikutan itu, berlaku pergaduhan sebelum suaminya yang bekerja di sebuah syarikat swasta berang dan bertindak lebih kejam apabila mula menampar muka, menumbuk badan dan menghentak kepala isterinya ke dinding.
Akibat tindakan itu, si isteri lebam dan cedera di badan.
Sumber polis berkata, pada mulanya pasangan itu berbincang berikutan si isteri melancong ke luar negara tanpa memberitahu suami sebelum menjadi lebih panas apabila lelaki terbabit hilang pertimbangan dan mula menampar muka serta memukul isterinya.
iDAN:
Zaman sekarang telah kalangan isteri suka bergumbira bersama rakan berbanding suami yang dulunya kekasih hati; berkepit bagai belangkas. Saya sejak berzaman amat ANTI isteri yang suka melancong sendiri ini.
Ramai isteri kini telah hilang pertimbangan bila pegang duit banyak; mereka telah keliru erti Minta Izin berbanding KASI TAHU, mendesak dll.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan